Monday, April 30, 2012

Selamat malam

Sesuatu yang menarik berlaku pukul 3 pagi tadi.

Malam tadi, pukul 9 malam baru sampai rumah. Lepas makan, I siapkan kerja rumah. Hubby tengok tv dengan Batrisyia. Tau-tau je, Batrisyia dah tidur kat sofa. Angkat dia masuk ke bilik. Lena betul dia tidur. Mengantuk sangat la tu.

Around 3 in the morning, dia terjaga. Minta air sebab haus. Lepas tu dia baring semula dan dia cakap, "Umi, selamat malam". I kissed her good night. She went back to sleep.

Sebenarnya, itu rutin kami tiap-tiap malam sebelum dia tidur. Bila sampai waktu tidur, I akan baring sebelah dia. Kemudian, I akan ucap "Selamat malam" dan cium pipi dia. Dia akan balas dengan ucapan yang sama dan cium pipi I. Lepas tu baru lelapkan mata.

Agaknya sebab dia sedar yang malam tadi dia tidur tanpa ucapan selamat malam :)

Thursday, April 26, 2012

Kejadian misteri di dapur

Kadang-kadang, I rasa give up dengan oven kat rumah. Jangan ingat semua yang I bake tu menjadi ye.So far, dah beberapa kali juga berlaku kejadian misteri yang I tak dpt explain sampai sekarang.

Contoh terbaru, malam tadi. Bukan first time buat kek karamel. Dah lebih 30 kali. So dah tau apa yang perlu dibuat sampailah ke saat masuk oven. Tapi bila dah siap, nak tau apa jadi?Bahagian kek masak dengan elok tapi bahagian karamel tak masak langsung. Sabar je la. Dah la buat malam-malam. Siap pun pukul 12.30 pagi. Tapi sudahnya masuk ke tong sampah.

Dugaan betul.

Pernah buat pavlova. Setting semuanya macam biasa. Tapi baru separuh jalan dibakar, pavlovaku rentung. Macam mana tu?

Korang yang guna electric oven ni pernah kena macam ni tak?

Tuesday, April 24, 2012

Al-Fatihah buat jiranku

Semalam, masa hampir-hampir nak sampai ke rumah, sebuah motor pintas kami dengan lajunya.

"Hah, tu Iqbal"

Oh, pengerusi JMB rupanya. Laju betul dia bawa motor. Dengan tak pakai helmet nye. Agaknya dia buka masa dah nak sampai ke rumah.

"Ganas betul pengerusi ni. Bawa motor laju-laju macam mat rempit"

Sampai kat rumah, jiran depan pun baru balik. Baru dapat tahu cerita yang ada seorang jiran di blok lain telah meninggal dunia petang semalam. Arwah bekerja di farmasi HUKM kalau tak silap. Arwah rebah dan meninggal dunia.

Sebab tu pengerusi cepat je nak balik kot. Panggilan bertugas! Arwah merupakan salah seorang AJK JMB. Walaupun mereka baru kenal, rasa terkejut dan sedih tu mesti terasa juga. Sedangkan kami yang hanya pernah nampak arwah pun terkejut dengan berita tu.

Surau kat blok tu belum siap. Nasib baik ada surau di blok Fasa 2. Hubby dan Iqbal jumpa AJK surau di fasa 2 untuk minta pertolongan mereka untuk tumpangkan jenazah.

Seringkali kita terleka dan seolah-olah terlupa bahawa mati tu tidak mengenal usia. Bila berlaku kematian mengejut begini, barulah kita tersedar. Barulah kita takut jika nyawa kita direntap tiba-tiba tanpa amaran. Sebab itu Allah suka jika kita terlibat dengan kerja-kerja pengurusan jenazah kerana proses tu boleh menginsafkan semua orang. Rajinkan diri menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan.

Mati itu pasti tapi kenapa ramai yang mengejar apa yang tidak pasti?

