Tuesday, October 30, 2012

Once Upon A Time

Siapa tak pernah dengar kisah dongeng? Selalunya kita dah biasa dengar. Kalau tak tengok cartoon sangat pun, kita tau jalan cerita Cinderella, Snow White, Rapunzel, Pinnochio, Beauty and the Beast... betul tak?

And they lived happily ever after! Wajib ada ending macam tu.

Jadi bila I tengok iklan Once Upon a Time, memang tak terasa nak tengok. Ala, dah tau sangat jalan cerita Snow White. So buat apa nak tengok lagi.

Not sure samada siri ni ada keluar di Astro atau tak. I tengok Pilot episode di NTV7 minggu lepas. Kalau tak disebabkan watak utamanya, mungkin I tak tengok. Siapa watak utamanya?

Jennifer Morrison

Siapa kenal muka si cantik manis ini? Yes, dia pelakon siri House. Memang suka tengok dia berlakon. So I bagi chance la kat Once Upon a Time. Pilot baru keluar minggu lepas. Tersuka pulak! Hehehe...Ok la, jalan cerita memang la pasal Snow White and her Prince Charming... seven dwarves... tapi ada kelainan dalam siri ni.

Kisah ni masih berkisar tentang mak tiri Snow White yang super jahat. Cuma kali ni, dia masih hidup setelah Snow White berkahwin dengan Prince Charming. Queen bersumpah akan berbuat jahat dan kenakan sumpah ke atas seluruh kerajaan. Snow White yang ketakutan telah berjumpa Rumplestiltskin dan minta ramalannya. Rumplestiltskin memberitahu bahawa anak yang dikandung oleh Snow White boleh menyelamatkan mereka tatkala ia berumur 28 tahun.

Di hari Queen mengenakan sumpahan itu, Snow White selamat melahirkan anaknya. Mereka sempat "melarikan" bayi tu ke Our World (Dunia kita sekarang) melalui Enchanted Box. Queen yang marah telah meneruskan sumpahan dan membawa seluruh penduduk ke Our World dan hidup seperti manusia biasa. Tetapi memori mereka telah dipadamkan. Hiduplah mereka di Storybrooke, Maine.

28 tahun kemudian, baby tu membesar menjadi seorang wanita cantik bernama Emma Swan. Di hari lahirnya yang ke 28, dia buat wish agar dia tak perlu keseorangan lagi. Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak lelaki bernama Henry di muka pintu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai anak Emma. Emma membawa pulang kanak-kanak tu ke Storybrooke ( I know, I kat rumah dah rasa macam "Oh my.... ")

Dalam perjalanan, Henry menceritakan tentang kisah yang berlaku dahulu kala dan katanya, hanya Emma yang boleh memecahkan sumpahan tersebut. Emma tak percaya langsung. Henry minta Emma tinggal di Storybrooke selama seminggu. Kalau lepas tu Emma tak percaya, dia boleh balik ke tempat asal. So Emma tinggal di satu motel.

Malam tu, jarum jam di Clock Tower berdetik buat pertama kalinya dalam tempoh 28 tahun.. menandakan peperangan antara Emma dan Queen telah bermula.

Kalau korang rasa nak tengok, boleh tengok di NTV7, pada jam 9.30 malam, setiap hari Ahad.


Monday, October 29, 2012

Hadiah hari lahir yang ke 30

Lemau rasanya lepas cuti selama 4 hari. Apa-apa pun, blog kena update.

Thanks to my family atas kek di bawah.

Chocolate Indulgence Cake 

Tak tau la siapa yang belanja kek dan satay, terima kasih. Birthday I dan adik ipar dekat-dekat (21 dan 23 Oktober), jadi celebrate sekali. Tahun depan, akan bertambah lagi sorang ahli keluarga yang sambut hari lahir pada bulan October. Total ada 4 orang so boleh celebrate ramai-ramai. Kasi gegar!! :p

Satay Tulang Jelebu! 

Satay ni pula kejadian malam sebelumnya. I rasa I dah kena "mandrem" tauke satay ni. Setiap kali balik Seremban, wajib beli. At least, kena makan 2 cucuk. This time, adik I tambah satay ayam dan daging pula. Not bad juga satay biasa dia. Lagi sedap dari kedai satay terkenal yang berdekatan. Cakap pasal satay, tak banyak kedai satay yang best kat sini. So tak boleh nak samakan dengan Satay Station kat KL ni. So far, Satay Station is the best tapi kalau satay tulang, Satay Tulang Jelebu tetap di hari.


