Thursday, March 29, 2012

Bila suami terfikir nak kahwin lagi

Hubby masakkan dinner sementara wife siapkan tempahan kek

Wife: Ni Liza ajar ni, ingat tau. Nanti Liza takde, boleh masak sendiri.
Hubby : (No response.. khusyuk menghiris bawang)
Wife : Kalau dah tau masak, takde alasan nak kahwin lain bila Liza takde
Hubby : Eh, itu semua ketentuan Tuhaaannn!
Wife : Cis!
Hubby : Cuba tanya Tisya. Tisya, abi boleh kahwin lain tak?
Batrisyia : Tak boleh!
Hubby: Aik?

Abang, lepas ni I ajar lipat kain pulak ye :p

Extra Note :
1. Terima kasih abang sebab tolong siapkan dinner malam tadi. Lauk simple sambal sotong (hampa sebab dia tak jumpa petai kat kedai) dan sup fucuk dan kentang tapi memang sedap. Kesian dapat cikgu garang.
2. Tengok drama Ana Tak Auta kat TV9 malam tadi kelakar pulak rasanya.

Tuesday, March 27, 2012

Movie Review - The Hunger Games

Apabila sesebuah buku diangkat menjadi sebuah filem, tugas seorang penulis skrip ialah memastikan jalan ceritanya boleh memuaskan hati pembaca buku. We as a book lovers pastinya meletakkan harapan yang tinggi. Kalau boleh, biarlah jalan ceritanya tak lari langsung. Biarlah scene yang penting dimasukkan ke dalam filem. High expectation!

Tapi kan, I memang tak pernah nak letakkan harapan tinggi sampai macam tu. Kita kena fikir secara rasional. Mana mungkin jalan cerita yang beratus muka surat boleh ditunjukkan dalam durasi 2 jam di layak perak.

So bila dah terbaca The Hunger Games, rasa tak sabar nak tengok filemnya.. I tak letakkan harapan tinggi sebab taknak kecewa. Tapi alhamdulillah, tidak kecewa langsung. Hehe.. sebab filem ni dah macam menyempurnakan buku tu. Kalau baca buku, kita hanya baca apa yg dilalui oleh Katniss Everdeen sebab kisah tu dari kaca mata dirinya. Tapi melalui filem, kita dapat lihat apa yang berlaku di luar arena perlawanan The Hunger Games tu.

Kita dapat lihat bagaimana Haymitch cuba memenangi hati sponsor agar dia dapat hantarkan ubat kepada Katniss, reaksi penonton di Capitol menonton The Hunger Games seperti kita menonton program realiti dan pemberontakan di District 11.

Seperti biasa... kalau belum baca buku, sila baca buku dulu. Kalau dah tengok filem tapi rasa macam tergantung atau lost, sila baca buku. Ada beberapa scene menarik dalam buku yang tidak dimasukkan ke dalam filem. Ada juga beberapa scene dalam filem sebenarnya bukan datang dari buku.

Sebab I suka, I nak share sikit apa bezanya.

THE MOCKINGJAY PIN
Filem : Katniss dapat pin tu dari seorang perempuan tua. Kemudian, dia serahkan kepada Prim. Tapi sebelum Katniss di bawa ke Capitol, Prim serahkan semula pin tu kepada Katniss agar ia membawa tuah kepada Katniss.
Buku : Mockingjay pin tu diberi oleh Madge (anak mayor District 12) kepada Katniss agar ia membawa tuah kepada Katniss.
My comment : I lagi suka versi dalam buku sebab mockingjay pin tu dah jadi macam simbol yang menunjukkan keluarga mayor mempunyai rahsia iaitu mereka menyokong uprising.



KATNISS PREP TEAM
Filem : Watak setiap individu dalam prep team tidak ditonjolkan. Boleh dikatakan I tak rasa kehadiran mereka kecuali stylist; Cinna.
Buku : Setiap individu dalam team tu mempunyai tugas dan perangai mereka yang unik. Venia, Flavius dan Octavia walaupun agak gila-gila tapi I suka. Katniss tak sukakan penduduk Capitol tapi her prep team sayangkan dia. Boleh rasa mereka bersedih dalam buku kedua ; Catching Fire.
My comment : Maybe takde masa la kot nak tonjolkan prep team ni tapi harapnya kehadiran mereka dirasai dalam next movie. I just love their sincerity. Lagipun, prep team ni akan memainkan peranan mereka hingga di buku ketiga.

"I’m not allowed to bet, but if I could, my money would be on you.”

KILLING EACH OTHER
Filem : Secukup rasa! Tapi rasa scary bila tengok kanak-kanak dan remaja berbunuhan sesama sendiri dalam cara yang ganas. Perlawanan mengambil masa beberapa hari sahaja.
Buku : Lagi ganas. Nasib baik kat filem tak ganas mana. Tapi ganas la juga. Start je perlawanan, dah mula darah memancut-mancut. Perlawanan berlangsung selama beberapa minggu sampai Katniss dah kurus kering.
My comment : Even though PG13, eloklah tak bawa anak-anak. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kecil.

The Career Tributes : Clove, Cato, Marvel and Glimmer
Extra Note : Clove is so creepy and Cato is hot!

SCENE DALAM CAVE
Filem : Aduh, sikit sangat dan sekejap je. Dalam filem, Katniss pergi ke Cornucopia secara senyap-senyap untuk mendapatkan kit yang disediakan oleh Seneca Crane. I tak berapa nak rasa kesanggupan Katniss menggadaikan nyawa untuk Peeta. And only a kiss? One kiss? Come on.. dalam buku punya la banyak. The Hunger Games is like a reality tv program. For each kiss, Haymitch (their mentor) will reward them with food and basic things to play this games.
Buku : Mereka menyorok dalam gua tu berhari-hari. Peeta makin tenat dan Katniss sedaya upaya cuba selamatkan Peeta. Mereka sempat berkongsi cerita. Malah, boleh nampak betapa Peeta menyayangi Katniss. Boleh rasa betapa desperate nya Katniss nak ke Cornucopia untuk dapatkan ubat Peeta hingga sanggup beri Peeta ubat tidur.
My comment : Sangatlah suka versi dalam buku. Lagi best.. woo ooo ooo!


