Tuesday, February 28, 2012

Kisah atok

Lawatan baru-baru ini membuatkan I teringatkan atok selalu.

Dulu, my grandparents tinggal di kampung. Masa I kecil, I tak berapa ingat dengan jelas tapi I ingat sikit-sikit dengan rumah kat Kg. Abok tu (orang Rahang mesti tau Kg. Abok kat mana). Kemudian, mereka berpindah ke Senawang. Duduk di kampung juga. Rumah papan tu terasa besar dan luas dari pandangan mata I ketika kecil.

Di rumah tu la I bermain. Selalunya, I akan duduk di pintu dapur. Buka pintu dapur, terus nampak laman rumah. Atok atau nenek akan terbongkok menyapu laman dengan penyapu lidi. Laman memang bersih.

I masih ingat laman tu. Depan pintu, terhampar tanah berpasir halus tanpa sampah. Kalau lukis tenteng, memang nampak cantik. Tengok depan sikit, ada satu kawasan yang ditumbuhi pokok limau kasturi, jambu batu, cempedak (ke nangka?), pokok ceri.. Laman tu dipagari dengan pagar papan yang cantik walaupun tidak bercat. Warna asli, warna kayu. Di hujung kawasan tu, ada satu tempat di mana terletaknya generator. Bila malam je, pasang generator. Di situ juga ada ada perigi tempat kami mandi. Masa tu takde bilik air di dalam rumah. Memang kat perigi tu la kalau nak mandi.

Rumah tu di kawasan hujung, berdekatan dengan kebun getah. Masa kecil, rajin kutip buah getah. Memang seronok buat main lastik. Lepas tu panjat pokok jambu, pokok ceri.

Atok suka duduk kat pintu dapur sambil hisap rokok. I pulak akan duduk sebelah atok sambil tengok asap berkepul-kepul ke udara. Masa tu kecil lagi. Mana la tau asap rokok tu bahaya untuk kesihatan.

Atok pandai memasak. Pagi-pagi dah sibuk di dapur. Belum tengah hari, lauk dah terhidang. I tak ingat. Mungkin juga atok dan nenek memasak bersama-sama.

Lepas pencen jadi polis, atok jadi pengawal di kilang berhampiran rumah. Tak betah tinggal di rumah, katanya. Bila pagi raya, kami ramai-ramai pergi ke kilang sebab nak beraya dengan atok. Atok yang tersandar di kerusi malas pun tersenyum bila cucu-cucu datang ke kilang.

Berbelas tahun kemudian, my grandparents kena pindah sebab kerajaan nak tanah tu. Menyewa la mereka di sebuah rumah teres. Lama juga mereka tinggal di sana. Kemudian, mereka pindah lagi setelah flat PPRT dah siap. Flat tu memang kecil walaupun mereka tinggal berdua. Jauh beza dengan rumah papan yang dulu tu.

Atok dah berumur 81 tahun, dah uzur. Makan pun tak lalu sebab tekak terasa pahit. Muka dah cengkung. Mujur penglihatan, pendengaran dan suara masih jelas. Nak turun naik tangga pun semput. Pernah adik I ternampak atok semput bila nak naik tangga. Termengah-mengah. Semua orang cemas. Bila minta unit di ground floor, banyak pula prosedur perlu dipatuhi. HAMPA!

Kalaulah boleh, kami nak carikan rumah teres yang murah sewanya tetapi masih selesa diduduki dan berada di kawasan selamat dan tidak jauh dari rumah kami di Senawang. Senang utk atok dan nenek. Kalaulah rumah kami ada banyak bilik, boleh bawa atok dan nenek tinggal bersama.

I hampir menangis depan atok tapi I tahan sebab taknak atok sedih. Dalam sedih tu, I potongkan kuku tangannya yang dah panjang. Tangannya sejuk. Nafasnya tersekat-sekat.

Akhir-akhir ni, sepasang mataku menangis sedih sebelum tidur.