Friday, April 20, 2012

Jalan-jalan naik komuter baru

Hari tu… bukan 2 hari lepas, ni cerita lebih seminggu yang lepas, kami bawa Batrisyia naik komuter dari BTS ke Seremban. First time tau sekeluarga balik ke sana naik komuter. Nak merasa sangat komuter baru tu.

Tapi hampa sebab pagi tu, komuter lama pulak yang muncul. Takpe la, redah saja.

Balik dari majlis ini, adik I hantar kami ke Stesen Seremban. Nampak la komuter baru tu berhenti. Wah, lawa. Tak la berwarna biru kuning tu. Warna putih. Nak-nak pulak, komuter tu nak bergerak menghala ke KL. I cepat-cepat beratur beli tiket. Hubby berlagak sikit sebab dia ada Touch & Go. I punya T&G dia dah hilangkan. Bila nak ganti nie?

Wah, besar juga keluasan gerabak. Cantik dan bersih. Mungkin sebab baru lagi. Siap skrin untuk beritahu nama stesen dan ada la diorang pasangkan cartoon. Masa tu mereka pasang cartoon Tom & Jerry. Kalau ada bawa anak, leka la diorg tengok agaknya.


Pukul 8 pagi!

Komuter baru ni mementingkan orang kurang upaya. Ada ruang khas untuk penumpang berkerusi roda. Keluasan bahagian tengah juga memudahkan kerusi roda lalu. Kalau ramai penumpang yang berdiri, tak la rasa ala-ala dalam tin sardine cap komuter macam naik komuter lama tu.

Di bahagian atas pintu pula, ada peta setiap stesen. Kalau dulu, peta tu statik. Kini, ada LED menyala di setiap stesen. Katakanlah komuter tu on the way ke stesen Mid Valley, LED di bahagian Mid Valley akan berkelip-kelip. Jadi, penumpang yang pekak boleh tau komuter ni nak sampai mana.

Pukul 3 petang

Kalau dulu, driver akan umumkan nama stesen setiap kali komuter nak berhenti. Kalau driver penat, suara pun kedengaran penat. Lepas tu tak berapa nak dengar. Tapi untuk komuter baru, suara perempuan yang jelas dan lantang kedengaran. Sudah dirakam terlebih awal. Jadi, confirm tiada suara penat keluar dari speaker.

Thumbs up untuk gerabak baru ni. Harapnya tukar la semua gerabak lama tu dengan gerabak baru.

Cuma yang masih perlu dipertingkat ialah ketepatan masa komuter tu. Yang ni memang perlu buat sesuatu la.

Wednesday, April 18, 2012

Lagu dan irama yang berbeza

Benda ni tak la berapa penting tapi I terfikir masa berseorangan di dalam kereta ketika hujan lebat petang semalam (walaupun hujan tu agak tak releven dimasukkan ke sini). Hubby belum sampai lagi. Lagu rock dari kumpulan baru berkumandang di radio. Sambil terangguk-angguk melayan, sambil puji dalam hati, “Sedap juga lagu ni”.. I terfikir sesuatu.

Pemilihan jenis lagu kami berdua agak berbeza. Dah kata umur jauh beza. Jadi, jenis lagu yang didengar agak berbeza la juga.

Hubby layan lagu Khatijah Ibrahim… I layan Kelly Clarkson
Hubby suka dengar Sinar FM… I suka Red FM
Hubby kenal Lefthanded… I kenal Maroon 5
Tapi kami sama-sama suka Taylor Swift (sekali lagi tidak releven di sini)

Ok, you got the picture!

Jadi, bila masuk dalam kereta, selalunya memang dah terpasang Red FM. Lagu-lagu yang diputarkan sesuai dengan telinga I. Tapi I perasan la juga. Katakanlah malam tu hubby keluar naik kereta. Hari esok tu, mesti radio dah terpasang Sinar FM atau Light & Easy. So I tau dia layan channel tu malam tadi.

