Tuesday, July 31, 2012

Big Bad Wolf Book Sale kembali!

I still remember last year sale : The Biggest Book Sale in the World

It was like a dream comes true. Kalau bookstore pun I boleh melepak berjam-jam, apatah lagi bila pergi sale sebegini di mana rata-rata harga novel (baik tebal atau nipis) hanyalah RM8! Mana nak dapat, betul tak?

The Wolf is coming back this year! Yehaaaaa....


Setelah BookXcess main tarik tali dengan kami, mereka reveal tarikh book sale untuk tahun nie. Kalau tahun lepas mereka bawa masuk 1.5 million books, tahun ni mereka bawa masuk 3 million books. OH MY.....

Wajib ambil annual leave!

Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan. Say "NO" to Bazaar Ramadhan

Sekejap je dah 6 Ramadhan. Sejak hubby tengok gambar ni, dia pun berazam taknak beli apa-apa kat bazaar Ramadhan. Kalau pergi pun, hanya beli air soya dan kuih tepung pelita. Lauk pauk memang tak beli sebab mahal dan belum tentu kena dengan tekak. Bila orang jual mahal, kita dapat sikit, kita pun geram dalam hati. Lagi tak elok rasa macam tu. Jadi masak di rumah lebih baik.

I don't mind nak masak kat rumah as long as sampai rumah awal. Biar masak dan sempat berbuka tepat pada waktunya. Makan pun tak sampai 4-5 jenis lauk. Kitorang simple. Satu lauk sayur, satu lauk utama. Kalau ada lauk pedas, kena buat ikan goreng atau telur dadar untuk Batrisyia. Siap! Campur air, kurma dan kuih, kenyang!
Juadah berbuka semalam.
Bayam tumis air tanpa cili besar sebab hubby tak makan cili tu
Sambal tumis sotong
Ikan kembung goreng kegemaran Batrisyia
Popiah wak yang memang sedapppp
Kurma

Alhamdulillah, tidak berlebih dan tidak berkurang. Licin menjelang sahur. 

Teringat iklan yang ada Chef Ismail tu. Katanya, ibu-ibu kita masak dengan penuh kasih sayang. Sebab tu lauk tu sedap dan sampai kita dewasa pun, kita masih ingat masakan ibu kita. True! I pun, everytime balik Seremban.. wajib minta mama masakkan sesuatu. Sebab tu la seboleh-bolehnya, memasaklah untuk keluarga. Tapi untuk yang balik kerja lambat dan tiada masa untuk sediakan juadah berbuka, tiada pilihan lain melainkan bazaar Ramadhan. Ia menjadi penyelamat anda. Yang penting, jangan membazir :)

Wednesday, July 25, 2012

Syurga bagi warga Palestin yang terpilih

Malam ketiga berterawih, masjid ada siarkan video di Palestin ketika slot tazkirah. Di awal video, jelas terpapar peringatan untuk penonton. Katanya, video yang bakal ditayangkan agak mengerikan.

Video tu bukan setakat mengerikan tetapi sangat memilukan hati penonton terutamanya ibu-ibu kot. Selama ni kita tengok berita, video Palestin biasa-biasa sahaja. Paling teruk, kita nampak orang yang cedera parah dibawa keluar dari ambulans. Tapi video yang I tengok tu, jelas nampak kanak-kanak kena tembak tepat ke jantung.

Bila tengok kanak-kanak ini memegang senjata, kita mungkin kurang faham. Kenapa mereka sekecil ni berani melawan tentera Israel? Dalam video tu, mereka ada interview seorang kanak-kanak Palestin yang masih kecil. Rumahnya ranap dibom tentera Israel. Ayahnya seorang petani, ibunya dan abangnya mati terkena bom tersebut. Dia mempersoalkan kenapa keluarganya dibunuh sedangkan ayahnya sama sekali tidak terlibat dengan keganasan. Kanak-kanak ini bercakap tentang kerelaannya berjuang untuk Islam, berjuang untuk membela nasib ahli keluarganya yang telah dibunuh Israel, bercakap tentang keberanian dirinya untuk mati syahid!

Si kecil yang mempunyai semangat juang yang tinggi!

Mungkin kerana tu tentera Israel takut si kecil bakal menjadi pejuang hebat lantas membunuh kanak-kanak dengan cara menembak dari jauh dan tepat ke jantung. Kalau tengok mayat kanak-kanak, semua peluru terbenam ke jantung. Tembakan tepat! Ada satu mayat, kepalanya pecah akibat tembakan tepat ke kepala. Masya Allah, besar sungguh dugaan mereka di sana. Suasana tu tak sama macam kita kat sini yang aman damai.