My first Chiffon Chic from Pearl Haya

Hadiah hari lahir dari my sis dan bakal SIL. First time dapat beli tudung mahal. Selalunya tengok Dwi Chic je. Nampaknya semua orang dah minat PH. Dalam diam, my mom dah ada 15 helai PH. Sabar je la. I baru nak masuk 5 helai. Jangan ingat kami ni kaya nak beli tudung mahal-mahal. Kalau tak sebab bakal adik ipar kerja kat PH, tak merasa nak pakai. Tapi PH memang best la sebab awning tudung boleh dilipat. Senang nak simpan. Tak perlu gantung lagi. Paling best, tak panas dan selesa dipakai. Sesuai dengan motto mereka.. Wear It, Feel It, Love It. Yang tak best nya, saiz muka M cepat habis. So I banyak tak merasa nak beli yang lawa-lawa sebab ramai orang rembat saiz M. Kalau ada orang  nak belikan, boleh carikan I saiz SP2M. Hehehe... Dan PH, please la banyakkan saiz M tu. Selalu berputih mata.

Semalam adalah hari paling busy kot. Keluar rumah pukul 11 pagi. Nak dekat pukul 5 petang baru sampai rumah. Tujuannya? Setelkan bab bridal untuk majlis perkahwinan adik I. Alhamdulillah, setelah menerjah 6 bridal house sekitar Senawang, dapat juga yang berkenan di hati. Bab majlis ni, tak boleh cerita lebih sebab bukan I yang kahwin :)

Thursday, October 25, 2012

Pemenangnya ialah...

Bau rendang dah semerbak satu rumah. Sedap baunya...

Tapi tetap kena kotakan janji.

Terima kasih kepada 6 pengomen yang mencuba nasib dalam mini contest semalam. Semuanya menjawab dengan betul tetapi hadiah hanya untuk peserta pertama yang dapat memberikan jawapan dengan betul. Pemenangnya ialah...


Animkechik!

Tahniah diucapkan. Hadiah akan dihantar secepat mungkin :)

Ok la.. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha!

Look who's talking!

Kejadian 2 hari lepas.

Balik rumah, keluarkan ikan yang dah di ‘thaw’ kat bahagian bawah peti ais. Aik, kenapa ikan ni beku? Fikir punya fikir, tergerak hati nak tengok aras suhu peti ais. Hamek ko, maximum eh. Pegang carrot cake yang ada dalam peti ais, keras mcam batu. Ni mesti kerja Batrisyia. So I panggil Batrisyia.

Ada usik ni tak?” sambil tujukkan aras suhu tu. Dia geleng kepala. Ok, lets re-phrase.
Tisya ada tak pegang ni sikit, lepas tu Tisya pusing sikit?”
Ada. Tisya pusing sikiiiittt je

Dari no 3 ke no 6. Sikiiitttt je? Tapi sebab dia tak faham fungsi meter tu, nak marah pun tak boleh.

OK, lepas ni jangan usik lagi ye. Cuba tengok kek tu. Dah keras. Lain kali jangan buat lagi tau
OK umi!”

Ada la setengah jam lepas tu kot…

Umi : Nah, pegang elok-elok (sambil hulurkan susu kotak Dutch Lady Kids)
Batrisyia: Terima kasih

Suddenly umi nampak “Legoland” kat bahagian belakang.

Umi : Eh, Tisya. Tengok ni! Haa, nanti simpan. Boleh pegi sana 

Umi excited belek-belek kotak dan terpicit kotak tu. Susu coklat memancut keluar, kena lengan baju anak.

Umi : Alamak, sorryyyy!!! (Terus ambil kain basah dan lapkan kotoran)
Batrisyia : Takpe Umi. Boleh kering. Lain kali jangan buat lagi tau!

Wednesday, October 24, 2012

Is your face sun-protected?

Malaysia bukan saja terkenal dengan penduduknya yang pelbagai kaum. Kalau kita tanya bangsa asing yang bermastautin di Malaysia, “What is good about Malaysia?”, antara jawapan popular yang kita boleh dapat ialah:

* The people are friendly
* Oh, I love the variety of food. But I don’t dare to try durian.
* It’s SUMMER all years. Thanks to the sunshine, now I have a beautiful tanned skin.

It’s funny. Kita kat sini sibuk nak rasa spring, winter dan autumn tapi orang luar rasa seronok sebab kat sini ada cahaya matahari terik sepanjang tahun. Cahaya matahari pagi bagus untuk kulit kerana di saat kulit menyerap cahaya tersebut, kolesterol dalam badan akan diubah menjadi Vitamin D.

Tetapi bila kita terdedah kepada sinaran matahari yang terik seperti waktu tengah hari dan petang, sinaran UV tu boleh memberi kesan buruk kepada kulit. Kulit akan terbakar dengan teruk, struktur kulit akan rosak dan menyebabkan kulit menjadi pudar dan kurang anjal. Lepas tu mulalah nampak kedut di sana sini. Pigmentasi juga akan terjadi di mana warna kulit nampak tak serata. Serious tak cantik kan?

