Monday, January 30, 2012

You can't sing the same song all the time

Kisah yang selama ni I tengok di kaca TV, akhirnya berlaku kepada kawan I sendiri. Saat dikhabarkan berita tersebut, I terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa. Terdetik rasa kasihan yang amat terhadap kawan tu.

Kadang-kala, tertanya dalam hati. Mengapa seorang perempuan tergamak merampas suami orang? Macam dah tiada lelaki bujang di dunia nie. Percayalah. Kalau soalan ni ditanya kepada insan ketiga tu, mesti dia rasa memang dah takde lelaki bujang lain yang memahami dirinya seperti suami orang tu.

Baginya, suami orang tu la yang sangat menyayanginya. Padanya, suami orang tu la tempat dia mengadu. Di matanya, suami orang tu la jodoh yang terbaik untuk dirinya.

Dia dah tak fikir perasaan isteri si “kekasih terlarang” dia. Dah tak rasa kesian tengok nasib anak-anak “kekasih terlarang” dia tu. Dah tak kesah kalau family “kekasih terlarang” dia membantah. Yang penting, dirinya dan kekasih terlarang tu saja. Perempuan macam ni… hmm, I tak tau la. Tak pernah fikir ke tentang karma? What goes around, comes around.

I know… poligami tu dibenarkan tapi kebenaran tu datang dengan syarat dan kriteria. Kalau dah terang syarat dan kriteria tu tidak dapat dipatuhi, bukankah poligami tu lebih mendatangkan masalah daripada kegembiraan kepada semua pihak?

Hati seorang isteri akan terluka walaupun ijab kabul masih belum berlangsung. Anak-anak akan terabai. Proses itu sendiri akan menyakitkan hati banyak pihak. Kalau sebelum kahwin lagi satu pun dah berani abaikan anak, apatah lagi lepas dah ada isteri muda.

Memang ada yg rela dimadukan, bahagia hidup bermadu. Tapi bila tengok kawan I, I sakit hati. I sakit hati memikirkan pihak ketiga. Suami dia menjadi mangsa kerakusan pihak ketiga yang berani mendapatkannya dengan cara halus. Tak takut ke? I rasa perempuan tu hipokrit. Kat blog.. wallaweih, macam betul-betul menegakkan hak wanita, cakap macam memahami hati dan perasaan kaum sejenis tapi hakikatnya, kau juga perampas suami orang. Orang macam ni memang hipokrit.

Cuba nanti dia ada anak perempuan. Lepas tu anak perempuan dia kahwin. Tiba-tiba dapat tahu anak perempuan nak dimadukan. Boleh ke dia cakap, “Takpe la.. ayah ko tu pun mak rampas dari orang. Ko sabar je la ye. Madu mak tu ok je sabar sampai ke sekarang”?

I doubt that.

Nota: Entry telah mendapat persetujuan kawan I. Dia sendiri buntu dan cuba berusaha untuk memulihkan suaminya yang sudah lupakan keluarga. Semoga sinar kebahagian kembali melimpahi keluarga ini dan semoga yang berani mengingkari larangan Allah mendapat kesedaran dariNya.

Friday, January 27, 2012

Simbolik tarian singa

Hello... Selamat Tahun Baru Cina! KL masih lengang dengan kenderaan. Lengang bermakna tidak perlu tempuh jalan yang sesak seawal pukul 7 pagi. Kalau terlambat bangun pun, selamba boleh sampai office on time.

Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia ambil peluang cuti panjang ni dengan balik ke kampung halaman. Kami? Duduk rumah je sebab I ingat nak balik kampung minggu depan. Kawasan rumah kami hampir lengang. Jiran depan rumah lagi la. Sampai ke la nie tak balik-balik lagi. Fuh, cuti panjang nampaknya.

Ingatkan nak bawa Tisya pegi zoo hari Selasa lepas. Tapi bila tengok cuaca yang asyik hujan lebat di petang hari, terus cancel plan. Tapi malam tu, kami beramai-ramai ke I-City.

Ramainya orang kat sana. Tapi kami sampai pun dah nak dekat pukul 9 malam. Ada la dalam setengah jam bergambar kat sana kot, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa berjalan perlahan-lahan mencari tempat untuk berteduh. Nasib baik ada satu kawasan berbumbung kat area tu. So lepak kat situ dulu la sementara menunggu hujan berhenti.

