Friday, December 21, 2012

Jack Reacher

Dapat 4 free tickets untuk tengok mana-mana movie (exclude 2D & 3D) di GSC Pavilion. Memandangkan tak banyak movie yang best, we decided to watch Jack Reacher.

Tom Cruise... hero tua, bak kata hubby. Ada aku kesah? Hihihi. Takkan nak layan The Hobbit pulak. Tak pasal-pasal Batrisyia boring kat dalam tu nanti.

I tak tau pulak cerita ni diadaptasikan dari sebuah novel bertajuk One Shot by Jim Grant (who writes under the pen name of Lee Child). Actually novel tu ada banyak siri. Boleh check kat sini.

At first, I didn't give a damn about this movie. Tak tau jalan cerita langsung. Yang tau ada Tom Cruise. Tapi pembukaan cerita dah berjaya menarik perhatian I ( 5 murders with 6 shots are done by an expert sniper). Bila seorang tentera dituduh membunuh kelima-lima mangsa, tentera tu tak buat pengakuan (walaupun evidence menunjukkan dia yang buat) sebaliknya dia meminta polis mencari Jack Reacher.

The thing is Jack Reacher is like a ghost. Dia hidup secara sederhana. Tanpa credit card, tiada rumah, tiada lesen memandu. Tiada cara untuk track di mana dia berada. Sesiapa pun takkan dapat cari dia melainkan dia sendiri yang datang kepada kita. Dia hanya akan cari orang yang bersalah untuk dia bunuh.

So kenapa tentera tu minta polis carikan Jack Reacher? Adakah tentera tu bersedia untuk dibunuh olehnya? Apakah motif di sebalik pembunuhan 5 mangsa yang tidak berdosa tu? Kalau nak tau kena la tengok :)

Rasanya, cerita ni ok untuk ditonton. 13PG ye. So sape rasa taknak bawa anak, tak payah la bawa. Banyak adegan tembakan. I bawak Batrisyia tapi anakku pun boring. Dia sampai baring kat lantai pawagam dan sibuk ajak balik. Hehehe.. Dia layan part kejar mengejar je. Ok la nak tengok kehebatan Jack Reacher ni tapi bagi I, jalan cerita sedikit longgar. Motif di sebalik pembunuhan tu tidak diterangkan dengan baik. When we seee the mastermind (Zec), kita macam tak tau kenapa dia buat macam tu, siapa dia yang sebenarnya, mana dia dapat duit (padahal appearance serabai je), macam mana dia boleh buat orang lain tunduk ikut perintah dia. Tu je yang I tak puas hati.

Maybe kena layan novel la kot.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.