Dalam video juga ada memaparkan tentera Israel menggunakan fosforus yang diharamkan penggunaannya dalam peperangan oleh PBB. Israel tak mengaku pun mereka ada menggunakan fosforus. Fosforus ni kalau kena badan kita, daging tu akan tercerai dari tulang. Video ada menunjukkan seorang bayi berumur 1 tahun kena fosforus. Badannya hitam dan kedua-dua daging pehanya tertanggal dari tulang. Ngeri sangat!
Video tu buat ramai muslimat bergenang air mata. Mmmm, kitorang sensitive sikit sebab kebetulan bawa anak ke terawih kot. Yang bawa anak, semuanya peluk anak erat-erat.

Warga Palestin menjadi insan terpilih untuk menerima dugaan kuat ni. Insya Allah, syurga untuk mereka yang syahid. Amin…

Tuesday, July 24, 2012

Eyes Open

Rasanya ni la tempoh paling lama I tunggu DVD keluar. Tengok The Hunger pada bulan March tapi DVD nye keluar sehari sebelum raya nanti.  Orang dah ada mood nak layan Catching Fire dah pun. Hehehe..

Peminat buku mesti ternanti-nanti siapakah yang bakal membawa watak Johanna Mason dan Finnick Odair. 2 karakter ni sangat penting so kena casting betul-betul. Tapi kita dah tau yang Jena Malone (from Sucker Punch) akan bawa watak Johanna. No comment sebab I tak pernah tengok lakonan dia. I tunggu Finnick Odair je. He's a strong character. Bermula sebagai seorang pemuda yang good looking, digilai oleh wanita di Capitol, menjadi playboy tetapi rupanya disebalik tu terpendam sebuah kisah duka dalam hidupnya. Di saat Peeta kena "hijack", Finnick yang setia menemani Katniss walaupun dia sendiri berdepan dengan his own mental illness.

Sementara tunggu DVD, kita layan OST dulu. Setiap kali dengar, I terbayang Katniss dan Peeta :)

Eyes Open by Taylor Swift

Everybody's waiting
Everybody's watching
Even when you're sleeping
Keep your ey-eyes open

The tricky thing
Is yesterday we were just children
Playing soldiers
Just pretending
Dreaming dreams with happy endings
In backyards, winning battles with our wooden swords
But now we've stepped into a cruel world
Where everybody stands and keeps score

Keep your eyes open

Everybody's waiting for you to breakdown
Everybody's watching to see the fallout
Even when you're sleeping, sleeping
Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes open

So here you are, two steps ahead and staying on guard
Every lesson forms a new scar
They never thought you'd make it this far
But turn around (turn around), oh they've surrounded you
It's a showdown (showdown) and nobody comes to save you now
But you've got something they don't
Yeah you've got something they don't
You've just gotta keep your eyes open

Everybody's waiting for you to breakdown
Everybody's watching to see the fallout
Even when you're sleeping, sleeping
Keep your ey-eyes open Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes

Keep your feet ready
Heartbeat steady
Keep your eyes open
Keep your aim locked
The night goes dark
Keep your eyes open

Everybody's waiting for you to breakdown
Everybody's watching to see the fallout
Even when you're sleeping, sleeping
Keep your ey-eyes open

Monday, July 23, 2012

Hukum kanak-kanak berada satu saf bersama orang dewasa

Alhamdulillah, tahun ni dapat berterawih di surau/masjid setelah 3 tahun menunggu saat ni. Tahun 2008 tengah sarat mengandung, masih boleh ke masjid. Tahun 2009, 2010, 2011.. Batrisyia kecil pulak. Tahun lepas dapat la pergi 2 kali tapi Batrisyia meragam. Bukan nangis ke apa.. tapi masa orang nak solat, dia sibuk nak buang air besar. Lepas tu memilih toilet pulak. Taknak toilet kat masjid, nak toilet kat rumah!

Tahun ni lega sebab ada surau kat rumah. Depan rumah je. Pergi pun jalan kaki. Apa-apa hal, senang nak balik rumah. Batrisyia pun dah besar. Dia dah tau bawa diri. Orang solat, dia solat juga. Tapi bila dah penat, dia duduk tepi. Tak kacau orang pun. Lega sangat!

Best nya dapat berterawih secara berjemaah. Surau tu pun tak la besar mana. Jadi, ia sentiasa penuh dengan jemaah. Harapnya tidaklah jemaah makin susut. Kot-kot, perempuan dah berhenti pergi sebab nak buat kuih raya kat rumah. Sebab tu I buat kuih raya awal-awal. Pelan-pelan kayuh. Buat time weekend. Jadi masih boleh berterawih waktu malam. Lain rasanya dengan berterawih berseorangan di rumah. Teringat zaman sekolah dulu. Ramai-ramai berterawih kat dewan sekolah. Imam baca surah panjang sampaikan lenguh kaki makmum dibuatnya. Hehehe... kenangan manis kan?