Masa melepak tu, ternampak sekumpulan lelaki buat preparation untuk tarian singa. Wah, ada tarian singa. Boleh tengok ni. Bukan apa. Selama ni tengok dari jauh. So memang berharap sgt dapat tengok dari jarak dekat.

Nak dekat pukul 12 tgh malam kot, baru la mereka mempersembahkan tarian singa. I lagi suka tarian singa dari tarian naga sebab kostum singa tu lawa kan? Naga macam kurus je. Hehehe..

Masa ni singa baru nak masuk ke kawasan persembahan.
Tapi kira dah mula la tariannya.

Rentak lagu dia boleh buat jantung berdegup pantas.
I like!



Ni singa lain yang buat akrobatik

Singa kat gambar terakhir tu lawa kan? Suka tengok persembahan mereka. Kalau nak tahu, dua tarian singa yang popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara berasal dari utara negara China yang menggunakan tarian ni sebagai hiburan untuk keluarga diraja. Kostum singa mereka akan menggunakan warna merah, jingga dan kuning. Untuk singa betina pula, kostum berwarna hijau akan digunakan. Oleh kerana ia sekadar hiburan, maka pergerakan akrobatik banyak digunakan dalam setiap persembahan.

Tarian Singa Selatan pula lebih melambangkan alam sekitar. Ia digunakan bagi membuang semangat jahat dan membawa tuah. Kostumnya pula berwarna warni, dengan mata singa sedikir besar dan mempunyai cermin serta satu tanduk di hadapan.

Dah kata pergi I-City tapi mana gambarnya? I tak ambil banyak gambar pun. Tapi ok la, share 3 keping gambar kat sini.





Friday, January 20, 2012

Kisah kucing - Part 2

Sambungan dari Part 1

Siapakah owner mereka? Akhirnya budak yg mula-mula booked tu serahkan pada akak yang baru kehilangan kucing tu. Dia dengar cerita tu, dia pun sedih. Petang semalam juga kami minta suami dia datang ambil. Kesian kat kucing-kucing tu je sebab tinggal dalam kotak. Sob..Sob..

Masa owner baru nak ambil kucing-kucing tu, I bawa Tisya sebab nak bagi dia chance to say goodbye. Jadi dia tau yang dia takkan jumpa kucing-kucing tu lagi sebab ada orang lain yang akak tolong jagakan.

Tapi paling over ialah hubby.. Pukul 3 ptg, dia siap sms…
Pesan kat orang nak ambil kucing abang tu, dia kena update gambar setiap 3 bulan

I was like, "Errr, what?". 30 seconds later…
Cepat kita bagi nama kat kucing tu. bagi tau kat dia

Sejak bila pulak kucing-kucing tu jadi kucing dia? Ahahaha. Siap paksa I fikirkan nama. Lepas tu dia kata, seekor kitten betina yang putih mesti bernama “Dhia”. Sabar je la laki aku nie. Nasib la dapat hubby yang layan drama.

Petang tu, suami akak tu tak tepon-tepon. Sudahnya I call juga la sbb dia macam tak confirm je nak jumpa. Sekali, akak tu yang angkat. Aik, dah balik Klang ke?

Tak dik. Akak suruh abang ambil akak kat rumah. Akak dah sampai kat Esso dah nie

Erk, ada lagi 2 jam kot baru nak jumpa dia. I dah cakap akak tu bersemangat! Pagi-pagi laki dia keluar meeting kat KL. Lps tu balik ambil isteri. Lepas tu datang balik ke KL. Cayalah.

Nak dijadikan cerita, kami panic sekejap masa nak ambil kucing-kucing tu. Kenapa? Sebab kotak tu kosong! Semua kucing dah hilang. Giler ko. Dah la diorg datang dari Klang. Lepas tu kucing boleh hilang? Memang cuak kitorang dibuatnya. Hubby dah sampai fikir macam mana nak bagi tau diorg. Serba salah dibuatnya. Kitorang cari keliling rumah. Last-last jumpa kat mana tau… kat belakang mesin basuh kat luar rumah. Elok mak dia bawak anak-anak dia menyorok kat belakang tu. Kesian sangat. Agaknya dia takut orang tengok anak-anak dia.