Kadang-kadang I tak mampu nak layan Sinar FM lama-lama sebab tak kena dengan halwa telinga I. Light & Easy I boleh layan lagi sebab minat la juga. Adakah bila I layan Red FM, dia juga merasakan begitu? Jeng jeng jeng…

Mesti dia geleng kepala setiap kali lagu Falling In keluar sebab I akan cakap ayat yang sama, “Lagu ni best!!!”. (Kalau dia baca ayat ni, I yakin dia tak tau Falling In ni lagu yg mana satu).

Untuk korang yang mempunyai suami yang meminati genre lagu yang berlainan dari diri korang sendiri, macam mana korang handle benda ni? Tiba-tiba I rasa kesian dengan hubby sebab dia terpaksa layan Red FM setiap pagi dan petang.

I tau perasaan tu sebab setiap kali Batrisyia naik kereta, dia akan pasang lagu Suasana Hari Raya berulang kali sampai la ke saat dia turun dari kereta walaupun lirik "Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa" tu tidak lagi releven :)

Cinta Buat Emelda

Sape layan Cinta Buat Emelda mesti dengar ayat ni semalam.

"Dia tu 30 tahun. Kau tu 19 tahun. Beza 11 tahun. Kau sedar tak tu dik?!"

Serentak I dan hubby cakap, "Eleh, kitorang 13 tahun." Rileks je kan? Hahaha.

Tapi kakak Aril memang over la. Sesuai bagi watak menyampah kat dia tu. Berkesan sungguh. Rasa nak cili-cili je mulut dia.

Siapa belum layan, sila mula layan. Cerita dia pun masih awal-awal lagi tu. I pun layan sikit-sikit sambil memasak. Mana tak faham, tanya hubby sebab dia rajin melayan :p

Monday, April 16, 2012

Sweet treats for the young at heart

Good morning!!

Semalam kami menghadiri mesyuarat pertama dengan wakil pemaju. Bila semua penduduk dari 4 blok berkumpul, barulah nampak ramai. Hehe... kalau tak tu, asyik nampak muka yang sama je.

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menubuhkan dan melantik AJK untuk JMB (Joint Management Body). JMB satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

Masa mesyuarat semalam, banyak juga perkara berbangkit yang dinyatakan termasuklah tentang penyewa "Awang Hitam" yang menginap di sana. Menurut Mr. William, ada 3 unit apartment yang telah disewakan kepada warga Afrika. Katanya juga, pemilik-pemilik unit tersebut merupakan 1Malaysia : Melayu, Cina dan India. Mr. William ada menelefon pemilik-pemilik tersebut untuk menyatakan kegusarannya terhadap kehadiran warga Afrika ni. Tapi pemilik tu marah. Katanya lebih kurang begini, "Ini rumah I. I ada hak nak sewakan kepada siapa". Wahhh, kalau korang duduk situ takpe la juga. Ni kami yg kena mengadap warga Afrika tu.

Barulah I tau rupanya ramai yang liat nak bayar maintenance fees. Ni pun ramai yg nak melunaskan pembayaran hingga fees bulan March sebab kalau tak bayar, tak layak untuk cabutan bertuah pada hari itu (10 buah Toshiba Regza 32 inch). Entah la. Apa perasaan eh bila tak bayar? Ramai juga yang kata fees tu mahal. Mungkin juga mahal tapi sementara kita decide jumlah bayaran yang sesuai ni, bayar je la. Janganlah banyak cakap. Dah duduk situ kan? Facilities nak tip top tapi taknak bayar. Bab bayaran ni, rasanya kena strict pada diri sendiri. Kalau dalam kepala dah cakap taknak bayar, memang tak bayar la jawabnya. But nvm, JMB akan mengambil tindakan kepada mereka yang taknak bayar fees ni.

A night before, kami menghadiri majlis harijadi anak buah. Hubby beritahu I sehari awal kot. Puas juga fikir nak buatkan apa. Then, teringat I nampak sesuatu di FB Imee. Lepas tu terus pergi google cara nak buatnya. Hehehe.. thanks Imee.