Masa I berterawih di masjid 2 hari lepas, I tengok ramai ibu bawa anak ke masjid. Kalau 3 tahun dulu, boleh kira berapa orang bawa anak. Tahun ni ramai juga. Alhamdulillah. Elok kenalkan anak dengan masjid dari kecil agar dia jatuh cinta nak datang ke masjid selalu. Yang penting, anak tidak mengganggu jemaah. Ibu kena la pandai-pandai siapkan anak ke masjid. Jangan risau kalau terpaksa bersolat sebelah anak. Ye la, selalunya saf kanak-kanak dan dewasa diasingkan. Tapi sebenarnya tidak salah jika orang dewasa dan kanak-kanak bersolat dalam satu saf yang sama.


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.h. beliau berkata: Maksudnya: Nabi s.a.w. bersolat dirumah Ummu Sulaim, Aku (Anas) dan seorang yatim mengikutnya bersolat dibelakangnya dan Ummu Sulaim dibelakang kami.

Ibn Abbas r.h. berkata:
Maksudnya: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya. Hadis riwayat al-Bukhari.


Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya. Hadis yang pertama Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w. maka sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat disebelah Nabi s.a.w.


Jom bawa anak bersolat di masjid!


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan tahun nie.

Thursday, July 19, 2012

Perlukah pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah?

Vaaa… vaaa… vaaa…

Budak sekolah dah boleh bawa handphone ke sekolah? I tidak membantah penggunaan handphone tapi dibawa ke sekolah? Biar betul. Katanya sejajar dengan 'virtual teaching programme' dan banyak sekolah dah ada free WiFi, maka penggunaan handphone dalam proses pembelajaran sangat dialu-alukan.

For me, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Ok, memang betul lah… memudahkan pelajar menggunakan aplikasi yang boleh membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Tapi macam mana cikgu-cikgu nak pastikan pelajar tak salahgunakan kebenaran menggunakan handphone? Cikgu mengajar kat depan, dia sms kawan-kawan, guna FB, tweet. Benda ni dah boleh nampak sekarang. Kalau dah dibenarkan nanti, makin la susah nak kawal. Takkan la kerja cikgu nak merampas handphone je.

Lagipun, bukan semua orang boleh pakai handphone. Lebih-lebih lagi jenis smartphone. Ye la, kalau 'virtual teaching programme'. Manalah boleh guna pakai handphone biasa. Nanti yang takde handphone akan rasa rendah diri bila tengok kawan-kawan bawa handphone pergi sekolah. Yang pakai handphone biasa, rasa jealous tengok kawan-kawan yang pakai smartphone (lantas balik rumah merengek-rengek minta parents belikan smartphone). Silap-silap, ada yang berani mencuri handphone kawan-kawan. Handphone cikai bukannya boleh ber WiFi pun.

Umi, Tisya nak handphone. Kawan-kawan Tisya semua ada handphone. Susah Tisya nak belajar kat sekolah

Erk, perlukah dialog sebegini berlaku nanti? Sorry la nak. Selagi kamu belum berumur 18 tahun, insya Allah tiada handphone untuk kamu.

I tak nampak kepentingannya. Bukan semua pelajar ada handphone. So bila sampai waktu gunakan handphone tu, tidakkah yang takde handphone ni ketinggalan? Silap-silap, ada yang gunakan handphone untuk perkara yang tidak baik. Contohnya rakam video yang tak patut dan sebarkan. Lepas ni makin banyaklah video YouTube yang menunjukkan pelajar kena marah/rotan dalam kelas. Hehehe.. tak ke? Cikgu pun dah takde privacy nak mendidik pelajar.

Menteri yang bakal buat keputusan ni, tolonglah jangan setakat menjenguk sekolah bestari atau boarding school. Pelajar kat sekolah-sekolah tu masih boleh dengar kata dan ikut peraturan. Cuba ‘turun padang’ ke sekolah-sekolah biasa di mana pelajarnya agak tak makan saman: Datang sekolah tapi taknak belajar. Masuk kelas tapi berborak-borak tanpa pedulikan cikgu yang mengajar kat luar. Pelajar di sekolah macam ni yang agak bermasalah. Bayangkan kalau jenis mereka boleh bawa handphone ke sekolah? Sekarang ni pun dah boleh nampak. Pelajar curi-curi bawa handphone ke sekolah dan menyalahgunakannya. Kalau lepas ni mereka diberi ‘green light’ untuk bawa handphone, takut ia lebih membawa keburukan dari kebaikan.

Wednesday, July 18, 2012

EDD : 18 July 2012

I ingatkan I dah lupakan perkara ni. Sungguh, I sendiri tak ingat EDD ni. Tapi I tau bulan July, hampir-hampir dengan tarikh lahir hubby. Baru-baru ni Batrisyia "mengemas" beg-beg lama. I terjumpa balik buku pink tu. Kalau I tak keguguran bulan November tahun lepas, mungkin anak kami lahir hari ini. Mungkin juga dia lahir beberapa hari lebih awal, seperti kakak dia yang lahir 12 hari lebih awal. Macam mana la rupa dia agaknya.

Sebak!