Puas juga pujuk keluar. Mak dia macam marah je. So hubby ambil seekor kitten dan letak dalam kotak. Lepas tu pujuk mak kitten tu masuk. Mak dia berdiri tapi taknak masuk. Dia mundar mandir je. Lepas 3 ekor masuk, baru mak dia masuk. Mana lagi seekor? Rupanya dah menyorok kat hujung mesin. Isk.

Masukkan semua dalam kotak. Bagi chance kat bebudak ni say goodbye. Lepas tu terus gerak. Tu pun sebab akak tu dah tepon. Lama dia tunggu. Akak tu ada bawa carrier. Kitorang borak lama la juga. Dia bercerita tentang kucing dia yg dah mati tu. Akak ni rajin ambil anak kucing yang terbiar. Dia akan jaga sampai sihat. Lepas tu carikan owner baru. Tapi bila kucing dia dah mati, tu yang dia teringin nak bela kucing sendiri.

Masa ni baru keluar dari tempat persembunyian.
Gambar gegar sebab masing-masing sibuk nak jenguk ke luar kotak

Yang seekor lagi, seperti biasa... terpenyek (rujuk sini utk faham)

Menyusu je kerja nya. Abes tu nak buat apa lagi kan?
Takkan nak suruh dia main playstation pulak :p

Masa ni I sibuk nak ambil gambar "terpenyek".
Sekali dia besarkan mata pulak.

"Dia minum susu mak dia. Sedap kan?!" cakap Tisya.
Erk, sorry daughter. I really don't know.

Sambil kami borak-borak, Tisya ngadap kucing-kucing tu.
Sayang juga dia kat kucing-kucing tu rupanya

"Terpenyek" yang dah siap menyusu

Boleh nampak yang dia memang sayangkan kucing. So rasanya kami dah pilih orang yang sesuai utk jaga kucing-kucing tu.

So, apa nama kucing-kucing tu? Let me introduce you to…


Kaseh sebab mak dia nampak pengasih

Yang putih tu namanya Dhia
Kesian muka celoreng sebab mak bawak masuk blkg mesin basuh

Hello... I'm Dewi. Cik Liz ni suka nama tu

"Terpenyek".. hehe.. tak la. It's Hamlet

In a land of myth and a time of magic, the destiny of a great kingdom
rests on the shoulders of a young kitten... Merlin



Dear “mak cat dan anak dia” (ni tiru ayat Tisya),

Semoga gembira di rumah baru. Jangan nakal-nakal tau. Makan banyak biar cepat besar. Bak kata owner angkat, nanti setiap 3 bulan kitorang minta gambar ye. Raya nanti kitorang datang jenguk.


Kewujudan KTAJ Online Adoption House ni sangat baguslah. Kalau kita nampak kucing yang dibuang, elok juga kita ambil gambar (kalau boleh, jaga buat sementara) dan post kat KTAJ. Insya Allah, akan ada insan yang sudi membela kucing-kucing tu, Percayalah, sana memang ramai cat lovers.

Thursday, January 19, 2012

Kisah kucing - Part 1

We love cat. Tapi tidaklah sampai membela sebab memang tak reti pun nak jaga kucing. Jadi bila kes ni berlaku, rasa geram la juga. Kadang-kala, sesetengah manusia ni terasa nak bela kittens. Ye la, kittens kan comel. Keletahnya menghiburkan. Masa kecil, suka melayan.

Bila dah besar, dah kurang cute, dah mula merayap, dah bunting.. ada sesetengah owner yg tidak bertanggungjawab membuang kucing peliharaannya. I know, binatang je kot. Tapi tak kesian ke? Terus jadi kucing jalanan.

Kalau korang tgk FB KTAJ (Kucing Terbiar Anjing Jalanan), kesian tengok gambar-gambar tu. Ada sampai kucing2 tu diletak dalam kotak dan owner siap tulis nota “Kalau nak, ambil”. Ape ingat tu barang lama ke? Kalau tak sanggup nak bela kucing sampai dia hilang atau mati, jangan bela. Kalau taknak pun, bagi orang. Carikan owner baru. Buang-buang ni,tak baguslah.

