Wednesday, November 28, 2012

Life of Pi - Original and Adventurous

Last night, kami berpeluang menonton Life of Pi di Tropicana City Mall. Alhamdulillah, ada rezeki nak tengok in 3D apabila menang 4 CinePasses melalui contest di Red RM.

Dapat 4 keping tiket. It's in 3D so hanya 4 orang sahaja yang boleh masuk. So we brought along our niece. Bawa yang paling tua sebab cerita ni quite heavy. Nanti kanak-kanak kecil tak faham pula. Batrisyia lain sebab memang wajib bawa dia.

Duduk kat row depan la juga. Free seating tapi kami masuk tepat-tepat jam 9 malam gara-gara "Ayam siap lagi 12 minit kak" kata waiter kat KRR. Belanja niece yang telah mendapat keputusan UPSR dia baru-baru ni. So lepas hidangan sampai, makan cepat-cepat. Suruh hubby bawa semua orang masuk dulu sementara I belikan popcorn. Masuk je, filem dah bermula. Orang tengak gelak-gelak. Alaaa...... kenapa diorang gelak-gelak?

"Original and Adventurous". Memang ngam betul ulasan tu dengan filem ni.

Kisah ni mengenai seorang lelaki (Piscine) yang diberi nama jolokan "Pi". Dari kecil, dia suka mempersoalkan sesuatu. Dia sangat curious dengan kehidupan. Dia membesar menjadi seorang remaja yang biasa-biasa sahaja hinggalah pada satu hari, bapanya membuat keputusan untuk berhijrah ke Kanada dengan menaiki sebuah kapal kargo. Bapanya membawa bersama beberapa haiwan peliharaan di zoo milik mereka untuk dijual di Amerika Utara bagi menampung kos perbelanjaan kehidupan baru di Kanada.

Nasib tidak menyebelahi apabila kapal itu karam. Pi sempat menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah bot kecemasan. Bot ni rupanya macam sampan. Bersama-samanya ialah seekor harimau bengal bernama Richard Parker.

Macam mana Pi nak survive dengan seekor karnivor? Haaa... tu kena tengok sendiri movie ni!

I recommend tengok movie ni in 3D sebab kesannya lebih terasa real. Sangat cantik.

For me, jalan cerita ni quite heavy untuk kanak-kanak tapi dengan dialog yang bersahaja dan scene yang sedikit menghiburkan, kita tak disajikan dengan jalan cerita yang 100% serious. Ada masa kita akan tergelak, terdiam, sedih, menjerit dan rasa lonely macam Pi kerana stranded sorang-sorang kat lautan.

Ending part bakal merungkai segala-galanya dan filem ni membuatkan kita menyoal diri sendiri. "Which story we prefer?"

A big applause to Yann Martel (the writer), Ang Lee (the director) and David Magee ( the screenwriter).

Friday, November 23, 2012

Jigsaw puzzle boleh beri kesan positif terhadap kanak-kanak

I bought this book a year ago. Dah lama buku ni tersimpan kat rak, menunggu masa digunakan oleh tuan kecilnya. Buku ni 2 in 1. Sambil membaca, kanak-kanak tu boleh mencuba selesaikan jigsaw puzzles yang terkandung didalamnya. Buku mahal tapi dapat dengan harga RM10 je kat BBWB.


Baru-baru ni Batrisyia mula main dengan jigsaw puzzle tu.

At first, dia tak reti. So kitorang ajar. Lepas tu dia mula khusyuk main. Dia akan keluarkan sebaris puzzle. Lepas tu cuba susun semula. Bila confident level dia makin meningkat dan dia makin seronok, dia mula keluarkan 2 atau 3 baris. Then, the ‘problem’ started. She was so frustrated bila tak jumpa piece yang sesuai. Lepas tu bila kami ajar dia a few tricks, dia jadi marah sebab kitorang cuma masuk campur. Hahaha… Bila buat sorang-sorang, boleh dengar dia mengeluh kuat-kuat.

