Friday, September 28, 2012

Thing I wish I knew sooner

Do not try to change selfish people because they are only think about what is the best for themselves, without considering people around them too.

Ouch, that hurts!

Thursday, September 27, 2012

When the drugs kick in

Note : Entry ni khas untuk rujukan I di masa akan datang. Mana la tau lepas ni selalu pulak kena. Senang nak explain kat doctor. Feel free to comment if you have anything to share.

2 hours after I posted up this post, my allergy appears =(

Macam aritu juga. Mula-mula kaki gatal. I tengok tiada pun red mark ke ape. So garu sikit.Lepas tu terasa lagi. I biarkan je. Ada la dalam setengah jam kemudian kot, bahagian lain pulak rasa merenyam. Alamak, lain macam je ni. Bila tengok balik, kedua-dua belah kaki dah kena “serang”. Kat tangan pun dah mula naik. I left my medication at home. Nasib baik I kena tu sekitar jam 3 petang. So menahan diri daripada menggaru. Seksa sebab badan gatal tapi tak boleh buat apa.

Balik kerja, terus mandi dengan air panas. Letak ubat sapu. Pil dah habis. Masa solat Isyak’, memang tak dapat nak khusyuk sebab satu badan rasa pedih. Berdoa pun mengalir air mata, minta Allah sembuhkan penyakit ni cepat. Lepas dinner, terus ke klinik. Doktor tengok reaksi allergy tu. I cakap, alergi 2 minggu lepas hanya betul-betul baik selepas 4 hari. Dia terkejut. Ye la, dulu dia ingat sehari dah surut. Tu pun I yang paksa dia bagi MC. Simply because I know this disease better. Wah wah, syabas la eh sebab dah 6 kali kena benda yang sama sejak 9 tahun yang lalu!

Terus serahkan lengan untuk anti-histamine injection. Sejam selepas tu, I “berperang” dengan kegatalan dan bengkak di kawasan yang terlibat. Malam tu, ada juga call boss. Bagitau yang allergy tu datang balik tapi I akan tetap datang office. Kalau teruk sangat, I nak balik awal. Dia macam tak percaya. I jarang ambil MC. So maybe ada sedikit rasa tak percaya kot. Normal la kan. Nama pun bos. Somehow, I rasa mamai sangat. Terus masuk tidur.

 Pagi Rabu, bengkak surut. Badan tak gatal. Alhamdulillah. But I know second wave is coming. Dan ia datang seperti yang diduga. Rasa pedih mengatasi rasa gatal menyebabkan I rasa tak tahan sangat. Elok pulak tengah hari kena jumpa bos. Terus sinsing lengan baju, bagi dia tengok tangan yang dah membengkak dan merah. Terus dia diam. Lepas tu terlebih concern. Dia pulak yang risau. See, ingat I tipu ke?

I tak tau la sebab ubat-ubat yang I ambil ke ape. Cuma minda berasa macam di awang-awangan. Anggota badan buat kerja tapi otak ni macam taknak berfungsi sangat. Susah nak explain. Something is definitely wrong with me.

Balik kerja, terus pergi Emergency Room. Cukuplah pergi clinic kan? Kalau boleh, taknak pergi Emergency Room sebab lebih ramai orang yang lagi parah. Tapi tak tahan sangat dengan gatal ni. Doktor pun ada cakap, kalau bengkak naik semula, terus ke hospital.


Tekanan darah sedikit rendah. Doktor checked sikit je. Lepas tu minta jururawat bagi 2 jenis injections. Nama ubat-ubat tu panjang sangat. Dah lupa pulak. Yang pasti, satu tu dia bagi 9ml (syringe besar betul). Satu lagi hanya 1.5ml tapi ubat tu mengantuk. Tangan jadi sejuk dan keras lepas tu. First time rasa macam tu. Then, bagi 2 jenis pil dos tinggi untuk I makan selama 3 hari. Kalau still tak baik, kena datang ke hospital semula. Kalau tiba-tiba sesak nafas atau tak boleh menelan dengan baik, kena terus pergi Emergency Room.
Then, I asked her about the allergy test.