I ada seorang makcik. Dia memang suka bela kucing. Kalau pergi rumah dia, sangkar kucing sebesar-besar. Siap bertingkat. Dia macam dah tau perangai kucing. Sampaikan mak kucing meroyan pun, dia boleh tau. Huhuhu. Setakat ni, I tak pernah nampak dia buang kucing sebab kucing tu memang ada kat rumah. Asal datang je, ada.. Ada sekali tu takde, rupanya sakit dan dah mati. Tu yang mak kucing meroyan. Sedih pulak bila dengar.

Masa ibu kucing dan kittens tu ada depan pintu rumah, Tisya ralit menengok. Bayangkan, dia sampai buka pintu rumah dan baring kat lantai sambil mengadap 5 beranak tu. Bila kami bagi kucing tu makan, dia pun mengadap sama. Siap cakap macam mak-mak, “Ni nasi. Makan. Nanti lapar. Makan jangan sepah-sepah tau”. Now you know macam mana I cakap dengan Tisya. Hehehe.

I dpt beberapa emails utk adopt kucing tapi ramai yg hanya nak anak sahaja atau nak seekor sahaja. Terpaksa I tolak sebab I taknak pisahkan mereka. Di saat I putus asa rasa macam takde sape nak adopt satu family nie, satu email masuk. Berminat, katanya. So memang set nak ambil hari Khamis.

Malam semalam, dapat satu panggilan telefon dari peminat kucing. Akak tu beriye nak semua kucing tu tapi I cakap, ada orang lain nak. Kalau org tu tarik diri, baru boleh bagi kat akak tu. Akak tu kata, ok la.. dia boleh tunggu. Semangat tak?

Rupanya “semangat” dia bersebab. Pagi tadi I dapat panggilan telefon dari suami dia. Suami dia bercerita tentang minat isteri dia terhadap kucing dan kisah sedih kucing siam mereka yang baru mati. Kata suaminya, akak tu menangis berhari-hari. Sedih sampaikan dia sanggup cari kucing siam jalanan kat bandar. Kucing yang dah mati tu kucing siam. So bila tgk gambar I, tu yg dia terus nak. Suami dia cakap,sejak nampak gambar tu, wife dia tak nangis dan sgt berharap dpt jaga kucing-kucing tu.

Alamak, I dah serba salah. Sekali lagi I cakap, I akan bagi peluang kepada orang pertama yang nak adopt tu. Kalau dia cancel, I akan terus bagi akak nie.

Nak tau apa jadi? Kena tunggu sambungan esok.

Wednesday, January 18, 2012

Bercuti? Oh, tidak

Pagi-pagi dah ada sms masuk bertanyakan samada I dah mula bercuti ke? Katanya, lama tak update blog. Erk, lama ke?

Tidak, I tidak bercuti. CNY ni pun tak balik kampung. Kami lepak di KL. Minggu depan baru balik kampung.

Cuma I akan kerja nak diselesaikan sikit. Lepas tu takde cerita nak update. Lepas tu sibuk carikan owner untuk kucing-kucing tu. Terima kasih kepada anda semua yg hantar email. Ramai yg email tapi masing-masing nak ambil seekor kitten aje. Seperti yang I katakan, I tak sanggup nak pisahkan anak-anak dengan maknya. So, I nak cari owner yang sanggup bela kesemuanya.

Semalam, asyik terfikirkan kucing je. Allah tahu I susah hati. Sebab tu Dia bukakan hati seorang penggemar kucing untuk adopt kesemua kucing-kucing tu. Sekarang masih tunggu confirmation dari pihak owner tu. Harapnya kucing-kucing ni akan tinggal di rumah baru tak lama lagi.

What else? Terima kasih juga kepada anda yg order Kek Karamel. Ok la, untuk menjawab persoalan, I akan beritahu saiz, berat dan harga kek di side bar. Tengok la, esok lusa I update. Sekarang memang tak sempat. Alhamdulillah, ramai juga yg order. Nak-nak CNY ni pulak. Ada yang order nak bagi bos. Ada yang nak bawa balik kampung. Bagus juga kan?

Monday, January 16, 2012

Cat and kittens for adoption - - - FREE!

