Thursday, August 30, 2012

Engagement Day -Nazdri & Norasikin

Kita bagi habis cerita nie cepat =)

Pagi Sabtu, rombongan kami bergerak dari Taman Tuanku Jaafar. Rombongan terdiri daripada sanak saudara dari Rembau (2 keluarga) dan Senawang (2 keluarga). Total 7 kereta. Tak la ramai mana.

My cousin (berbaju putih) menjadi ketua rombongan.


Tanpa disangka, dia menjalankan tugasnya dengan sangat cemerlang. Ni first time okay dia jadi ketua rombongan. Tapi mungkin sebab dia sendiri mempunyai sifat humor dalam diri sejak dulu lagi, perbincangan tidak terlalu serious dan diselang selikan dengan jenaka ringan.

Antara saudara kami yang ikut. Pakcik berbaju merah itu bukan. Hehe

Cincin diletak di sireh junjung.

Tambahan pula, beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama. Maka, beliau juga diberi amanah oleh tuan rumah untuk membacakan doa. Alhamdulillah.

Alamatnya, lepas ni ramai la saudara kami akan mencari dia untuk menjadi ketua rombongan. Hahahaha... ok per! Lepas selesai menyarung cincin, kami bergambar.

Lepas bergambar, kami dijamu dengan lauk pauk yang sangat sedap. Fuh, memang terangkat! Lauk kampung tu. Ada ikan sembilang goreng yang digaul sambal, tempoyak daun kayu, sambal udang, cendawan masak lemak cili api, rendang ayam.. isk, meleleh air liur! Tambah sedap, ada tapai!!! Fuyooo... memang la menjadi kegemaran. Sedap pulak tapai tu.

Kepada adik I; Nazdri dan bakal maklang Batrisyia; Norasikin.. semoga hubungan ini berjaya dibawa ke jinjang pelamin dan berkekalanlah hendaknya.

Tuesday, August 28, 2012

Hantaran for the engagement day - Nazdri & Norasikin

Secara umumnya, jumlah dulang hantaran yang diberi oleh kedua-dua belah pihak adalah dalam bentuk nombor ganjil dan keluarga pihak perempuan akan memberi lebih 2 dulang daripada pihak lelaki. Katakanlah pihak lelaki memberi 7 dulang, pihak perempuan akan membalas dengan 9 dulang. Jumlah dulang yang diberi dan dibalas akan ditentukan oleh kedua-dua belah pihak.

Untuk pertunangan adik, kami memberi 5 dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan 7 dulang hantaran.

Eh, tapi ni dah macam 6 pulak. Belum masuk kek lagi. Seperti yang I cakap sebelum ni, kek tu kami beri sebagai hadiah je sebab tak cantik pulak letak kotak SR tu. Gambar di atas mengandungi "ketua dulang". Ahaks.

Bagi yang tak kenal apa bendanya ni, ni dipanggil tepak sireh. Tepak sireh akan dibawa oleh keluarga pihak lelaki. Ada yang bawa masa merisik. Ada yang bawa masa bertunang. Mungkin sebab zaman sekarang ni lelaki dan perempuan sudah saling mengenali, tepak sireh ni selalunya menjalankan tugasnya ketika majlis pertunangan. Buat syarat je ni sebab orang zaman sekarang dah tak makan sireh. Kalau dulu-dulu, sambil berbincang, mereka akan makan sireh. Gitu la ceritanya. Oh, pihak lelaki akan membawa tepak sireh dan pihak perempuan akan "menjawab" dengan ibu sireh. Macam mana rupa ibu sireh? Sila google. Hehehe.. Benda ni takde pun takpe tapi dah namanya adat. Kita ikut je la mana yang okay!

Kain pasang dan set wangian ni pula memang kami beli untuk Sikin. Kalau semua dulang makanan, takde pulak apa-apa yang dia boleh simpan dan gunakan. So we decided to give her these. I rasa nak hias kain pasang tu makan masa sikit. I taknak gubah sebab taknak rosakkan kain dengan jarum peniti banyak-banyak. Kain ni licin. Ada pulak yang berlubang nanti.