But first... atas permintaan, I buatkan pavlova :)

Lain kali boleh penuhkan dengan buah-buahan

Haa, inilah yang I buat untuk kanak-kanak. Opss, ni bukan cake pop. Yer la, dulu I beriya sangat nak cuba buat cake pops. Sampai ke sudah tak buat-buat :p

Chocolate Covered Marshmallow

This is a keeper. Tak terlalu manis pun sebab chocolate ganache tu I gunakan dark chocolate. Manik warna warni tu pun tak la penuh satu marshmallow tu. Tabur-tabur gitu je. Kalau korang perlukan sesuatu utk birthday party, rasanya sesuai nak buat ni. Kalau nak tengok cara nak buat, boleh check kat sini : Chocolate Covered Marshmallow

Friday, April 13, 2012

Ukur baju di badan sendiri. Jangan pandang badan orang lain

I tergelak-gelak dengar cerita rakan sekerja I. Hari ni dia buka cerita. Rupanya dia ni ada 3 isteri. Baru-baru sorang isteri baru bersalinkan anak. So dia ambil cuti beberapa hari. Masa dia cuti, ada sorang perempuan ni asyik call office bertanyakan dia. I pun ada juga bercakap dengan perempuan tu. Masa tu pelik juga, kenapa la rajin sangat perempuan ni telefon.

Rupanya perempuan yang telefon tu ialah isteri no. 2. I dah tergelak dah bila mengenangkan kembali kisah dia. Rupanya isteri pertama dan kedua memang ngam tapi mereka tak ngam dengan isteri ketiga. Dipendekkan cerita, akhirnya terkantoi yang lelaki ini balik ke rumah isteri no. 3

I tanya dia, “Kenapa nak sorok? Bagitau je la balik sebab wife bersalin”. Dia kata dia malas nak gaduh-gaduh. Nanti perang besar. Adoyai.

I nak kagum juga dengan dia ni. Gaji tak sebesar mana tapi sampai boleh beristeri 3. Fuh, kami yg suami isteri ni pun kena bajet-bajet nak bagi cukup. Mungkin Allah turunkan rezeki kepadanya dengan cara yang lain :)

Alhamdulillah, gaji I tiap-tiap tahun naik. Tapi semakin banyak gaji, semakin besar tanggungjawab. Anak pun semakin besar, semakin banyak duit nak kena sediakan untuk dia. Dia dah masuk tadika nanti, lagi la banyak belanja. Kalau I kira-kira sekarang ni, rasa macam tak mampu je. Tapi insya Allah, rezeki tu ada di mana-mana.

Mungkin sebab tu kami belum dikurniakan ahli keluarga yang baru. Wah, statement pujuk hati namanya nie! Sungguh, sekarang ni I dah tak kesah. Tapi I agak kesah la juga kalau orang cakap I sengaja taknak tambah anak. Kalau Humaira Batrisyia tu satu-satunya anak kami, I redha. Tak tau la hubby redha ke tak.

Orang nampak gaji tinggi sikit, orang rasa kita mampu ada serba serbi. Hakikatnya 80% dari gaji I, I gunakan untuk bayar bil, insurances dan pinjaman rumah. Tinggal 20% je nak survive untuk sebulan. Scary tak? I yakin, kalau I ada usaha, ada la rezeki dari mana-mana celah.

Yang penting, hidup ni kena bersederhana. Bak kata pepatah, "Ukur baju di badan sendiri"

Thursday, April 12, 2012

Merisik si pengarang jantung

It's official... adik I kena bekerja keras simpan duit mulai hari semalam! :p

Setelah mengenali antara satu sama lain selama lebih setahun, sampailah masanya kedua-dua keluarga berkenalan dan duduk berbincang.