DEAR MADGE
Filem : Madge? Siapa tu? Takde langsung watak nie.
Buku : Madge merupakan anak mayor District 12. Watak dia memang kecil tapi I rasa perlu ada sebab kembar mak Madge merupakan sahabat kepada mak Katniss. Malah, kembar tu pernah jadi tribute mewakili District 12 dan dia mati di dalam perlawanan tu. Masa Gale kena hukuman dari peacekeeper, mak Madge arahkan anak dia bawa bekalan ubat mereka untuk digunakan ke atas Gale. Yang paling penting, Madge lah yang berikan Mockingjay pin kepada Katniss.
My comment : Watak Madge patut ada.

WHAT HAPPENS OUTSIDE THE ARENA
Filem : Kita boleh saksikan apa yang berlaku di luar arena.
Buku : Kita hanya nampak dari perspektif Katniss.
My comment : I suka versi filem.

President Snow & Seneca Crane membuat perancangan untuk tributes

MUTATION
Filem : Hanya anjing yang besar dan garang mengejar Katniss, Peeta dan Cato. Tapi terkejut juga bila anjing tu melompat dari semak.
Buku : Mutation sangat besar dan matanya menyamai mata kesemua tributes yang telah mati dalam 74th Hunger Games. Kita dapat rasa perasaan serba salah dan kesedihan yang melanda Katniss sebab dia taknak bunuh sebab mutation tu mempunyai mata Rue.
My comment : Kalau anjing ni tak scary sangat, macam mana pulak mute jabberjay yang bakal keluar dalam Catching Fire? Please... make it real!

PEETA'S LEG
Filem : Peeta masih mempunyai kaki. Malah, dia tak kritikal di akhir perlawanan.
Buku : Kaki Peeta teruk dirobek mute. Peeta kritikal di akhir perlawanan. Masuk ke dalam pesawat, Peeta terus dikelilingi oleh doktor pakar yang berusaha selamatkan dia. Katniss hanya mampu melihat di luar sambil meraung.
My comment : Ahaks, macam-macam la kan. Rasanya diorang taknak filem ni jadi ganas sangat. Tu yang kena tukar cerita sikit-sikit. Kalaulah jalan cerita ikut sebiji macam buku, mau filem ni dilabelkan sebagai 18SG.

THE KISS... IS IT REAL?
Filem : Eleh, kiss sekali je. Tak aci dan tak memberikan impak langsung.
Buku : Katniss memberi penonton apa yang mereka inginkan: THE STAR-CROSSED LOVER. Dia cuba menunjukkan kononnya dia cintakan Peeta agar lebih ramai sponsor taruhkan duit ke atas mereka. Bolehlah Haymitch berikan mereka barang-barang dan makanan. At the end of the journey back to District 12, Peeta dapat tau yang semua tu hanyalah lakonan. Peeta terluka dan menjauhkan diri dari Katniss
My comment : I takde perasaan tengok ending filem. Mendatar je.

UPRISING IN DISTRICT 11
Yang ni, memang perkara baru. Kalau dalam buku, tiada uprising di district 11. Sebaliknya, mereka memberi token berupa roti kepada Katniss sebagai tanda terima kasih kerana menjaga Rue di dalam perlawanan. I suka apa yang ditunjukkan di dalam filem.


Sangat susah nak puaskan hati peminat yang dah baca buku sebab semestinya cerita dalam buku lebih terperinci. Jadi peminat pun janganlah ada rasa tak puas hati. Ahaks… memang la I siap buat list macam di atas tapi tu tak bermakna I tak suka movie tu. Macam adik I yang tak pernah baca buku tu, dia kata movie ni best giler. Kalau I tak baca buku, I pun akan rasa best tapi sebab dah baca buku, I rasa buku lagi best. Sampai terjatuh cinta dengan watak Peeta tu walaupun dalam buku ketiga, rasa nak hantuk-hantuk je kepala dia yang dah tak ingat Katniss tu. Ok..ok.. maybe I suka Peeta sebab dia pandai hias kek :p

Monday, March 26, 2012

Al-Fatihah buat Kasim binti Aishah

"3 minggu lagi Along datang tengok atok lagi"

Itu janjiku pada atok ketika melawatnya di hospital 2 minggu lepas. Tetapi genap sebulan selepas I mendapat mimpi mengenai atok, atok pergi meninggalkan kami semua.

Hari Sabtu. Pagi tu rutin harian seperti biasa. Ke pasar untuk membeli barang dapur kerana ibu mertua nak datang. Dah planned dengan hubby nak masakkan ikan siakap. Lepas tu, kami ke perpustakaan di Shah Alam. Sebenarnya nak bercerita tentang perpustakaan yang best tu tapi dah takde mood.

Kami sampai di rumah sekitar jam 5 petang. Baru je sarung apron di dapur. Baru je blend bahan-bahan untuk masak ikan, adik I telefon. Ingatkan dia nak cakap pasal sms yg I hantar pagi tu. Tapi ayat yang terkeluar dari mulut dia hanyalah "Along, atok dah takde".

I panik sebab rasa dia macam tipu. Janganlah... janganlah... tapi ianya memang benar. I patutnya jumpa atok 7 hari lagi :(

Then, mama bagi tau yang mungkin jenazah akan dikebumikan pada hari Ahad. No rush katanya. So alang-alang, I terus siapkan lauk untuk makan malam. Ingat, malam-malam sikit baru balik. Sekali pukul 6.30 pm, satu sms masuk bertanyakan bila kitorang nak balik. Rupa-rupanya sebelum tu ada sms masuk beritahu kami yang jenazah akan dikebumikan malam tu juga.

Ya Allah, tak tau perasaan macam mana time tu. Rasa macam tak sempat nak jumpa arwah. Terus tutup api dapur, tukar baju, siapkan anak dan gerak. I sempat sampai rumah nenek seminit sebelum van jenazah sampai. Alhamdulillah. Walaupun sekejap.