"Oh, kita takde test tu kat sini". Senang je doktor jawab. I think doktor sepatutnya beri penerangan yang betul. Bukan just simply bagi jawapan yang akan membuatkan pesakit senyap. Takkan la hospital kerajaan yang  mempunyai klinik doktor pakar di bangunan yang sama tidak langsung menawarkan test sebegini. Mustahil kan?

Sebenarnya, dah jadi prosedur hospital kerajaan untuk merawat pesakit. Mula-mula bagi ubat. Kalau ubat tak berkesan, baru pergi next step. Bagi dos tinggi pulak. Kalau tak jalan juga,baru buat test untuk mengetahui punca allergy. Sebenarnya, tu prosedur untuk kebanyakan penyakit biasa. Prosedur pernah diterangkan kepada I oleh seorang doktor satu tika dulu.

So doctors, tolong jangan beri alasan mudah. Kalau dapat orang macam I yang boleh berfikir, takpe la juga. Kalau orang yang main terima je alasan tu, mesti dia rasa hospital kerajaan ni serba serbi kurang sedangkan hospital kerajaan pun sebenarnya setanding hospital swasta.


Bangun pagi tadi, bengkak dah hilang tapi merah-merah tu masih ada. Sangat gatal. Ambil pil kali kedua. Lepas tu baru ok. Hopefully I boleh sihat menjelang esok sebab I nak berehat kat rumah. Kerja kat rumah semuanya terpaksa diketepikan buat seketika. Tengok kain menggunung, siap kau.. malam ni aku lipat!

Wednesday, September 26, 2012

I sing this song and what I feel is emptiness

I walked across an empty land 
I knew the pathway like the back of my hand 
I felt the earth beneath my feet 
Sat by the river and it made me complete 

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on 
So tell me when you're gonna let me in 
I'm getting tired and I need somewhere to begin 

I came across a fallen tree 
I felt the branches of it looking at me 
Is this the place we used to love? 
Is this the place that I've been dreaming of? 

Oh simple thing where have you gone 
I'm getting old and I need something to rely on 
So tell me when you're gonna let me in 
I'm getting tired and I need somewhere to begin 

So if you have a minute why don't we go 
Talk about it somewhere only we know? 
This could be the end of everything 
So why don't we go 
Somewhere only we know? 

Melayan hati...

Tuesday, September 25, 2012

Sakit itu satu kifarah

Bulan ni memang menguji kesabaranku. I mengaku, kadang-kala kesabaran memang teruji lebih-lebih lagi bila penat. Kerja pulak macam tak putus-putus. Masa tu rasa nak masuk tidur je. Kadang-kadang dah macam melepek kat sofa.

Kira dalam sejarah la kot, bulan ni paling banyak telan ubat. Macam-macam jenis ubat I ambil. Ubat batuk pun dos kuat sampaikan lepas setengah jam telan, terus masuk ke alam mimpi.

Banyak dosaku nampaknya =(

Pergi Cameron Highlands, beli carrot banyak sikit sebab ada orang order Carrot Cake. Lepas siapkan tempahan, ada lagi carrot berlebih. Cream cheese pun ada lebih. Bakal berlaku pembaziran di situ. So I whipped up another batch (half the recipe, of course). Lepas dah siap, rasa takde selera sebab tekak rasa macam pasir.

Potong, hantar ke JMB meeting yang kebetulan dijadualkan pada hari tu. Sekejap licin. Alhamdulillah.

Dibuka untuk tempahan

Carrot Cake sesuai untuk mereka yang inginkan manis semulajadi. Penggunaan carrot dan golden raisins membuatkan kek ni manis. Nak tau macam mana kek ni boleh terhasil? Pada zaman dahulu, orang susah nak dapatkan gula sebab harganya tinggi. Jadi mereka gunakan carrot sebagai agen pemanis dalam kek.

Doakan I cepat sembuh kerana I ada project nak kejar!

Friday, September 21, 2012

Yeay, Batrisyia disahkan masuk ke tadika itu

"Congratulation! Your child is selected to enroll in our kindergarden for 2013 session"

Sangat happy bila dapat sms dari pengetua tadika. I buat online registration pada tahun lepas sebab risau ramai yang akan mendaftar kemudian. Tu pun pengetua yang sarankan. Katanya, tadika ini menjadi pilihan ramai ibu bapa di kawasan sekitar kerana menggunakan TLCP.