Monday, February 27, 2012

Kelam kabut buat surprise birthday party

Birthday party untuk keluarga kami tidaklah party besar-besaran. Selalunya buat makan-makan dan potong kek. Takde jemput orang lain pun. Makan-makan pun tak buat untuk setiap orang. Bukan senang nak kumpul make sure semua orang ada. Kadang-kala, ada yang pergi berkursus, ada yang pergi riding. Jadi, hari lahir untuk 12 orang hanya dibuat pada bulan March, July, October dan December.

Memandangkan my parents nak pergi Beijing bulan March ni, maka kami awalkan jadual makan-makan. Tu pun mama dan dua beradik tu tak tau. Ok, yang dua beradik ni tau kami nak buat makan-makan utk mama tapi diorg tak tau yang mereka pun akan diraikan sama :)

So plan baik punya. Kebetulan, mama kena pergi sekolah pulak hari Sabtu tu. So cantek sangatlah. Papa berkomplot sama. Kononnya saja nak membelanja anak menantu cucu sebelum mereka pergi bercuti. I pulak sibuk buat kek kat rumah. Bila mama tanya, I cakap ada orang order.

Boleh pulak tengah I buat kek, dengan mama ada kat meja, adik lelaki I boleh tanya macam-macam. Padahal dia tau pasal surprise nie.

Ni kek apa?”
Cheese cake
Kek ni utk sapa?”
Orang order la
Besarnya. Berapa ko jual?”

Dalam hati rasa nak tikam-tikam dia. Hahaha.. Orang kata, kalau taknak kena detech menipu, jangan cakap banyak. Tiba-tiba yang sorang ni sibuk tanya macam-macam soalan. Maybe dia nak lakonan dia nampak natural tapi I yang kena menjawab.

Lepas kek dah siap bakar, I layan Diva channel sampai ke pukul 5 petang. Lepas tu boleh rileks baring-baring. Tengok-tengok dah pukul 6 petang. Terus masuk dapur sebab nak deco cake. Kat dapur, I rileks-rileks sebab jam kat dapur menunjukkan baru pkul 6.45 petang.

Sorang-sorang datang dapur. Lepas tu mama tanya,
Eh, jam ni betul ke?”
Betul la” sebab I tengok jarum jam bergerak.
Tak betul la. Sekarang dah pukul 7.30” papa cakap.

What???? Giler…. Dah la tak siap lagi. Wah, rasa hati kena tikam-tikam lagi. Selekeh mendeco. Lepas tu rasa geram. Lepas tu rasa taknak bawak kek tu :(

Tapi kalau tak bwk, nak potong kek apa? Hemtam saja la. Bak kata Whisk Kid, kek tu akan dipotong dan dimakan juga. So enjoy je la.

Sebab dah tulis nama atas kek tu, terpaksa la suruh orang jaga peti ais agar 3 beranak ni tak buka peti ais. Irfan hampir-hampir nak buka pintu ais. Nasib baik sedar dia berjalan ke arah peti ais tu. Kalau tak, kantoi.

Malam tu, I gerak awal sikit la. Kononnya nak pergi hantar kek. Padahal, kek kena sampai dulu ke restoran. Kalau tak, camne nak surprise, ye tak? Tu pun hampir kantoi sebab kereta yang bawa mama boleh sampai awal pulak. Ape la diorg ni. Lepas tu boleh terlupa bawak penyucuk Happy Birthday tu. Die! Die!

Restoran ni dah biasa pergi. So awal-awal nak order makanan. Sampai sana, makanan dah siap. I tak tau la samada surprise menjadi ke tak sebab apsal nampak mama macam dah tau je? (sebab banyak soalan di rumah). Tapi budak lagi dua orang tu memang tak tau la diorg pun kena potong kek sekali.

Tapi ada sorang ni… bukan birthday dia tapi tetap nak tiup lilin dan potong kek.


Makanan sedap. Ada orang tu hirup kuah poktek berpinggan-pinggan. Berselera nampaknya :p


3 orang kanak-kanak yang menceriakan suasana.








Biasa la. Bergambar adalah wajib. Elok pulak bakal maklang bawak DSLR canggih dia sekali. Apa lagi, bergambar sakan la.