Hasil mengilatkannya dengan minyak masak, makcik I ingat I bagi buah palsu. Buah semuanya dalam rona yang hampir sama sebab nak nampak seragam dan cantik.

Coklat itu manis dan coklat tu mempunyai kisah di sebaliknya. Adik I cakap ada kisah di sebalik Choclairs. Kemudian, dia tunjukkan pembalut Choclairs yang dia simpan dalam wallet dia. Bila cuba korek cerita dari si lelaki dan si perempuan, dua-dua kunci mulut. Amboi amboi amboiiiii....

Nampaknya entry akan bersambung esok :)

A day before the engagement day - Nazdri & Norasikin

Akhirnya, bau nasi minyak dah semakin "kuat" kat rumah nie. Weeee....

Pada 7 Syawal yang lalu, adik I telah selamat bertunang dengan cik adik manis; Norasikin. Kebetulan, abang Sikin buat majlis kahwin pada hari yang sama. Maka, si adik menumpang sekali nak bagi lebih meriah.

Tahun ni I beraya satu hari je kat Seremban. Hari Khamis dah sibuk mencari barang untuk hantaran. Bertunang je. Barang hantaran pun lebih kepada makanan. Cari hiasan dulang sikit-sikit. Malam tu start buat. Sempat buat 3 dulang je. Lagi 2 dulang sambung keesokan harinya.

Esoknya tu, cuaca cantek. Tak sangka berlaku disaster di petang hari. Cake disaster kekdahnya. Kami ordered engagement cake di salah satu kedai kek di Taipan Senawang. Tempat I order kek kahwin dulu. Awal-awal dah tempah. Awal-awal juga bagi tau nak camne. Owner pun bersetuju. Ok set.

Sepatutnya ambil pukul 8 malam tapi Allah lebih mengetahui. Kami minta ambil pukul 6 petang sebab kami pun nak ke Taipan petang tu. Sampai sana, my mother and I terkejut dan terkilan. Cake tak cantik, krim tepi melekat kat transparent casing. Tulisan herot berot. Pendek kata, IT WAS A CAKE DISASTER. Sentap! Kami tak puas hati. Worker dia taknak mengalah. Giler hape nak suruh I ambil kek yang hancur gitu. I terus minta dia telefon owner. Selepas berbagai alasan diberi, kami minta dia refund. Tak sanggup nak hadiahkan kek yang sebegitu kat Sikin.

Dapat duit, terus pergi Secret Recipe. Lagi cantik. Tulisan pun lawa. Tapi sudahnya kena la bagi kotak SR. Tak cantik la sebab tak sesuai bagi kotak camtu untuk hantaran. So sudahnya, kek tu jadi hadiah. Tak letak kat dulang hantaran pun.

Chocolate Moist Cake

Hehehehe, panjang bercerita pasal benda nie. Bayangkan kalau kami ambil kek tu pukul 8 malam.

Malam tu, sambung buat hantaran. Cerita kek tu memang buat kami mengomel sepanjang malam. Hahaha.. Pukul 12.30 pagi kot baru siap. Hasilnya? Boleh la kot untuk orang tangan keras macam I. Kalau nak suruh gubah, I tak reti. Ni namanya menghias hantaran ye. Kalau gubah, confirm tak menjadi.

Monday, August 27, 2012

Duit raya beli patung Barbie

Dah menjadi amalan I sejak dulu, I takkan buka semua sampul duit raya sebelum lepas seminggu kita beraya. Tujuannya ialah agar I tak tau orang tu bagi berapa, orang ni bagi berapa. Biarlah jumlah duit raya tu hanya diketahui oleh pemberi.

So lepas seminggu raya, I buka semua sampul yang Batrisyia dapat. Mana yang I agak-agak tau siapa pemberi tu, I minta adik I bukakan dan terus campurkan dengan duit raya yang lain. Tapi yang paklang bagi dah ter tau pulak sebab tok wan ter beritahu satu rumah. Isk....

Bila Batrisyia nampak duit tu, punya la dia suka.