Sekitar jam 10 malam, arwah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Masing-masing cuba menahan emosi agar pemergian arwah tidak diratapi. I memang taknak menangis sampai bengkak mata. Tak elok. I menangis di rumah sebelum bergerak pulang ke Seremban. Kat surau, I hanya menangis selepas mencium arwah yang telah siap dikafankan. Lepas tu, no more. Seriously, tak elok menangis lama-lama.

Tepat 12 tengah malam, arwah telah selamat dikebumikan tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Al-Fatihah untuk atokku; Kasim binti Aishah yang pergi meninggalkan kami semua di usia 80 tahun.

Tuesday, March 20, 2012

Wajarkah kerajaan Indonesia demand macam tu?

Wah, kecoh juga pasal maid eh? Apabila kerajaan Indonesia menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum mereka mula membekalkan semula maid ke Malaysia, satu MOU terpaksa ditandatangani antara 2 negara. Tetapi ketika pihak Indonesia member syarat terbaru iaitu satu maid untuk satu jenis pengkhususan saja, ramai juga yang marah.

Mana tidaknya.. Dah la gaji minimum sebanyak RM700, dengan makan dan tempat tinggal disediakan majikan.. lepas tu buat satu jenis kerja je. Ewah, sedap! I yang tak pakai maid pun rasa tuntutan tu tidak munasabah. Kenapa mereka berani demand? Sebab mereka tau ada permintaan di sini. Kalau nak sangat maid, kena la mematuhi syarat-syarat tersebut.

Satu surat pembaca di The Star semalam membuatkan I terfikir. Pembaca tu cuba mengajak kita berfikir akan impak kemasukan pekerja asing khususnya dari Indonesia. Katanya, kadar kelahiran anak pekerja Indonesia lebih tinggi dari kadar kelahiran penduduk Malaysia sendiri. Tak tau la betul atau tidak tapi jika ia satu fakta yang benar, korang pun akan tau apa impaknya di masa akan datang.

Tapi yang buat I senyum-senyum apabila pembaca mengatakan keluarga yang ada maid, rata-rata anak kecil mereka tidak pandai membuat kerja rumah. Tak pandai menyapu sampah, melipat kain, membasuh kain sebab semuanya maid yang buat. Wah, sampai macam tu sekali ke kesan negatifnya?

I rasa tu hanya akan berlaku kalau semua kerja rumah diserahkan bulat-bulat kepada maid dan ibu bapa tiada inisiatif ajar anak buat kerja kat rumah. Untuk mereka yang mempunyai keluarga besar, kehadiran maid boleh mengurangkan beban kerja yang terpaksa dipikul oleh ibu bapa. Itu kita tidak nafikan. Malah, daripada hantar semua anak ke nursery dengan bayaran yang susah tentu mahal, baik hire seorang maid untuk jaga semua anak kita. Tapi kita pun tak boleh la sampai lepas tangan tak jaga anak sendiri. Betul tak? Kena la ajar anak, bagi dia pandai buat kerja rumah. Tak susah pun. Batrisyia pun rajin lipat baju dia sendiri bila nampak I lipat baju. Walaupun tak kemas, menjadi juga la dia lipat tu.

Cakap pasal anak, I dah mula start fikir macam mana nak tentukan masa ketika dia mula bersekolah rendah nanti. Gap antara sekolah rendah dan sekolah agama tu yang nak kena plan elok-elok. Korang yang dah ada anak bersekolah rendah atau mungkin tengah fikirkan tentang hal yang sama, ada idea tak? Yang pasti, Batrisyia tidak akan di bawa ke office. Ada orang bagi cadangan masukkan ke sekolah integrasi. I masih fikir-fikir lagi. Kalau boleh, biarlah ia pilihan terakhir.

Ada masa 2 tahun setengah nak fikirkan :)

Monday, March 19, 2012

Pusat Darah Negara yang sangat selesa

"Umi, kenapa dia ambil darah Umi?" tanya Batrisyia apabila melihat kesan lebam di tangan umi dia.

"Sebab nak bagi darah kat orang sakit". Tu je yang I mampu explain setakat nie.

Last week, buat pertama kalinya kami ke Pusat Darah Negara untuk menderma darah. Asyik terlepas blood donation drive kat luar je. Alang-alang boring kat rumah, terus pergi ke sana. Untuk pengetahuan, kini PDN dibuka pada hari Ahad sehingga pukul 4 petang. So kalau busy sangat masa hari lain tu, boleh je walk in pada hari Ahad.

Kat kawasan lobi, nampak sunyi sepi je. Staffs kat sana sangat peramah dan bersedia menjawab apa saja soalan. Kebetulan dah ada kat sana, I terus tanya tentang pendermaan aferesis (Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.). Berminat nak terlibat dengan aferesis. Rupanya, mesti menderma di PDN sekurang-kurangnya 2 kali sebelum layak menjadi penderma aferesis kerana pihak PDN akan monitor keputusan darah kita.

Nampak sunyi dari luar tapi bila masuk kat bilik penderma, ramai juga kat dalam tu. Ada yang datang seorang diri. Ada yang bawa satu family. Ada satu keluarga tu, I kira-kira eh... seorang pemuda tu derma aferesis, kaum kerabat dia yang lagi 4 orang tu derma darah. Kagum! Kalaulah I boleh bawa satu family I pegi derma darah, kan best.

Nurse yg attend I tak banyak cakap tapi agak mengambil berat la juga. Baru je dia cucukkan jarum, dia dah cakap yang kulit tu bengkak sikit dan akan lebam sikit. Sekali betul. Hari ni, dah lebam sebesar duit syiling 20 sen yang lama tu. Cuma tak sakit je. Elok pulak masa hujung-hujung nak siap, darah tak tak mengalir. Rupanya dah beku. Sepanjang hayat, pernah 2 kali je kena lebam lepas menderma. Ada nampak brochure tentang perkara ni tapi tak baca pulak.