Pada awalnya memang nak geram juga melayan dia. Sekejap suruh tolong, sekejap tak bagi tolong. Sabar je la. Alhamdulillah, sekarang dia dah boleh duduk diam-diam kat meja dan main sorang-sorang. Kami cuma perlu tepuk tangan dan ucap tahniah setiap kali dia berjaya selesaikan puzzle. Kadang-kadang comel bila tiba-tiba dia berhenti main dan terus terbaring kat sofa sambil berkata, “Penat la main!”. Hahaha, macam dah kena brain freeze dah anak aku. Terfikir juga. Puzzle ni mesti ada kesan positif terhadap anak-anak. Kalau tak, takde la dia masukkan dalam buku ni. So I googled. Ini yang I dapat.

From here.

Puzzles have many benefits to children. First, they help in the eye-coordination of a child. Jigsaw puzzle is the best example of a puzzle that helps in eye-coordination of children. If children play a jigsaw puzzle, they really observe what the shape of the piece and what the hole’s is. Second, puzzles encourage children to think critically. If children play puzzles, they are tend to solve what the problem or need to complete it. Third, puzzles gives educational values to children. Fourth, puzzles improve children’s reasoning and solving skills. Fifth, this helps children to increase their social skills. When they play puzzles, they tend to seek help from others.

From here.

Puzzle solving improves a child's problem-solving and reasoning skills. The child is repeatedly presented with a problem while solving a jigsaw puzzle: how to make a particular piece fit into the overall puzzle. He will have to evaluate the shape of the puzzle as well as any colors or patterns presented on the puzzle, relative to the other pieces on the game board. He may have to flip or rotate the piece to make it fit. In some cases, he may have to flip or rotate the piece several times before he finds its place in the puzzle. Successfully solving this problem can give children the confidence to attempt more challenging puzzles.

 Alhamdulillah. Semoga permainan ni memberi kesan positif kepada Batrisyia.

Kleenex® Share the Softness Contest by Fabulous Motherhood

Tiba masa untuk contest sekali lagi. Kali ni, contest dianjurkan oleh Fabulos Motherhood. I takde idea sebenarnya tapi takpe. Ini gambar yang dipertaruhkan.

Without him, I am not a wife. Without her, I am not a mother.
Without each other, we are not in love.
Only greatest love is worth to be shared.

Thursday, November 22, 2012

You still have a long way to go

Masih hangat dengan cerita pasal UPSR. Kat newspaper semalam ada share tentang seorang pelajar yang menghilangkan diri selama 2 jam gara-gara kecewa tak dapat straight A untuk UPSR dia. Puas cikgu dan mak cari. Akhirnya, mak dia jumpa budak tu kat sebuah dewan, 1 kilometer dari sekolah. Anak dia duduk sorang-sorang kat tepi dewan sambil menangis sebab tak dapat straight A. Tapi kemudian dia kembali ke sekolah kerana rupa-rupanya dia dapat straight A. Cuma namanya tidak tersenarai dalam list pelajar yang dapat straight A! Kesian pelajar tu. Tapi best ape. Mula-mula kecewa, lepas tu gembira. Alhamdulillah.

Hubby and I talked about SBP(Sekolah Berasrama Penuh), Sekolah Berprestasi Tinggi and Sekolah Menengah Asrama Harian. I beritahu hubby, untuk melayakkan diri ke sekolah sebegini, pelajar tu perlu excel kerana sekolah macam ni akan menerima pelajar yang bagus dari segi akademik dan ko kurikulum.
Hubby cakap ia tidak adil kerana setiap pelajar perlu diberikan hak yang sama.

Pendapat hubby ada betulnya tapi sistem pendidikan kita tidak begitu. Setiap sekolah yang bagus itu sangat menjaga mutu dan prestasi murid-murid. Kalau boleh, setiap kali ada peperiksaan besar, sekolah tu nak mencapai tahap 100% lulus. Untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai, mesti mereka akan memilih pelajar yang sesuai dan boleh membawa sekolah mencapai visi dan misi tersebut. Ok, I dah cakap formal sangat dah ni. Macam nak bersyarah pulak.