Dulu, I rajin bersukan. Masa sekolah rendah, I terlibat dengan olahraga dan netball. Masuk sekolah menengah pula, I main badminton, volleyball dan masih lagi olahraga. Kalau masa sukan sekolah, semangat nak menang tu sangat tinggi. Jadi, bila tiba waktu training, terus turun padang. Panas terik pun, tetap nak berlatih. Kalau masa volleyball competition, pukul 12 tengah hari pun tetap tahan bermain volleyball. Akibatnya kulit teruk terbakar. Boleh notice bila kulit terbakar sampaikan cikgu pun tegur bila nampak kulit muka I terkopek. Masa dulu, mana ada nak pakai UV protection. Nama pun pelajar sekolah. Takde bajet nak beli UV protection mahal-mahal. Lepas keluar dari sekolah, barulah warna kulit muka beransur cerah. Tapi tu pun tak cerah mana pun. Takpe la. Redha saja T_T

Jangan biarkan diri korang jadi macam I. Sesal kemudian tidak berguna. Ewah. Kalau korang jenis aktif bersukan di bawah terik mentari, eloklah pakai UV sunscreen. Kalau nak tau, sinar UV boleh menembusi kaca dan memantul dari permukaan seperti tingkap, air mahupun pasir. These are the facts about UV rays:

90% sinaran UV akan menembusi awan.
40% sinaran UV boleh menebusi air hingga ke kedalaman 50cm.
50% sinaran UV boleh menembusi sebarang bentuk teduhan seperti bumbung dan payung.

So tak semestinya kita berteduh dari matahari bermakna kita tak kena sinar UVA (Ultra-Violet Type A) dan UVB (Ultra-Violet Type B).

Apakah itu UVA dan UVB? 95 peratus daripada sinaran UV yang sampai ke Bumi merupakan UVA. UVA ni boleh menembusi kaca dan berupaya diserap jauh ke dalam kulit hingga ke tisu di bawah lapisan dermis. UVB pula, walaupun hanya mampus diserap ke lapisan epidermis (atas dermis), ia berbahaya kerana UVB ni boleh membakar kulit, mempercepat proses penuaan kulit dan lebih teruk, boleh menyebabkan kanser kulit. Sebut UVA dan UVB, korang dapat imagine tak? Meh la I buat sketch sikit.

Kita boleh terdedah pada sinaran UV di mana-mana sahaja. Antaranya...

Ketika berkelah 

Berteduh di bawah pokok 

Mahupun dah bertopi

Ada berpendapat UV protection memberi bahaya kepada kulit jika digunakan secara berlebihan hingga boleh menyebabkan kanser kulit. So brand apa yang sesuai untuk dipakai tanpa rasa ragu-ragu akan keselamatannya?

Nasib baik ada Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50.

Untuk pengetahuan, pelindung sinaran matahari Banana Boat telah disyorkan oleh Yayasan Kanser Kulit Amerika Syarikat dan menepati banyak kriteria yang diumumkan oleh US Food & Drug Administration (FDA). Jadi tak perlu risau lagi!

Sebut Banana Boat, brand ni telah lama wujud di dunia. Masa zaman I sekolah lagi, dah wujud. So what’s so special about Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50? Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang baru telah dirumus dengan Teknologi AvoTriplex® untuk perlindungan yang lebih baik dan berpanjangan. Pendek kata, produk ni lebih hebat dari dulu. Ia boleh digunakan setiap hari serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Produk Banana Boat ni telah lulus Ujian Sinaran Matahari,diuji secara hipoallergenik dan dermatologi; dan juga mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari. Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:

Avobenzone - penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
Penyerap UVB - untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
Ejen penstabilan sinar suria - yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.

Ia didatangkan dalam bentuk losyen. Jadi risau juga kalau kulit terasa berminyak lepas memakainya. Tetapi setelah I mencubanya beberapa hari, memang tak rasa berminyak.

Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 boleh didapati dalam bentuk losyen 60ml pada harga RM32.90 dan terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya.

Nak menang satu tube losyen 60ml Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 dan topi ini?

This mini contest terbuka kepada semua pembaca di Malaysia. Pembaca pertama yang dapat menjawab soalan I dengan betul bakal memenangi produk ini.

Soalannya : Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 diperkaya dengan 3 jenis pati tumbuhan. Apakah tumbuhan-tumbuhan itu?

Sila tinggalkan jawapan di ruangan komen beserta nickname dan email address anda. Semua komen akan berada dalam moderator mode hingga ke petang esok agar korang tak boleh lihat jawapan orang lain. Pemenang akan diumumkan pada petang esok kerana I dah mula bercuti raya :)

Good luck!

Stay tune for a mini contest

*Update*

To all readers,

Akan ada satu mini contest untuk korang hari ni. Contest terbuka kepada semua orang. Memandangkan pemenang dipilih berdasarkan siapa dahulu yang beri jawapan yang tepat, I nak bagi adil.