Batrisyia : Umi, banyak duit Tisya kan?
Umi : Aaaa
Batrisyia : Ni boleh beli patung Barbie kan? Boleh dapat 3-4
Umi : Eh, tak boleh. Ni simpan kat bank.
Batrisyia : Ala, Umi ni! Tisya dah ada duit banyak. Dulu Tisya takde duit. Tisya tak boleh beli patung Barbie sebab patung Barbie mahal (Ni alasan umi dia setiap kali dia sibuk nak beli patung Barbie). Tisya dah ada duit ni!
Umi : Duit ni, Tisya simpan dalam bank. Dah besar, boleh guna.
Batrisyia : Taknak kawan Umi!

Sentap anak aku rupanya!

Thursday, August 23, 2012

Reviews : Dear John

Wow, raya pun raya juga. Tapi I sempat layan novel dan dua filem dari Nicholas Sparks : Dear John dan The Lucky One. Tapi hari ni, I nak buat review tentang Dear John.

Dear John merupakan naskah dari Nicholas Sparks yang telah diadaptasikan ke filem. Let's start with the book.
One of my favourite from Nicholas Sparks. I masih ingat kali pertama I baca buku ni. Memang baca sampai habis. Tak berhenti langsung. Terus melekat di hati.

Dear John mengisahkan kisah cinta antara John dan Savannah yang bertemu di musim panas. Mereka hanya berkenalan selama beberapa minggu tetapi akhirnya jatuh cinta dalam masa yang singkat.

Kisah ni mula berkembang ketika kejadian 9/11. John ditugaskan ke Iraq. Bermulalah kisah cinta mereka yang penuh dengan dugaan. Diduga kerana berjauhan walaupun sebenarnya, tiada masalah yang terlalu besar menimpa. Bila berjauhan, benda kecil pun boleh jadi besar. Savannah kesunyian dan akhirnya Savannah buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan John. John rasa dikhianati dan mula menjauhkan diri.

Tetapi takdir membawa John kembali ke US. Takdir menemukan mereka semula dan dari situ, John dapat tahu kisah hidup Savannah setelah John tiada di sisi. John yang terlalu sayangkan Savannah sanggup berkorban dan hanya melihat Savannah dari jauh yang gembira dengan hidupnya.

 It's a love story, definitely.. but why I read it?

First, novel ni bukan setakat kisah cinta tetapi ada juga diselitkan kisah peperangan di Iraq, hubungan antara anak dan ayah dan info tentang autistic condition yang dialami oleh 2 watak dalam novel nie. Pendek kata, I bukan baca kisah cinta semata-mata. Tapi paling best, ending part la kot. Nak tau apa jadi, kena la baca buku nie. Let's move on to the movie.
First of all, I never thought Channing Tatum is HOT! Ahaks, ampunnnn! Selalu dengar nama dia tapi tak ambil port.

Amanda Seyfriend is okay. Channing Tatum is HOT (again!). Jalan cerita pun lebih kurang macam buku walaupun ada yang ditukar sikit-sikit. Contohnya dalam buku, Alan si pesakit yang menghidap autisme tu merupakan adik beradik Tim tapi dalam movie, Alan ni anak Tim. Sikit beza je. Yang pasti, reason Savannah tu tinggalkan John agak berbeza antara buku dan movie.

Nicholas Sparks buat new ending untuk filem. Mungkin sebab dia taknak kecewakan sesetengah pembaca buku yang mengharapkan John dan Savannah kembali bersama. The truth is ending dalam filem pun agak tergantung. Terpulang kepada kita untuk decide nak ending yang macam mana.

This movie is okay.. I love the book more. I tak rasa apa sangat tengok movie tapi I rasa sangat 'dekat' dengan buku. Watak dikembangkan dengan baik. Biasa la kan. Lagi banyak boleh diceritakan melalui buku. I just hope buku tu dapat diadaptasikan dengan baik. Hmm, rasanya biasa-biasa je. Tak rasa sedih sangat. Bila baca buku, memang rasa sedih dan kesian sangat kat John.

I recommend this book to you!

