Thursday, June 28, 2012

Tiada kutu dengan LiceMD

Sepanjang hampir 4 tahun membesarkan Batrisyia, macam-macam situasi yang I pernah hadapi. Batrisyia pernah kena demam panas, temperature naik mendadak dan badan dia jadi sejuk sampaikan kaki jadi biru. Batrisyia pernah diserang batuk berkahak yang teruk sampai asyik muntah je. Batrisyia pernah kena jaundice selama 2 bulan dan doktor ambil air kencing di pundi kencing menggunakan jarum. Dalam setiap situasi tu, I rasa payah sangat tapi I hadapi juga.

Tapi I tak sangka ada satu perkara ni buat I tension berminggu-minggu.

HEAD LICE!

Yes, Batrisyia dapat head lice. Dari siapa, ada beberapa suspek. Hehehe.. tapi berkemungkinan besar dari seorang kawan dia kat taska. Sebelum ni dia pernah dapat tapi I cepat-cepat buang semua telur kutu tu.Cuma kali ni, telur tu macam tak berkurangan. Maka bermulalah proses mencari adult head lice. Untuk pengetahuan, kita tidak perlu/tidak boleh menggunakan syampu kutu ke atas anak selagi kita tak jumpa adult head lice. Kebanyakan syampu kutu mempunyai pesticide. Jadi seboleh-bolehnya janganlah kita dedahkan anak kita dengan pesticide.

Proses mencari tu buat Batrisyia tension. Penat katanya. Amboi, ingat umi dia ni tak penat. Akhirnya terjumpa seekor! I ni, kalau adult head lice.. geli geleman. So suruh hubby yang bunuh. Lepas tu terus syampukan rambut Batrisyia dengan Alices.

A few days later, sedap-sedap I buangkan telur kutu, I terjumpa lagi adult head lice. Aik, macam mana boleh tersesat seekor? Mesti penternak kutu tak buang kutu kepala lagi nie. So I bagitau cikgu kat sekolah. Minta beritahu semua ibu bapa, check kepala anak dan jika perlu, pakaikan syampu kutu. Cikgu cakap, dia dah bagi tau parents tapi ada yang taknak bagi kerjasama. Cikgu tu siap kena marah dengan mak seorang budak ni. Kononnya salah cikgu sebab tak syampukan rambut anak dia.

Inilah persepsi salah : Head lice tidak memilih kepala. Kepala tu kotor ke, bersih ke.. 2-2 dia suka. Kalau syampu tiap-tiap hari pun, head lice tetap hinggap.

I "berperang" dengan head lice kat kepala Batrisyia selama sebulan la juga kot. No choice la. Hantar juga Batrisyia ke taska tapi I pastikan dia tak jadi pembawa adult head lice. Sampai la ke tahap I google cari solution untuk masalah ni. Then, I heard about this product.

 LiceMD

Produk ni antara produk yang diguna pakai oleh ibu bapa di negara lain. Ia menjadi pilihan kerana "pesticide free, non-toxic, free of dyes and perfumes, and harsh chemical. It's hypoallergenic and safe for all household members. Can be reapplied as needed.". Bulat-bulat I ambil dari kotak nie. Hehehe.

After reading more than 20 reviews about this product, I yakin sikit nak beli. Harganya 2 kali ganda dari Alices tapi memang bagus! Batrisyia pun dah tak boleh continue guna Alices sebab dah habis satu botol. This is my personal review only. This product is pesticide free. So mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana ia boleh membunuh kutu.

Produk ni berupa cecair yang berminyak. Kita kena gunakan ke atas rambut yang kering. Sapukan sampai kena di seluruh rambut. Biar melekit. Lepas tu tunggu 10 minit. Lepas 10 minit berlalu, gunakan sikat yang diberi untuk menyikat rambut. Ada cara untuk sikat rambut tu. Semuanya dalam kertas arahan yang diberikan di dalam kotak. Bila gunakan LiceMD yang berminyak ni, kutu-kutu tu terlekat dan tak boleh bergerak. Akhirnya, dia lemas kerana tak mampu bernafas.