Alhamdulillah sangat bila nama Batrisyia tersenarai untuk kemasukan tahun 2013. Cuma tak sangka kelas Batrisyia akan diadakan pada sesi petang. Pengetua telah berbincang dengan founders TLCP dan dia disarankan membuka sesi petang agar dapat memberi perhatian lebih untuk pelajar yang baru memulakan sesi di sana untuk tahun hadapan. Katanya, pelajar 4 tahun yang masuk sesi tahun ni semuanya telah pandai membaca. Jadi, kelas tidak boleh dicampurkan.

Mula-mula, I ragu-ragu juga nak confirm kan tempat Batrisyia di sana. Petang? Urm, budak tak mengantuk ke? Nanti hilang konsentrasi belajar. So I called Pengetua untuk dapatkan explanation dari dia. Lepas dapatkan explanation, barulah rasa lega.

I have to put my trust on my own child instead of worrying that Batrisyia will lost her concentration in the class. Tak patut rasanya I set limit untuk diri dia. Itu tak boleh, ini tak sesuai. As a mother, kita kena percaya pada kebolehan anak kita sendiri.

Ok, maybe ada yang tertanya-tanya apa itu TLCP. TLCP or known as The Little Caliph Programme is an Islamic-English-Creative pre-school program that helps pre-school children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential. Ayat sebijik-sebijik dari website mereka. Hehehe.

I mula mengenal TLCP dengan lebih lanjut melalui satu program di TV3. Rasanya Majalah 3 kot. Selama ni dengar tentang The Little Caliph je tapi bila dah tengok program tu, rasa tertarik sangat dengan kaedah pembelajaran yang mereka gunakan. Batrisyia pun suka sangat tengok program tu masa tu sampaikan dia sendiri minta pergi tadika macam tu.

Why not?I cuma minta  tadika yang Batrisyia masuk tu gunakan English sebagai salah satu bahasa dalam pembelajaran dan tadika tu mesti tadika Islam. For me, English is important. Bukan tak mendaulatkan Bahasa Melayu tetapi kita perlu sedar betapa pentingnya bahasa Inggeris di zaman sekarang. Silibus pulak mesti ada Islamic module sebab Islam tu perlu diterapkan dari kecil.

Memang itu tanggungjawab ibu bapa tetapi I sedar, I pun tak la sehebat mana. Siang dah kerja, malam sambung buat kerja rumah. Bila nak ajar anak tentang Islam? Yups, kami ajar dia berdoa, ajar dia solat, ajar dia apa yang boleh apa yang tak boleh buat tapi semua tu yang surface je. Untuk betul-betul mengajar tentang Islam, kami belum sampai ke tahap tu. That's why we choose Islamic kindy. That's why we choose TLCP. I pun dengar banyak positive feedback dari parents yang pernah hantar anak ke tadika di bawah TLCP.

Kalau korang perasan la, kanak-kanak ni lebih dengar cakap teacher dari cakap parents. Betul tak? Bila parents cakap, kadang-kadang dia bolayan je. Tapi kalau teacher cakap, bulat-bulat dia ikut! I tertarik nak berkongsi satu cerita tentang sepupu Batrisyia.

Nama dia Muhammad Danish Hazim dan dia berumur 5 tahun. Belajar di tadika PASTI. Ramadhan baru-baru ni, mak dia sedikit pun tak minta anak dia berpuasa sebab memikirkan dia baru berumur 5 tahun. Macam kecil lagi ke kan? Kita puasa hari Sabtu kan? So Sabtu, Ahad.. Danish tak berpuasa. Isnin dia pergi tadika. Petang tu pergi bazaar Ramadhan, mak dia belikan air untuk anak. Anak dia minum je la. Nama pun budak 5 tahun. Lurus je akalnya.

Esoknya tu barulah mak dia tahu yang Danish berpuasa pada hari Isnin tu. Sebab tadika Islam memang ajar budak berpuasa. Tiada makanan disediakan.Kitorang yang dengar ni rasa kagum  sebab Danish berpuasa "penuh". Abaikan 3 hari mak dia tak suruh dia puasa dan 1 hari yang Danish kata dia memang lapar. For me, that's a big achievement for a 5 years old boy!