Orang mungkin pelik.. kenapa mesti sedih, kenapa mesti sebak.. sedangkan ketika keguguran, kandungan belum sampai usia 2 bulan. Hanya orang yang pernah keguguran saja yang tau perasaan ni. Baru dapat tahu pregnant, selang 2-4 minggu selepas tu, keguguran. Baru rasa happy, tiba-tiba perasaan tu direntap. Korang takkan tau perasaan tu melainkan korang sendiri pernah mengalaminya. Even suami pun mungkin takkan faham kenapa isteri masih nak bangkitkan hal tu. Lelaki takkan rasa apa-apa. Noktah!

This feeling won't go away. Some of us still feel sad about it  after 10 years! Untuk I yang dah merasa pengalaman tu sebanyak 2 kali, I sentiasa teringat dan bertanya, "What went wrong?".

What went wrong?

Ramai juga yang bersimpati dan memberi kata-kata semangat. Jangan sedih, si anak akan menunggu di syurga, katanya. Ustaz kata, kandungan yang keguguran, anak tu akan menunggu di Syurga dan mendoakan ibu bapanya agar dimudahkan masuk ke Syurga. Walaupun jambatan sebesar rambut, tetapi apabila doa Bidadari Syurga diterima, jambatan akan menjadi sebesar-besarnya agar mudah dilalui. Tapi, adakah ia merangkumi semua kandungan yang keguguran atau kandungan yang telah ditiupkan rohnya sahaja? Itu I tak pasti. Tapi jika benar, sekurang-kurangnya kami ada 2 orang anak yang menanti di Syurga.

Di sini I nak kongsikan doa yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada berlaku keguguran. Kita hanya boleh berusaha tetapi hanya Allah yang menentukannya. Ingat tu.

Doa diambil dari sini.

Surah Al-Hij'r(Batu Gunung)

Terjemahan:

Ayat 97 - Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Ayat 98 - Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadikan dari orang-orang yang sujud
Ayat 99 - Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Monday, July 16, 2012

Berebut di Pearl Haya Gallery

Dah sebulan setengah tak balik Seremban. So minggu lepas, kami balik ke sana. Wajib balik sebulan sekali. Kebetulan, nak sambut hari lahir Darwisy. Birthday boy orang lain tapi abang dia yang lebih. Abang dia request nak kek "Angry Bird". Terpaksa I telefon kedai kek dulu untuk pastikan ada kek Angry Bird. Dah sampai kat kedai, alamak... Angry Bird kaler kuning pulak. Dia nak kaler merah. Amboi, birthday siapa sebenarnya nie?

We had a nice celebration at Pizza Hut. Semua orang kekenyangan. Happy Birthday Darwisy!

Birthday boy paling hujung. Tak ambil port. 

Petang tu, pak ngah buka kolam dan budak-budak ni melompat masuk. Birthday boy tidur kerana kepenatan.
Bila Darwisy bangun, dia marah sebab orang lain mandi dulu. Tekad nak mandi bogel tapi lepas dipujuk banyak kali, baru dia pakai baju renang.


Lepas mandi kolam, semua sarung pyjama yang dibeli oleh mak masing-masing tapi kemudian tiba-tiba tokwan kata "3 pasang RM60? Ok la, tokwan belanja!"


Mungkin sebab terbawa-bawa dengan karakter Superman, mereka bertiga memang jadi "Superman" malam tu. Jenuh nak melayan sorang-sorang.

Pagi esoknya, si perempuan (kecuali Batrisyia) bangun awal pagi macam nak pergi kerja. Lepas solat, terus bersiap untuk ke Taipan Senawang.
Kat luar kereta gelap gelita. Jam kereta menunjukkan pukul 6.30 pagi

Ada apa bangun awal pagi?


1 DAY SALE di Pearl Haya. Bagi yang tak tau, Pearl Haya ni merupakan butik tudung yang terletak di Senawang. Ada satu cawangan je kat luar iaitu di Shah Alam. Diasaskan oleh pelajar SMAP Labu tapi batch atas. So I tak kenal. Mama tau la.

Kalau nak tengok tudung, boleh check FB Pearl Haya. Sale ni diberitahu last minute. Mereka tak gembar-gemburkan awal-awal. Members hanya diberitahu sekitar hari Khamis dan kat mereka beritahu di FB pada hari sale tu kalau tak silap.Jadi, mereka yang tau memang awal-awal pagi dah terpacak kat situ.

Pukul 6.40 pagi

Tu queue depan khemah tertutup. Belum lagi yang duduk kat kerusi di depan butik. Sebelum mereka bagi customer masuk pada jam 7 pagi, semua pekerja Pearl Haya berkumpul dan dapat taklimat dari ketua. Bukanlah taklimat. Tapi dah macam orang Jepun. Pagi-pagi sebelum mula bekerja, mereka akan berkumpul beramai-ramai dan ketua akan bagi kata-kata semangat agar pekerja bekerja dengan penuh dedikasi. ewahhh...