Tiba-tiba terperasan yang hampir semua berpakaian All-Black kecuali yg sorang tu nak feeling dia cantik berbaju purple.



Lepas ni kita tunggu birthday party bulan July pulak.

Friday, February 24, 2012

Berakhirlah my breastfeeding journey, alhamdulillah

Dulu I pernah ingatkan hubby agar jangan sesekali download apa-apa dari laptop adik I di rumah sebab laptop tu ada virus. Virus tu takde la hebat mana. Cuma ia akan tukarkan semua folders menjadi shortcut. Sudahnya, tak boleh open.

Rupanya dia tak dengar apa yang I cakap.. iskkk…

3 minggu lepas, dia pergi guna external hard disk kami kat laptop tu. Lepas tu dia kelam kabut sorang-sorang bila tgk semua folders dah jadi shortcut. Bila wife dia tau, teruk la kena bebel. Hehehe.. sorry ye bang. Mana tak geram. Kita dah bagi warning awal-awal. Rupanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kami memang tak simpan apa-apa dalam laptop. Semuanya letak dlm external hard disk. Gambar-gambar, lagu-lagu… sambil bebel, I cuba godek-godek. Tapi takde cara. Guna Kaspersky pun takde guna. Tapi boleh nampak la dia scan semua files yg patut ada dalam tu. Cuma tak jumpa virus tu.

Sudahnya, I berjaya dapatkan kembali files tu walaupun agak leceh juga la. So biar hubby yang download balik satu persatu. Sape yg buat salah, biar dia betulkan. Hehehe. Masa sibuk-sibuk download balik tu, terjumpa la gambar-gambar dan video-video Tisya masa baby. Geramnya tengok dia!

Tisya? Dia lagi la. Dah kemaruk tengok video sendiri. Bayangkan dia boleh layan berpuluh kali video yang kami ambil masa kali pertama dia berjalan. It’s a short video tapi kalau dah tengok berpuluh kali, letih juga kita menengoknya. Sampaikan dah sampai waktu tidur, dia tak bagi tutup video tu.

Ada satu video tu, dia siap cakap, “Rambut baby tu macam Tisya. Kenapa rambut dia macam Tisya?” “Tu kan Tisya masa baby” “Yeee laaa, tu Tisya baby. Kenapa rambut dia macam rambut Tisya?” Erk… sapa yang tak faham soalan sape nie? T_T

Btw, Tisya telah berhenti breastfeeding secara rasminya ketika usianya 3 tahun 4 bulan. Kalau sebelum ni on off je, sekarang memang dah fully stop. Alhamdulillah, takde adegan nangis-nangis. Memang dah lama I tunggu saat nie. Berharap dapat kongsikan saat-saat terakhir tu. Tapi bila baca entry kat Syigim baru-baru nie (What I miss about bf Kazim), I tak rasa I boleh tandingi perkongsian dia. Kak Syigim memang pandai menulis.

Kami yang tengok dia hari-hari tak rasa dia dah besar. Tapi seluar dah senteng, baju dah sendat, kasut dah tak muat. Kasut raya dia bulan 8 tahun lepas pun dah tak muat selepas 3 bulan memakainya. Aktif memang tak payah cakap la. Dah macam ada talent nak masuk gimnastik dah rupanya.

Bila kita tengok anak membesar depan mata, kita rasa anak kita biasa-biasa je. Tapi bila kita duduk dan imbas semula perkembangan dia dari dia kecil, kita sedar yang anak kita sebenarnya dah maju ke hadapan.


Hijack tudung umi dia sekali lagi

Thursday, February 23, 2012

Friedrich Nietzsche

It's Thursday?

Terasa masa berlalu pantas bila ada banyak kerja nak disiapkan di office. Kalaulah I boleh ambil gambar meja ni, tunjuk kat korang.. akan terserlahlah kerja menimbun yang menanti. Fret no more. Dah sampai final stage pun. I feel better and tomorrow is Friday. Double awesome!