Registration fees? Lebih RM1k la juga tapi I anggap ni pengorbanan kami untuk Batrisyia. Awal-awal I dah kumpul duit fees ni. Melepas tengok concert Maroon 5 malam tadi pun sebab memikirkan fees ni la. Rasa macam sayang je nak guna beli tiket. Ahaks, ni dah terpesong cerita pulak kekdahnya.

Takpe la... anak pun sorang!

Thursday, September 20, 2012

Short trip to Cameron Highlands

It's going to be a post with a short notes and many photos! I'm not feeling very well. Jadi, tak dapat nak menulis banyak-banyak.

Cheras family decided to spend some time at Cameron Highlands last weekend. So we tagged along eventhough 8 years ago, I was kinda swear that I won't go to Cameron Highlands anymore. I will let you know why.

So ni antara gambar-gambar kat sana. Short note heh!

At BOH Plantation. Turun kereta, terus nampak 3 cik adik manis ni. I cakap, lawa minah-minah ni. Hubby boleh cakap, "Mana? Tak la, mana ada sexy". And I was like, "Err, what? Liza cakap lawa, bukan sexy". Ape la... mereka sweet. Mereka tertunggu-tunggu kat tepi jalan sebab nak tumpang orang. Sempat bergambar dan tanya mereka dari mana. Mereka dari Belgium dan akan pulang ke sana pada malam tu. So tolong tahankan 4x4 untuk mereka.

This is Barbie and Bunga Raya :)

Ladies and girls tapi tak cukup korum. 

Guys and boys tapi tak cukup korum. 

Ni masa menapak naik ke BOH Tea Centre


Macam-macam gaya!



Ni siapa yang suruh bergambar sebelah paket teh ni T_T

Yang bawah-bawah ni pulak gambar takde motif.




Jalan sangat sesak sebab public holiday. Dari Ringlet ke Tanah Rata ambil masa 4 jam. Fuh, penat. Nak tau kenapa I taknak pergi Cameron Highlands? Sebab dulu, I muntah dan pening kepala di sepanjang perjalanan naik dan turun. Muntah waktu turun. So kali ni, memang I standby plastik muntah awal-awal. Beli minyak cap kapak. Tapi masa naik, I tak muntah. Seksanya kena masa turun. Kalau dulu muntah sekali je, kali ni I muntah 2 kali sepanjang turun dari Cameron Highlands, sekali masa dah masuk tol PLUS dan sekali lagi bila berhenti kat Slim River. Habis isi perut semua keluar.

So bak kata Taylor Swift yang telah di "twist" kan..

I am never ever ever going back to Cameron Highlands :)

Wednesday, September 19, 2012

For the time being

Batrisyia : Umi, Tisya nak adik!
(cricket)
Batrisyia : Uuumiii!!
Umi : Yer
Batrisyia : Tisya nak adik!
Umi : Nak boy ke girl?
Batrisyia : Nak girl.
Abi : Boy la. 
Batrisyia : Tak boleh. Tisya girl. Adik Tisya girl. Tisya nak main Barbie dengan dia.
Umi :  Nanti laaa.
Batrisyia : Cepatlah. Tisya nak adik.
Umi : Adik Tisya ada tunggu kat syurga. Kakak/Abang Tisya pun ada kat sana.
Batrisyia : Syurga? Kenapa? Dia taknak main dengan Tisya?
Umi : Takpe. Nanti Tisya jumpa diorang ye.
Batrisyia : Kat syurga ada playground? Haa, nanti Tisya main buaian, main gelongsor. Haa, seronok!
Umi : Ok. Kat syurga macam-macam ada.

Bila anak dah petah berkata-kata, macam ni la jadinya. Kita jawab sikit, dia tanya lagi.. dan lagi sampailah dia puas hati.

For the time being, baginya syurga tu macam playground.
For the time being, dia nak sangat ada adik.
For the time being, Allah belum nak bagi lagi kat dia.

Batrisyia,

Kamu masih ada abi dan umi yang sentiasa meletakkan kamu di tempat yang tinggi.