Sebelum masuk, sorang pekerja lelaki cakap, "Akak-akak... jangan merusuh ye". Semua orang senyum je. Nak dekat-dekat pukul 7, kami dibenarkan masuk.

Masih kosong. So senang juga la nak tengok-tengok tudung. Tapi...

5 minit kemudian

Masa ni dah ala-ala merusuh. Macam sardin. Dengan berhimpit nya. Masing-masing nak rebut tudung lawa-lawa. Ada yang pegang sampai berbelas helai tudung. Tudung-tudung tu display atas meja je. Tapi elok la dia susun. Ada 9,000 helai tudung dijual tapi mereka tak keluarkan semua. So bila stok atas meja tinggal sikit, baru la datang stok baru. So bila pekerja keluarkan tudung baru dari kotak, berebut-rebut orang ambil. Bayangkan, tak sempat tudung tu nak cecah meja!

Oh my God, I tak percaya benda ni berlaku depan mata I. Geram la sebab kita pun nak cari tudung juga kan? Sudahnya I pun kena sepantas kilat merembat tudung sebaik saja ia keluar dari kotak. Sebenarnya, I tak bajet nak beli tudung. I nak tengok gelagat orang je. Tiba-tiba mama cakap dia nak belanja. Ehem, apa lagi.... kitorang terus cari tudung raya.

Staffs memang peramah dan rajin tolong. Urm, maybe sebab pagi lagi kot. Tak tau macam mana menjelang petang sebab mesti dah penat. Tapi ok la, kita cakap je nak kaler apa, diorg akan tolong carikan kaler yang kita nak.

Pukul 7.45 pagi

Ingatkan nak balik tapi nak jenguk butik pulak. Kat dalam butik, mereka jual apparel dan tudung chifon. Ye la, kalau tudung chifon jual kat khemah, mau terkoyak!


Erk, ramai juga!

Sesak. So kitorang balik. Tak jadi nak belek-belek. Sampai rumah, Batrisyia tidur lagi. Bila dia bangun, dia terus mengadu. "Tadi Tisya bangun. Tisya tengok umi takde. Tisya nangis. Umi pergi mana?". Muka monyok. I teringat bakal maklang dia ada bagi hadiah tudung. Terus I keluarkan dan cakap, "Umi pergi beli tudung Tisya"

Little Haya. Price tag is RM 40. Kalah harga tudung I.
Bakal maklang kerja kat Pearl Haya. Merasa la ko nakk.

I baru bercadang nak let go tudung instant tapi sudahnya menambah koleksi pulak. Adehhh. Nasib baik tudungnya selesa. Senang nak jaga sebab boleh lipat kerana awning dia tak penuh sampai ke hujung. Bagus la. Takde la adegan wife geram sebab hubby terpenyekkan awning tudung. Kuikuikui.

Petang sebelum balik ke KL, kami singgah di kubur Atok.

 
Hadiahkan Al-Fatihah kepadanya dan kami bergerak pulang.

Friday, July 13, 2012

Masih ada yang tak mampu makan di luar sana


My old friend berkongsi gambar di atas kat FB. Quite disturbing but in a good way. Sampai sekarang I teringat-ingat. Sambil masak kat rumah, teringat gambar ni. Tengok 2-3 jenis lauk terhidang atas meja, teringat gambar nie.Buat I bersyukur kerana I tinggal di Malaysia yang mempunyai pelbagai makanan, kesan daripada rakyat yang berbilang kaum.

Nak bulan Ramadhan ni, lagilah sedih tengok gambar tu. Terbayang bazaar Ramadhan yang ada pelbagai jenis lauk, kuih dan manisan untuk kita beli. I tak malu mengaku yang awal-awal Ramadhan, memang rambang mata. Sampai beli 3-4 jenis kuih. Semua nak rasa. Tapi lama-lama, boring juga kan?

Ramadhan kali ni, I taknak beli kuih banyak-banyak. Memadai satu jenis sehari. Lauk takpe. Selalunya memang masak sebab nak buat untuk sahur sekali. Hubby tak berapa lalu nak makan lauk beli untuk dibuat sahur.

Korang tenung gambar tu dan ingatlah setiap kali nak makan. Insya Allah, kita pun rasa malu nak membazir.

Thursday, July 12, 2012

Gara-gara anak, I terlepas tiket percuma ke Overexposed Tour 2012

Petang semalam, macam biasa la. Kat dalam kereta mesti nak dengar Red.FM. Tapi semalam Terry dan Azura tak bersiaran. Lenny yang ganti. So layan-layan. Lepas tu singgah Cheras. Bila masuk balik dalam kereta, DJ lelaki pulak. Tapi I tak cam siapa. Dalam hati ingat, maybe diorang tukar waktu kot. Kelam kabut cari pengganti Terry. Ok la..