A few days ago, I decided to unfriend people on Facebook. Kalau ada yang tak baca my status before I mulakan operasi "unfriend" tu, tiba-tiba tengok dia dah takde dalam my friend list, I minta maaf. Entah la, sebenarnya tak perlu minta maaf sebab I bukan putus kawan dengan korang pun seperti yang I dah jelaskan di status.


Proses ni belum selesai lagi sebab I takde banyak masa nak mengadap FB tu. You know, some people cepat tersinggung bila orang reject "friend request" atau tiba-tiba kena unfriend. Dia dah rasa macam putus kawan. Lets not be toooo serious with FB. FB ni dah terlalu 'terbuka'. Eventhough kita dah buat private setting pun, tetap ada yang terlepas pandang. Bila kita guna private setting, orang pun boleh fikir bukan-bukan. Orang boleh cakap, kalau tak suka semua nie.. tak payah la ada FB. Hehehe.. I rasa itu terpulang pada masing-masing. Ada yang bagus FB nie. Ada yang tidak. I ada FB sebab nak yang bagus-bagus itu saja :)

Ok la, tutup cerita FB. I nak cerita pasal blog ni sebenarnya. I need a change. Kita mulakan dengan blog title. Idea untuk pilih "What doesn't kill you makes you stronger" datangnya dari my fave singer; Kelly Clarkson (eventhough original quote comes from Friedrich Nietzsche). Have you watched her new video? Watch Stronger(What Doesn't Kill You) here. Buat rasa nak menari sama-sama dengan dia.

Next, I nak tukar SEMUA! Boleh? Hehehe. I dan bosan dengan warna biru tapi nak kekalkan header sementara tunggu orang design header baru. Kalau tiba-tiba korang tengok ada benda yang tak kena kat blog ni, maknanya I tengah buat 'renovation' la tu.

I terasa nak tukar blog link juga nie. Masih dalam pertimbangan.

Tuesday, February 21, 2012

Terkial-kial dengan Bahasa Melayu

Kejadian hari Jumaat lepas. Boss minta I translate satu report nie. English to Bahasa Melayu. It sounds easy? Sekali I yang tergagap nak translate. Lama weih mengadap PC sampaikan guna Google Translate.

Employer… ape ek dalam Bahasa Melayu… google translate to the rescue… ooo, majikan. Aduh!

Degree… damn it! Budak degree pun tak tau maksud “degree”?.. google lagi.. oh, sarjana muda.

I thought you’re Malay” he said.. Hahaha.. very funny! (Sempat perli aku tu!)

Ini sudah kronik. Mungkin perlu lebihkan buku Melayu berbentuk ilmiah.

Rindunya nak baca Awan Pagi karya A.Samad Said.

Adakah I sorang mengalami benda ni atau selalu je jadi kat korang juga?

Cotton Soft Japanese Cheesecake

I tak ingat siapa bagi suggestion untuk I cuba buat Cotton Soft Japanese Cheesecake. Katanya, sangat lembut. Baru-baru ni baru berkesempatan buat.
Link
I rasa, kek ni tak perlu simpan dalam peti ais sebab ni bukan macam cheesecake biasa tu. Kalau letak dalam peti ais, confirm lama-lama jadi keras. So biarkan dalam suhu bilik je. Nyum nyum.

I buat kek ni lepas balik dari birthday party Sammy. Bila Tisya nampak I buat kek, dia tanya, “Ni kek Happy Birthday To You Tisya ke?”. I angguk-angguk je. Deco sangat simple sebab I tak suka kek yang manis dengan cream. So sapu nipis je. Lepas tu letak blueberry filling on top. Takde la nak bagi licin kat tepi kek ke.. nak lorek cantik-cantik ke. Nak makan sendiri la katakan.

9 inci

Esok tu, Tisya nak potong kek tapi lilin takde. Abi dia punya pandai, dia guna lighter. Hahaha, janji Tisya dapat tiup :p

Eventhough takde lilin, Tisya suka!


Rasanya? I tak tau sebab deria rasa hilang buat sementara waktu. Tunggu kesihatan baik, baru nak ngap. Tu pun kalau sempat. Setakat ni, suku dah bagi jiran, buat balas laksa yang dia hantar minggu lepas. Suku lagi hubby bawa pergi office.