So little brother bought the rings. Beli terus cincin tanya dan cincin bertunang. Dapat la diskaun sikit. Fuh, mahal juga harga cincin sekarang. Nasib baik I kahwin 5 tahun lepas. Hehehe. To make it simple, both side bersetuju untuk datang berbincang sesama keluarga instead of siapkan rombongan khas sampai berbalas pantun dan bertepak sireh. Senang kautim! Yang tu kita tunggu waktu bertunang nanti.

Cincin tanya

Sebenarnya, merisik ni tak perlu sebab masing-masing dah kenal. Cuma family belah sana belum kenal family belah sini walaupun kami adik beradik dah datang beraya ke sana tahun lepas. Jadi kiranya merisik kali ni lebih kepada proses berkenalan antara 2 keluarga. Tak perlu dah tanya soalan cepu emas kat Sikin samada dia setuju ke tak. 100% percent dia setuju :p

To close the deal, we brought cincin belah rotan as a "booking fee". I baked Chocolate Cake agar tidaklah cincin tu "tergolek-golek" datang bersendirian. Ahaks.

Chocolate Cake with almond flakes.
Mama suruh buat simple je.. maka simple la jadinya.

Perbincangan berjalan lancar. Macam I cakap tadi. Family perempuan memang bersederhana. Mereka boleh dibawa berbincang. Tidaklah memberi apa-apa tekanan.

Lepas berbincang, kami dijamu dengan lauk pauk yang best. Nampak ayam tu, dah tau best sebab dah pernah makan masa raya tahun lepas. Memang sedap! Lepas tu ada tauhu sumbat. Yang tu pun sedap. Sos dia memang best la. Bak kata Qi JJCM, "ada masam-masam sikit, ada manis-manis sikit.. secukup rasa". Hubby I sampai makan 4 ketul tu. Isk...

Jadi adikku, selamat menyimpan duit. Bukan murah nak kahwin eh walaupun yang wajib tu nikah saja. Tapi kalau dah ada majlis, kena la mengumpul duit juga. Don't worry. Kita cuba kurangkan kos selagi boleh. Tak perlu sampai pinjam bank.

Mereka akan bertunang seminggu selepas raya. Jadi dalam bulan 7, dah kena mula buat preparation. Dah puasa nanti, sibuk buat hal lain pulak.

Semalam, cuaca panas betul kan? Sampai je KL, terus beli A&W Sarsaparilla, vanilla ice cream dan wallah...

Jemput minum!

Bukan selalu minum air bergas. Tak minat pun. Batrisyia lagi la, dia memang tolak air gas. Tapi bila letak ice cream, dah takde rasa gas tu pun. Laju je lalu kat tekak nie. Batrisyia? Dah jadi float pun, dia tolak. Dia kata, "Air pahit!"

Tuesday, April 10, 2012

Geli melihat mereka tayang body

Last weekend, jiran jemput datang makan-makan sempena kenduri doa selamat masuk rumah baru. Dia duduk kat tingkat atas. Memang I tak perasan sebab rumah dia kat hujung lagi satu. Kawasan apartment tu ada tempat untuk pasang khemah. Selalunya bila ada orang nak buat kenduri, mereka akan pasang khemah kat kawasan antara tempat rehat dan badminton court.

Hubby wasn't around so I berbual dengan jiran-jiran yang lain. Kebanyakan penduduk kat sini muda-muda lagi. Maksudnya, anak mereka pun masih kecil. Ada sorang akak tu, anak dia tingkatan 1. Memang takde kawan kat sana sebab anak org lain masih kecil lagi.

So berbual pasal anak. Pasal kehidupan kat situ. Ramai juga yang gusar dengan kehadiran warga kulit hitam di kawasan tu. Setakat ni, ada satu unit di blok bertentangan didiami oleh warga Afrika. Kat lagi 2 blok pun ada juga. Cuma blok I je masih tiada kelibat mereka.

Baru-baru ni kecoh pasal warga Afrika mati dipukul guard di Venice Hill Condo kan? I dengar kisah penduduk sana, rasa geli! Memang patut kena pukul. Ada penduduk siap cerita. Dia masuk lift. 2 orang warga Afrika himpit dia mcm sandwich sambil raba dia. WTH!