Pagi Sabtu lepas, kami menerima kunjungan tetamu. Buka pintu, terus nampak nie.

OMG, 4 ekor kittens tengah sedap tidur sebelah ibunya. Cuba tengok yang seekor tu. Kepala terpenyek sebab adik beradik dia menghimpit. Gerammmm!!!

Polisi kat apartment ni tak membenarkan tenants membela haiwan seperti kucing, anjing dan burung. Kiranya semua jenis haiwan tak boleh dipelihara di sana kecuali ikan dalam aquarium la kot. Bertuah ko ikan!

I rasa kittens tu baru dilahirkan sebab hari Sabtu tu, mata pun belum terbuka lagi. Mak dia badan sihat. Bulu cantik. Tak nampak macam kucing jalanan. So I suspect kucing-kucing ni dibuang oleh owner. Kejamnya!

Kittens tu dah la comel. Seekor sebijik macam mak. Bulu warna kelabu, corak cantik. Yang lagi 3 ekor warna macam coklat putih. Cantik weih! Katanya, kucing siam. Sayangnya, kitorang tak boleh bela.

Dah la semalam, tiba-tiba dengar kucing bercekau kat luar. Terus panik. Bila buka pintu, tengok si mak tengah mundar mandir. Rupanya ada kucing datang nak ambil anak-anak dia kot. Sejak tu, mak dia macam tak senang duduk.

Kitorang ada juga la bagi makanan sebab si mak ni macam tak cukup makan je. Kesian pulak bila tengok.

Now, kalau korang minat kucing dan rasa nak ambil kucing-kucing nie, elok sangatlah. Tapi dengan syarat, kena la ambil kesemua kucing sebab kittens tu pun baru berusia 3 hari. Still menyusu badan. Tak elok dipisahkan.

Kalau nak, boleh tinggalkan komen di sini beserta phone no. I takkan publish komen yg ada phone no bagi menghormati privacy. Kucing-kucing ni boleh diambil di Cheras atau kalau nak kami hantar, sekitar KL area boleh la kot.

Thanks korang kerana sudi baca entry nie.

Friday, January 13, 2012

Pendaftaran haji ahli KWSP

Umum dah mengetahui yang kini kita boleh mendaftar haji menggunakan wang simpanan KWSP. Pendaftaran telah dibuka sejak 3 January yang lalu.

Syarat-syarat yang ditetapkan senang je.

1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
2. Mempunyai simpanan KWSP (Akaun 1) berjumlah sekurang-kurangnya RM 1,300
3. Berusia 55 tahun ke bawah
4. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kalau 4 syarat ni telah dipenuhi, apa kata cepat-cepat mendaftar di di kaunter TH, cawangan Bank Rakyat atau Bank Islam. Lagipun, deposit yang diperlukan untuk membuka akan di TH hanyalah sebanyak RM2!

For me, perkara ni sangat bagus. Sangat bagus untuk orang yang tak dapat nak menyimpan banyak duit setiap bulan. Dengan gaji yang kecil, perbelanjaan yang besar, kadang-kadang memang rasa susah nak menyimpan. Jadi bila boleh mendaftar menggunakan wang KWSP, sekurang-kurangnya hasrat kita nak pegi haji tu boleh tercapai.

Thursday, January 12, 2012

Without Boundaries

Siapa pernah tengok Without Boundaries kat saluran 8TV? Program ni disiarkan setiap hari Rabu pukul 9.30 malam. Kalau minat outdoor, memang best layan program ni. Pengacaranya merupakan seorang pengacara yang mula dikenali di Quickie iaitu Henry Golding. Yer.. I tau ada antara korang yg suka tengok dia (hah, google cepat kalau nak tau rupa dia).

Bila tengok program tu, terasa macam masih ada banyak tempat belum diterokai di Malaysia. Orang kata, kalau tak dapat nak pergi, kita “ambil” pengalaman orang lain. Sebab I tau I takkan dapat pergi sesetengah tempat yang dia pergi, tu yang rajin menonton.

Macam episode malam tadi, Henry bawa penonton “menaiki” 4WD ke dalam hutan Endau Rompin. First time tau rupa daun kelek. Ni la sebabnya I suka layan program macam ni. Daripada tak tau, boleh jadi tau. Kita dibawa menjelajahi tempat-tempat yang boleh memukau diri.