Sesiapa yang berminat, boleh check entry yang akan keluar pukul 2 petang ini.

So stay tune...

-Liz-

Monday, October 22, 2012

A wishful thinking on my 30th birthday

Birthday celebration will be nothing without a cake. It does not matter whether it is a cupcake, a slice of your favourite cake or a whole of nicely decorated cake, cake always put a smile on your face.

A day before my birthday, I had to bake 2 Carrot Walnut Cakes for my customers. Call it an instinct, I know that my last year's wish will not come true. So I made a cupcake for myself.

My birthday is on 21st October. Thanks to papa and mama. It is no surprise because parents will never forget their children's birthdays. I really appreciate their wishes.

Afternoon approached. Finally finished my work and my body was aching. Celebrate my own birthday? I was thinking not to really think about it (hah!) when beep.. beep! A SMS from my dear friend. Thank you for your thought and prayer. I replied, "Hihihi" but I was not laughing at all. In the evening, I was alone at home. Another beep beep sound came from my mobile phone. A friend who is far away cheered me up by spelling my name with his trademark.. Lixa.

These two friends who are out of reach.. they never forget my birthday since 12 years ago. I should be thankful to Allah for giving me such a good friends. At last, I ate my cupcake.

A new reader might think that I am a single lady. Anyway, Happy Birthday to me.

Friday, October 19, 2012

Kamera AES membebankan rakyat?


Apabila terbaca status kawan di FB tentang kamera AES ni, I terfikir la juga. Dia mengatakan AES ni membebankan di mana rakyat terpaksa sediakan bajet untuk bayar saman AES sedangkan gaji yang ada ni pun tak mencukupi.

Rasanya pemikiran sebegitu kurang matang. Opps, jangan marah I. Tahukah korang dalam pada negara-negara lain di dunia mencatatkan kadar penurunan dalam kemalangan jalanraya, terdapat 3 negara yang mencatat kadar kenaikan? 3 negara tersebut ialah Argentina, Kemboja dan Malaysia. Erk, Malaysia boleh?

Ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Ini juga bukan sesuatu yang menghairankan, betul tak? Tengok saja sikap pemandu di Malaysia. Bukan semua tetapi ada segelintir pemandu yang kurang mengikuti peraturan di jalanraya. Paling obvious, memotong kenderaan sesuka hati tanpa memberikan signal terlebih dahulu, memandu lebih perlahan dari had laju yang ditetapkan dan memandu lebih laju dari had laju yang dibenarkan.

Cakap tentang AES ni, tau tak bagaimana ia beroperasi?

- AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik saja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan di kawasan tersebut.
- Maklumat ini akan terus dihantar secara real time ke Pusat Kawalan AES. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pemandu dan pemilik kenderaan terlibat. Ia akan cross check dengan data pangkalan JPJ.
- Saman akan dikeluarkan dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
- Sistem ni juga akan menghantar maklumat kepada pihak mahkamah in case OKS taknak bayar saman dan perkara ni dibawa ke mahkamah.

Setakat ni AES hanya merakan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju je.

Kenapa I kata kawan I kurang matang? Kita bercakap tentang perkara yang kita boleh elak. Saman tu boleh dielak dengan cara tidak melanggar lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju yang dibenarkan. Bila memandu, kita kena alert dengan had laju. Ingat tak masa kita ambil lesen memandu? Masa training, kita akan ikut jalan yang kita akan guna masa exam. Kita alert kat mana nak laju, kat mana nak perlahan, kat mana nak bagi signal. So bila sampai waktu exam, awal-awal kita dah tau kat mana nak laju, kat mana nak slow, kat mana nak berhenti.

Kenapa sekarang kita tak boleh buat macam tu? Kenapa kita tak boleh alert dengan had laju di jalan yang kita lalu tiap-tiap hari? I bukan cakap kosong. Ala, I pun pernah kena saman 2 kali kerana bawa kereta melebihi had laju. Hihihihi, tu cerita tahun 2003. Tu pun sebab tak tau. Sepatutnya tak boleh lebih 80km sejam, I bawa cecah 95km sejam. Bila saman sampai, baru tau. Bila tengok balik jalan tu, papan tanda had laju tersorok di sebalik pokok yang tinggi merimbun. Adakah itu salah I? Tapi bila dah tau, kita pun tak la bawa melebihi had  laju lagi.

Therefore, be alert dan bawa ikut had laju yang dibenarkan.

Ada pulak yang kata, berbahaya kalau orang tu tiba-tiba tekan brek semata-mata taknak langgar lampu merah. Let say dia berjaya berhentikan kereta, silap-silap kereta belakang yang melanggar kereta dia. Kalau ikut AES, kita hanya ada 2 saat sebelum lampu kuning bertukar ke lampu merah.Jom fikir secara rasional. First, kemalangan boleh berlaku jika:

- Jarak kenderaan antara satu sama lain terlalu dekat.
- Pemandu memandu laju walaupun dia tau kawasan tu ada traffic light.