Satu perkara yang I buat I rasa nak pergi PDN lagi ialah kebersihan dan keselesaan untuk penderma. Kalau kat luar, orang keliling akan tengok kita. Dah jadi macam show sebab kadang-kadang, diorg suka berdiri kat tepi sambil tengok kita derma darah. Bukannya nak jadi penderma pun. Kalau kat PDN, takde siapa akan pandang kecuali penderma yang lain. Tu pun kebanyakan penderma akan tengok TV yang terpasang kat bilik tu. Lepas tu tempat ada penghawa dingin. Sejuk la. Selesa.

Paling menjadi kesukaan hubby, refreshment yang disediakan di sana memang tak sama macam kat luar. Kalau kat luar, kita akan dibekalkan dengan biskut, roti dan air panas. Kalau kat PDN, dah macam cafe. Masa kami datang, kam dibekalkan dengan air kotak, air panas (boleh minta nak air apa), sebiji buah epal, satu tupperware kecil nasi lemak dan 2 biji kuih. Terasa sangat dihargai.

I nak jadikan ini satu rutin setiap 3 bulan. Setakat ni dah berjaya "heret" hubby buat perkara yang sama. Dulu, dia pun tak nampak kepentingan menderma darah. Mungkin kita tak nampak kepentingannya sebab kita tak perlukan darah. Cuba kita letak diri kita di tempat mangsa kemalangan, orang di bilik bedah yang perlukan tambahan darah, ibu melahirkan anak yang tumpah darah... Mereka ni yang perlukan darah dari penderma darah. Bayangkan orang yang kita sayang tergolong dalam kumpulan yang perlukan darah, semestinya kita mengharapkan ada stok darah untuk dirinya.

Ok la, kalau korang ada masa.. berkunjunglah ke PDN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk menderma darah. Rutin setiap 3 bulan tu mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Thursday, March 15, 2012

Duta udang

-Monday-
Umi : Hari ni Tisya nak makan apa?
Batrisyia : Tisya nak udang

-Tuesday-
Umi : Nak masak apa hari ni ye?
Batrisyia : Umi, Tisya nak udang tau. Beli tau!

-Wednesday-
Batrisyia : Umi masak apa?
Umi : Ada ayam
Batrisyia : Ala, Tisya nak udang

-Thursday-
Dah maleh dah den nak tanyo. Kompom dio nak udang!

MOH keluarkan arahan untuk kuarantin

Petang semalam, terpampang jelas notis penutupan taska dan poster HFMD kat papan kenyataan. Selepas mereka membuat kunjungan, MOH bertindak menutup taska selama seminggu. Tapi bukan keseluruhan taska. Sebaliknya, hanya satu bilik iaitu toddler room yang terlibat.

Hari ni, pihak MOH akan datang lagi untuk buat pemantauan kali kedua. Sepatutnya mereka check semua kanak-kanak kat sana tapi masa mereka sampai semalam, kanak-kanak tengah tidur. Tu yang nak datang lagi hari nie. Dalam masa yang sama, nak bersihkan keseluruhan kawasan taska.

Pagi ni, anta Batrisyia macam biasa sebab I nak doktor from MOH tengok dia sendiri. Masa sampai pagi tadi, cikgu cakap maybe parents dah tak hantar anak mereka hari ni sebab takut. Bila I telefon pukul 8 pagi tadi, cikgu mengesahkan hanya Batrisyia dan kawan baik dia; Darwisy yang datang. Fuh, nasib baik teman bergaduh dia datang. Kalau tak, kesian Batrisyia sorang-sorang. Kehkehkeh, dah la budak-budak tu becok tanya cikgu mana kawan-kawan diorang yang lain.

Now, tunggu pegawai MOH datang. Then, kalau Darwisy pun nak balik, I ambil Batrisyia la. Kebetulan, office mak dia dekat je dengan office nie. Esok cuti la nampaknya. Yang tak best nya, no Internet connection at home. Dah la esok baru tau keputusan samada I dapat free tickets to watch The Hunger Games.

Tak tau la korang. Tapi kalau MOH keluarkan arahan untuk kuarantin satu bilik je, maknanya tiada masalah kalau kanak-kanak kelas lain nak datang. Tak ke? Orang lain terlalu concern atau I dan mak Darwisy yang lepas tangan? Cuma I dapat rasakan, pihak taska tetap akan tutup seminggu sebab kalau taska tak tutup, alamatnya semua cikgu kena jaga Batrisyia dan Darwisy. Hehehe.

Nota kaki : Berita terbaru. Taska akan ditutup selama seminggu. Maka, ramai-ramailah bercuti.

Wednesday, March 14, 2012

HFMD menyerang

I sampai nurseri Batrisyia, ada nampak satu memo dilekat di papan kenyataan. Bunyinya lebih kurang begini la.

"Kepada ibu bapa. Minta jangan hantar anak ke taska jika anak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut"

Berderau darah sambil baca memo tu. I terus soal siasat cikgu Batrisyia. Dia pun bercerita.

Katanya, diorang mula perasan sorang budak ni kena hari Sabtu. Macam ada simptom. So diorang bagi tau parents budak nie. Minta hantar ke klinik agar doktor dapat check. Kalau betul, anak tak boleh dihantar ke nurseri buat sementara waktu.

Hari Isnin, parents tu hantar anak mereka. Parents cakap, tu bukan HFMD sebab diorang tengok, ulser kat mulut anak macam dah nak baik. Cikgu tak boleh nak cakap ape sebab parents tu blah begitu saja. Pada hari yang sama, cikgu-cikgu perasan ada beberapa toddlers kelas atas dah mengalami simptom yang sama. Siap air liur meleleh. So cikgu telefon parents yang terlibat agar ambil anak mereka secepat mungkin. Guess what? Orang lain cepat je ambil anak tapi parents yg anak dia dah mula kena hari Sabtu ni, ambil anak waktu sesi tamat. Cikgu bagi tau sekali lagi yang anak dia tak boleh dihantar ke nurseri hingga disahkan anak dia tak menghidap HFMD.