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah berucap
Hati kadang salah menduga
Maafkan segala kekhilafan kami
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, August 15, 2012

Jubah disaster

Minggu terakhir berpuasa ni, mood nak raya je kan? Cerita kat blog pun cerita pasal raya je.

Kalau tahun lepas, ada kisah baju kurung disaster, tahun ni ada kisah jubah disaster. Kisahnya, I beli jubah sebab tahun ni, kena pakai jubah masa hari pertama. Kemudian, pergi hantar kedai. Minta pendekkan sedikit agar jubah tu tak menyapu lantai. Dipendekkan cerita (sebab I taknak rasa geram lama-lama), dia salah potong kot. Jubah tu jadi senteng dan senget. Senget ok!

Sayangnya. 3 hari lagi nak raya. Sayangnya sebab kain jubah tu sedap juga dipakai. Tak panas :(

 I don’t want to buy a new one because I rarely wear jubah. Tak boleh pakai ke office. Kalau nak pakai pun, bila ada kenduri tahlil waktu malam. So kalau nak beli lagi sehelai tu, rasa satu pembaziran di situ. Jubah yang memang ada dalam almari tu jarang sangat I pakai. Takde cacat cela pun. Tak lusuh. Elok lagi. Cuma bukan jubah baru.

I don’t mind, really. I dah ada 4 pasang baju kurung baru. Bersyukur kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak mampu langsung nak beraya serba baru. What do you think?

Tuesday, August 14, 2012

Catwalk biskut raya tahun ni

Tahun ni, target untuk buat biskut raya sendiri tercapai. Dalam resipi yang I pilih, ada satu je yang I tak buat iaitu Biskut Green Princess a.k.a Biskut Dahlia berperisa pandan yang diterap dengan acuan semperit, kemudian dicelup dalam white chocolate dan akhirnya ditabur dengan manik kecil berwarna warni :)

Ni yang sempat I snap. Tak semua sebab dah masuk balang. Mana yang sempat je.

Chocolate Chips kesukaan Batrisyia

Suji Brunei... memang sedap!

Chocolate Oats kesukaan hubby

Biskut Oren yang rasanya biasa-biasa aje tapi bila buka penutup balang,
wahhh... bau orennya menusuk!

Biskut Puteri Salju

Kalau nak rasa semua jenis biskut, kena datang rumah :)

Monday, August 13, 2012

Kisah tahun 2000 - 2004

I had so much fun memindahkan barang dari Seremban ke rumah I. Fuh, dah nak masuk 6 tahun berkahwin, baru sekarang nak pindahkan barang-barang. Pindah masa bulan puasa pulak tu. Sampai sekarang tak habis kemas lagi. Rumah tengah tunggang langgang. Tak lama lagi nak raya nie. Siapa nak tolong?

Seronok sebab baru sibuk nak buka balance wedding gift. Siapa yang bagi set cawan, teko dengan bekas tu mmg sayang ko la. Elok pulak nak raya ni kan? I guna la eh. Senang I angkat.

Lepas tu, "bertemu" semula dengan koleksi ni. Kesian korang sebab I simpan dalam kotak je. Nak buat macam mana. Sekarang zaman MP3 je. Tahun 2000 boleh la dengar kaset.

Ni pun ada 2 kaset tak masuk dalam susunan. I was born in the 80s. Jadi, nak buat macam mana. Zaman boybands!! So mmg banyak kaset boyband je la jawabnya. Ni belum CD BSB, Westlife.. erk, jiwang betul dulu-dulu. 3 kaset rock yang tersesat tu pun sebab masa tu I dah melewati zaman jiwang. Masa tu tengah patah hati. So layan rock pulak. Sampai la sekarang minat lagu rock.

Ni pulak buku yang orang hadiahkan sempena hari lahir yang ke 20. Sayang buku ni sebab cover lawa, boleh? I can remember I happy sangat dapat buku ni sebab cover tu cantik. Cantik bagi I la sebab macam kena je dengan ayat tu.  It's not a novel. Actually, ni buku kosong. Maybe ada yang rasa macam ntahapehapentah bagi hadiah buku kosong. But I guess orang yang memberi tu memahami dan tahu I suka menulis dan I suka memendam rasa. Therefore, this is a perfect gift for me on that year. It's a thick book dan masa tu I rasa macam tak tau nak tulis apa. Somehow, I tulis sampai hujung. Ada tinggal beberapa helai je yang kosong.