Kenapa nak kena memandu laju di kawasan yang ada traffic light? Dulu-dulu, dah terbiasa nak langgar lampu merah. Ala, rileks la. Kalau jalan kita dah lampu merah, jalan lagi satu belum lampu hijau lagi. Sempat je nak redah. Mentalilti sesetengah pemandu dah di set macam tu.

AES ni bagus kerana ia meningkatkan Perception of Being Caught (POBC). Bila kita takut kena saman, kita akan bawa dengan lebih berhati-hati. Seterusnya boleh menurunkan kadar kesalahan dan kemalangan di jalan raya. Betul atau tidak? Cause and effect. Kalau tengok kepada kajian antarabangsa, AES dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalanraya antara 17 peratus ke 71 peratus.

Cuma satu yang I rasa tak patut. Kerajaan tak patut umumkan lokasi di mana AES dipasang. Ape la. Kalau macam tu, baik tak payah pasang. Bila orang kat lokasi AES, automatically dia jadi pemandu yang berhemah semata-mata taknak kena saman. Kat tempat lain?

Marilah sama-sama kita menjadi pemandu yang lebih berhemah di jalanraya. Selama ni kita tengok berita kemalangan jalanraya dan kita tumpang simpati. Tiada guarantee ia tidak akan berlaku kepada kita kerana kita mungkin mati di jalan raya akibat kecuaian pemandu lain. Itu kena ingat.

Thursday, October 18, 2012

Lose the Manglish and improve your English with Oh My English!

Siapa peminat rancangan pendidikan Oh My English? Eh, tak ramai angkat tangan! Ok, sape peminat Mr. Henry Middleton? Amboii, cepat je angkat tangan ek.

Walaupun I berumur 29 tahun, I memang layan Oh My English. Bukan sebab Mr. Henry Middleton tapi I rasa rancangan ni bagus kerana ia memberi peluang kita belajar Bahasa Inggeris dengan lebih menyeronokkan.

I masih ingat guru Bahasa Inggeris I masa Form 2 dan Form 3; Cikgu Ainin. Dia baru masuk sekolah kami dan cara dia mengajar English memang best. Instead of using text book, she used her own way to teach us English. Percaya tak, dia gunakan Bahasa Melayu untuk mengajar Bahasa Inggeris? Lepas tu selamba perli student bila kami salah gunakan Bahasa Inggeris. Muka kami merah padam tapi bila dia buat macam tu, kami lebih bersemangat nak betulkan kesalahan kami. I betul-betul berterima kasih pada dia. Kerana inisiatif dia, I boleh berbangga dengan pencapaian Bahasa Inggeris masa PMR dan SPM.

Anyway, untuk pelajar yang jarang menggunakan Bahasa Inggeris, memang agak susah mereka nak faham. Tapi dengan adanya Oh My English, I rasa ramai juga yang dah mula minat nak belajar. Even Batrisyia pun suka sebut, "What are you doing, Pak Sham?". Bila tanya, "What is your name?", dia akan jawab, "Humaira Batrisyia". Ok, memang la bukan jawapan yang penuh. Tapi sekurang-kurangnya, dia tau. It's a small achievement for 4 years old kid yang belum bersekolah!

Untuk peminat OME, dapatkan OME special edition magazine di pasaran sekarang. Kalau tengok kat FB, katanya dijual dengan harga RM5 tapi I beli di MPH dengan harga RM3.50 sahaja. Sangat berbaloi.


Kat dalam magazine nie, kita akan belajar bersama-sama dengan watak OME. Magazine ni sesuai untuk pelajar sekolah tapi kita yang dah lama tinggalkan bangku sekolah pun boleh beli sebab kadang-kadang banyak yang kita dah lupa. Tak payah tipu la (melainkan korang memang pandai sangat). I sampai sekarang confuse nak gunakan present perfect tense dan past perfect tense.


Di dalam magazine ni juga, ada pelbagai latihan disediakan. Tak perlu minta cikgu sekolah menanda jawapan korang sebab jawapan untuk setiap soalan ada disediakan di muka belakangnya. Cuma kena jujur bila menjawab. Jangan asyik selak belakang je :p

Ada banyak lagi cara menarik yang digunakan untuk mengajar kita menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul.
I beli ni untuk diri sendiri. Lepas tu boleh simpan dan Batrisyia boleh gunakannya pula di kemudian hari. Harga pun murah. Apa salahnya keluarkan duit untuk beli magazine macam nie kan?

Wednesday, October 17, 2012

Bercuti di Al-Sakinah Eco Resort

Note: Sorry for the broken link. Re-publish this entry.