Sekarang nie, ramai juga yang jual kek secara online kan? I pun, mula sukan-suka tapi ada yang berkenan, so menjual juga la sikit-sikit. Tidak secara serious. Jadi, pressure boleh dikatakan hampir tiada di situ. I anggap dengan cara buat kek utk customer, I boleh kurangkan stress dalam diri sebab I memang suka buat kek sejak zaman uni lagi.

Last week, kawan I tinggalkan msg di FB. Katanya, dia pun cuba jual kek tapi ada sorang kawan dia suka compare harga yang dia jual dengan harga yang orang lain jual. Lepas tu compare macam-macam. Agaknya kena condemn la kot. I tak tau jalan cerita sebenar. Dia macam sedih je.

Untuk yang pernah mengalami perkara macam nie, macam nie la. My friend; Weed.. dia pernah beri satu ayat yang simple tapi boleh diguna pakai.

Just letakkan harga yang ko rasa sesuai dengan kos dan servis. Kalau orang tu tak suka atau dia rasa kek orang lain lagi sedap, dia boleh order dari orang lain”.

Dia bukan berlagak tapi ada benarnya di situ. Lidah orang lain-lain. Sedap pada tekak si A, tak semestinya sedap pada tekak si B. Macam satay juga la.. Ada yang kata Samuri punya sedap. Ada yang kata Satay Station punya lagi best. Ada yang kata Satay Willy lagi power. Kadang-kadang, satay tepi jalan yang takde brand pun boleh jadi sedap, ye tak?

So tak perlu pening kepala. Just do what you like most. You will gain lovers and you will create haters. Pilihlah golongan mana yang korang nak layan =)

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Sammy!

I met Ely masa zaman Susuibu.com dulu. Dah lama dah kan? Lepas tu, rajin chat dengan group GGF. Apa GGF tu? Ehehehe, hanya geng dalam tu je yang tau maknanya la.

Lepas tu dah la jarang jumpa tapi selamba ajak minah ni pegi booksale bulan 11 tahun lepas. Selamba! Ely banyak cakap. Jadi padan sangatlah dengan I yang tak banyak cakap. Ye tak?

Last week, Ely buat birthday party utk anak dia, Sammy. Buat awal sebab ibu mengandung tu takut terberanak awal. Hehehe..

Tema... RAINBOW! Warna-warni dan ceria gitu.

Tapi tetamu tidaklah disuruh berpakaian mengikut tema (which I like sebab kita jangan sampai susahkan tetamu beli baju baru semata-mata nak ikut tema majlis). Deco majlis tu yang bertemakan rainbow di mana..

Gambar Sammy (I rasa ni mengikut tahun) dilekat di mirror dan ditampal dengan hiasan kertas warna warni.

Door gift utk kanak-kanak yang hadir. Simple but nice! Dan yang penting, tiada jajan di dalam pek itu.

Makanan yang pelbagai tetapi tidak keterlaluan untuk perut. Hehehe.. Tu pun kenyang okay! Sesetengah hidangan disediakan oleh tetamu yang hadir (tapi Ely bayar).

The main attraction semestinya Rainbow Cake! Dah agak dah. Hehehe...

Majlis bermula lepas Zuhur. Tapi Sammy boy tidur pulak. Kesian dia bangun awal pagi nak teman mommy dia pegi check up. So dia tidur dulu tanpa pedulikan tetamu yang hadir. Takpe nak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni boleh makan-makan dan borak-borak dulu.

Kebanyakan yang hadir merupakan geng traveler. I ada kenal sikit-sikit la. Tapi tak berani nak campur borak sebab diorg cerita pasal travel T_T. Kesian mak yang dah jarang berjalan-jalan nie. Lagipun, I tak berapa sihat. Badan lemah nak demam, dengan batuk selesema sakit tekak, complete! Nak cakap banyak pun suara serak.