My first Kleenex® Ultra Soft Fresh Scented Experience

I am a big fan of Kleenex®. Why?
-Tisu nya lembut tetapi kuat dan menyerap dengan lebih baik berbanding jenama tisu lain.
-Didatangkan dalam kotak dan packaging yang cantik.
-So many variety. Nak tisu apa? Tisu muka, tisu tangan, tisu basah, tisu kereta? Semua ada.

Tisu kat ruang tamu 

Tisu kat dapur. 
Vintage edition ni memang menjadi kesukaan sebab kotak cantik!

Moist Wipes dalam handbag.
Berguna masa hujan lebat sebab boleh guna untuk lap kaki yang kotor.

Separuh daripada stok Kleenex kat rumah

Bak kata my bestfriend, “Kau kan duta Kleenex®!”.

 Jadi bila I diajak untuk mencuba produk terbaru Kleenex®, I hairan juga. Produk apa lagi ni? Bukan semuanya Kleenex® dah ada ke? Tuesday morning, I dikejutkan dengan kehadiran sebuah kotak. Bukan I sahaja yang terkejut. Orang lain juga. Kenapa? Kerana ini.

Sniff Before You Open!

Wah, tak pernah dapat kotak yang menyuruh I sniff dulu sebelum buka. It turned out that the box was so… mmm, wangi! First time dapat kotak berbau wangi. Oleh kerana I terima kotak ni di office, I tak buka dahulu. Bau wangi tu menerawang ke seluruh office sampaikan ada yang tegur, “Bau apa yang wangi ni ye? Sedap bau!” Apakah kandungan dalam kotak tu sampai mengeluarkan bau semerbak harumnya?

Balik rumah baru buka kotak ni. It can’t be the candles that come together with the Kleenex® tissues. Wait a second, takkan bau tisu ni kot?!

Rupanya memang bau tisu ni la. Ok, this is something new. I never expected this! Memperkenalkan Kleenex® Ultra Soft Fresh yang baru! Ini ialah tisu tandas berbau wangi yang pertama di Malaysia. Sniff sniff!

Kalau sebut jenama Kleenex®, rata-rata dah tau yang Kleenex® mengeluarkan pelbagai variasi tisu yang berkualiti untuk digunakan seisi rumah. Tisu Kleenex® sangat lembut tetapi kuat dan lebih menyerap. Rumusan 3 helai yang digunakan dalam pembuatannya menjadikan tisu Kleenex® kekal kuat walaupun basah!

Dalam kajian yang dilakukan oleh pihak Kleenex®, mereka mendapati bahawa sedikit kesegaran tambahan dapat memberi kesan positif yang mendalam kepada rutin seharian seseorang. Kerana itu mereka memberi inovasi terbaru dalam tisu yang mereka keluarkan iaitu dengan mengeluarkan Kleenex® Ultra Soft Fresh tissues which have a Natural Fresh Scent.
Untuk pengetahuan, Kleenex® Ultra Soft Fresh  didatangkan dalam pek 10 rolls dan pek 20 rolls dengan harga RM 17.95 dan RM 33.10 sahaja.



Mesti ada yang rasa tisu yang berbau wangi tidak mendatangkan apa-apa kesan pun. Akhirnya, tisu tu kotor juga kan? Betul juga tapi kalaulah tisu sewangi ni diletak dalam bilik air, bilik air pun boleh jadi wangi. Kalau untuk orang macam I yang membasuh baju guna mode “cucian tangan”, dengan bau Kleenex® ni “menyambut” I di bilik air, rasa tenang dan rileks.


Lama-lama memerap dalam bilik air pun I rela :)

Bau wangi tapi bilik air tak lawa pun tak best juga!”. Ada yang kata begitu? Teringin nak menang hadiah berupa pengubahsuaian bilik mandi bernilai lebih dari RM40,000?

 Nak bilik air secantik ni?