Now, tugas penting yang kita mesti buat ialah menyikat rambut tu mengikut arahan. Kalau ada adult head lice, I yakin korang boleh jumpa. Dengan sikat tu, I siap boleh jumpa kutu kecil-kecil yang baru menetas tu. Hebat tak? Paling best, LiceMD menyenangkan I buang telur kutu. Elok je telur kutu tu "terlerai" dari rambut.Because LiceMD is pesticide free, korang boleh gunakan bila-bila masa tanpa perlu tunggu gap hari.

Hanya satu je la. Benda ni memang berminyak. So kalau nak pakai tu, make sure alas la dengan newspaper. At least, kalau ada yang menitik, tak la kena lantai. Lepas tu, mungkin kena basuh rambut 2 kali, baru rasa berminyak tu hilang. Yang pasti, lantai bilik air akan jadi berminyak.Tapi tak kesah la.... janji kutu hilang!

Dah guna ubat kutu, jangan lupa pulak lakukan pencegahan kutu di rumah. Cadar,sarung bantal, selimut dan baju kena cuci dengan air panas. Ala, cadar tu hantar dobi je. Soft toys yang tak boleh dibasuh pula boleh disimpan dalan beg plastik yang diikat kemas selama 2 minggu. Tapi Batrisyia nangis-nangis bila I nak simpankan Mickey Mouse dia. Sudahnya, masukkan dalam dryer dan jalankan selama sejam. Huhuhu.  Sikat rambut pula boleh direndam dalam air panas selama sejam.

Now, Batrisyia dah takde kutu. Cikgu dia cakap, kat taska pun dah bebas kutu. Alhamdulillah.

Wednesday, June 27, 2012

Teka Teki : Siapa yang memelihara ikan?

Entry ni tidak boleh dijawab oleh kawan-kawan I di Facebook (sebab I dah bagitau jawapan) dan sesiapa yang mengelat dengan cara meng 'google' jawapan. (Adik bongsu I google jawapan, lps tu dengan confident nya menjawab. Lepas tu malu sendiri sebab jawapan dia "ke laut").

Adik I cakap, soalan ni dia dapat masa kursus dan menurut si pemberi soalan, hanya 2% orang yang boleh dapat jawapannya. Kiranya kalau dapat jawab dan susunan betul, kira pandai la tu. Tak tau la sahih ke tak. I rasa, orang yang tak dapat jawab tu mungkin dia dah pening kepala dan give up. Hehehe...


Ini merupakan soalan tersebut :-
~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ Setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
 ~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :
1. Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Sesapa yang rajin, boleh cuba. Jangan setakat bagitau siapa yang pelihara ikan. Bagi tau juga susunan semua rumah. Baru la tau samada betul atau tak.

Good Luck! (ewah, macam jawab kertas exam pulak!)

Friday, June 22, 2012

Tips untuk elakkan cream cheese topping daripada cepat mencair

I love Red Velvet Cake. Ada yang suka, ada yang kata biasa-biasa je tapi untuk I yang tak berapa nak minat chocolate cake, Red Velvet Cake ni sedap la juga. With a subtle hint of cocoa and cream cheese topping, it's delicious!

 

Siapkan kek ni malam tadi. Kali ni, Batrisyia tak jadi supervisor. Alhamdulillah. Kalau tak tu, memang mengacau je kerjanya. "Tisya tak kacau pun. Tisya duduk tepi je" katanya sambil tarik bangku IKEA ke sebelah I. Ayat baek punya. Tapi kalau duduk tepi je, takpe la juga. Ni tak. Pot pet pot pet bagi arahan. Kuikuikui. Mak tensen!

Bukan apa. Nak lepa kek ni kena cepat sebab kita ni duduk kat Malaysia. Cuaca panas walaupun di malam hari. Kalau buat kerja slow, alamatnya cream cheese mencair sebelum sempat habis melepa. I bukan pro pun. Pernah tengok pro buat kerja? Sekejap je. I tengok sambil mulut ternganga. Jadi, amatur macam I ni perlu buat kerja dengan tenang dan aman damai.