"Life is like a novel. Several chapters represents several changes and shifting in our life, from one plot to another plot of life which later can conclude as a history to ourselves" ~ Sender

Now, I don't know what to do with this book sebab sayang nak buang. This book has a story of my life from year 2002 to 2004. Throwing it away samalah macam I buang semua memori tu. Kalau sekarang I boleh tak berapa nak ingat apa yang I tulis, lepas ni mestilah lagi tak berapa nak ingat. Tersenyum-senyum baca.. berkerut-kerut cuba mengingati apa yang berlaku. Sad.. happy.. exciting and overwhelming at the same time. I should keep it, tak ke?

Now back to today. Siapa nak kemaskan rumah nie? I am serious!

Ibarat berjumpa kekasih lama... ewahhh

Ok, mabe perasaan tu tak sama la kot sebab kalau jumpa kekasih lama, I tak excited macam ni.

I rasa boring dengan desktop wallpaper kat office ni. So I pun mula browse wallpaper baru kat Internet. Teringat zaman uni dulu, memang macam-macam wallpaper I simpan. Dari gambar pemandangan, bunga, kereta, anime. I paling suka guna wallpaper gambar kereta. Masa tu giler tengok Dodge dengan Lamborghini.

So tengah mencari semalam, mata tertangkap satu gambar. Rasa excited sangat!!!

Oh my.... ni salah satu yg favourite wallpaper masa dulu-dulu. Tak jemu mata memandang. Terus set to desktop wallpaper. Cantiknya!!!

Friday, August 10, 2012

Iklan raya dari Bernas yang sangat touching!

Pagi-pagi dah berlinang air mata tengok iklan raya dari Bernas.


 Iklan ni dah keluar TV ke? I tengok kat office tapi tanpa suara. Isk, tak dengar suara pun dah boleh berlinang air mata ni. Kalau dengar suara, tak tau la jadi apa.

Thumbs up to Bernas kerana mengeluarkan iklan yang sangat touching! Dah lama tak rasa touching tengok iklan raya.

Thursday, August 09, 2012

Happy Book Lover's Day


Elizabeth Scott must be a book drunkard because that's how I feel every time I read a book. Fiction, Non-Fiction, even Biography bringing a whole new "life" to me. I never met Abraham Lincoln but at least, I know he had a hard time during his childhood.

So to all book lovers out there, Happy Book Lover's Day!

Wednesday, August 08, 2012

Sampul duit raya exclusive dari Standard Chartered

Dah tukar duit raya? Rata-rata semua bank dah boleh tukar duit baru. So cepat tukar. Nanti kehabisan pulak.

Setiap tahun, I akan pastikan I dapat 3 sampul duit raya dari 3 bank berlainan. Kalau dapat warna lain-lain, lagi bagus. Setiap sampul akan mengandungi jumlah duit raya yang berlainan. Senang nak ingat macam tu. Kali ni, I bagi tahu hubby yang I taknak sampul duit raya dari Standard Chartered sebab design mereka kurang cantik. Dah la memanjang je. Hehehe, condemn bank dia. Tapi hubby ambil juga tahun ni. Mungkin sebab....

Tadaa! Lawa pulak sampul duit raya Standard Chartered tahun ni. Selalunya tak lawa pun. Nampak exclusive sangat! Sampul diletakkan dalam kotak bercorak sama. Mmm... cantek.. cantek! Sayang nak guna. Terima kasih hubby kerana tidak mendengar kata isterimu tahun ni :p

Preparation raya tahun ni sederhana saja. Hubby tak rasa nak beraya. Mungkin sebab arwah abah baru meninggal dunia. So dia taknak beli baju raya. I puas pujuk sampai buat muka mencuka lagi. At least, beli la satu baju untuk dipakai masa hari raya pertama kan? Last-last, dia beli juga. Untuk hari-hari lain, dia nak pakai apa yang ada je. Ok la. Takpe.