Apa kata korang sertai Peraduan “Kleenex® Refresh Your Bathroom” pada bulan September ini di laman Facebook Kleenex Malaysia.
Apa yang anda perlu buat hanyalah beritahu kenapa anda perlukan bilik mandi anda “disegarkan” oleh Kleenex®? Senang? Haa, kalau senang, sila join contest ni dengan memberi jawapan yang paling kreatif! Mereka mencari 3 pemenang Grand Prize yang bakal memenangi:

1. Bathroom Makeover bernilai RM10,000 (termasuk accessories dan child-friendly items)
2. Bekalan Kleenex® Ultra Soft Fresh tissue selama setahun
3. 2 muka surat coverage dalam majalah Parenthood

Untuk maklumat lanjut tentang produk baru ini, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-toll) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

Sebab bau tissue ni wangi, I terfikir juga kat mana lagi I boleh gunakan Kleenex® Ultra Soft Fresh .

Bagi satu kat hubby sebab dia tengah selesema teruk. Lepas sebelah katil. Harapnya dengan bau tisu yang wangi tu, kuranglah "penderitaan" dia menghadapi selesema.

Well, maybe I can be a little romantic this time by writing a lovely note on Kleenex® Ultra Soft Fresh tissue and put in my hubby’s pocket!

Surprise!

Thursday, September 13, 2012

The day I found out that I have contact dermatitis (allergy)

Setelah masuk kali kelima, I boleh cakap yang I memang ada allergy. Now, baru rasa kesian kat orang yang ada allergy terhadap sesuatu. Tak boleh makan seafood ke, tak boleh kena habuk ke.. kesian ok.

What I have is not food allergy. Alhamdulillah, dah la suka makan seafood. Menurut doktor, my allergy tergolong dalam "contact dermatitis". According to Wikipedia, contact dermatitis is a term for a skin reaction (dermatitis) resulting from exposure to allergens (allergic contact dermatitis) or irritants (irritant contact dermatitis).

Bila kulit terdedah pada foreign substance yang trigger allergy, kulit akan membengkak, merah dan gatal. Dia macam kena gegata (kelopak garam) tapi lagi kronik. Mula-mula akan naik macam bintat, lepas tu mula membengkak dan merebak. Garu pun sedap tapi akibatnya kulit semakin membengkak dan gatal sampai nak nangis. Ok, bergenang air mata menahan gatal. I can't take it. Sakit ok! Dia punya sakit sampaikan tak boleh buat kerja. Nasib baik tak teruk sampai jadi blister.

Ni kali kelima I kena dalam tempoh 10 tahun. Kali terakhir I kena ialah 9 bulan yang lalu. Cause is unknown sebab I memang tak tau I allergy kat apa. According to the doctor at the clinic, they need to run Patch Test to get the answer. Pendekkan cerita, I kena pergi jumpa pakar di hospital. Kalau dulu, macam malas juga nak fikir. Tapi sebab dah masuk kali kelima, geram la juga. Kalau tau kita allergy pada apa, boleh juga kita avoid benda tu kan? Jujurnya, malas nak buat appointment kat hospital.

The worst thing is benda ni takkan hilang dalam sehari dua. Ia akan hilang dalam masa 3-4 hari atau berminggu-minggu. Paling penting, kulit tak terdedah dengan benda tu lagi. Tapi susah juga sebab kalau kulit tergesel dengan sebarang benda, reaksi alahan akan jadi teruk. Tergesel kat kain pun boleh jadi sakit dibuatnya. Sebab tu I minta MC untuk semalam. Nak betul-betul rehat kat rumah. Hari ni pun still tak baik lagi.

Cerita panjang-panjang. Tujuan utama ialah nak tepek gambar ubat ni. Senang buat rujukan di masa hadapan.
Kalau dulu dapat ubat bentuk cecair. Agak leceh nak pakai and I was hideous! Hahaha. Pakai jenis krim macam ni, tak tinggalkan kesan. Cuma ada bau ubat je la.

Bertahanlah!

Monday, September 10, 2012

Gambar-gambar raya

Orang lain share gambar raya, I pun nak share juga. Gambar kami ada yang serious, ada yang spontan. Jom tengok.

First, gambar kanak-kanak masa Hari Raya Pertama. Tema semuanya kena berjubah. Girl jubah warna hitam. Boy jubah warna putih. Muka masing-masing serious mungkin sebab kena paksa berdiri luar waktu matahari betul-betul atas kepala. Nasib la. Janji lighting ok. Jubah Batrisyia beli yang murah je. Brand JBaby. Bayar RM5 je lepas gunakan voucher RM50. Amacam, ada ala-ala Extreme Couponing tak? Hahaha.