Sebab Batrisyia takde masa I mengerjakan kek ni, hasilnya I sangat puas hati walaupun deco simple je. Gara-gara tak sedar piping bag dah habis. Takpe-takpe. Nasib baik ada balance hati yang comel tu.Sayangnya tak dapat makan kek ni. Ingatkan nak buat lagi sebiji untuk sendiri makan. Tapi sebab kesihatan belum pulih, kita cancel dulu ye bang.  Tak aci la kan.. you makan sedap-sedap tapi lidah I tak dapat rasa apa-apa.

Ok, tips kali ni. Bagi pembuat Red Velvet Cake yang menghadapi masalah cream cheese cepat cair, cuba gunakan sedikit mentega. Ni tips yang I dapat la. I dah cuba. Alhamdulillah, cream cheese tak cepat cair.

Tuesday, June 19, 2012

Poise’s “It Happens to Me” Educational Program

Last week, I berkesempatan menghadiri Poise’s “It Happens to Me” Educational Program di Allo Paris, Damansara Perdana. Tujuan program ini dilancarkan adalah untuk member pendidikan dan kesedaran kepada kaum wanita di Malaysia tentang “Light Urinary Leakage-LUL”. Ia merupakan masalah lemah kawalan kencing yang berlaku ke atas sesetengah wanita. Mengikut kajian, 1 daripada 4 wanita akan mengalami LUL sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Terkejut juga sebab ratio tu agak tinggi la juga, ye tak? 70% peratus individu yang mengalami LUL terdiri daripada wanita manakala selebihnya dialami oleh lelaki.
 
Allo Paris, Damansara Perdana 


Dengan Anje dan Sophia from Indeed Communication 



Masalah ini adalah sesuatu yang normal tetapi selalunya wanita akan mendiamkan diri kerana berasa rendah diri dan malu. Mereka rasa perkara ni tak berlaku kepada orang lain. Hakikatnya masalah terkucil ni normal. Betul tak? Paling kurang, kita akan terkena sekali semasa sarat mengandung.

Ada banyak sebab yang mendorong kepada berlakunya LUL:
1. Lemah otot lantai pelvic disebabkan oleh tekanan semasa mengandung, kesulitan semasa melahirkan bayi dan penambahan berat badan
2. Menopous mengakibatkan penurunan tahap estrogen
3. Kontraksi pundi kencing yang tidak berlaku secara otomatik
4. Masalah kesihatan seperti batuk kronik yang berpanjangan, strok dan kecederaan saraf tunjang

Dah 4 tahun Poise melancarkan kempen kesedaran mengenai LUL. Untuk kempen ke-4, Poise mengajak wanita yang menghadapi masalah ini mendapatkan bantuan tanpa rasa malu kerana ia merupakan masalah biasa. Masalah LUL boleh ditangani dengan mengambil makanan dan minuman yang sesuai (say no to bicarbonate drinks and coffee) dan melakukan senaman kegel secara teratur dan menggunakan produk yang sesuai agar perasaan tidak selesa dapat ditangani.

Program pada malam tu telah dipengerusikan oleh Sharifah Shahira selaku Duta Poise. Kami diberi penerangan lanjut tentang Poise oleh Marketing Manager, Mr. Sumeet Parab. Dalam masa yang sama, mereka memperkenalkan duta baru Poise iaitu Raja Azura. Kak Engku juga menceritakan pengalamannya yang juga pernah mengalami LUL. Jadi, jangan segan. Artis pun menghadapi masalah ni. Yang penting, kita kena dapatkan bantuan untuk tangani masalah LUL dan gunakan produk yang sesuai.


Panty liner dan pad Poise merupakan produk yang sesuai untuk digunakan oleh wanita yang menghadapi LUL kerana ia direka khas untuk menyerap urine. Ia tidak sama dengan pad lain yang menyerap menses. Panty liner dan pad dari Poise menyerap cecair 2 kali lebih banyak daripada panty liner dan pad jenama lain. Produk Poise juga membantu mengawal bau urine kerana ia menggunakan teknologi Dry-Touch. Jadi, tidaklah kita berbau hancing.

 

Kami ditunjukkan demonstrasi untuk membuktikan bahawa produk Poise mampu menyerap cecair dalam kuantiti yang banyak. Memang betul. Paling best, pad tidak berasa basah dan cecair tidak menitis keluar walaupun diperah!