My baju raya di sponsor oleh mama. Thank you, mama!!! Tak tau nak cakap apa dah. Dah umur 29 tahun pun mama sponsor lagi. Mama belikan baju gown kembang untuk Batrisyia juga. Suka sangat minah tu sebab dapat twirl macam princess. Sebagai tanda terima kasih, I buatkan 5 jenis kuih raya untuk mama. Sempat buat 5 jenis je. Maybe I akan bagi lagi kemudian.

So that's it! Kita masih ada kurang 2 minggu untuk berpuasa. Gunakan hati-hari terakhir ni dengan sebaiknya.

Tuesday, August 07, 2012

Where is your manner?

Ini kisah benar semasa I menghubungi Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Dipendekkan cerita, seorang staff KDN ada hubungi I satu hari tu. Dia minta I check sesuatu dan call dia semula. Petang tu, I cuba call tapi tak berangkat. Banyak kali juga I cuba call 2 nombor yang diberikan.Ringing tapi tak berangkat langsung. 

Esoknya I cuba call lagi. Setelah beberapa kali cuba, baru ada orang angkat. Conversation lebih kurang macam ni la.

LR : Selamat pagi. Nam saya Liz. Boleh saya bercakap dengan Cik XXX?
Staff : Cik XXX takde.
LR : Dia tak masuk kerja atau dia tiada di meja dia?
Staff : Dia cuti hari ni. Kenapa?
LR : Semalam Cik XXX ada telefon saya. Dia minta saya check tentang _______. Saya cuba telefon semalam banyak kali tapi takde orang angkat langsung.
Staff : Memang ada bunyi telefon tapi sebab kami ni bukan receptionist, kami tak angkat la. Tu kerja receptionist tapi kat sini memang takde receptionist. Kalau rajin, baru saya angkat.
Liz :  Boleh saya tau siapa yang bercakap ni? Saya telefon ni sebab nak inform Cik XXX tentang sesuatu. Mungkin Cik boleh tolong.
Staff : Eh, awak siapa nak sibuk-sibuk tanya siapa saya?
LR : Nama saya Liz. Nama cik?
Staff : Tak payah la nak tau nama orang. Sekarang ni awak nak beritahu Cik XXX apa?
LR : Oh, saya nak beritahu yang  (.... I pun ceritakan).
Staff : Kalau macam tu, awak telefon je minggu depan. Cakap dengan dia.
LR : Ok.

Dan staff tu terus letak telefon. Hmmmmmmm.....

I bukan kepochi sangat nak tau nama dia tapi dah menjadi kebiasaan I tanya siapa di talian sebab I akan ucapkan terima kasih di akhir perbualan. Daripada cakap "Terima kasih", I akan cakap "Terima kasih, Cik AAA". Itu cara I appreciate orang di talian. Orang pun akan suka sebab kita lebih specific dan betul-betul ingat nama dia.

Kenapa pemalas sangat nak angkat telefon? Dah la memang takde receptionist. So yang dengar tu, tolong la angkat telefon. Ni scene dah sebiji macam iklan kat tv tu. Masa Cik XXX tu bagi nombor telefon, I sendiri mengadu pada dia yang susah sikit nak call pejabat kerajaan sebab kadang-kadang, tak berangkat langsung. Dia kata, takpe.. ada orang angkat. Jangan risau.

Iyer la tu.

Monday, August 06, 2012

Lee Chong Wei tidak perlu meminta maaf

Sedihnya tengok perlawanan akhir Badminton Olimpik 2012 malam tadi. Bukan sedih sebab Lee Chong Wei kalah tapi sedih bila tengok dia menangis kat court selepas perlawanan. It breaks our hearts to see him cry. Kita tau dia berjuang bermati-matian. Dia bangun balik selepas kecederaan baru-baru ini. Dia hanya sempat berlatih 2 minggu sebelum Olimpik. Dia berjaya ke final dan merangkul pingat perak buat kali kedua. Dia tidak diberi mandat membawa Jalur Gemilang tetapi dia telah berjaya membawa pulang pingat ke Malaysia.