Ni pulak gambar masa on the way beraya ke Rembau. Kami tumpang kereta adik sebab senang hangkut kanak-kanak riang ni. Sudahnya, suasana ter-over meriah di sepanjang perjalanan. Ni baru 3 orang. Pening kepala melayan. Especially kanak-kanak yang nampak paling pemalu kat dalam gambar tu.(Hint: dia paling belakang). Jangan ingat dia pemalu. Dia la paling lasak. Masa ni kereta berhenti di tanah perkuburan. Sebab tu diorang boleh berdiri. Kalau tak, jangan haraplah! Kami akan jerit suruh duduk diam-diam.

Tema "Shades of purple" ni gambar masa hari adik I bertunang. Still kira raya la kan. Adik bongsu I nak jadi lain dari yang lain. Dia pakai baju warna hitam. Lepas tu kitorang paksa tukar sebab kononnya nak bergambar 5 beradik. Sudahnya tak bergambar sebab lagi 3 orang menghilangkan diri masa kat rumah perempuan. Lepas tu dia ungkit-ungkit pasal paksa dia tukar baju. So hamek ko, ni gambar yang sempat snap. Gambar ni pun ambil sebelum bertolak ke rumah perempuan. Kira ok la tu. Dia kata, dia senyum macam tu sebab nak ada kelainan. Isk..

Gambar paling menyelerakan sebab ada Mc Chicken, Spicy Chicken, GCB, fries.. hahaha. Adik no. 3 belanja lepas dia selamat bertunang. Malam tu semua orang malas nak masak. Dia belanja McD sebab semua orang nak McD.

Wow, ni gambar apa? Haaa, ni 3kg bawang merah yang I kena kupas untuk masak rendang ayam masa I buat open house untuk keluarga dan jiran. Kalau orang lain guna bawang merah sikit je. I pula guna banyak. Kawan mama yang ajar. Seekor ayam perlu guna 1kg bawang merah. Kalau 3 ekor ayam? 3 kg bawang merah la jawabnya. Takpe la, sedap! Kalau guna resipi ni, memang gerenti dapat pujian sebab rendang sedap. Cuma nangis nak kupas T_T

Alang-alang jemput keluarga datang, kami sambut hari lahir Batrisyia yang jatuh pada 2 Syawal. 4 tahun sudah! Tahun depan masuk tadika, ye nak.

Gambar terakhir, gambar paling I suka ialah gambar spontan sebelum beraya ke rumah jiran. Semuanya elok sedondon berbaju warna orange. Nice! Suka gambar ni sebab macam ceria je.

Tuesday, September 04, 2012

Satay Tulang Jelebu

I mula teringin nak makan satay tulang sejak tengok Best In The World. Selama ni I memang nampak gerai ni setiap kali I pergi Satay Hj. Samuri. Berasap-asap dari tepi jalan tapi tak pernah cuba.

Tapi penangan Razif yang suka makan tu membuatkan I teringin nak mencuba. Masa balik bulan puasa tempoh hari, I minta hubby bawa ke gerai ni dulu.

Satay Tulang Jelebu terletak di Taipan Senawang atau lebih dikenali sebagai Dataran Senawang di kalangan warga Seremban. Lokasinya senang je. Tau Ice Room? Di seberang jalan ada Restoran Bundo Kanduang kan? Haa, gerai tu di luar restoran tersebut.

Price tag agak straight forward. Gerai ni hanya jual satay tulang, satay ayam dan satay daging. That's it! Harga agak berpatutan sebab satay yang disediakan sedap dan dibakar dengan baik. Baik bagi I bermakna masak sepenuhnya dan ala-ala ada kesan terbakar sikit eh. Lepas tu mesti panas.

Amboii... senyum akak ni bila minta bergambar. Nampak tak orang kat belakang tu. Haa, semuanya tunggu satay! Korang boleh makan di meja yang disediakan dan order minuman dan makanan lain dari Restoran Bundo Kanduang.Takde hal la. I rasa dah macam satu usaha sama pulak sebab bila restoran ni buka lagi satu cawangan di belakang Giant, gerai satay ni pun buka lagi satu cawangan di tempat yang sama.