 
Pad biasa yang bocor.. ergh!

Untuk mengatasi masalah LUL, kita boleh melakukan senaman Kagel untuk menguatkan otot lantai pelvic. Jadi masa tu, instructors dari Pilatique mengajar kami bagaimana melakukan senaman Kagel yang betul. 
 

Kepada yang mengalami masalah LUL, jangan malu-malu kerana ia bukan berlaku kepada anda seorang. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar dan gunakan Poise untuk keselesaan anda! I tak pernah guna tapi selepas tengok demonstrasi, I yakin produk ni sesuai untuk mereka yang memerlukannya.

  Group photo with other bloggers

Friday, June 15, 2012

Macam mana nak tau buku apa yang best?

Makcik Anon Keh Keh ada beri komen kat salah satu entry. Dia tanya macam mana I tau buku tu bagus. Dia kata, bila dia masuk kedai buku, dia baca synopsis.. last-last dia tak beli buku pun. So I buat entry khas la ye. Sebab susah I nak terangkan kat comment box tu. Ni antara tips yang korang boleh cuba.

ASK OTHER BOOKWORMS
I bertuah sebab I ada kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama. Usually,bila salah seorang terbaca buku yang best, mesti akan beritahu kawan lagi satu. Kira mcm “meracun” dia beli buku tu juga. So lepas baca, sama-sama boleh discuss akan ke “best” an buku tu.

CHECK THE BESTSELLER LIST 
Tak kesah la list tahun ni ke.. tahun lepas ke.. 2-3 tahun lepas ke.. as long as it’s a bestseller. Katakanlah korang check New York Bestseller list, korang akan dapat senarai berpuluh-puluh jenis buku. Ada yang korang pernah dengar nama author tu, ada yang kedengaran sangat “alien”. So macam mana nak tau buku mana yang sesuai untuk diri korang? Baca point seterusnya.

FIND A SYNOPSIS AND REVIEWS
Bila dah jumpa book title dan book author, apa lagi.. sila google. Cari synopsis dan reviews from other readers. Usually, korang boleh baca review dari pembaca lain kat website macam Amazon. Ada juga blogger yang rajin buat review. So boleh baca. Cuma kadang-kadang, dah terbaca spoiler la pulak. Dari situ korang boleh tau samada buku tu bagus atau tak. Tapi taste orang lain-lain. So semuanya terpulang pada penilaian korang.

MOVIE ADAPTED FROM A BESTSELLER BOOK 
Ni pun I selalu buat. Kadang-kadang, ada movie yang diadaptasi dari bestseller book. Kalau korang tengok movie tu tapi rasa tak best, cuba cari buku pula. Kadang-kadang, movie tu memang kurang best tapi buku dia best. Ni salah orang yang mengadaptasi tu la. Antara buku yang I “jumpa” melalui cara ni ialah Message in a Bottle, A Walk to Remember, Hunger Games trilogy (movie belum keluar tapi ramai cakap buku dia best, so I cari buku dia) dan Oliver Twist.

HENTAM SAJALAH! 
Tips yang ni kena pandai-pandai tanggung. Ahaks! Kiranya korang main beli je. Lepas tu baca. Kalau bernasib baik, dapat la buku best. Kalau kurang baik, silap-silap tak habis baca buku tu. Kalau takut tersilap beli buku, cuba browse di "Bestseller" bookshelve kat bookstore. Insya Allah buku-buku tu best.

Sebenarnya, kira tak boleh tertumpu pada satu genre buku sahaja. Ok, maybe ada genre yang kita tak berapa minat. Tapi kena berani cuba baca buku dari genre yang berbeza. Dulu I memang tak minat Sophie Kinsella. Tapi lepas Weeza sarankan I baca Can You Keep a Secret, terus suka cara penulisan dia.

Makcik Anon nak I buat list buku ke? Erk, ok la.. I buat list je. Kalau korang rasa tak sedap, sorry. Biasa la.. taste masing-masing.

