Monday, December 03, 2012

December.. please be nice to me

Rasanya korang pun tahu betapa excited nya I dengan Big Bad Wolf Book Sale. BBWB pada tahun ni akan bermula Jumaat ni. Awal-awal I apply leave sebab I nak masuk sana tepat 9 pagi. Basically, this is my schedule for that day. Awal-awal dah set plan camni.

6.45 pagi - Keluar rumah. Hantar anak ke taska.
7.00 pagi - Sampai di taska. Then, terus gerak ke MIECC. Bersarapan di mana-mana yang sempat.
9.00 pagi hingga 4.30 petang - Beli buku sampai penat. Lepas tu ke Mines Shopping Centre untuk late lunch.
6.00 petang - Ambil anak.

You see. Tahun lepas I pergi sampai pukul 2 petang sahaja. Rasa tak puas nak melepak kat sana. So tahun ni nak pergi lama sikit. Sape yang dah pergi di tahun-tahun sebelumnya, memang ada rasa macam tu. Bila ada banyak sangat buku depan mata, semuanya murah-murah.. memang korang tak tau mana nak beli.I bajet nak beli 10 buku sahaja. Tu bajet sahaja ye. Tapi bawa extra money sebab takut hilang kewarasan kat sana nanti :p

Bulan December ni, ada beberapa event yang I sangat nantikan. Bermula dengan BBWB hari Jumaat, Real Women Real Voices Coway Tea party bakal menyusul hari Ahad nie. Fully sponsor by Coway. I cuma jemput tetamu je. Tu pun ramai yang tak RSVP but it's ok. Siapa yang datang je la kan? No hard feeling.

Kemudian, I berjaya masuk slot demo Durian Crepe di Bzee Cake. Resipi durian crepe memang boleh ambil di Internet tapi resipi dari Chef Zalina ni memang masih belum bocor di Internet. Dengarnya, resipi dia memang lain kerana tidak menggunakan langsung tepung gandum. Sebaliknya dia gunakan 6 jenis tepung dan hasilnya, crepe lebih halus mulus dan tidak pecah. Vavava.... I teringin sangat nak dapatkan resipi dia. Date demo kali ni pun cantek sangat sebab I takde hal lain.

Diharapkan bulan December ni boleh menjadi penutup yang baik untuk tahun 2012. Amin...

7 scribble(s):

fiza said...

Eh...sama plak entry kita pasal BBW. Aku rasa macam nak gi, tapi tak tau nak drive area sana lah...huhuu...Last year gi banyak buku utk bebudak yg dah habis. Klo gi 1st day banyak lah pilihan kan. Kena amik cuti nih.

In syaa allah ahad ni aku dtg.

Liz said...

Fiza> Hari pertama memang banyak buku. Ko cuba la pergi. Memang best.

FiraHamzah said...

Hi there!
I baru baca entry u pasal BBWS last year punyer..rasa teruja nak pergi tahun nih..tak pernah lagi pergi BBWS lagi..hehehe..
harap2 dapat pergi this time. Nanti u buat review lagi ek pasal BBW..thx & happy shopping!! :)

Liz said...

Hi Fira> Tak pernah pegi lagi? You mesti pergi. Nanti baru tau kenapa kami yang dah pernah pergi ni sangat menantikan event ni tiap-tiap tahun. Memang murah sangat!

Masherna Mustafa said...

Liz... ada banyak buku2 mcm mana lagi ye? nak tau jugak. mcm best aje. sbb hubby k mas suka buku agama, k mas suka beli buku budak2 sebab kalau tak sale mmg mahal2. and for me just novels and now tgh cari buku2 nak belajar. almaklumlah jadi stusent balik...

Liz said...

kak Masherna> kak, boleh rujuk entry saya tahun lepas:

http://charming-umi.blogspot.com/2011/10/blog-post.html

FYI, banyak buku bahasa inggeris sebab mereka dapatkan stok ni dari luar negara. Tahun lepas takde langsung buku bahasa melayu. Tahun ni mereka berjaya dapatkan stok novel melayu tapi tak banyak. Buku agama saya tak pasti. Macam takde je.

Apa kata akak datang je. Paling tidak pun, dapat beli buku untuk anak2 akak. Kalau ada buku lain yang berkenan, boleh beli. Tapi satu je yang saya nak beritahu. Kalau boleh, datang di hari2 yang awal. Sale ni seminggu. So kalau boleh, jangan pergi hujung2 sebab buku banyak dah takde.

Masherna Mustafa said...

TQ Liz...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.