Tarikh family holiday tahun ni diawalkan bagi memberi laluan kepada adik bongsu untuk menduduki SPM. Kali pertama dulu, kami pilih tinggal di Tok Senik Resort. Kedua, Colmar Tropicale. Ketiga, Sungkai Hot Spring. Keempat?

Welcome to Villa Rayhan.

Actually, ni gambar sebelum balik. Hentam sajalah! 

Villa Rayhan ni terletak di Al-Sakinah Eco Resort. Ia didirikan di kawasan yang menghijau di Janda Baik, Pahang. Amboi, sebut Pahang macam la jauh sangat. Padahal, dekat je. Ada la dalam sejam perjalanan dari KL. Al-Sakinah Eco Resort bukan setakat ada villa. Kat sini juga ada River Lodge. River Lodge ni ala-ala hotel room. Macam kami, kami pilih villa je sebab senang duduk bawah satu bumbung.

Masa buat keputusan nak ke Janda Baik, pening kepala juga mencari tempat penginapan. Kebanyakannya menawarkan chalet yang sesuai untuk lepak-lepak masa berpiknik. Kalau ada yang sesuai untuk bermalam pun, harganya agak mahal. Kalau kami pergi bercuti, sekurang-kurangnya kena tempah 4 bilik. Darab 4, then darab 2 hari, memang mahal sudahnya. Villa Rayhan sangat sesuai dengan kami.

Kawasan ni memang mendamaikan kerana ia dikelilingi pohon menghijau dan bunga-bunga cantik berwarna warni. Dengar cerita, owner tempat ni memang suka menanam bunga. Janda Baik amat sesuai dijadikan lokasi bercuti jika korang pilih untuk berehat dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Aktiviti yang boleh dibuat di sini ialah berkelah di air terjun dan jeram, hiking dan memancing. Once dah buat tempahan, eloklah bertanya kepada mereka apa yang disediakan di sana. Kalau menginap di private property sebegini, tidak semuanya disediakan macam hotel 5 bintang. Jadi kalau kita bertanya, kita tau la apa yang perlu dibawa. Ahaks, macam I, memang macam-macam soalan I tanya. Sampaikan berapa helai selimut pun I tanya. Sorry En. Arifin. Saya sekadar bertanya sebab kalau tak cukup, boleh bawa dari rumah.

Gambar diambil dari gazebo

Untuk ke Al-Sakinah Eco Resort, kereta perlu diletak di tepi jalan. Kemudian, kena melalui jambatan gantung untuk ke seberang jeram. So kalau bawa banyak barang, kena la ulang alik beberapa kali. Takpe, exercise sikit! :)


Kemudian, akan jumpa River Lodge dulu. Nampak simple dari luar. Di dalamnya, korang boleh pilih samada nak bilik yang ada 1 Queen Sized Bed + 1 Single Sized Bed atau 3 Single Sized Beds. Basic amenities ada disediakan. Di hadapan River Lodge, ada bunga-bunga kecil yang cantik. Geram tengok warnanya! Di sepanjang laluan ke Villa Rayhan, ada pelbagai pokok bunga, sayur dan pokok buah markisa.

Jalan masuk ke Villa Rayhan


Villa Rayhan terletak di sebelah kolam ikan. Villa ini mempunyai 3 bilik tidur. Master Bedroom ada queen sized bed. Bilik pertama ada 1 queen sized bed dan 1 single sized bed. Bilik kedua ada 2 single sized beds tapi boleh dicantumkan. Semuanya di tingkat bawah. Tingkat atas pula merupakan hall panjang yang memuatkan 5 Single Sized Bed. Ada 2 bilik air di tingkat bawah dan 1 bilik air di tingkat atas.

Villa ini juga ada ruang tamu yang luas (tidak ada banyak perabot), TV with Astro channel, dapur, BBQ pit di luar dan gazebo untuk berehat. Basic amenities macam tuala dan sabun ada disediakan tapi toiletries kami bawa sendiri dari rumah.

Gazebo tempat melepak sambil memancing 

Nasib baik bawa toto dari rumah. Lantai sangat sejuk!
Satu hari kami melayan drama series Missing dari Episod 1 
sampai final episode  yang keluar pukul 8 malam.
Lepas tu, emo bila ending berakhir macam tu.

Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, seronok juga stay kat sini sebab terasa suasana kampung. Lebih-lebih lagi bila cuacanya memang sejuk! Mungkin sebab hujan kot. Siang pun sejuk dan berselimut kat ruang tamu. Bayangkan waktu malam! Jadi eloklah bawa extra selimut dan stokin. Hehehe.. Kopi O panas memang sangat laris! Sekejap bancuh, sekejap juga habis. Kalau nak duduk sini, boleh request mereka sediakan makanan tapi tu harga lain. Kami buat keputusan untuk masak sendiri je. Ala, masak simple-simple tapi tetap licin. Sejuk-sejuk ni, cepat lapar. Telur mata kerbau buat masak kicap dan sambal sardin pun boleh jadi berebut. Hahaha…


Lebih-lebih lagi bila meja makan diletak di luar rumah. Perghh, memang feeling habis. Pagi-pagi layan Kopi O Panas, jemput-jemput kentang cicah sambal sardin, roti telur. Dapat pulak tiba-tiba menerima kunjungan mengejut dari Tan Sri Dato’ Syed Hamid Albar. Rasa segan ajak dia breakfast jemput-jemput je.

Aktiviti lain yang boleh dibuat ialah memancing di kolam ikan yang disediakan. En. Arifin ada berpesan. Kalau ikan tu kecil lagi, lepaskan. Kalau besar, boleh ambil. Hanya perlu bayar RM10 untuk sekilo. Katanya, bawa la pancing kalau teringin nak memancing. Rupanya, kat situ pun dah disediakan pancing kayu dengan mata kail. Ko tinggal bawa roti Gardenia je. Haha, dapat juga ikan. Mana yang kecil kami lepaskan. Yang besar, selamat buat ikan bakar. Sedap!

Kalau korang berminat untuk ke sana, boleh call En. Arifin di 016-682 9423. Now, jom layan gambar.

Ikan pertama yang Batrisyia pancing. 
Dia pancing sendiri tau.

Jeram di sebelah Al-Sakinah. Tak payah berkelah jauh-jauh

1368 

Our main sponsor : Mama dan Papa 

The biggest catch of the day. 

Papa tolong siang ikan sebab semua orang tak berani siang ikan yang masih hidup.

Tauhu sumbat terbaik sepanjang zaman! 

BBQ

Sempat mandi manda sebelum hujan turun 

Gambar wajib!

Nota: Semua maklumat tentang Al-Sakinah Eco Resort yang dipaparkan di sini adalah valid untuk tarikh ini. Diminta menghubungi En. Arifin bagi mengetahui sebarang perubahan.

Tuesday, October 09, 2012

Sister of the groom to be

My brother is getting married! Kira good news la kan? Tapi kami ada dalam 4 bulan je untuk buat preparation for the big event. HELP!

Ahaks, masa I kahwin dulu, I ambil masa setahun setengah untuk siapkan semua. Baik dari segi kewangan, vendors etc. Ni 4 bulan eh. Tercungap-cungap I mengejar updates dari vendors. Maybe juga korang rasa kenapa la last minute sangat kan? Yer la, tiba-tiba adik dapat kumpul duit hasil dia bekerja gigih akhir-akhir ni. So bila duit cukup, boleh jalan!

I think adik I bertuah la juga. Maybe sebab dia lelaki. Jadi dia siapkan duit je. Benda-benda lain dia taknak ambil port. Dia tau kitorang pilihkan. Senang je mamat ni. I pulak yang sibuk nak update dia. Ye la, dia yang nak kahwin. Kena la tanya pendapat dia. Kalau ikut taste kita, takut menyusahkan dia pulak. Cuma tang nak buat preparation tu agak susah sikit sebab kami pun dah duduk rumah lain-lain. Nak berbincang apa-apa, through FB dan phone je. Apa-apa hal, nak kena tunggu semua orang balik rumah. Balik raya ni, dah busy duduk berbincang dengan catering dan mak andam pulak. Time is running out sebab semuanya kena bagi setel by this month.

Nasib la ko ada papa, mama dan dua orang kakak.

Monday, October 08, 2012

Impian tidak menjadi kenyataan

Salah satu target dalam my "Things to do before I die" list ialah untuk menjadi seorang penderma aferesis. Lama simpan angan-angan tu sebab kriteria untuk layak menjadi penderma aferesis sedikit berbeza daripada penderma darah yang biasa.

Finally on last July, PDN officer beritahu yang I sudah layak untuk mula menderma pada September 2012. Selepas 3 bulan menunggu, akhirnya masa yang ditunggu telah pun tiba. Cuma dah nak jadi, I kerap sakit dan kerap makan ubat pulak pada bulan tu.

I bebas dari ubat sejak seminggu lepas. Jadi, kami ke PDN last Friday. Berdebar pun ada sebab tak tau apa rasanya. Lepas registration, I kena jumpa doctor sebab dia nak evaluate dulu. I thought dah terus boleh buat. Sekali doktor cakap macam ni, "Awak tak boleh buat aferesis. Saya risau. Awak small size dan tak gemuk. Sebelum ni awak menderma sebanyak 350ml darah. Untuk aferesis, kita akan ambil 600ml darah."

My heart sank!