Tisya pun suka layan. Macam-macam dia tanya I masa tengok episode malam tadi.

Umi, dia tangkap ikan ke?”
Umi, dia masak ikan ke? Mana kuali?”
Eiii, ikan dia kaler itam
Umi, dia naik kereta apa?”

Tapi paling tak boleh tahan bila scene 4WD tersangkut kat dalam selut.

Ya Allah Ya Tuhanku.. Astargfirullah al azim.. janganlah lalu situ. Lalulah jalan lain! Kan Umi, kan?”

Wednesday, January 11, 2012

Kadang-kala yang terbaik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain

Awan mendung berarak. Kami balik berdua saja. Hujan rintik sudah mula turun.

"Nanti kita main gelongsor ye"
"Tak boleh. Dah hujan"
"Kat rumah tak hujan" jawab si anak penuh yakin.
"Kalau kena hujan, nanti demam"
"Takpe la.. Tisya makan ubat je"

I tengok Tisya. Muka dia confident betul yang dia akan dapat main kat playground. Malah, dia sanggup ambil risiko demam. Kalau kita lihat betul-betul, kanak-kanak penuh dengan sikap positive dan confident pada diri sendiri. Benda yang berisiko tu la yang dia lagi nak buat.

Nak marah dia panjat sofa sampai ke atas? Tak payah la. Lagi dia buat. Siap puji diri sendiri lagi, "Tengok, Tisya pandai kan? Tak jatuh pun".

Bila menginjak dewasa, kita diberi akal fikiran yang cukup matang untuk menilai baik buruk jalan yang kita pilih. Kita boleh berfikiran positif tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu menimbang keburukan keputusan yang kita akan buat. Jika lebih banyak keburukan dari kebaikan, seharusnya kita beralih arah.

Berfikiran positif itu baik tetapi harus kena pada tempatnya. Harus fikirkan impaknya kepada orang sekeliling. Kita yang dewasa ni tidak akan dipandang seperti kanak-kanak. Kalau Tisya jatuh dari sofa, I akan ada untuk tangkapnya. Kalau tak dapat tangkap, I akan pujuk dia.

Tapi kalau kita yang dewasa ini "jatuh", belum tentu org nak hulurkan bantuan. Malah, kita mungkin digelakkan dan dipersalahkan kerana sanggup mengambil risiko sebegitu besar.

Monday, January 09, 2012

Kek Karamel Pelangi. Now open for ordering!

Hujung minggu lepas, kami tinggal dua beranak je kat rumah. Hubby terpaksa kerja. Dia sampai rumah pun nak dekat pukul 11 malam. Tisya la kecoh sebab abi dia takde. Tapi dia tak kesah sebab dia boleh layan Toy Story dari part 1 sampai part 3 berulang kali. Tak bosan pulak tu.

I was having my me time in the kitchen. Sudah mula dapat tempahan pertama untuk tahun 2012. Alhamdulillah. Dapatlah buat 2 biji kek karamel pelangi. Ingat tak dlm entry dulu, I cakap adunan kek bercampur dengan adunan karamel? Kali nie, elok pulak tak bercampur. I tau pun sebab customer tag photo tu. I rasa maybe masa first time tu, I terlebih pukul adunan kek tu. So dia jadi berat. This time, I guna wooden spoon je. Elok menjadi.

In the house. Hubby boleh sms time kerja.
Minta buatkan kek nie lagi.


Berdebar-debar baking guna electric oven. Selama ni guna gas oven je. Dah terbiasa. Bila dengar cerita pasal electric oven, risau juga. Nak kena biasakan diri guna. Set temperature, baking time.. hahaha, mengadap tingkap oven dari saat masukkan loyang sampai la kek siap. Berpeluh!

Kek ni sudah boleh ditempah. RM30 for self pick up di Taman Cheras Intan. Untuk penghantaran, I akan kenakan sedikit kos penghantaran bergantung kepada tempat. For ordering, please email me at estli82@yahoo.com

Friday, January 06, 2012

Sometimes, it's okay to give a good suggestion to the seller

I am a big fan of Jamie Oliver. Ala, macam la korang tak tau kan? I love his simple approach dan dia tidak sexy macam Nigella Lawson yang suka tunjuk adegan "licking the chocolate from the spoon". Ok, tak payah imagine macam mana rupa Jamie Oliver kalau dia buat macam tu.

