Wednesday, December 26, 2012

Kejutan di CZ12

I suka tengok wayang. Kalau zaman U dulu, pergi tengok sorang-sorang tu dah kira biasa. Movie pertama yang I tengok ialah filem Jackie Chan. Masa tu, pergi satu family. Papa bawa pergi tengok kat panggung wayang area The Store baru. Panggung pun zaman dulu-dulu punya.

Bila Jackie Chan mengumumkan CZ12 akan menjadi filem aksinya yang terakhir, kami anak beranak tak melepaskan peluang untuk pergi tengok. Panggung dipenuhi oleh kaum Cina, Melayu dan India. I guess Jackie Chan ni memang diminati oleh semua bangsa.


CZ12 berkisar tentang seorang lelaki bernama Asian Hawk (Jackie Chan) yang terlibat dengan kegiatan menjual artifak dan misinya kali ini ialah untuk mencari 12 kepala gangsa berbentuk Zodiak Cina. Dia tidak bertindak sendirian sebaliknya mempunyai pasukan yang terdiri daripada seorang wanita dan 2 orang lelaki lain.

We're talking about Jackie Chan here. Semestinya filem penuh dengan aksi dan Jackie Chan memang famous dengan pergerakan aksi yang bersahaja dan menggunakan prop di sekelilingnya. Memang menghiburkan. Tidak ketinggalan beberapa shot yang gagal telah dipaparkan di akhir filem. Dah jadi trademark dia kan?

Filem ni ada aksi, ada humor dan sedikit sedih di hujung cerita. Even Batrisyia pun dok bisik-bisik kat I, "Jackie Chan tu mati ke? Kesian dia darah-darah. Jackie Chan masuk syurga ke?" Errr... tak dapat nak jawab.

Sedikit kejutan untuk I dan penonton lain. I memang tak tau siapa lagi watak utama filem ni. Jadi sangat terkejut bila munculnya pelakon Korea yang I minat. Lepas tu ada kejutan di akhir filem di mana Jackie Chan menjemput 3 orang pelakon undangan untuk jadi pelakon tambahan. Panggung jadi kecoh kejap bila watak-watak ni muncul.

Overall, tak rugi tengok movie nie. Recommended!

2 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Nak kena cari DVD nih ☺☺

Liz said...

Fiza> kena tunggu la jawabnya

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.