-Buku dari Nicholas Sparks-
What I love about his writing is he knows how to touch my heart and make a twist at the end of the book. Buku dia kategori light reading. Kalau baca, rasa biasa je. Tapi kalau teruskan baca sampai habis, kat hujung mesti ada sesuatu yang menanti. Jeng jeng jeng… Lepas tu baru rasa buku dia best.Memang magic betul. Buku dia yang I dah baca ialah A Walk to Remember, Message in a Bottle, The Lucky One, Dear John, The Notebook, The Last Song dan A Bend in the Road. Untuk pengetahuan, semua buku kecuali buku terakhir tu telah diadaptasikan ke filem. Buku-buku dari Nicholas Sparks banyak mencuri hati penerbit filem. Isk, tanpa sedar.. banyaknya buku dia yang I dah baca.

-Buku dari Sophie Kinsella-
Cara penulisannya penuh humor. Tak serious. Memang sesuai baca di masa lapang. Yang paling I suka ialah Undomestic Goddess. Buku lain yang korang boleh cuba ialah Can You Keep a Secret, Twenties Girl, Remember Me? dan siri Shopaholics.

-Buku-buku lain-
ONE DAY by David Nichols
THE TIME TRAVELER’S WIFE by Audrey Niffenegger
OLIVER TWIST by Charles Dickens
HAMLET by William Shakespeare
TRUE COLORS by Kristin Hannah
WINTER GARDEN by Kristin Hannah
TUESDAYS WITH MORRIE by Mitch Albom
THE CURIOUS INCIDENT OF THE DOG IN THE NIGHT-TIME by Mark Haddon
LORD OF THE RINGS by J.R.R. Tolkien
HARRY POTTER series  by J.K. Rowling

Nanti kalau ada yang I ingat lagi, I tambah.Cukup tak ni Makcik Anon Keh Keh?

Thursday, June 14, 2012

Every blood donor is a hero

14 June merupakan "World Blood Donor Day" atau "Hari Penderma Darah Sedunia". Ia mula disambut sejak tahun 2005 dan tarikh 14 June dipilih sempena tarikh lahir Karl Landsteiner, pencipta ABO blood group system yang diguna pakai sekarang.

 


Tema untuk tahun 2012 ialah "Every blood donor is a hero". Tak semua orang sanggup nak jadi blood donor. Ada yang tak layak menderma. Ada yang layak tapi taknak menderma. Itu pilihan masing-masing.

Tapi apabila kita berada dalam detik cemas yang mungkin memerlukan blood transfusion, darah yang didermakan oleh penderma merupakan "cecair emas" yang sangat bernilai. Ia bukan hanya digunakan ke atas mangsa kemalangan tetapi akan digunakan bagi kes-kes lain.

Setiap komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:

Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.

Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.

Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.

Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.

Masa I ke PDN minggu lepas, I saja tanya berapa ramai penderma yang datang pada hujung minggu. Nurse tu kata, dalam 170 orang sehari. Alhamdulillah. Sejak PDN dibuka pada hari Ahad, memang ramai yang datang. Masa I pergi hari Sabtu, pun ramai. Rasa terharu sebab ramai yang mempunyai kesedaran untuk menderma darah.


I berkesempatan berbual seketika dengan seorang akak. I panggil akak sebab ada 2 orang anak dia ikut sama. Dia baring di kerusi sebelah. Muka dia memang cuak. I dapat agak, ni mesti kali pertama dia menderma. Jadi untuk menghilangkan ketakutan dia, I senyum kat dia dan mulakan perbualan.

"Akak ni first time ke?"
"Aah. Sakit tak dik?"
"Eh, tak sakit la. Takde apa. Jangan takut. Akak sorang je ke?"
"Tak la. Suami akak dah sudah. Dia ada kat luar tu" sambil memandang luar.

Oh, suami dan dua orang anak dia tengah tunggu kat luar bilik sambil lambai-lambai dia. Si anak siap buat thumbs up lagi.

"Akak jangan takut. Memang tak sakit"


Lepas tu, I berehat sebab akak tu melayan perasaan dia. Memang muka dia cuak. Pandang kiri kanan. Bila nurse datang nak cucuk jarum, terus dia palingkan muka tak pandang tangan dia lagi dah. Hehehe...