Still remember his tips about groceries shopping. Katanya la kan, kalau ada barang yang kita cari tapi tak jumpa atau memang diorang takde jual langsung, jangan segam untuk bertanya kepada penjual. Kalau betul memang barang tu tak dijual, jangan segan untuk suggest kepada penjual to stock up the new items. Bagi reason kenapa kita rasa barang tu perlu dijual di situ.

I seldom follow his advice. Tapi bila I tak jumpa-jumpa lollipop stick, geram la juga. ( I know... lollipop stick tu bukan groceries tapi sama la juga kan.. tak ke? Hehehe). Kat area ni ada satu bakery supplies shop yang I suka pergi.

A month ago, I pergi sana untuk top up barang. Sambil-sambil, cari la lollipop stick. Takde. Kemudian, saja tengok harga mascarpone cheese. Tinggal la 2-3 bekas je.

Masa kat cashier, owner ada kat situ. I tanya la kenapa takde jual lollipop stick. Dia tanya, nak buat apa. I cakap, you better sell lollipop sticks. Dah ramai orang suka buat cake pops! Dia tak tau cake pops tu apa. Hehehe... Lepas tu I cakap, elok tambah stock mascarpone cheese banyak sikit sebab red velvet cake tengah hot sekarang nie.

Guess what? Masa I pergi during lunch hour sebentar tadi, hamek ko... berderet bungkusan lollipop stick elok tergantung kat rak. Tengok kat peti ais, banyak stock mascarpone cheese.

Now I don't have any excuse to bake red velvet cake and make cake pops for Tisya!

Thursday, January 05, 2012

Cukup ke seorang?

Ada anak?”
Ada
Berapa orang?”
Seorang je
Berapa tahun?”
3 tahun

Dalam hati, please… jangan tanya soalan pasal anak lagi

Liza
Hah?” Alamak, macam nak tanya lagi je.
Cukup ke?”
Apa yang cukup?” Buat-buat tak faham dan dalam masa yang sama, rasa rimas sebab yang tanya tu lelaki.

Anak la.. sorang je, cukup ke?”
Cukup la” Teett.. terus I mengadap PC tak pandang dia lagi.

Fuh, berpeluh jugak bila dapat soalan dari lelaki yang kita tak berapa kenal rupanya

Untuk pembaca baru

Hi you,

Awak rajin baca entry-entry lama saya sejak semalam. Taknak tinggal komen perkenalkan diri ke? Boleh juga kita kenal-kenal :)

-Liz-

Wednesday, January 04, 2012

"Nur Amalina" itu ada ramai

Kecoh juga pasal Nur Amalina tu ye. I amati juga gambar-gambar tu. Memang nampak macam ni. Sekarang ni mak dia pun mengaku tu gambar-gambar anak dia. So kira betullah. Malah, mak dia cakap mak dia yg belikan baju tu. Erk, nak kata apa lagi.

Takpe… kita jangan kutuk dia lebih-lebih. Sebaliknya, cuba doakan agar perkara ni menyedarkan dia untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kita pun, mentang-mentang dia budak pandai dan terkenal… bila dia buat camtu, cepat je mengutuk. Ada yang sampai memaki. Sedangkan ramai je “Nur Amalina” di luar sana.

“Nur Amalina” di luar sana yang pakai baju sendat.
“Nur Amalina” di luar sana yang selamba peluk lelaki dan letak gambar di FB.
“Nur Amalina” di luar sana yang pada mulanya memakai tudung tapi sudahnya buka aurat.

Tapi orang tak heran sebab “Nur Amalina” yang macam tu tak famous. Bukan pelajar cemerlang SPM. Barangkali la.

Cuma satu yang I kesalkan. Si mak sepatutnya membimbing anak ke jalan yang betul. Sebaliknya, mak dia approve anak jadi begitu. Maknya sendiri tak kisah nak tanggung dosa si anak. Nak buat macam mana lagi?

Sayang anak tangan-tangankan.