Jadi kami agak risau la juga. Diorang nie, kalau dah mula duduk situ, lepas ni dia ajak geng dia pulak. Sudahnya berkampung kat situ. Kalau duduk diam-diam takpe la juga. Ni baru ada 2-3 kerat pun, kami dah tak berani keluar.

Pagi-pagi dan petang-petang, warga Afrika di unit blok bertentangan akan tayang body kat luar rumah dia. Hanya berseluar pendek, tanpa baju.. sambil tengok kanak-kanak bermain. Jadi, ibu-ibu yang teman anak bermain pun dah tak senang duduk sebab warga Afrika ni akan pandang mereka juga.

Harapnya mereka tak berkampung kat sini.

Monday, April 09, 2012

2 kemalangan menerbitkan 2 perasaan yang berbeza

Semalam, kita dikejutkan dengan 2 berita kemalangan yang berlaku di Terengganu. Kalau korang tengok berita, mesti korang perasan berita ni.

Kemalangan pertama melibatkan 2 buah motosikal. Motosikal pertama bergesel dengan sebuah kereta dan pemandu motor tercampak lebih kurang dalam 20 meter (mengikut kata-kata saksi). Dia kini berada dalam keadaan koma di ICU. Motosikal yang kedua pulak cuba mengelak kereta terbabit. Walau bagaimanapun, ia terlanggar belakang kereta dan pemandu jatuh di atas jalan raya. Sebuah kenderaan Nissan Sentra cuba mengelak tetapi melanggar pemandu motor tersebut.

Kalau tengok footage, memang ngeri. Darah menyembur di jalan raya. Keadaan mayat sangat menyayat hati. Menurut berita, orang ramai sempat ajar pemuda tu mengucap khalimah syahadah. Arwah mengalami kecederaan teruk di kepala dan kedua-dua belah tangannya patah. Arwah meninggal dunia dalam keadaan bersujud. Muda lagi orangnya. Minggu depan (ke bulan depan) arwah akan dapat sijil kerana berjaya menamatkan pengajiannya.

Sedih sangat. He was so young. Kalau ajal tu dah sampai,tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Kemalangan kedua pula melibatkan mat rempit. Menurut saksi, mat rempit terbabit terlibat dengan lumba haram dan ketika kejadian berlaku, arwah sedang melakukan aksi Superman. Arwah cuba mengelak pembahagi jalan lalu terbabas. Yang ini pun ngeri juga hingga ada footage menunjukkan isi otaknya di jalan raya. Footage hanya dikeluarkan di Berita Terkini. Bila berita utama, takde dah video tu. Mungkin ngeri. Rakan-rakan mangsa cepat beredar apabila melihat rakannya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tiada rasa simpati. I rasa ia boleh menjadi pengajaran kepada mat rempit di luar sana. Korang tengok la. Bila jadi macam ni, rakan-rakan yang merempit sama-sama pun boleh lari. Orang macam tu ke yang korang nak ikut?

Friday, April 06, 2012

What do you want to do before you die?

Let me tell you this : I hate reality TV show.

10 tahun lepas di mana American Idol dan Akademi Fantasi musim pertama berjaya buat I terpaku depan TV, sekarang ni I rasa semua tu dah tak best. Too many reality TV show. Ada yang bagus, ada yang ntahapehapentah. Setakat The Kardashian tu... buat jelik je la.

So bila 8TV keluarkan program The Buried Life (TBL), I memang tak ambil port. Ada la dalam sebulan kot diorg dok promote TBL. Tagline nya sangat simple, "What do you want to do before you die?".. Erk, ada ke orang nak tengok 4 orang lelaki nie?

Jonnie, Duncan, Dave, Ben and Penelope.
Bas pun ada nama eh.