"Ok kak. Dah sudah." kata nurse. Akak tu pusing dan pandang tangan dia.

"Eh, dah? Laa, tak sakit pun". Comel betul akak ni. Terus hilang muka cuak dia.

This is the reason why I love to talk to a new donor. Kita hilangkan perasaan takut dia dan bila dia tau benda tu memang tak sakit, insya Allah dia akan menderma lagi.

Kepada semua penderma darah di seluruh dunia, you're an unsung hero!

Tuesday, June 12, 2012

Lindungi tangan dari kuman dengan Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes


I always wash my hands with soap after using the toilet. Kalau tak basuh gunakan sabun, memang rasa semacam je. Lebih-lebih lagi bila menggunakan tandas awam. Rasa macam tangan tu penuh dengan kuman. Memang penuh dengan kuman pun sebab membasuh tangan dengan hanya menggunakan air paip tidak mampu menghapuskan kuman yang melekat di tangan.  

Kalau tandas tu kehabisan sabun, I sanggup tak guna tangan tu untuk makan selagi tak dapat cari sabun. No kidding! Kalau dulu, I selalu pastikan ada hand sanitizer dalam handbag. Ni in case kalau tak jumpa sabun atau tak jumpa air. Tapi selepas terbaca artikel tentang bahan terkandung dalam liquid hand sanitizer boleh membahayakan baby, I terus tak guna.  

Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia yang disambut pada 5 May, Kleenex®  mengorak langkah dengan mengeluarkan Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes yang telah disahkan selamat digunakan ke atas bayi dan kanak-kanak. I berminat nak cuba beberapa pek sebab tak perlu risau lagi nak gunakan dengan anak.


Awal-awal lagi I dah simpan satu dalam handbag. Peknya kecil, amat mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana. Walaupun ia untuk tangan, kita juga boleh gunakannya di anggota badan yang lain. Pernah tak korang berjalan kaki dalam hujan lebat? Kaki mesti kotor kan? Bila I masuk je dalam kereta, dah boleh bersihkan kaki dengan wipes nie. Easy peasy!

Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes ni bebas alcohol dan diperkaya dengan mentega shea, aloe vera semulajadi dan vitamin E. Bila kita gunakannya, tangan kita bersih dan bahan-bahan tu mampu menyuburkan kulit. Malah, ia melindungi tangan kita daripada 99.9% kuman yang ada termasuklah virus H1N1. Kalau kita guna wipes jenama lain, kadang-kadang rasa macam sticky kan? Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes ni tak meninggalkan rasa sticky pun. So kanak-kanak pun tak la rasa geli nak guna. Dengan adanya Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes, lega rasanya sbb ia boleh digunakan ke atas bayi dan kanak-kanak.

Batrisyia ni jenis lasak. Kalau main kat luar, suka explore dengan tangan, dengan badan. Tangan tu mesti nak pegang macam-macam benda. Bila ada Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes, senang nak bersihkan dia. Ye la, kadang-kadang tempat tu susah nak cari air. Kalau kat tengah-tengah padang atau taman permainan, memang senang kalau ada benda nie. Lap je.. dah bersih! Kita mak-mak ni pun boleh gunakan bila perlu.


Masih ragu-ragu? Bermula Mei hingga Ogos ni, krew Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes akan berada di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang bagi mempromosi Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes dan menerangkan tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan kepada kita . So masa ni korang bolehlah cuba produk ni.


Bagi anak-anak yang liat nak amalkan kebersihan tangan, apa kata belikan mereka Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes bertemakan Disney. Bungkusan didatangkan dengan 3 pek ni baru berharga RM 6.90. Murah je kan? Dengan tema Disney, mesti boleh menarik perhatian anak-anak kita untuk mencubanya. Untuk tempoh terhad, pek didatangkan dengan activity book dan botol air bertemakan Disney secara percuma.

 
Seronok dia menulis dan mewarna

Tak susah pun nak gunakan produk ni. Batrisyia pun pandai.

  
 Buka pek dan tarik sehelai 

 
 Lap tangan yang kotor 

 
Dah bersih! 

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.