Hari Selasa, parents yang sama berkeras nak hantar anak dia ke nurseri juga. Nak tau apa jadi? Cikgu kunci pintu dan suruh diorang balik.

Kenapa la korang keras kepala sangat? Ke tak tau apa itu HFMD?

I tanya cikgu, dah berapa orang nampak simptom tu? Dia kata 9 orang tapi owner taska takde buat report pun. I tengok diorang pun takde ambil langkah untuk membersihkan tempat tu (Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air. Sumber dari MOH website).

I ambil keputusan untuk dapatkan maklumat dari pihak MOH. Telefon Hospital Ampang. Mereka kata, I kena call PKD Langat sebab nurseri tu di bawah daerah Kajang (apa ke jauh benar? nurseri ke Kajang ada la dalam setengah jam perjalanan). Selepas buat laporan, pihak PKD Langat akan assign pegawai kesihatan untuk pergi ke sana. Dia kata, memang banyak kes sekarang ni. Jadi, kena tunggu turn juga la. Dia kata lagi, patutnya owner tu dah tutup taska dan laporkan pada MOH.

So far, tiada tanda pada Batrisyia. Tapi ye la... benda tu boleh ada dalam badan buat seketika sebelum simptom mula kelihatan (Incubation period : 3 to 6 days). Walaupun penyakit ni menyerang kanak-kanak, orang dewasa boleh dijangkiti dan menyimpan virus tu dalam badan sebelum dipindahkan kepada kanak-kanak yang lain. Jadi, parents pun patutnya tak boleh dekat dengan kanak-kanak yang lain.

Kalau ikutkan hati, taknak hantar Batrisyia ke sana buat sementara waktu. Tapi nak letak dia kat mana pulak la kan? I dah cakap dengan my boss. Harapnya cepat la taska tu ditutup sementara. Ada juga alasan I nak ambil cuti jaga anak.

Tuesday, March 13, 2012

Pray for atok's recovery

Last Saturday, we went back for a short visit to the hospital. Balik Senawang sekejap sementara tunggu my parents hilangkan penat pergi kenduri kahwin pagi yang sama. Dalam pukul 5 ptg, kami gerak ke hospital.

Terserempak dengan my aunty dan anak-anaknya kat lobby. Dia pun baru sampai dari KL. Kami naik dulu. Sebelum ke hospital, mama telefon anak saudara dia yang jaga atok kat hospital. Atok minta bawa satu je, Kopi O!

Beli Kopi O kat vendor machine je sebab dah keluar rumah. Terbeli 2 cawan sebab masa kali pertama, tak sedar yang kami tekan button untuk coffee with creamer. Then, atok nak Kopi O juga. So I pergi beli semula di vendor machine.

Perkara pertama yang I nampak ialah atok dah kurang termengah. Suara dia pun ada semangat sikit eventhough masih lemah. Tangan kanan ada masuk drip (Sodium). Seperti dijangka, atok takde selera nak makan. Perut pun masuk angin. Puas pujuk. Atok taknak makan juga.

Bila kopi dah sejuk, baru bagi atok minum. Laju dia minum. Haus betul agaknya. Lepas pujuk makan balik. Taknak juga. Then my aunty tanya dia nak makan apa. Lama-lama baru dia jawab, "Nak bubur manis-manis".

Eventhough atok tak makan, sugar level in his blood is still high. 22! Sampai dah kena inject dengan insulin. Probably his kidney dah mula ada problem. Tapi sebab atok takde selera nak makan, apa yang dia nak, kami bagi walaupun bubur manis-manis sebab atok takkan dapat habiskan satu mangkuk.

My uncle went down to the cafe and brought back bubur kacang. Lepas sejuk sikit, tanya atok samada dia nak bubur kacang tak. Laju atok mengangguk. Terus mama suap. Tengok berselera pulak atok makan. Terus suruh mama suap cepat-cepat selagi atok nak makan tu. Hehehe... dalam hati rasa lega sangat.

Ada la dlm 5-6 sudu bubur atok telan sebelum atok bagi isyarat tanda dia taknak. Tapi atok sempat suruh letak tepi sebab nanti dia nak makan lagi. Dalam hati, I sedih pulak. Sapa nak suapkan atok bila waktu melawat tamat nanti? Atok bukan boleh makan sendiri.

Atok cakap, dah 3 kali doktor ambil air kat lutut dia sebab kaki atok bengkak. Dia terpaksa tahan sakit. Tapi lepas 3 kali ambil air ni, bengkak pun surut. Lepas tu atok tunjuk lengan tangan kiri dia. Lebam sana sikit sebab masuk drip dan ambil darah. Orang tua, biasa la masa awal-awal tu atok sibuk nak cabut semua tiub yang ada kat lengan. Hmm tapi sekarang ni tangan atok dan tak berikat lagi sebab atok dah tak cabut tiub-tiub tu.

Lepas tu atok mengadu yang dia tak boleh tidur malam. Selalunya pukul 2-3 pagi baru dapat lelap sebab sana sini dengar orang berdengkur. I gelak je. Ape la atok ni. Sempat buat lawak.

Walaupun umur atok dah melebihi 80 tahun, pendengaran dia masih tajam. Jangan main-main nak bercakap depan dia. So bila kami nak bercakap tentang his condition atau apa-apa perkara serious, terus masing-masing guna Bahasa Inggeris. Ahaks, I rasa atok perasan la. Takpe la atok eh. Nanti cakap Bahasa Melayu, atok faham pulak.

Sebelum balik, I sempat pesan kat aunty agar suapkan atok bubur kacang before balik. Sedih pulak bila tinggalkan atok. The truth is atok tidak dijaga oleh anak dan cucu selama 24 jam. Siapa yang ada masa, mereka akan pergi jenguk atok. But mama dan makcik I lagi sorang memang pergi tiap-tiap pagi untuk buat apa yang patut. Besar betul pengorbanan diorang. Dah la kerja. I tak tau la macam mana mereka boleh sabar. Adik beradik mama ramai tapi tu la. Malas nak cerita pasal orang lain (mak ngah yang jauh di Pahang dikecualikan dalam hal ni).