Dapat masuk SBP tidaklah glamour mana. Ok la, rasa macam terpilih tapi hidup di SBP memang jauh berbeza dengan hidup pelajar di luar. Kenangan betul.. kira susah senang, pahit manis, semua ada. Walaupun dah 12 tahun keluar dari asrama, rasa rindu betul kat sekolah. Pelajar di luar lebih rileks daripada pelajar di SBP. Anyway, did you know di awal penubuhan SBP, ia dibuka khas untuk pelajar-pelajar dari keluarga yang susah? Tu my mom yang cakap.

Ada seorang profesor pernah berkata, tidak semua pelajar sesuai dengan sekolah berasrama. Jika pelajar tu mampu hidup berdikari, seeloknya dia cuba masuk ke sekolah berasrama. Jika serba serbi mengharapkan ibu bapa, dia perlu berfikir 2-3 kali. Entah la. I rasa kalau pelajar tu jenis tak reti berdikari, lagi elok masuk sekolah asrama. Bagi dia belajar berdikari sikit. Dia kena gosok baju sendiri, basuh baju sendiri, lipat kain sendiri, jaga kebersihan kelas dan dorm, terlibat dengan aktiviti asrama.

Bila kat asrama, ko dah takde kerja lain melainkan belajar. Kalau nak rehat pun, petang boleh bersukan. TV pun boleh tengok di hujung minggu je. Tu pun ada waktu yang ditetapkan. Radio tidak dibenarkan (tu masa zaman I). Majalah tak boleh ada dalam simpanan. Apa lagi? Macam-macam peraturan kena ikut. So tinggal ape je? Study la.. ape lagi.



Bila dah 13 tahun keluar sekolah, korang akan terasa rindu hidup di asrama.

Hidup tak berakhir kalau tak terpilih masuk SBP. You can still try pulun habis-habisan untuk PMR. Lepas tu cuba masuk ke Tingkatan 4. Eh, tapi dengar cerita lepas ni takde PMR lagi. Betul ke?

Wednesday, November 21, 2012

Nak cuba Coway Bidet percuma selama sebulan?

Dear all,

I ada dapat beberapa pertanyaan tentang Coway Bidet. So nak merasa try digital bidet dari Coway?

Korang boleh register di sini. Mereka memerlukan 100 wanita yang berminat untuk mencuba produk ni. Menurut wakil Real Women Real Voices, sudah lebih 100 wanita mendaftar untuk program ini tetapi mereka sedikit selective dalam menentukan individu yang sesuai. Why don't you try? Maybe ada rezeki.. terpilih pula. Dapat juga cuba produk ni.

Batrisyia dan lelaki kacak

What will you say when your 4 y.o. little daughter says... "Ni abang Tisya. Umi, dia handsome kan?"

Henry Golding

I would say (dalam hati) "Wow!".

Ni semua gara-gara I kenalkan rancangan Without Boundaries kat Batrisyia. Lepas tu, dia layan Welcome To The Rail World dan baru-baru ni Batrisyia mula layan Without Boundaries - Islands and Beaches. Ok la, sebenarnya I yang suka layan tapi Batrisyia pun tengok sekali.

I suka tengok program macam ni sebab masa tu la kita boleh tengok tempat-tempat yang kita mungkin tak pergi. Lebih-lebih lagi pengacaranya santai dan tak plastik. Semua dia buat sendiri. Semua dia cuba. Even keluarkan rupa dia tak mandi pagi pun dia tak kesah. Who says pengacara perlu sentiasa smart dan cantik kan?

Cakap pasal Batrisyia, dia semakin emo bila tengok drama TV, baik drama Melayu mahupun drama luar. She will request to change the channel everytime drama tu mula sedih atau ada adegan suami mengamuk atau mak marah anak atau sesapa je la yang buat jahat. Bila drama seram, mulalah tutup mata dan jerit. Bila scene sedih, dia pun sedih sama. Masa dia tengok drama Ku Hijrahkan Doa semasa Maal Hijrah baru-baru ni, I tangkap dia sedang kesat air mata. Ye la, drama tu memang sedih kan? I pun hampir-hampir nak bergenang air mata. Mula-mula ingatkan dia gosok mata tapi sumpah nampak air mata dia mengalir.