Then, DJ cakap nak bagi 2 tiket percuma ke konsert Maroon 5. Aik, Maroon 5 nak datang Malaysia ke? Macam mana I tak tau? Senang je nak dapatkan tiket tu. DJ keluarkan snippet 3 lagu Maroon 5 dan minta pendengar bagi tajuk ketiga-tiga lagu ikut turutan. Kacang goreng, bak kata budak-budak. Dah kata peminat setia kan? Malu la kalau tak dapat jawab.

So DJ kata, telefon lepas 5 minit. Berdebar-debar tunggu 5 minit tu. Then, I cuba call. Tak berangkat. Cuba lagi. Lepas tu ada orang angkat. Suara perempuan. Ok, maybe assistant dia kot. So borak-borak. Then, perempuan tu tanya. Kenapa call. I cakap la, I nak jawab soalan. Perempuan tu pelik. Dia tanya I nak jawab soalan apa? I cakap la, bukan nak bagi free tickets to Maroon 5 concert ke? Nak tau dia jawab apa?

"No. I'm giving away BoB CD!"

Erk, what? Then, I terfikirkan sesuatu. Damn! I minta maaf dan letak telefon. I duduk belakang, Tisya duduk kat depan.

"Tisya, Tisya tukar radio ke?"

"Aah" selamba je anak I jawab.

Huwaaaa, nangis dalam hati. I pandang ke arah radio. Rupanya dia buka Mix. FM.

Anyway, Maroon 5 is coming to Malaysia this September for "Overexposed Tour 2012"

Hari Khamis pulak tu. Why la weih? Kalau stadium Shah Alam tu sebelah rumah I, takpe la juga. Takpe... I nak ambil cuti. Harga tiket korang boleh tengok kat bawah:


Telan air liur tengok harga? I must go sebab dah 2 kali I terlepas concert mereka sebab Tisya masih kecil. Now anak dah besar panjang. I pernah bagi tau hubby yang kalau lepas ni mereka datang buat concert, I nak pergi. Dia kata "okay". So this time, I will go and no one can stop me :p

Untuk korang nak berminat nak beli tiket ke konsert tu, boleh check di sini.

Ada sesiapa tau mana nak dapatkan free ticket? Kalau ada contest ke.. let me know.

Wednesday, July 11, 2012

Menang set Corningware bernilai RM429 dengan peraduan "Detik Bersama Sunlight"

Rentetan entry ni :Bekalan kuasa 100 limau Sunlight selama setahun.

I faham. Ada yang duduk condo/apartment/flat di mana rumahnya tidak berpagar. Memang agak tipis peluang nak dapatkan bekalan Sunlight selama setahun tu. Tapi jangan bersedih. Sunlight menyediakan satu lagi contest untuk anda.

DETIK BERSAMA SUNLIGHT 
Tempoh Peraduan : 30 June 2012 hingga 29 Julai 2012
Hadiah : Set Corningware bernilai RM 429 bakal dimenangi oleh seorang pemenang terpilih.
Corak pada produk mungkin berubah, bergantung kepada stok

Langkah Penyertaan: 
Langkah Pertama – Ambil gambar yang bererti “Detik Bersama Sunlight” kepada anda. Contohnya Gambar makan bersama keluarga, gambar membasuh pinggan bersama ada. Gunakan kreativiti anda.

Langkah Kedua – Muat-naik gambar tersebut ke Facebook Wall saya (Liz Rohaizat) dengan caption “Detik Saya Bersama Sunlight”

Langkah Ketiga – Tag gambar tu kat I selewat-lewatnya 11.59 malam, 29 Julai 2012.
Nota: Jika belum add I di FB, sila add bersama mesej “Hi. Saya nak masuk peraduan Sunlight”. 

Pihak Sunlight akan menyenarai pendek 5 gambar terbaik. Kemudian kami akan memilih satu gambar terbaik sebagai pemenang. Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2012. Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.

Terma dan syarat peraduan “Detik Bersama Sunlight” 
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap dan penduduk yang bermastautin di negara ini.
2. Peserta peraduan hanya boleh menghantar SATU gambar sahaja.
3. Privasi gambar tersebut hendaklah diletak sebagai “public” supaya pihak Sunlight dapat menghakimi gambar tersebut.
4. Hadiah akan dihantar kepada pemenang sebulan selepas nama pemenang diumumkan.
5. Sunlight berhak menukar hadiah yang ditawarkan sekiranya kehabisan stok. Walaubagaimana pun, nilai hadiah yang ditawarkan akan bernilai RM 429 atau lebih.
6. Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.

Tiada berat sebelah di sini sebab bukan I sorang yang tentukan pemenang. So cepat ambil gambar yang best-best, share kat FB bersama caption "Detik Saya Bersama Sunlight" dan tag I kat FB.