On the way ke car park, I terserempak dengan sepupu. Dari jauh dah nampak dia dengan 2 biji beg. Ni mesti nak jaga atok. I tegur dia. Memang betul, dia nak jaga atok sampai pagi. Pagi sebelum tu, adik dia datang jaga. I pandang dia. Kalaulah I belum kahwin dan masih tinggal kat Seremban, I pun nak jaga atok. Tapi sekarang, I ada tanggungjawab lain terhadap keluarga sendiri. Dengan ikhlas I berterima kasih pada sepupu I tu sebab datang untuk jaga atok masa hari tu.

Hmm, rasanya susah untuk doktor keluarkan release letter. Selagi tak ada perkembangan baik, selagi tu kat atok kena duduk kat hospital. Kami tak kisah sebab kesihatannya lebih terjaga di sana.

Monday, March 12, 2012

Book Review : The Hunger Games by Suzanne Collins

Sebelum ni, I memang tak tau akan kewujudan buku ini. Cuma ketika I baca Yahoo article tentang The Lorax, kemudian ada orang cakap tentang filem The Hunger Games, I terfikir juga..

Bagus sangat ke The Hunger Games sampaikan ramai orang teruja nak tunggu filem ni keluar? In US, pre-sales tickets sold out eh! Seriously, I rasa mereka ni over sangat!

But bila dapat tahu filem tu berdasarkan best selling trilogy novels, I rasa nak baca buku dulu. I tak beli buku sebab takut tak best. So I cari e-book dulu. Kemudian, I pilih masa yang sesuai untuk baca.

Kalau korang sanggup layan 3 buah buku, silakan cari trilogi ni sebab buku ni memang best! I don't know. Maybe the way Suzanne Collins menceritakan tentang kisah tragis Katniss Everdeen yang terpaksa berjuang di dalam permainan maut "The Hunger Games" membuatkan I khusyuk baca buku tu. Cara dia describe kehidupan di District 12 dan arena dalam The Hunger Games berjaya buatkan I terbayang-bayang tempat tu.

The plot is simple.

Di zaman akan datang, bertempat di North America, 12 districts diperintah oleh satu kerajaan diberi nama Capitol. Di Capitol, memang orang kaya dan berkuasa sahaja akan tinggal di situ. Di satu masa dulu, 12 districts ni pernah memberontak tetapi kalah di tangan Capitol. Sebagai tanda amaran dan peringatan kepada semua, Capitol akan mengadakan satu permainan maut iaitu The Hunger Games.

Setiap tahun, nama kesemua kanak-kanak di setiap districts yang berusia 12 tahun ke atas akan dihantar secara paksa untuk memasuki The Hunger Games. During reaping day, mereka akan mencabut nama seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Mereka yang terpilih, akan mewakili district masing-masing untuk berlawan di The Hunger Games.

Cara bermain sangat mudah. Terdapat 12 districts. Jadi akan ada 24 tributes di dalam arena. Mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi dari other tributes kerana dalam arena ini, cara untuk memenangi perlawanan ini ialah dengan cara membunuh tributes lain. Mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ancaman musuh, tetapi mereka juga terpaksa membiasakan diri dengan kawasan arena yang tidak direka untuk membolehkan mereka terus hidup.

Untuk tribute yang menang, setiap ahli keluarga di district yang mereka wakili akan mendapat sumber makanan sekali untuk setiap bulan. Jadi, tanggungjawab tribute untuk menang sangat penting walaupun ia bakal mengorbankan nyawa mereka.

Cara penceritaan buku ni agak ringkas. Tiada ayat yang berbelit. Malah, penulis berjaya membuatkan I terbayang-bayang suasana sebenar dalam cerita tersebut. Untuk membuatkan ia tidak terlalu serious, terdapat elemen kasih sayang diterapkan di dalam cerita tersebut.

Suzanne Collins berjaya membuatkan satu kisah yang dibuat-buat terasa sangat real. Bila baca, rasa taknak berhenti sebab nak tau apa akan jadi lepas tu. Lepas habis buku The Hunger Games (1st Book), rasa tak sabar-sabar nak baca Catching Fire (2nd book).


Sungguh la.. I memang tak sabar nak tengok filem nie. Now baru I tau kenapa orang lain yang dah baca buku-buku tu rasa sangat teruja nak tengok filem ni. To Nuffnangers, Nuffnang ada bagi tickets untuk movie ni. So apa lagi, cubalah nasib korang.

I harap filem ni "seganas" buku. Mungkin lah adegan bunuh membunuh tidak akan ditonjolkan sangat kot. Kalau tak, memang ganas la. Hehehe, tengok trailer pun dah rasa sebak bila Katniss volunteer tatkala nama adik dia; Prim diumumkan sebagai tribute.

Kalau nak tengok trailer, click here : The Hunger Games

Thursday, March 08, 2012

Adik Batrisyia

Berdebar-debar je. Ahaks... Macam I pulak yang nak dapat anak.

Adik angkat Batrisyia akan lahir samada hari ni atau esok. Overdue! So doktor bagi masa sampai esok. Kalau esok takde juga tanda nak lahir, si mak nye kena induce la. Rileks ye Weed.

Insya Allah, Weed akan dapat anak perempuan. Isk, kalau la kitorang duduk dekat, kan best. Boleh Batrisyia jenguk adik angkat dia selalu.

Melihat orang lain pregnant dan bersalin, buat I rasa nak pregnant semula. Tapi ye la, belum ada rezeki. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Dia tahu masa hadapan kami. So I tak lagi rasa stress. Kalau ada, ada la. Kalau takde, takde la.

Cuma memang diakui, stress tu kadang-kala singgah sementara apabila "dicucuk" orang. I tau la my second pregnancy only lasted for 6 weeks tapi itu tidak bermakna I tidak pregnant dan sesetengah orang boleh cakap itu bukan pregnant yang sebenar. What the heck? Kalau I tak pregnant, kenapa I kena lalui kesakitan masa kandungan tu gugur? Some people tak peka dengan hal macam ni. Probably because diorang tak pernah rasa perasaaan keguguran anak tu. So I maafkan je la.