"Tisya!! Tisya nangis ke?"
"Tak la. Ada habuk masuk mata" sambil sorokkan muka.

I tak percaya dia boleh cover macam tu. Hahahaha.  Memang puas kena kacau dengan I hari tu. Kat abi dia, I ulang kisah yang sama. Nak tau Batrisyia jawab apa?

"Tisya tak nangis la. Ada air mata je. Bukan nangis!"

Tuesday, November 20, 2012

Serious sombong

Sudah hampir 5 tahun I bekerja di office ni. Sudah hampir 5 tahun juga I "berjumpa" dengan salah seorang tenant di unit tingkat bawah office kami. Sekali pandang, muka dia memang nampak serious sepanjang masa. Dua kali pandang, macam sombong sangat la sampai I rasa susah nak tegur. Mana la tau bila ditegur, dia buat derk je kan.

But tadi, I nampak dia dari jauh. Masih serious. I terfikir juga. Entah-entah dia ni macam aku. Muka sentiasa nampak serious sampai orang salah faham dan ingat kita sombong.  Hati terdetik nak menegur tapi malu. Eh, entah-entah dia pun rasa macam tu.

Entah kenapa, kali ni dia pandang I. Dan spontan je I terus senyum kat dia. Terukir senyuman di bibirnya juga. Terus hilang muka serious dan sombong tu. I tanya kenapa dia selalu nampak busy. Dia menjawab dengan ramahnya. Bayangkan, selepas hampir 5 tahun baru nak berbual.. Rugi sungguh!

Tu la... kita jangan cepat judge orang. Betul tak? Yang sentiasa senyum tak bermakna hidupnya sentiasa ceria. Yang nampak sombong tak bermakna tak sudi berkawan. Kita kena cuba dekati orang lain. Baru kita tau dia ngam dengan kita ke tak.

So lepas ni boleh la I tegur dia selalu :)

Monday, November 19, 2012

Digital Bidet from Coway

Rentetan dari entry ni, I pergi ke pejabat Real Women Real Voices untuk dengar briefing tentang produk ni. Office sangat cantik! Briefing berlangsung dalam setengah jam. Rupanya bidet dari Coway ni ada 2 jenis iaitu electric dan battery powered. Lepas mendengar penerangan dari pihak mereka, kami buat keputusan untuk memasang yang jenis elektrik sebab fungsinya lebih banyak berbanding jenis battery powered.

Technician dari Coway iaitu Mr. Kelvin datang ke rumah Sabtu lepas. Bagus. Janji tengah hari tapi pukul 11 pagi dah sampai. Installation tak la susah mana dan tak lama sangat. Just buka toilet seat yang lama dan pasang bidet nie. Nampak senang. Tak perlu tebuk apa-apa lubang pun.

Buka toilet seat yang lama dan pasang bidet 

Sekejap je 



Batrisyia tutup telinga sebab ingatkan Mr. Kelvin nak guna drill. 
The truth is, no hacking involved! 

Tadaaa... dah siap jamban elektrik ni. 

Buttons yang canggih

Bila dah pasang, of course la nak guna kan? This is weird but Batrisyia takut nak guna. Hehehe... maybe sebab ada banyak sangat button kat situ. So dia macam was-was tengok nozzle keluar kat situ. But lepas ajar dia buttons yang penting, dia dah syok nak guna.

Nak tau lebih lanjut tentang produk ni, boleh ke website Coway Malaysia.

Wednesday, November 14, 2012

Nama anak kedua kami

A few weeks ago, I dapat soalan cepu emas dari cikgu Batrisyia di taska.

"Akak pregnant ke?"
"Eh, sape cakap???"
"Batrisyia cakap. Dia kata umi ada baby."
"Erk, pandai-pandai je. Dia tak tau lemak je yang banyak". Hehehe..

Tak tau la dari mana Batrisyia dapat idea tu.