Friday, June 08, 2012

Besarnya nilai wang syiling di matanya


Ni kisah hari Isnin lepas. Lepas balik dari kerja, I pergi kedai bakeri untuk tambah stock kat rumah. Banyak yang dah habis. Kat area tu ada Pizza Hut. I turun dari kereta. Hubby dan Batrisyia tunggu dalam kereta je. Bila I dah siap, Batrisyia tengah merayu-rayu kat abi dia. Kat tangan, tergenggam wang syiling. Dia sibuk cakap, "Boleh... Tisya ada banyak duit!"

Rupanya dia nak pergi Pizza Hut. Aduh, tak boleh.. tak boleh sebab malam tu, ada customer nak ambil kek. So I cakap la, duit tu tak cukup. Dia kata cukup.

"Ni ada 3.. 4.. 5.. 10 ringgit!". Hakikatnya, gambar di atas tu berapa sangat la kan? Pujuk-pujuk, lagi dia meraung. Last-last, dia turun dengan abi dia. Pergi beli pizza paling kecik yang ada 4 slices tu. Balik rumah, dia makan dengan gembiranya.


Hai cik adik manis ni!

Thursday, June 07, 2012

Sometimes, it's worth to wait

I felt reluctant to watch this movie because I’m so in love with the book. I taknak lepas tengok, I rasa kecewa. Mana mungkin kisah tu dimasukkan dalam filem berdurasi kurang 2 jam.

Tapiiii…. One day I minta hubby download One Day. Filem ni tak keluar kat Malaysia. Setahun tunggu DVD, pun tak muncul-muncul kat rak kedai. Maka, download je guna Unifi. Pantas!

Ok, this is a love story. Tapi tak berapa nak love la sbb actually, Dex dan Em ni kawan baik. So awal cerita memang kawan baik yang berkongsi susah senang dan masalah. This is the main reason why I read the book.


Malam kelmarin layan masa hubby dan Batrisyia pergi main badminton (Hubby je yang main. Dengar khabar, anaknya menyapu court dan menconteng kaki dia dengan pen hitam yang diberi oleh abi nya). Elok layan sorang-sorang sebab I sorang je yang dah baca buku nie.



Tak menyesal tengok. Ok, ada scenes yang boring dan lebih seronok dibaca di buku. Tapi di sesetengah scene yang lain, I lagi rasa terkesan di hati bila tengok movie. Sumpah mengalir air mata tengok Dex terbaring kat tilam dan terbaring kat lantai rumah. Dex.. why.. why?? Paling touching masa akhirnya Em berlari dapatkan Dex semula. Masa tu rasa macam “Oh my… at last!!!”. Kat buku tak rasa camtu pun.


Yang dah baca buku, mesti tau apa jadi. Yang tak baca buku, bersedia untuk terkejut. Tapi ending part movie ni sweet la juga. Walaupun kita sedih, Dex sedih tapi memori tu buatkan kita rasa mereka bahagia.


Sometimes, it’s worth to wait for love :)

Tuesday, June 05, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake is super, super fluffy!

Dulu, I pernah buat post tentang kek ni. Tapi masa tu, I hiaskan ia dengan fresh cream dan blueberry topping. 
Inginkan resipi ni? Rasanya ramai yang tahu tapi takpe la. Ini untuk korang yang tak tau :)

 

Check here: Cotton Soft Japanese Cheesecake

Sesuai dengan namanya, kek ni memang lembut. Kalau makan, rasa macam cair di mulut. Sedapnya!

Monday, June 04, 2012

Jadual perlawanan Euro 2012 waktu Malaysia

Sudah sampai masa untuk top up stock kopi kat rumah! Musim Euro dan World Cup, I selalunya overdose sebab malam minum, siang pun minum. Tapi takpe, bukan selalu. Ahaks.

So bagi peminat yang masih mencari jadual perlawanan Euro 2012 waktu Malaysia, jom semak list di bawah. I pun malas nak pening kepala cari masa tu. Terus google aje. Thanks to jejaktrend.