Tuesday, January 03, 2012

Kek Karamel Pelangi untuk tahun 2012

How was your new year? Bagaimana kita menyambutnya atau mungkin tak sambut langsung, itu bergantung pada setiap individu.

Me? I was in my mom's kitchen during new year eve. Hajat utama nak panaskan oven yg dah lama tak berasap tu. Resipi yang dipilih kali ni ialah Kek Karamel Pelangi. Buat kek khas untuk new year ni memang mencabar. The recipe is very easy. Untuk orang yg ada basic, memang senang la kot nak buat kek nie. Dah ramai bloggers yang buat pun. Cuma kalau ikut resipi asal bulat-bulat tapi tak tau basic, kek mungkin kurang menjadi.

Resipinya mudah tapi my first attempt tidak menjadi. I gunakan springform. Elok je semua adunan dah siap dimasukkan, kuah karamel "bocor" kat base. Frust sangat la sebab rupa kek tu cantik sangat. I bakar juga tapi kesudahannya, jadi kek pelangi je. Karamel dah hilang.

Nampak tak kat base tu? Dah mula bocor

Tapi sebab buat kek untuk new year, takkan I nak mengalah pulak. Kalau ada "halangan" di tengah jalan, kita mesti berusaha lagi hingga berjaya. Mustahil I serik cuba resipi tu lagi.

Jadi, I masuk dapur semula pukul 1 pagi. Slowly, I buat step by step. Boleh dikatakan I memang rileks masa buat kali kedua nie. 2 hours later, I boleh tidur dengan rasa puas hati.

Step One : Kena la buat kek tu dulu

Step Two: Bila kek dah berjaya diterbalikkan dengan cantiknya,
sila kagum dengan diri sendiri

Step Three : Potong dan tenung jalur tu lama-lama sikit.
Boleh start fikir lepas ni nak buat warna apa pula.

Step Four : Aik, takkan sepotong je kot.

Tahun 2011, banyak perkara pahit manis yang telah dilalui. Paling tak boleh lupa masa miscarriage. Boleh dikatakan kandungan ketiga tu memberi kenangan manis dan pahit. Manis bila sempat merasainya selama 6 minggu. Pahit apabila keguguran dan ada orang menyalahkan I kerana I tak jaga kandungan betul-betul. Hmmm. I memang taknak share apa yang orang tu cakap. Hmm, kita dah la tengah bersedih. Tak perlu nak nak keluarkan ayat yang seumpama menabur garam di luka. Tapi takpe, I dah maafkan YOU. Macam Weed pernah cakap, orang yang tak pernah keguguran memang takkan tahu kenapa orang lain boleh keguguran. Mereka akan letakkan kesalahan di bahu ibu.

Yang pahit itu sikit-sikit aje. Hidup kita ni macam pelangi. Berwarna warni. Just embrace it.

Semoga tahun 2012 nie I tidak akan serik menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. Yang penting, cara kita menanganinya.

P/s: Alang-alang, nak tanya la kepada sesapa yg pernah buat kek nie. Kenapa I punya cake mix macam meresap dlm adunan karamel? Nampak tak kat gambar? Karamel tu tak cantik warnanya. I rasa maybe sebab loyang tu ada "lubang tenggelam" kat tengah-tengah.. Takpe, akan ku cuba lagi

Kena perli dengan Mc Donalds

Last Friday ramai yang ambil cuti kan? Tak pun, balik kerja awal.

Di kala mengenangkan nasib diri yang tak keluar lunch masa tu, dengan perut lapar.. tiba-tiba sorang site supervisor nak datang office. Siap tanya eh nak makan apa sebab dia nak belanja. Fuh, rezeki nie.

Minta la Prosperity Burger with extra chili sauce. Kalau takde chili sauce, tak kick la. Mesti nak pedas-pedas sikit kan?

Sekali...


Kira la berapa banyak budak McD tu bagi chili sauce. Tu pun ada 2 paket dah guna buat makan curly fries. Agak-agak la, ratio sauce:burger tu sesuai tak?

Sunday, January 01, 2012

I'm still 10 months away

"Hey, how old are you?"
"I'm 30. Opps, no! I was born in October. So I am 29+"

HAPPY NEW YEAR!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.