Sejak beberapa hari lepas, Batrisyia sibuk cakap pasal adik. Dia tanya kenapa dia takde kakak, takde abang, takde adik. I jawab lump sum je, "Tisya la jadi kakak. Tisya jadi adik". Dan dia marah giler-giler kat I. Marah yang sampai dia membebel dan nangis sebab dia taknak jadi kakak, taknak jadi adik. Nak jadi Tisya je.

Ok, fine!

Perangai ni menjadi-jadi 2 hari lepas. Maybe sebab abi takde. So dia mengendeng I je. Dia tanya pasal adik lagi. Asal tengok baby kat TV, wajib cakap.. "Tisya nak adik" atau "Eii, comel la baby tu. Umi, Tisya takde pun adik". Dah tak bunyi macam request lagi dah. Dah macam bagi arahan kat kami... cepat-cepat la produce adik untuk dia. Kesian tengok dia nangis sebab takde adik. Serious masa tu I rasa bersalah giler.

Stress makcik dengan anak sorang nie. Paling sentap bila dia boleh selamba cakap, "Umi pergi la buat adik!". Apa kamu ingat buat adik tu macam pergi buat kek ke?

Dan dia tanya siapa nama adik dia kalau boy dan girl. Dia paksa bagi tau. So I bagitau. Kalau boy, nama dia Mikhail. Kalau girl, nama dia Zara. See, nama anak dah lama I "siapkan". Tapi rezeki tu takde lagi. Kena la simpan nama-nama ni buat pekasam.

Then, dia nak sangat ada baby girl. So dia buat derk dengan nama Mikhail dan jaja nama Zara sebagai adik dia. So far, tak dengar lagi dia sebut nama ni kat orang lain. Kalau la korang terdengar dia bawa propaganda yang adik dia nama Zara.. bla bla bla... janganlah terkejut dan ingat I rahsiakan apa-apa. Ahaks, tu semuanya angan-angan Batrisyia.

Korang yang ada anak tunggal nie, pernah tak hadapi benda-benda macam ni? It's not cute anymore bila dia dah mula menangis sebab takde adik :(

Tabasco Sauce : Halal and certified by JAKIM

Atas dasar tanggungjawab kerana I pernah keluarkan entry tentang Tabasco Sauce (di sini dan sini), wajar sekiranya I beritahu status terbaru tentang Tabasco Sauce.

It's HALAL and certified by JAKIM!

Wowwie!!! Dah la I suka sangat kat sauce ni. Kalau makan dengan pizza, memang sedap. Now dah tak perlu ragu lagi.

Thursday, November 08, 2012

Kesudahan drama Julia

Drama Julia ni macam dah nak habis je. Sofia macam dah insaf tapi tak boleh caya gak minah nie. Ain pulak dah sampai fasa "hantar saya balik rumah mak bapak saya". Hehehe, sabar Ain oiiii... Yang Amir pun satu. Buat ayat tergantung. Apa salahnya awal-awal bagi tau "Saya memang nak kahwin dengan Julia tapi Julia tolak cinta saya". Tak la Ain tu meroyan giler-giler.

Paling tak sabar nak tunggu nasib si mak mertua bertahi lalat ituu... adakah akan berakhir macam dalam drama Maharku Untukmu?

Sementara tu... layan OST dia.

Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu..

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu..

Sudah cukup cukup sudah..
Cukup sampai disini saja..
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta..

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja..
Daripada batin tersiksa..
Lebih baik ku pergi saja..
Telah berulangkali kucoba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu..

One of the lucky 100 women

I had received an email from Team Real Women Real Voices.


But first thing, I nak attend programme briefing dulu. Then kita tengok samada nak proceed ke tak. Siapa lagi yang dah pasang Coway Digital Bidet ni? I tau Cik Lily dah cuba =)

Wednesday, November 07, 2012

Main doktor-doktor dengan doktor

Sehingga sekarang, Batrisyia cuak jumpa doktor. Cuak nampak nurse. Ni semua gara-gara melalui pelbagai pengalaman di hospital sejak umur sebulan. Bukanlah selalu masuk ward tapi ada la beberapa kali kena pergi emergency room tu. Masa kecil-kecil dulu, memang meraung bila jumpa doktor. Still remember satu scene nie. Doktor nak ambil darah kat tangan dia. Jadi doktor suruh kami duduk sementara dia dan Batrisyia di sebalik tabir. Dengar Batrisyia menangis. Doktor perempuan tu baik, dia tenangkan Batrisyia. Then, dia tanya, "Kenapa nangis?". Batrisyia dengan nada sedih menjawab, "Takuuuttt".