Ely ada sediakan sand art utk kanak-kanak. Brilliant idea. Dapatlah bebudak ni main sand art sementara mak pak dia borak-borak dengan orang lain. Tapi dalam kes ni, bapak-bapak yang rajin tolong anak main sand art. Lepas tu tegur kenapa anak warnakan awan dengan warna hijau. Bapak sape la tu :p



At last, Sammy nak tiup lilin cake dia. Tu pun puas Ely ajak. Comel la mu Sammy! Tak nyempat-nyempat nak tiup lilin. Kalau Tisya, dia paksa orang nyanyi dulu.


Dear Sammy,

Happy birthday! Auntie doakan Sammy akan membesar menjadi anak yang soleh dan bijak pandai.

Wednesday, February 15, 2012

The one that got away.. comel la sesangat!

Di saat tengah kepenatan menyiapkan kerja, I dapat gambar-gambar di bawah.



Pelik tak, pagi-pagi I dah penat? Penat ni dibawa dari hari Isnin sampai pagi tadi. Lump sum gitu! Malam tadi tidur awal sebab badan dah lemah semacam. Memang takde mood langsung nak siapkan kerja tapi tetap juga la menatap PC nie kan?

Sape yang tak tau dari mana datang kucing-kucing ni, boleh baca Part 2. Situ ada Part 1 sekali. Now, kak Ayu baru berkesempatan letak gambar-gambar kat FB. Geram ok! Dah la posing macam tu. Kak Ayu kata, kittens nie baru dapat seekor adik angkat. Ada orang buang kitten depan rumah dia. So terus dijadikan keluarga angkat. Gambar tu pulak, ingatkan kak Ayu yg susunkan diorg. Rupanya, akak tu cakap.. dia masuk bilik nak main dengan kittens, sekali semua dah tergolek tidur atas katil dalam posisi camtu.

Tak sabar nak tunggu Hari Raya. Nak datang melawat =)

Thursday, February 09, 2012

Anakku merajuk lagi

2 minggu yang lalu, hubby went to Terengganu to meet up with his friends. So kira Tisya tak jumpa abi dia pada hari Jumaat sampai la ke Ahad malam. Kali terakhir dia jumpa abi pada Khamis malam. Tu pun kejap je sebab abi dia senyap-senyap keluar pergi main badminton.

Masa ambil Tisya Jumaat petang tu, dia tanya mana abi. I cakap, abi kerja. Nanti dah siap, kita ambil kat LRT. Dia angguk-angguk je. Malam tu sebelum tidur, dia tanya lagi. Pagi Sabtu tu dia tanya lagi. Celik mata je, terus ajak I mandi sebab nak jemput abi kat LRT. Tapi sebab abi dia ada tepon, dia tak la tanya banyak.

Malam tu, dia kejut I pukul 2 pagi. Aikk, Tisya tengah duduk kat atas tilam. I suruh dia baring. I buat-buat tidur. Dia kejutkan lagi. I pujuk dia tidur. I pura-pura lagi. Ada la dalam 30 saat kot, I curi-curi buka mata sikit. Huh, masih duduk? Pelik dah.

Kenapa tak tidur? Tidur la. Baring sebelah umi”. Dia senyap. Kaku macam patung. Kepala tertunduk. Anak aku ni tidur ke tak? I tengok dia. Elok mata dia besar pandang tilam. Mulut dia muncung macam nak nangis.

Apehal pulak ni. Puas pujuk dia tidur, dia diam je. Tanya dia kenapa, dia diam juga. Ok, I pun sama-sama duduk dengan dia.

Tiba-tiba dia nangis kuat sambil tanya, “Mana abi??? Abi tak balik lagi ke?

Wah, I tergelak dalam hati. Rindu kat abi dia rupanya.

Yang I perasan, kalau dia ditinggalkan lebih 2 hari, memang jadi camtu. Bila orang tu dah kembali, memang habis la dia akan melekat dengan orang tu je. Macam abi dia. Pantang tak nampak depan mata selama 30 saat kot, terus cari satu rumah.

Tak tau la camne dia kalau I takde sebab setakat ni, tak pernah tinggalkan dia lebih dari 12 jam. Maybe I kena tinggalkan dia dengan abi 3-4 hari, pergi panjat Gunung Kinabalu ke.. baru boleh tengok dia cari I kena tak =)

Wednesday, February 08, 2012

There's a bun in the oven!