Jadual Perlawanan EURO 2012 Malaysia time

Group A – EURO 2012
8 June – 11:55 night | POLAND vs GREECE
9 June – 02:45 morning | RUSSIA vs REP CZECH
13 June – 02:45 morning | POLAND vs RUSSIA
13 June – 11:55 night |  GREECE vs REP CZECH
17 June – 02:45 morning | GREECE vs RUSSIA
17 June – 02:45 morning |  REP CZECH vs POLAND

Jadual Kumpulan B – EURO 2012 
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK 
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL 
13 Jun - 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
17 Jun - 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun - 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN
Group C – EURO 2012
10 June – 11:55 night | SEPANYOL vs ITALI
11 June – 02:45 morning | IRELAND vs CROATIA
14 June – 02:45 morning | SEPANYOL vs IRELAND
14 June – 11:55 night | ITALI vs CROATIA
18 June – 02:45 morning | CROATIA vs SEPANYOL
18 June – 02:45 morning | ITALI vs IRELAND

Group D – EURO 2012
11 June – 11:55 night | PERANCIS vs ENGLAND
12 June – 02:45 morning | UKRAINE vs SWEDEN
15 June – 11:55 night | SWEDEN vs ENGLAND
16 June – 02:45 morning | UKRAINE vs PERANCIS
20 June – 02:45 morning | ENGLAND vs UKRAINE
20 June – 02:45 morning | SWEDEN vs PERANCIS

Perlawanan pertama pun dah best. Eiii, tak sabar nak tengok! Diharap hubby sanggup nak bersengkang mata layan bola sekali (tapi rekod dia layan bola masa World Cup dulu memang tak boleh diharap. Dia kata, tido lagi sedap!)

Friday, June 01, 2012

Batrisyia jumpa adik angkatnya

Salam,

Meet our anak angkat.

Sharifah Nur Bahiyyah binti Zuraimi

Malam tadi, jumpa si comel ni buat pertama kali. Amboi, Batrisyia paling excited! Manjang berdiri sebelah Bahiyyah je. Sekejap sekejap dia cium. Sekejap sekejap dia usik. Nasib la Bahiyyah ni baru nak masuk 3 bulan. Kalau dah pandai cakap, mau berceloteh dua orang nie.

Petang semalam kan hujan. Kami dah sampai Pavilion sebelum pukul 6.30 lagi. Diorang pulak naik taxi sekitar pukul 7 lebih sebab takde taxi nak berhenti. I pergi solat sekejap sementara hubby dan Batrisyia tunggu kat meja. I balik dari solat, mereka dah duduk kat meja.

Kitorang ada meja favourite kat Pavilion. Asal jumpa, memang duduk situ la. Meja ni dekat dengan gerai Pan Mee. Kenapa duduk situ? Sebab hujung tu tak berapa nak ramai orang, boleh duduk tepi dan paling penting, dekat dengan gerai Pan Mee. Assam Laksa kat situ memang best! Dan malam tadi Zizie dan Bung Mokhtar duduk depan kitorang. Zizie putih melepak (cun giler minah nie walaupun tanpa make up) dan ada orang cakap Bung Mokhtar tu hensem juga orangnya. Erk, what?

Dah kalau jumpa setahun sekali macam Hari Raya yang muncul setahun sekali, memang berborak panjang la jawabnya. Tapi bila masing-masing dah ada anak, cerita pasal anak je la.Eh, korang tau tak ni anak sapa? Ahaks, she's my bestfriend's daughter. Anak Weed la. Tengok mata dia. Fuh, comel!

2 weeks ago, bersihkan rumah. Terjumpa playgym yang Batrisyia guna masa baby. Ada la 2 kali je guna kot. Masih baru, masih bersih, masih cantik. Ingat nak jual tapi Batrisyia kata "Tisya nak bagi baby Aunty Weed". So, semalam dia sendiri serahkan kat Bahiyyah. Dia punya semangat! I pun sempat carikan hadiah untuk Bahiyyah semalam.

Sent them to the hotel around 10pm. Seperti dijangka, Batrisyia menangis sebaik saja kereta tinggalkan perkarangan hotel. Ni memang dah pernah terjadi eh. Dia menangis sebab "Nak ikut Aunty Weed. Nak tidur kat hotel". Adoiii. Minah ni bajet nak ikut naik aeroplane. Nanti la anak.. kita pergi Sabah lagi.




 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.