She was 2 years old!

Since that, kami cuba tanamkan idea dalam kepala dia yang tak perlu takut dengan doktor. Tak perlu takut makan ubat. Tak perlu takut jarum. I belikan dia mainan doktor-doktor. Siap stetoskop. Siap picagari. Ala, yang murah je.Masa I kena alergi baru-baru ni, I bawa dia masuk tengok doktor cucuk ubat kat tangan I. Biar dia tengok umi dia tak takut jarum pun.

Memandangkan batuk dan selesema dia tak baik sejak seminggu lepas, kami bawa dia jumpa doktor semalam. I determine nak pastikan Batrisyia tak merengek lagi. I want her to be brave. Jadi kat luar lagi I dah jadi "doktor". I pura-pura check her lungs. Suruh dia tarik nafas, lepas nafas. Hehehe... dia seronok. Tergelak-gelak main.

Sampai masa nama dia dipanggil, muka dah cuak. Aiyoooo! Tapi dia tak merengek. Ok je duduk sebelah doktor. Doktor check temperature, dia kaku macam patung. Bila doktor check her lungs, ok la sikit. Dia senyum-senyum. Doktor suruh buka mulut luas-luas,dia jadi patung balik Ok, I lupa nak main macam tu. Haha... tapi lepas tu dia buka juga mulut luas-luas.

Keluar dari bilik doktor, dia senyum dan beritahu I, "Tisya tak nangis pun. Tisya dah besar. Dah tak takut doktor". Bangga ke nak?

Umi lagi bangga!

Monday, November 05, 2012

Makcik kaya RM250!

I menunggu 1 kiriman pos laju dan 1 kiriman pos express hari ni. Tapi bila sampai office pagi tadi, nampaknya posmen dah hantar satu kiriman hari Sabtu lepas.

Alhamdulillah rezeki seciput dari blog ni. Nak buat apa? Nak buat pekasam dulu sebab vouchers ni takde expiry date. So bila rasa nak shopping, kita guna je la. Rasa macam rembat baju sehelai dua juga nie.

RM 250 =) 

Last weekend, ingatkan nak date dengan Skyfall tapi cik adik manis masih demam. Actually, dia dapat complete set. Demam, batuk dan selesema sejak Isnin. Demam on off. Pagi Sabtu tu, masih tak kebah. So tak jadi tengok wayang. Nak bagi dia betul-betul sihat. Takpe la, minggu depan kita layan Finding Nemo in 3D ye. Minah ni excited setiap kali tengok iklan padahal rasanya dia dah hafal jalan cerita Finding Nemo tu.

Demam-deman pun, nak main boling!

Kek di bawah ditempah oleh jiran depan rumah. Akak ni buat suspen je. A few days ago, abang depan rumah called. Dia kata, "orang rumah nak bertemu orang rumah". Ingatkan apa la. Memang aritu dia ada cakap nak tempah kek tapi kalau setakat nak tempah, boleh je bagi tau on the phone.

I suspen je. Bila mereka datang rumah, mereka kata nak order kek. Hihihihi. Akak tu nak Carrot Cake tapi dia taknak cream cheese banyak. Dia suruh lepa nipis-nipis je tapi dia nak letak buah strawberry kat atas kek. Wah, ni dah lain macam ni.

Carrot Cake with Strawberries

Kek ni untuk hari lahir anak mereka yang masuk umur 2 tahun. Dia taknak tulis apa-apa kat atas. Tapi I belikan juga candles dan wording Happy Birthday untuk mereka cucuk atas kek tu.

Now nak tunggu kiriman pos yang lagi satu. Tu pun agak ternanti-nanti juga :)
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.