Thursday, December 06, 2012

Chef kedekut resipi?

Nota : Perbualan adik beradik ni tidak mengandungi ayat kurang ajar. Kalau kedengaran macam kurang ajar tu, abaikan. Kami tulis je camtu tapi tidak benar-benar maksudkannya. Sesungguhnya adik beradik kena saling hormat menghormati.


I can cook. Yes, I can. Tapiiiiii I tak reti masak kari, mihun goreng dan kuew tiau goreng. Mihun goreng dah mula rajin buat. Ye la, kalau tak rajin nak cuba, macam nak nak pandai. Ye tak? Bukan ape tau. Dulu la, mesti ada je yang kurang. Not sure what went wrong. Lately, dah ada improvement kot.

Ok, dah melalut cerita. Ni nak bercerita tentang adik no 3. Anak lelaki pertama dalam keluarga. Orangnya boleh diharap. Paling best, dia pandai masak maggi goreng. Maggi goreng dia memang terbaik!! Kalau dia masak, kelentang kelentung kat dapur sorang-sorang, bau semerbak sampai ke ruang tamu. Bila dia bawa ke depan, ada la sepinggan je kot. Cis, masak untuk dia sorang. Tapi ok la sebab boleh share ramai-ramai. Semua nak mengecek sikit.

Sedapppp!!!!

So ni cerita minggu lepas. I kelaparan kat rumah. Hujan lebat pulak tu. Entah kenapa, teringat nak maggi goreng dia. Lama-lama, tak boleh jadi ni. Kena masak juga. So I smsed dia. Tak boleh call. Kot-kot tengah kerja kan. Orang kerja syif, tak boleh kacau lama-lama.

Me : Tlg bg resipi maggi ko
Dia : Mane ade resipi... letak minyak skit,pas2 masuk bwang,cili api... pas2 sos..maggi rebus siap2..tuang air skit, ltak maggi..last telur
Me : Cili api potong2 ke? sos ape nak kena letak?
Dia : Ptong la... sos cili, n tiram
Me : Bawang kecil ke besar? Hiris ke?
Dia : Bwang besar... xla potong biase je. aku mmg mkn besar2

So dengan rasa confident nya, I pun mula rebus maggi.. potong bawang.. siapkan semuanya. Ye la, dah dapat resipi dari chef 1368. Bila dah masukkan maggi dalam kuali, kacau bagi rata.. I pelik. Apehal tak cantik kaler dia??? Adik I buat kaler mesti gelap-gelap sikit. Ni dah kaler macam angel hair yang mak I selalu masak.

I called adik. I ulang resipi tu. Dia kata betul. Pastu dia gelak-gelak bila I kata kaler tak sama. Dia kata dia tak tau kenapa jadi camtu. Hampa, I tutup api. Angkat!

Rupa macam angel hair mama masak. Rasa pun sama. Tak puas hati, I sms adik lagi.

Me : TAK JADI. ko tipu aku eh?
Dia : Ape la tipu... jap2.. perencah megi tu ko masuk tak?
Me : Bengong ko. tadi takde pun sebut pun perencah maggi dalam resipi! Saja nak sabotaj aku. Adoi, dah keluar dari kuali. Camne nak masuk?
Dia : Haha... dah agak dah.. giler.. nama pun maggi goreng. xkan perencah buang. masuk same dgn sos tadi. adoii.. dah rugi.

I kata "bengong", dia balas "giler". Hahahah... Boleh pulak bahan utama dia tak bagitau suruh masukkan. Patutlah kaler out. Rasa pun tak sama macam yang dia masak.

10 scribble(s):

Maria Menado~ said...

haha. megi goreng tak letak rencah megi.. kihkih.. chumel lah akak ni~~

hehe.

sya firwan said...

hahaha..meggi goreng tak de perencah..betul2 sehat nih :P

Liz said...

maria dan sya> mengapakah pemikiran korang sama dgn adik I? kira mcm tak logik eh buat maggi goreng tapi tak letak perencah?

I bulat2 ikut resipi adik. mmg ada terfikir kenapa takde perencah. tapi pk logik gak. agaknya dia panggil maggi goreng sebab guna mee maggi. kuikuikui

fiza said...

Hahaha...mcm mana bley tak letak perencah nih ☺☺

Liz, nnt bagi add umah.

maisy said...

aku pon masak ala ko,n berpikiran mcm ko..aku kalo masak,aku letak kicap ckit supaya hitam..

perencah tak masuk sebab nk bagi anak2 makan sekali...rasenye sepanjang aku masak meggi goreng mmg tak masuk perencah...

pizet said...

x pe kak praktis make prefect..kena try lg tu, nnt jd la

weed said...

Dont wori beb..aku masak megi goreng aku buang perencah...nak sehat la kununnye..plus time2 ni x elok sgt mkn MSG byk2....sedapppp jugakkk you.....

Liz said...

fiza> aku ikut bulat2 sms yang dia hantar. hehehe

maisya> betul gak.kalau kita makan sendiri,ok lagi tapi kalau bagi ada, eloklah takde MSG

pizet> hehehe, kena tuntut ilmu kat adik

weed> tapiiii aku nak sama mcm gebang masak!

semut-terbersin said...

haaa kalu ikut resepi adik u tu, dah macam sama macam megi goreng my hubby buat! (op kos dia letak perencah hihi)..ohhh sedapp kan megi goreng camni? i slalu failed kalu nak try2 buat macam hubby!..terkembang sangat laa, tak kering laa..senang cite mmg tak jadik! hubby buat kering n sedap je! aihh i mmg slalu paksa je dia tolong masakkan tuk i! slurrppsss! sedap n puas ati! kihkih

Liz said...

Ila> hehehe, lelaki ni agaknya memang pandai masak maggi goreng. betul la, adik I pun kalau buat elok je keringnya. I dah cuba lagi sekali, pun tak dapat tiru dia lagi

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.