Weed, good luck to you! I'll wait for your call or sms or MMS.. ape-ape je la. Tak sabar nak tengok muka si kenit!

Wednesday, March 07, 2012

Mayday Monday

Monday night is always a good night for me to catch my favorite series. Bermula dengan “Lie to Me”, kemudian “NCIS:LA” dan akhirnya “Criminal Minds”. I was soooo sleepy but tahan mata nak tengok juga. Episod baru-baru nie memang best-best belaka.

At 11.30 sharp, I masuk tidur.

I had the weirdest dream in my life.

Bermula dengan adegan kejar-mengejar antara penjahat dan BAU team from Criminal Minds. Agak mendebarkan juga la. I ada dalam kereta tu juga tapi I tak tau apa peranan I. Rasa macam betul-betul je. Tembak menembak berlaku antara 2 kereta. Sempat pulak Hotchner (Criminal Minds) telefon Hetty (NCIS:LA) untuk beritahu situasi yang mencemaskan tu

I ditinggalkan di tepi jalan agar I boleh pergi beritahu Cal Lightman (Lie to Me) tentang kejadian tu. I pun berlari dengan sepantas mungkin dan sampai di office baru Cal. Masuk-masuk je, terus tengok office baru dia. Jumpa dia dan beritahu akan hal tadi. Dia suruh I duduk dengan Gillian sementara dia layan guest dia. So borak-borak dengan Gillian. Baru tau yg akhirnya Cal dan Gillian kahwin dan dapat anak lelaki. I bangun tengok kawasan sekitar office. I nampak satu meja kosong. I tanya Gillian tu meja sape. Tiba-tiba Cal datang dan tanya, “Would you like to work with me?”

I terbangun T_T

Apakah?

Memang tak berfaedah entry ni. Lagi tak berfaedah mimpi I tu. Korang pernah tak mimpi mengarut macam nie?

Tuesday, March 06, 2012

The good news and the bad news

My grandmother dah keluar dari hospital. Alhamdulillah. Yang membimbangkan, dengar tentang status kesihatan my grandfather.

Malu ok I nak cakap. Macam ni la.. Last week, I dah simpan hajat nak melawat my grandparents kat hospital. Sabtu pergi kenduri kahwin. Ingatkan Ahad nak pergi hospital. Bila hari Ahad, bangun pagi je I terus kemas rumah sampai ke petang. Lepas tu lupa. I hanya ingat bila adik I call. Masa tu dah terlewat!

Dengar cerita macam-macam pulak. Lagilah rasa bersalah sangat. Down betul malam tu! Cucu jenis apa la I ni kan? I harap I sempat tengok atok hari Sabtu nie.

My mom dan makcik sibuk jaga atok kat hospital. Mereka tak la tunggu je kat ward sebab mereka pun kena kerja. Mujur my aunty kerja kat hospital tu. Dapat la jenguk bila ada masa. Mama pulak kadang-kadang dia pergi pukul 5 pagi. Kadang-kadang, pukul 10 pagi dia dah keluar dari rumah, pergi hospital.. lps tu terus pergi sekolah.

I yang dengar pun rasa penat. Mama tak boleh nak ambil cuti tanpa gaji macam kita. Dia tu cikgu. Cikgu-cikgu ni tak boleh cuti sesuka hati macam penjawat lain.

His condition macam tu juga. Dah seminggu dibantu dengan oksigen. Bila takde orang jaga, atok mulalah cabut tiub, cabut jarum.. tak selesa agaknya. Sudahnya, tangan kena ikat. Untuk kebaikan dia juga sebab atok I taknak makan. Dia takde selera. Bila makan, dia muntah. So kena drip. Kalau asyik cabut jarum je, macam mana nak dapat tenaga.

Ward kelas 1 pulak masih penuh sampai sekarang. Kalau atok dapat masuk ward kelas 1, terjaga sikit sebab patient pun tak ramai. So nurse boleh monitor dengan lebih baik. Kat ward kelas 3, susah nak fokus kat ramai-ramai tu.

Next week, my parents takde kat sini. I tak tau la siapa yang nak jaga atok. Hopefully, my aunties and uncles boleh take turn jaga kat hospital tu.

Monday, March 05, 2012

Premiere Screening : The Lorax (3D)

Sambungan entry : The Lorax

Alkisahnya, sehari sebelum tayangan tu.. I ada offer tickets tu kepada beberapa kenalan. Semuanya tak dpt pergi sebab ada program lain. Sudahnya I rasa, ok takpe la.. burn je la nampaknya.

Keesokan harinya, hubby smsed I sekitar jam 10 pagi. Katanya, mungkin tak perlu OT malam tu. Terus la excited nak tengok sambil doa dalam hati, biarlah dia tak payah OT. At 1pm, dapat keputusan rasmi yang dia tak perlu OT. Fuh, nasib baik tak bagi tiket kat sapa-sapa.

Balik dari kerja, beli lauk kat kedai, makan kejap, mandi bersiap.. terus zasss ke Mid Valley. Tapi berhenti sekejap kat Petronas sebab nak solat Maghrib. I tak gemar solat kat surau Mid Valley. Kalau sorang-sorang takpe la. Ni dengan anak. Lagi selesa kat Petronas tu.

Sampai Mid Valley, susah pulak nak dpt parking. So I turun dulu sebab nak kejar tiket. Kalau beratur awal, dapat la seat belakang sikit. Based on my experience dengan Nuffies, masing-masing memang akan datang awal. Kalau lambat, alamatnya queue panjang dan dpt la seat kat depan.

Masa beratur, dpt jumpa dengan Cik Lily. Dia kata, dia tak sedar sebab I nampak lain. Tak tau la tang mana yang lain. Hahaha.

Ok, mari kita buat review sikit.

Untuk yang tak tau, The Lorax merupakan saduran dari sebuah buku Dr. Seuss yang diterbitkan pada tahun 1971. Buku ni menggunakan subjek alam sekitar sebagai cerita utama di mana The Lorax hadir sebagai jurucakap pokok-pokok Truffula Trees yang akan ditebang oleh seorang pemuda bernama Once-Ler.