Ahaks, not me. Congrats to Imee yang sedang mengandungkan anak kedua. Happy la juga sebab masa I cuba tambah anak, dia pun sama-sama mencuba. Pagi-pagi dah dengar berita baik.

Serious la weih, masa kita sibuk nak tambah anak dan belum berjaya, orang keliling dah mula sorang-sorang bagi tau berita yang sama. Sape eh yang bagi tau berita minggu lepas, I rasa down. Sebab macam mak aii, senang giler korang nak pregnant. I pulak sampai boleh miscarriage. Lepas tu, bila baca entry Diyana pasal cikgu sekolah dia pregnant setelah 13 tahun tak pregnant, I tergelak besar.

Tak boleh jadi ni. Hehehe... geram in a good way =)

Sementara tak boleh cakap "There's a bun in my oven!", I panaskan oven kat rumah dengan membakar...

Chocolate Pavlova with Raspberry

Beef Lasagna

Kalau sempat, I letak resipi hari ni. Kalau tak, esok saja lah ye.

Thursday, February 02, 2012

Zoo Negara

Back to work, bebeh! Tapi esok I cuti.. yeay! =)

Sempena Hari Wilayah, kami buat keputusan utk bawa Tisya ke Zoo Negara. Baru sekarang nak pergi sebab kami nak make sure Tisya dah besar sikit dan dah kenal haiwan, baru nak pergi sana. Takde la minah tu boring.

I masih ingat ketika I kecil. Urm, maybe masa tu tadika kot sebab kenangan tu kat rumah lama. My mom dulu ada belikan flash card set. Ia bukan macam flash card biasa yg kecil tu. I'm talking about a flash card sebesar A4 paper size. Kat atas ada gambar besar, kat bahagian bawah ada nama gambar tu. Bahagian bawah boleh diceraikan. So kira macam once kanak-kanak tu dah tau apa nama-nama gambar tu, baru boleh ceraikan nama-nama tu dan minta kanak-kanak padankan. Urm, mana eh benda-benda tu. Rasanya my mom dah buang kot. Tapi memang best. Bukan setakat gambar haiwan tapi ada sayur-sayuran, buah-buahan, kenderaan etc.

Ok, back to our main story. Tisya pulak dah beberapa kali layan Zookeeper. Eventhough takde la banyak sangat haiwan kat dalam tu tapi dia dah kenal la beberapa haiwan yang famous. So I guess it's a right time to go to the zoo!

Pagi tu, I siapkan bekal. Keluarkan stroller yang jarang diguna masa dia baby (I was babywearing her) sebab gerenti dia akan kepenatan berjalan. Memang tak menyabar nak duduk dalam stroller. We kept on saying, "Eiii, baby nie!". Dan dia akan betulkan, "Eiii, ni bukan baby la. Ni kakak Tisya".

Turun dari kereta je, terus duduk dalam stroller

Kami sampai sana pun dah tengah hari. Dah terlepas show. So jalan-jalan tengok haiwan lain dulu.


At one point, Tisya cakap "Jom la. Tisya taknak tengok burung. Tisya nak tengok gajah". Ada beberapa tempat la dia minta kami tak berlama-lama sangat. Tapi kalau jumpa haiwan yang ada dalam Zookeeper, seronok lah dia.

Bila dah sampai kat gajah, elok pulak time gajah tu makan. Ramai orang berkurumun nak ambil gambar gajah dari dekat.

Lama juga minah ni mengadap gajah. Baru dia tau betapa besarnya gajah tu. Dia tengok gajah makan dan dia tanya, mana tangan gajah =)

Cantiknya corak zirafah kat belakang tu

Besar juga Zoo Negara kan? Puas berjalan. Tapi masa tengah hari, banyak haiwan yg tidur. Macam harimau.. tidur! Isk.... Nasib baik singa elok je posing kat depan pengunjung. Kalau tak, kempunan Tisya nak tengok singa.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.