Wednesday, December 05, 2012

Hidup berdua

Pukul 5 pagi tadi, Batrisyia terjaga dari tidur. I pun terjaga sama sebab terasa dia bergolek-golek di katil. Belum sempat I berhentikan dia, dia terjaga. I tau kenapa dia terjaga.

"Umi, mana abi?". Yups, dia bergolek-golek dan sedar katil tu agak kosong.

Isk, nak cakap straight ke nak tipu? Tipu la. Kalau cakap straight, lagi teruk dia bagi reaksi nanti.

"Oh, abi dah bangun awal. Abi pergi kerja. Tisya tidur dulu ye."

"Taknak! Abi...... mana abi? Tisya nak sayang abi. Tisya nak sayang abi". Dah mula nangis berlagu. Sayang di sini bermaksud nak cium pipi abi dia.

5 pagi dan dia menangis. I risau mengganggu jiran tidur je. Puas pujuk dia tidur. Tak jalan. Entah berapa minit ntah, last-last dia tertidur sambil pegang tangan I. Aiyoo, sedihnya anak aku ni. Sempat dengar dia sebut, "Nak sayang abi".

Tunggu la nak. Nanti jumpa abi Jumaat nie.

9.05 pagi ni, hubby hantar sms.
"Baru sampai Medan".

I'm missing my boo.

5 scribble(s):

Maria Menado~ said...

alololo... chumel. sayang kat abi dia ya... rapat~ =)

sya firwan said...

rapat sangat tisya ngan abi..abi jarang outstation ye?

Liz said...

Maria > Oh, sayang sangat. Anak abi la katakan.

Sya> Dia sorang. Memang la rapat dgn kitorang. Abi mmg jarang outstation. Paling lama pun, pernah pergi seminggu. Tu pun anak dah merajuk dengan dia. Saya je tak pernah tinggalkan dia. Agaknya kalau saya tinggalkan dia, camne reaksi dia...

fiza said...

Anak manja abi ☺☺

Liz said...

fiza> betul3

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.