Truffula Trees yang berwarna-warni

Once-Ler bercita-cita tinggi untuk menghasilkan Thneed dan menjadi kaya raya. Kerana tamak, Once-Ler bertindak menebang kesemuanya Truffula Trees yang berada di Thneedville. Dia yang berfikiran cetek tidak menyangka yang perniagaannya di ambang kehancuran setelah Truffula Trees yang terakhir tumbang ke Bumi.

Dia ditinggalkan oleh orang sekeliling yang dahulu memujanya. Tinggallah ia dia tempat asal berseorangan.

Fast forward, seorang budak lelaki bernama Ted jatuh cinta dengan rakannya yang bernama Audrey. Audrey menyimpan satu hajat besar dan katanya, jika ada mana-mana lelaki yang berjaya merealisasikan hasratnya, dia mungkin akan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Hasrat Audrey cuma satu. Dia ingat melihat pokok yang sebenar. Kerana tindakan Once-Ler satu masa dulu, manusia yang hidup di masa akan datang tidak pernah melihat pokok dan menggunakan pokok hiasan di laman rumah. Oksigen pula terpaksa dibeli.

Menurut nenek Ted, jika dia ingin tahu mengenai pokok, Ted harus mencari Once-Ler.

Apa yang akan berlaku? Siapakah The Lorax? Haaa, kena la tengok sendiri.

The Lorax

My comment:

1. Cerita ni sarat dengan pengajaran. Sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Even Batrisyia pun tak berganjak dari seat. Kalau tak tu, lepas sejam mesti dia nak keluar la.. nak jalan-jalan la. Tapi yang ni, memang dia tengok sampai habis.

2. I tak tau la orang lain. Tapi lepas tengok cerita ni, rasa sayang kat alam sekitar. Kalau kita tak jaga alam sekitar dan menebang pokok sesuka hati, kita akan jadi macam penduduk di Thneedville.

3. We watched it in 3D! Unexpected sebab I tak tau pun I dapat tiket 3D. Hahaha. Tapi The Lorax in 3D memang cantik. Maybe sebab warna yang digunakan pun terang-terang. Truffula Trees sangat cantik. Macam kapas je. 3D dalam movie ni memang best.

3. Kalau suka Zac Efron, sila pergi tengok. Kalau suka Taylor Swift, sila pergi tengok. Kalau suka Danny DeVito, sila pergi tengok =)

4. 3 ekor ikan dalam tu sangatlah comel! Barbaloot pun comel tapi ikan lagi comel. Mana nak dapat ikan yang boleh berkokok macam ayam. Hehehehe

Barbaloot yang suka marshmallow

5. Kalau nak lagi puas, baca buku asal.

Friday, March 02, 2012

Peminat terbaru Maroon 5

Orang yang tak kenal (atau kenal tapi tak kenal rapat) akan ingat I jenis layan lagu-lagu berentak balada.. love song.. erk.. salah sama sekali. Ok, Bruno Mars, Kelly Clarkson, Taylor Swift and Katy Perry are exceptional.

The truth is I'm a big fan of rock music! Kalau orang yang tak minat, dia akan rasa bingit telinga bila dengar rock music. Lebih-lebih lagi bila high volume. Tapi kalau dah minat, memang best melayan.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Walaupun peribahasa tu takde kena mengena, Batrisyia pun sukakan music. As early as 23 months, dia dah menyanyi. Eventhough dia pelat dan I tak dapat tangkap dia nyanyi lagu apa (dalam video selama 1 minit 13 saat yang kami rakam), she's talented in our eyes.

A few months ago, dia menyanyi dalam troli kat Giant. I pergi cari barang. Hubby pula bawa dia ke bread aisle. Bila jumpa balik, hubby cakap Batrisyia nyanyi satu lagu nie sampaikan ada seorang perempuan dengan anaknya pandang Batrisyia yang sedang syok sendiri menyanyi. Hubby tak dapat tangkap lagu yang anak dia nyanyikan. Nak tau Batrisyia nyanyi lagu apa?

Marry You by Bruno Mars! (Ok la, part Don't say " No, no, no, no, no". Just say "Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah". And we'll go, go, go, go, go.. If you're ready like I'm ready)

Memanglah Tisya ni anak umi! Hehehe..

Semalam, dia nyanyi sorang-sorang kat sofa. I tak dapat tangkap juga. Maklumlah, nyanyi English song. Dia main hentam sajalah. Puas ok I fikir.. lagu ape la ni ek. Ada la lepas sejam dua kot, baru dapat tau lagu apa.

Never Gonna Leave This Bed by Maroon 5!

Bye bye la hubby. Next time Maroon 5 datang buat concert, I bawak Tisya je :)

Note: Ini bukanlah pencapaian besar yang boleh dibanggakan. Saja nak bercerita. Well, ada kajian mengatakan music dan matematik berkait rapat kan?

Thursday, March 01, 2012

The Lorax

I won two tickets to watch The Lorax. Gara-gara Taylor Swift pinjamkan suara dia, terus rasa nak tengok :p

Adorable!




Penat ok perah otak nak bagi menang contest. Bila dah menang, tiba-tiba hubby bagitau semalam yang dia kena bekerja pada hari tu. Dia kata, pergi la tengok berdua dengan Tisya. Dalam hati I, macam M.A.L.A.S

Bukan malas nak keluar dengan anak tapi lokasi GSC tu I tak berapa familiar la. Kalau pergi pun, selalunya hubby yang bawa kereta. So masih dalam pertimbangan lagi samada nak pergi tengok The Lorax atau tak tapi tarikan Taylor Swift tu sangat kuat. Isk, ape la kan.. setakat suara je kot tapi beriye sangat nak tengok.

Cuma, kalau I tak keluar tengok wayang.. I tetap juga kena keluar rumah tgh malam tu sebab nak ambil hubby. Lambat betul dia habis OT esok. Jadi baik pergi layan The Lorax je kan?
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.