Bukankan kita patut berbangga?

Dia kongsikan gambar ni di Twitter nya. Tiada lagi riak sedih di wajahnya. Urm, compare dengan rupa dia masa nak ambil pingat, memang sedih sangat rasanya.

Tapi perlawanan malam tadi memang sengit. Rasa nak sakit jantung sebab jantung berdegup laju. For me, Chong Wei tidak kalah. Dia telah berjaya meletakkan dirinya sama tinggi dengan Lin Dan. Dalam beberapa perlawanan akhir-akhir ini, dia kalah dengan perbezaan 2 mata sahaja. Itu semua nasib. At the end, pemain yang mempunyai mental yang kuat boleh mencatur langkah terakhir untuk menang.

Lee Chong Wei, you're still our national hero!

Pemenang Detik Bersama Sunlight : Congrats to kak Ayu Rafikah

Bulan lepas, I ada beritahu tentang peraduan Detik Bersama Sunlight. Selepas mendapat beberapa entries, I minta pihak Sunlight pilihkan pemenang kerana ada antara individu yang hantar entry mereka tu I kenal. So it's unfair for me to judge the photos. I serahkan bulat-bulat pada pihak Sunlight.

Akhirnya, pihak Sunlight telah mengumumkan pemenang kepada I. Now, tugas I umumkan pemenang di sini. Pemenangnya ialah...

Kak Ayu Rafikah!!

Ni komen dari pihak Sunlight : Setelah melihat semua penyertaan dari pembaca blog anda, pihak Sunlight telah memilih gambar dari Ayu Rafikah ni sebagai pemenang kerana merasakan ia menggambarkan Detik bersama Sunlight dengan tepat sekali. 

Congrats to kak Ayu! Merasa la guna mangkuk baru di Hari Raya tahun nie :)

Friday, August 03, 2012

Akhirnya...

Today, I learn something new.

Open up is much more better than be secretive.

Nak simpan rahsia akan memakan tenaga. Betul tak? Nak fikir alasan apa nak bagi, nak halang diri sendiri daripada blurt out the secret. Emosi juga terjejas sebab kita terpaksa simpan sorang-sorang dalam hati. Sedih pun sorang-sorang. Geram pun sorang-sorang. Ok, maybe tak sorang-sorang la kot sebab I berkongsi benda ni dengan orang lain juga.

But this time, I decided to tell. No more hiding. I know it's quite risky but what other choice do I have? Walaupun masalah belum selesai, terasa batu yang selama ni digalas di atas kepala tiba-tiba hilang.

Over and out!

Wednesday, August 01, 2012

Derma wakaf Al-Quran Braille

Pernah satu tika dulu, satu program TV3 menunjukkan kesungguhan sesetengah pihak yang cuba menerbitkan Al-Quran Braille untuk orang buta. Dengan adanya Al-Quran Braille, orang buta pun sudah boleh membaca Al-Quran seperti kita yang normal ini.

Walau bagaimanapun, kos untuk mencetak Al-Quran Braille ini memakan kos yang tinggi dan tidak mampu dilakukan oleh mereka. Jadi, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia telah mengambil inisiatif melancarkan program "Wakaf Al-Quran Braille" agar dapat mengumpul dana untuk mengagihkan Al-Quran Braille ini kepada warga buta yang memerlukan.

Click to enlarge

Setiap senaskah Al-Quran Braille yang mengandungi 30 juzuk berharga RM450. Jika ada pihak yang berminat untuk mewakafkan Al-Quran Braille, anda boleh mewakafkan sekurang-kurangnya satu Al-Quran Braille. Bermakna, jumlah wakaf paling rendah ialah sebanyak RM450.
Click to enlarge

PPOBM ini merupakan pertubuhan yang berdaftar. Jadi jangan takut tertipu. Biasa la. Benda-benda macam ni, kadang-kadang kita takut duit tu tersalur ke arah lain. Pejabat mereka di Brickfields je. Boleh ke sana untuk dapatkan maklumat lanjut atau boleh juga berhubung dengan Encik Izat di no. telefon 019-3269836.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.