I memang taknak tengok tapi sebab 1st episode ada Taylor Swift, I nak tengok! Teruk tak? Hahaha. Well, episod tu berjaya buat I sukakan mereka. Bukan sebab Taylor Swift tapi kerana kesungguhan mereka.

Duncan curi masuk ke CMA Award untuk jumpa Taylor Swift

Paling best, untuk setiap perkara yang mereka berjaya buat, mereka akan cuba tunaikan permintaan orang. I think this is the best part. Episod terakhir untuk Season 2 memang best apabila mereka tunaikan permintaan seorang kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka telah berpisah dan bapa terpaksa hidup merempat tanpa rumah. Kanak-kanak tu hanya ingin berikan sebuah rumah untuk bapanya agar bapanya tidak perlu lagi tidur di kaki lima. It's an emotional story.

100 things to do before you die? Maybe I should do that list too. (Click here to see their full list). Teringin nak tengok? You can watch all the episodes here : The Buried Life : Season 2 episode

Miss Independent no more

Dari kecil, I dah diajar untuk berdikari. 21 tahun yang lalu, suasana persekitaran kita mungkin lebih selamat daripada sekarang. I okay je duduk rumah sorang-sorang sementara tunggu waktu untuk ke sekolah sesi petang. I rasa my parents pun ada diam-diam minta jiran-jiran tengokkan I kot. Setakat kat rumah lama tu, mana sangat la I boleh pergi. Paling jauh pun pergi rumah jiran yang bawa van sekolah selang 2 blok dari rumah I. Tak pun pergi rumah Nizam yang selang satu blok.

Kerja waktu pagi hanya main dengan kawan-kawan. Kerja sekolah memang dah siap malam tu. Sampai masa, balik rumah, mandi, makan dan bersiap ke sekolah. Fikir-fikir balik, beraninya I tinggal rumah sorang-sorang.

Sekolah menengah, I masuk SBP. Berdikari lagi. Even though rumah I dekat negeri yang sama, I tak pernah hantar balik baju kotor melainkan bila air kat hostel takde atau masa balik rumah sebulan sekali. Kalau nak ajar anak berdikari, masukkan dia ke sekolah berasrama. Anak tu insya Allah akan tau hidup sendiri. I harap sangat dapat hantar Batrisyia ke sekolah berasrama. Some how, best sebenarnya hidup di hostel. Korang takkan dapat pengalaman yang best-best kat luar. Ada nampak iklan Maggi baru-baru ni di mana budak-budak hostel makan maggi beramai-ramai? Yeah, korang takkan dapat pengalaman makan maggi dari baldi (yg semestinya bersih, bukan baldi buat cuci baju tu) secara berjemaah di dorm atau bilik study.

Lepas sekolah menengah, sambung belajar di Melaka pulak. Makin jauh dari keluarga. Balik pun tak tentu. Kadang-kadang sebulan sekali. Parents pun ada datang jenguk sesekali. Hidup jauh dari pandangan mata keluarga membuatkan kita perlu bijak. Overall, uni life dan apa-apa perkara yang berlaku sepanjang waktu tu berjaya mematangkan diri. Sesuatu yang berlaku pada waktu tu membuatkan I bangun dan percaya yang I tak boleh bergantung harap pada sesiapa. I perlu hidup untuk diri sendiri.

Tapi tu dulu. Sekarang I dah lupa diri I yang dulu. I bergantung pada orang lain. Not good. Macam mana kalau orang lain tu takde? I sendiri yang I akan ditimpa kesusahan.

Liz, wake up!

Wednesday, April 04, 2012

Red Velvet Cake

Akhirnya dah cuba buat :)

Tuesday, April 03, 2012

Tiada lagi raungan ketika menggunting rambut

A year ago, I thought this would never happened. Sungguh ni. Kalau la korang ada depan mata masa kami bawa Batrisyia pergi gunting rambut, korang pun akan rasa macam tu. Suara dia menjerit tu macam lah dia tengah sakit sangat. Orang yang lalu lalang pun boleh berhenti kat depan kedai semata-mata nak tengok kenapa budak kenit ni menjerit-jerit.