Jom tengok satay tulang.

Bila I sebut "satay tulang", ramai yang tak dpt imagine rupa satay nie. Macam mana pula kita nak makan tulang? I pun fikirkan benda yang sama juga. Untuk pengetahuan, satay tulang ni bukanlah tulang semata-mata. Satay tulang ni diperbuat daripada lebihan ayam yang digunakan untuk buat satay ayam.

Bila dia gunakan ayam untuk buat satay ayam, kan ada lebihan daging-daging ayam yang terlekat di tulang. So tulang tu la yang mereka gunakan untuk dicucuk di lidi satay, dibakar dan jadilah SATAY TULANG YANG SANGAT SEDAP!

Ok, tekak masing-masing tapi bagi I, sedaplah juga! Bak kata Razif, sekali makan.. lepas ni tak pandang satay biasa dah. Hmmm, agak terkena dengan diri I juga la sebab asal nak makan satay, I terbayang satay tulang.

Besar punya! Satay ni bukan tulang semata-mata. Ada banyak daging ayam juga. Dan makannya perlu gunakan tangan untuk mendapatkan kenikmatan sebenar. Makan pun kena ambil masa... pelan-pelan kunyah. Ada pula yang tercekik tulang nanti!

Lihatlah muka mereka yang menikmatinya. Muahahaha. 

Nak tengok gambar lain yang lebih hebat? Boleh check website Best In The World.

Untuk mereka yang datang dari luar Negeri Sembilan, korang boleh cuba datang ke sini juga. Ikut North South PLUS Highway. Keluar ke exit Senawang. Lepas tu jalan terus dan terus dan terus sampai jumpa Giant Hypermarket di sebelah kanan. Belok kanan ke Giant Hypermarket. Di sebelah Giant ada kawasan deretan kedai. Itulah Taipan Senawang. Lepas tu tanya la orang kat mana gerai nie. Hehehe. Tapi gerai ni buka waktu malam sahaja.

Selamat mencuba!

Monday, September 03, 2012

Bersyukurlah

Malam tadi, kami sempat beraya di rumah jiran terdekat. Depan dan sebelah rumah je. Jarang dapat berkumpul macam ni sebab selalunya masing-masing memerap kat rumah lepas balik kerja. Weekend pun kadang-kadang tak berjumpa sebab masing-masing ada hal. Kami bertiga (isteri-isteri) pula bukan jenis suka duduk luar rumah dan bergosip.

Percaya tak kalau I cakap, sampai sekarang I tak tau nama mereka? Malu! Takpe, nanti I tanya. Sebab mereka lebih tua, I selalu panggil "akak" je. Yang sebelah rumah, ada 2 orang anak perempuan yang dah bersekolah menengah. Mereka kira family paling veteren la sebab keluarga lain, anak semuanya kecil-kecil lagi.

Yang depan rumah, ada dua orang anak. Jarak anak pertama dan anak kedua memang nampak jauh berbeza sebab si kakak dah bersekolah dan si adik belum reti bercakap lagi. Mak mereka pula mengandung lagi. Ni kira "sindrom rumah baru". Hehehe..

Masa berbual tentang anak malam tadi, akak depan rumah beritahu yang anak yang dikandungkan ini merupakan anak kelima mereka. I memang tahu ada seorang anak mereka meninggal. Tapi sepatutnya ada 4 orang anak je la kan? So masa tu I tanya siapa lagi seorang? Dan akak tu bercerita dengan tenang sambil didengar oleh 3 jiran yang lain.

Setelah habis bercerita, I rasa kagum dengan mereka sekeluarga. Siapa sangka 2 anak mereka telah meninggal dunia. Dugaan yang mereka dapat tu lebih hebat daripada apa yang I dapat selama ni sebab salah seorang anak tu meninggal dunia di umur 7 tahun. Terasa kerdil sebab mereka berjaya menanganinya dengan baik.

Kalau kita diduga oleh Allah, bersyukurlah kerana diuji sedikit kerana ada orang yang mendapat ujian lebih berat daripada kita. Peringatan untuk diri sendiri juga.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.