Tuesday, July 10, 2012

Bekalan kuasa 100 limau Sunlight selama setahun

Masa kat university dulu, I rajin masak kat rumah sewa. Masak dengan rakan serumah, memang best. Masing-masing pula datang dari negeri yang berlainan. Dapatlah merasa pelbagai lauk pauk yang kita jarang dapat makan sebelum ni. Kami mempunyai giliran memasak. So takde la banyak tangan mengerjakan dapur tu. Hehehe. Pernah sekali kawan I tegur. Dia perasan sesuatu. Kalau I masak, I jenis tak suka tinggalkan dapur berkecah. Tengah masak, sempat basuh pinggan kat dalam sinki. Lepas masak, terus bersihkan minyak yang terpercik di dapur. Urm, is that a good thing or bad thing? Am I a clean freak? Hahaha..

But I take it as a good thing. Rasanya benda tu turun dari mama I kot. Mama pun jenis tak suka penuhkan sinki dengan pinggan kotor. Sambil masak, sambil cuci pinggan. Ye la, sementara nak tunggu bahan dalam kuali tu masak, boleh la isi masa dengan mengosongkan sinki. Malah, adik-adik I pun diajar agar terus basuh pinggan/cawan selepas digunakan. Dapat pula kami ni orang dari negeri yang suka makan makanan bersambal dan bersantan. Kalau biarkan pinggan kotor lama-lama, susah pulak nak bersihkan nanti.

Tak semua pencuci pinggan mangkuk berupaya menghilangkan kesan minyak dengan mudah. Sebab itu ramai yang memilih Sunlight kerana ia berupaya menanggalkan kesan minyak dengan cepat.

Baru-baru ini Sunlight telah mengeluarkan Sunlight Lime 100. Setiap botol Sunlight Lime 100 mengandungi 100 biji buah limau nipis. Ia lebih pekat dan wangi daripada Sunlight hijau yang biasa tu. Anda hanya perlu tuang setitik kecil Sunlight Lime 100 ke dalam mangkuk dan penuhkan ia dengan air. Buihnya banyak! Kalau tak berbuih, rasa macam tak bersih pula, ye tak? Dengan pengunaan sedikit, Sunlight Lime 100 ni boleh tahan lama.

Pada 2011, Sunlight telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi bilangan pinggan terbanyak dicuci dalam satu acara di mana sebotol Sunlight bersaiz 1 liter telah digunakan untuk mencuci 10,365 pinggan semasa acara “Kecoh Kenduri Bersama Sunlight”.Banyak la tu, ye tak? Memang berbaloi walaupun harganya sedikit mahal dari jenama yang lain.

Minggu lepas, kami telah diberi peluang untuk bertemu dengan Skuad Sunlight. Mereka datang ke rumah dan tolong basuhkan pinggan di rumah sambil menunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan agar masa yang minima digunakan untuk membasuh pinggan sehingga bersih.

Cik adik manis  dari Skuad Sunlight

Kalau korang guna jenis paste, sebenarnya ia tak berapa bersih 
kerana masih ada kesan sabun di pinggan

Mari mencuci pinggan mangkuk! 

Ribuan senyuman sebab dapat bekalan Sunlight

Melalui kempen “Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight”, anda juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan Sunlight selama setahun secara percuma! 12 botol untuk 12 tahun. Kalau family anda tak ramai, bolehlah stok tu bertahan lebih dari setahun! Macam mana? Senang je.

1. Beli sebotol atau pek isian semula Sunlight di kedai-kedai terpilih. Kemudian, dapatkan penanda Sunlight di kaunter pembayaran.
2. Kemudian, gantungkan penanda Sunlight di pagar rumah anda.
3. Jika Skuad Sunlight melalui kawasan anda, anda berpeluang untuk mendapatkan bekalan Sunlight selama setahun!
Kalau beli Sunlight, jangan lupa dapatkan penanda ni. 

Nak menang set Corningware? Nantikan entry seterusnya.

Friday, July 06, 2012

Cake banner

Minggu lepas, seorang officer kembali ke South Africa setelah 4 tahun berkhidmat di negara ini. Ada la makan-makan sempena farewell. Dia request buatkan Vanilla Cake.

Kali ini, I buatkan cake bunting/cake banner untuk dihias di atas kek. Pernah dengar cake banner? Kalau cake topper, kita selalu cucukkan atas kek. Cake banner ni dicucuk di atas kek juga tapi rupanya macam banner/ bunting. Kalau korang goole, banyak yang cantik-cantik.

Kat sini mungkin belum famous tapi kat luar, dah selalu sangat orang gunakan untuk hias kek.

Nak buatnya tak susah. Tapi memakan masa la juga. Hubby asyik perli I. Sementara tunggu kek masak, I buat cake banner ni. Dia buat muka pelik sebab I pegang gunting, gam, selotape dan benang. I tak dapat nak buatkan tutorial sebab masa tu busy nak snap gambar. Dah pukul 1 pagi! Tapi korang boleh jenguk tutorial kat sini: How to make cake bunting.

Sebab idea ni datang last minute, maka I grab apa yang ada kat tangan je. Tu pun tak sempat nak beli ribbon untuk lilit lidi tu.

