Tuesday, December 04, 2012

Excited dapat uniform

Last Saturday ada Parents Teachers Meet kat tadika Batrisyia. Tujuan utama ialah untuk setelkan baki bayaran registration fees, ambil uniform dan dapatkan penjelasan lanjut tentang aktiviti untuk sesi tahun hadapan. Batrisyia la excited kot sebab finally dia dapat cuba uniform dan sport attire.


Uniform tu dia paling suka. Maybe sebab warna kuning. Tudung siap ada soft awning. Lepas tu baju ada butterfly patch. Tudung memang dah ada embroidery kat bahagian hujung. Letak nama setiap pelajar agar tidak tertukar tudung. Untuk uniform sekolah, kami hantar ke kedai embroidery. Senang dah ada nama.


Masa booking dulu, ada 4 pelajar nama Batrisyia. Kali ni, total ada 10 pelajar nama Batrisyia! Inilah masalahnya bila pilih nama popular di tahun 2008. Dalam 10 pelajar bernama Batrisyia tu, hanya seorang sahaja yang menggunakan nama panggilan "Batrisyia" iaitu anak pengetua; Aisyah Batrisyia. Anak orang lain, kena panggil nama lagi satu.Jadi, Batrisyia akan dipanggil Humaira.Dia dah la tak layan sangat bila orang panggil "Humaira" so kami cakap dengan cikgu, kalau dia tak layan, boleh panggil "Tisya".

Malam tadi sudah jadi malam memperaga uniform sekolah. Kena pujuk suruh dia buka. Kalau tak pujuk, mau dia bawa pergi tidur.

Manis!

Sesi akan bermula 3 January 2013. I pulak yang berdebar-debar.

12 scribble(s):

Maria Menado~ said...

comel.... mature budak2 sekrang bila pakai tudung.. hehe. cantik.

Syigim said...

comelnye dia pakai uniform. aunty pun suka kaler kuning! :) cantik la embroidery tu. kak tulis nama khaleef kat tag baju uniform skolah dia guna permanent marker je haha. :P

Liz said...

maria menado> tudung kanak-kanak pun dah cantik-cantik. geram je tengok.

kak syigim> thanks kak. kuning memang nampak ceria kan? hehehe, rasanya dah jadi kebiasaan kot tulis nama guna permanent marker tu. saje je kak. alang2 tudung dah ada embroidery, buat baju dengan seluar sekali. satu tag RM2 je

Masherna Mustafa said...

Comelnya anak dara sorang ni. seronok nak pergi sekolah... esok mesti dia minta nak pakai baju sekolah lagi ni...
:P

sya firwan said...

alahai comelnya..da excited sangat nak pergi sekolah ye :)

Liz said...

kak Masherna> hahaha, betul cakap akak. malam tadi dia minta pakai lagi tapi saya bagi alasan belum basuh.

sya> tapi sya dia cakap apa tau, "Tisya pergi sekolah. Umi dengan abi jangan pergi kerja. Tunggu Tisya"... erkkkk

sya firwan said...

hahaha..tisya2 :) tisya pergi school bawak balik rezeki jugak kan..comel je dgn tudungnya :)

maisy said...

die dh jadik rupe ko tp putih..he he he..dun worry she will make it..budak laki je suke nangis pergi sekolah..gals,matured rileks je nanti...

Liz said...

maisya> eloklah putih. jgn jadi macam aku. hahaha... aku rasa dia ok je kot. cuma nervous

J said...

mana jahit embridery tu liz? nak buat jugak....hehe

Liz said...
This comment has been removed by the author.
Liz said...

J> J tahu tak masjid kat area maluri? let saya kalau awak menghala ke bulatan pandan. sebelum institut baitulmal ada masjid kat sebelah kiri. masuk masjid tu dan park kereta. kat sebelah masjid (kat area van jenazah) ada deretan kedai. kedai buat embroidery ni kat hujung sekali. ada sticker nombor kat pintu. tak ingat pulak nombor apa.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.