"Kalau macam tu doktor, bila saya boleh layak?"
"Awak kena pastikan berat awak lebih dari 57kg. Mesti konsisten dalam 4-5 bulan"

Sudah pasti sampai bila-bila pun I tak layak :(

Jealous je tengok hubby pegang fail merah yang hanya dibuka khas untuk penderma aferesis. Siapa sangka, lelaki ini yang pada mulanya taknak menderma darah, bermuka pucat lepas menderma darah buat kali pertama, akhirnya sudah menjadi penderma tetap.

Lepas ni tak dapat la kami baring sebelah menyebelah sebab bilik lain-lain :p

Dia punya 

I punya

Nampaknya lepas ni dia potong I sebab dia boleh menderma setiap 2 minggu. I pula hanya boleh menderma setiap 3 bulan.

Wednesday, October 03, 2012

Selamat Hari Lahir, anakku

I "berhutang" kek ni dengan anak I sebab masa sambutan (untuk family) bulan lepas, I beli kek di kedai je. Tak sempat nak buat sebab busy buat preparation untuk open house. Bila jiran-jiran tengok kek yang I beli, ramai yang ingat I buatkan untuk Batrisyia. Jadi bila I kata I beli kek tu, diorang gelak kerana tukang buat kek pergi beli kek kat kedai.Adus, tak sempat nak buatkan kek untuk anak sendiri.Tapi takpe la. Her actual birthday is on 2nd October. So boleh buat kek untuk dia :)

Dulu ingat nak buatkan Rainbow Cake untuk dibawa ke daycare. Kanak-kanak mesti suka tengok kek yang berwarna warni. Tapi lepas tu, I ubah plan.

Move over Rainbow Cake. I have something new for my beloved daughter.

Kit Kat Cake! 

I'm quite happy with this cake. It's simple tapi berjaya buat kawan-kawan Batrisyia senyum. Malam sebelum tu, Batrisyia teman I buat kek dia. Lewat juga mula buat kek ni sebab I kena siapkan order untuk Carrot Cake terlebih dahulu. Lepas tu, baru Batrisyia tolong I. Bukan tolong buat tapi tolong tengok.

Dia sangat excited bila tengok kek ni siap. Lebih-lebih lagi bila nampak M&M yang memenuhi atas kek. Ye la, selama ni umi dia memang control bab keropok, coklat dan gula-gula. I rela marah dan tengok dia menangis daripada dia mengadap semua tu. So let give her a cheat day. It's her birthday, anyway!

Mata dah mengantuk tapi tetap mau buat pose

Kebetulan, abi dia pulak kerja overtime malam tu. Setia dia menunggu abi balik sebab nak tunjukkan kek yang dia 'buat'. Dah tengah malam, abi tak balik lagi. Telefon pun tak berangkat. I pujuk-pujuk, baru dia nak tidur. Elok 5 minit dia tidur, ting tong bunyi loceng rumah. Dah balik pulak abi dia. Terus dia terjaga. Dia tarik abi dia ke peti ais. Bad move sebab abi dia terus ambil beberapa biji M&M dan makan. Isk...

Selamat Hari Lahir, anakku.

Tidak layak menjadi pemimpin

Ingat tak masa kita kecil, kita senang berkawan dengan kanak-kanak lain. Baru berjumpa 5-10 minit, lepas tu terus geng. Kalau gaduh pun, sekejap je. Ayat klise, "Kita jangan kawan dengan dia". Tapi lepas tu, kawan balik. Semuanya nampak simple di mata kanak-kanak.

Kenapa kita tak boleh bawa sikap yang sama semasa kita dewasa?

Bila umur makin meningkat, semakin banyak pengalaman, kita semakin berhati-hati dengan kehidupan, dengan orang yang kita kawan, dengan rakan yang kita bergaul. Sesekali, kita tersilap laku. Jika diizinkan Allah, kita akan kembali ke pangkal jalan dan menjadi seorang yang lebih baik dan lebih hebat dari sebelumnya.

Tidak kurang juga ada yang masih bersikap seperti kanak-kanak yang I sebutkan tadi. Senang berkawan. Tetapi ada di antaranya bila sampai ke saat "Kita jangan kawan dengan dia", dia bertindak lebih dari. Malah lebih teruk, memulaukan orang. Menabur fitnah. Bergosip. Menikam dari belakang. Membuat kekecohan terancang. Melabel orang dengan nama yang kurang enak.

Malah ada sesetengah lelaki mulut macam longkang. Ada sesetengah perempuan, tak malu menjerit seperti orang diserang histeria. Tiada rasa hormat sesama manusia. Mereka yang I sebutkan ini bukan baru nak menginjak ke umur 20 tahun. Kebanyakannya dalam lingkungan 30-an, ada 3-4 orang tersesat dalam kategori umur 40-an. Semuanya sudah berakal.

I hilang respect terhadap mereka. Kamu mahu menjadi pemimpin tetapi berperangai sebegini?
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.