Entah kenapa, I buat perkataan ni dulu 

Siap! 

A happy face!

Masa gambar diambil, tinggi betul hubby cucuk lidi tu. Hehe.. tapi lepas tu dia rendahkan bagi cun. Kalau korang nak hias kek dengan cake banner ni, cubalah. Buat design cantik-cantik. Tapi kek janganlah sarat sangat kot. Biar simple.

Nak buat pun, ikut senang korang la. I tak jahit pun banner tu. Simply kepitkan benang kat dalam banner tu dan gam. Ok juga kan?

Thursday, July 05, 2012

Rezeki rak buku mahal tapi murah harganya

Kalau dah suka membaca dan membeli buku, mesti ada simpan angan-angan nak ada sebuah rak buku yang besar kat rumah. Betul tak? I suka pergi library sebab ni la. Suka tengok rak kayu besar-besar yang penuh dengan buku. Menyimpan angan-angan nak beli rak buku Billy tapi tak beli-beli juga. Hehehe..

Sudahnya dapat rezeki untuk memiliki rak buku. Officer kat hubby's office dah balik ke South Africa. So selalunya, office akan jual  perabot kat rumah officer yang dah balik tu. Bukan semua. Mana yang ok je. Benda camni memang nasib la. Dah namanya bid. Bid pulak bukan macam jenis lelong. So pekerja lain letak harga masing-masing kat dalam borang yang disediakan. Lepas semua borang dihantar dan mereka check, barulah tau sapa put the highest bidding. So orang tu dapat la perabot tu. 2 rak buku kayu yang besar ini menjadi milik kami. Alhamdulillah!!!

Besar! Setiap papan boleh laras ke ketinggian yang dikehendaki

Ok la sebab kayu ni kayu mahal tapi kami dapat dengan harga yang murah sangat. Rak buku ni memang berat. Tapi tengah fikir nak letak kat mana. Rumah pun bukannya besar mana. Takpe, kita bagi settle minggu nie.

Tak menyabar nak letak buku dan tak sabar nak beli buku baru

 
Sabar ye. Tunggu "kawan-kawanmu" datang dari Seremban

Sesiapa yang nak hadiahkan buku, sangatlah dialu-alukan :)

Wednesday, July 04, 2012

Program makan yang best

Semenjak Jalan-Jalan Cari Makan dah tak berapa best, I memang dah tak layan. Tapi bermula minggu lepas, Iqram Dinzly dah jadi pengacara baru untuk program tu. Alhamdulillah! Cara dia makan pun tak meluat dan licin pinggan. Hehehe...  untuk program makan-makan, pengacara tu mesti seseorang yang enjoy makan. Bukan setakat makan 2-3 suap, lepas tu kata sedap. Tak payah tunjuk bibir muncung ke depan. Ye tak?

Selain Jalan-Jalan Cari Makan, I ada juga menonton program makan yang lain. Check it out.

Program : Makan Angin
Hari : Setiap Ahad
Masa : 8.30 malam



Program ini diacarakan oleh Faiz atau nama sebenarnya Adzriefaiz Adzlan. Sebenarnya, ni bukan program makan tapi lebih kepada makan angin. Faiz akan bawa kita menjelajah satu Malaysia (hingga ke kawasan kampung pedalaman) dan dalam masa yang sama, dia ni suka makan. So dia akan share makanan yang sedap-sedap dengan kita. Dia punya suka makan buat I rasa benda tu memang sedap. Batrisyia pun suka layan. Sekarang, kalau nak kata makanan tu sedap, Batrisyia akan tiru cara Faiz cakap, "Mmmm... dap!"

Program : Best in the World


Untuk pengetahuan, program ni dah habis Season 1. Season 2 bakal muncul di 8TV tapi masih belum ada hari dan masa. Pengacara program ini pula ialah Razif Hashim. I suka tengok sebab dia ni gila-gila sikit. Cara dia agak sempoi. Dia akan cover dari makanan di hotel dan restoran mahal sampai la ke gerai tepi jalan. Paling best, dia ni suka makan pedas. Tu yang minat tu!

Ni belum masuk program kat Astro. Lagilah minat tengok makanan dari luar. Eiii, kecur air liur!

Monday, July 02, 2012

Dua beradik maut nahas di Sumatera Utara

Banyak versi tentang kejadian ni. Tetapi menurut sumber sahih yang diceritakan oleh orang di sana kepada hubby, ada kerja membaiki jalan di tempat kejadian. Terdapat bonggol kecil di tepi jalan. Van yang dipandu laju melanggar bonggol jalan dan menyebabkan van "terbang" melepasi divider jalan dan jatuh ke gaung.

Ini bukan kali pertama mereka ke sana. Siapa sangka ajal mereka telah tertulis di sana. Kita yang masih hidup perlu menghadapinya dengan hati dan tabah dan tenang.

Al-Fatihah buat ayah mertuaku Zaidun bin Basir dan paksu Zulkifli bin Basir. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.