Air mata mengalir laju. Kesian je tengok tapi kena la potong juga kan?

Kadang-kadang kami potongkan rambut dia di rumah. Usually, I cuma trim kat bahagian dahi saja. Yang tu Batrisyia boleh tolerate lagi walaupun ada ketikanya dia meraung la juga.

Tapi sekarang, dengan gembiranya I boleh cakap yang Batrisyia dah besar. Dah tak takut pergi salon. Kalau masa hari raya lepas, nekwan nya kena teman dan pujuk, sekarang ni dia boleh duduk diam-diam kat atas kerusi tu sambil amoi tu 'kerjakan' rambut dia.




"Tisya nak gunting rambut kat Giant". Ni kali ketiga dia pergi gunting rambut di kedai yang sama. Mungkin dia rasa selesa kat sana. Ini dia budak yang mana setahun lepas masih meraung-raung bila sampai masa kena potong rambut.

Kalau ikutkan hati, nak biarkan rambut dia panjang. Tapi minah ni lasak la. Cepat je berpeluh. Bila dah berpeluh, dia mula menggaru leher. Lepas tu dah mula nak ruam. Jadi, lebih baik maintain pendek sikit dari bahu.

Kedai ni ramai juga pelanggannya especially perempuan Islam. Ada tempat tertutup khas untuk perempuan Islam. Tu yang ramai suka kot. Sapa yang duduk kat Senawang tau la kedai ni kat mana. Ala, depan KFC tu. Bagus juga la. Mereka ada inisiatif untuk bahagikan ruang khas tu. Takde la nampak aurat rambut kepada orang yang tidak sepatutnya.

Anak korang takut tak gunting rambut? Ke Batrisyia sorang je yang macam tu. Tapi rasanya tak sebab penah juga nampak anak orang lain meraung kat kedai tu.

Monday, April 02, 2012

Orang yang tidak bertimbangrasa

Pagi ni hujan lebat kan? Kalau la hari ni Sunday, mesti best! :)

Kalau hujan pagi, kami akan cuba keluar dari rumah seawal mungkin. KL ni lain sikit. Bila hujan, kesesakan lalu lintasnya lain macam. Untuk mengelakkan stress, kena la keluar awal.

Masa sampai taska Batrisyia, hujan masih lebat. Lebat dia kan, macam kalau korang pakai payung pun, separuh badan boleh basah. Faham tak? I describe sikit taska Batrisyia. Terletak di corner lot di sebuah kawasan perumahan. Kawasan tu pulak ada guard dan hanya ada 3 jalan untuk keluar masuk. Jalan lain, dihalang dengan pagar besi.

Kat taska Batrisyia, ada pagar besi. So depan pagar tu, penduduk sekitar jadikan tempat letak kereta mereka. Biasa la, kalau dah ada lebih dari 1 kereta, mesti la park kat luar rumah kan? Tapi ni sampai ke depan pagar besi tu pun nak park. Ok lagi la..

Yang menjadi masalah, jiran depan taska tu, dengan corner lot yg boleh muatkan 2 biji kereta, dia pergi park satu van dia kat depan taska. Betul-betul tepi pagar taska. Ruang masuk muat-muat je untuk satu orang lalu.

Patut tak I marah dalam hati? Bukannya diorang tak tau taska tu buka pukul 7. Bukannya dia tak tau pagar taska tu akan dibuka untuk memberi laluan kepada kereta ibu bapa masuk ke dalam ketika hujan. Mungkin dia rasa hari tu tak hujan. Tapi kenapa sampai park betul-betul kat sebelah pagar?

Dah la hujan lebat. Dengan dukung anak yang telah tidur. Dengan bawa beg pakaian. Menguji kesabaran betul. Lagi geram bila depan rumah dia tu kosong. Van ko, park la depan pagar ko. Apa masalahnya?
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.