Monday, December 10, 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012 - my honest review

"Tahun ni nak beli 10 buah buku je. Ok la tu"

Nasib baik I tak cakap "I solemnly swear" kat depan ayat tu. Kalau tak, I dah mungkir janji. Ramai minta buat review. So ni review utk Big Bad Wolf Book Sale 2013.

Ok la, tunjuk hasil pembelian "10 buah buku" dulu.

41 items (termasuk 2 set flash card dan sebuah ensiklopedia)

Pagi tu lepas hantar Batrisyia, I terus ke Mines. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Sampai sana sekitar jam 7.30 pagi. Dah banyak juga kereta kat car park. Yang datang tu, ada yang bawa troli macam I, ada yang bawa beg besar, tak kurang juga yang lenggang kangkung tak bawa apa. Lepas tu bila tengok orang lain bawa troli, mereka berbual dengan kuatnya, "Eh, kenapa orang lain beriye sangat?", "Entah la, kena bawa troli ke? Takde plastik ke?".

Kihkihkih.

Masuk exhibition hall, orang dah ramai tapi belum sesak. Pemandangan deretan buku yang menimbun memang buat rasa macam nak rembat semua. 3 juta buku dibawa masuk untuk book sale nie. There's book for everybody! Pilih je mana yang berkenan.

I target Non-Fiction section dulu. Banyak giler novel kat situ. Berpinar mana mencari buku yang sesuai. Mata memang dah tak pandang orang. Instead of masukkan je apa-apa buku kat dalam troli (dan pilih kemudian), kali ni I pilih mana yang I betul-betul nak, lepas tu baru masuk troli. Rasa macam tak elok la kalau kita pilih kemudian, lepas tu malas letak balik kat meja. Ramai yang pilih kemudian, lepas tu letak je kat lantai eventhough terang-terang dah ada banner yang meminta mereka meletakkan kembali buku yang mereka taknak beli ke atas meja kembali.

Sebelah Non-Fiction, bahagian Children pulak. Pun rambang mata nak pilih sebab ada pelbagai jenis buku menanti. Flash card, storybook, activity book, games. Fuh, tak tau nak pilih mana satu. Berkali-kali I sms hubby, minta pendapat dia. Cuma tak banyak activity book for pre-school.


By 11am, I sampai di Cookbook. Wah, tak semena-mena perut terus lapar. So I hantar troli ke storage counter dulu.
Boleh simpan buku di sini sampai malam. Kalau buku tak dituntut,
ia akan dipulangkan semula ke meja

Lepas tu, terus ke Food Court tingkat 1 di mana ada beberapa kiosk dibawa masuk khas untuk pelawat-lawat BBWB menjamu selera. Kat Food Court tu ada KFC, Pizza Hut, Baskin Robin.. erk, ape lagi eh? Ada la beberapa yang lain, tak ingat. Di tingkat 1 ni ada playground untuk kanak-kanak bermain. Caj untuk sejam ialah RM10. Untuk ke Food Court, playground dan toilet, buku tidak boleh dibawa bersama. So korang boleh simpan dulu buku-buku tu kat storage counter. Mereka akan bagi satu nombor untuk kita pegang. So lepas hal lain dah setel, boleh collect balik buku-buku kita kat counter tu.

I teruskan pencarian buku-buku hingga ke pukul 4 petang.
Jamie Oliver. Nak je rembat Jamie at Home tu. Tapiiiii
ada 2 buah buku dia kat rumah. Tak jadi nak beli.

Memang penat giler sebab I pusing hall tu 2-3 kali la juga. Ada je buku baru yang menarik perhatian. Tapi sebab nak ambil Batrisyia, kenalah berhenti. Queue untuk bayar sangatlah panjang. Sedikit slow. Tak macam tahun lepas. Maybe sebab tahun ni ramai yang datang. Walaupun banyak lines dan setiap line ada 2 cashiers, ambil masa juga nak check out.

Nak keluar dari carpark pun ambil masa sebab masa tu dah kira tima orang balik kerja. Jalan kat Mines pun sesak. Makan masa lebih 30 minit juga untuk keluar dari kawasan tu. Agak stress tapi takpe, sabarrrr.

Malam tu pergi lagi sebab mak I minta belikan novel melayu pulak. Rabak lagi wallet :)

Pukul 2 pagi 

Ahaks, ni pukul 11 malam. Minah ni excited giler tengok buku 

Setel! Dah, jangan pergi lagi ke sana.

 Untuk kali ni, ini tips yang I nak beri.

1. Datang masa hari bekerja. I rasa la kot sebab weekend macam ramai je ambil peluang untuk datang. Queue untuk bayar akan jadi sangat panjang. Dah la penat cari buku. Nanti penat berdiri nak tunggu bayar pulak.

2. Kalau datang masa hari bekerja, keluar dari tempat tu sebelum waktu orang balik bekerja. Mines tu jalan utama. Kalau masa orang balik kerja, memang hazab nak tunggu keluar.

3. Or else, park kat luar. So tak perlu beratur macam kereta lain untuk keluar dari car park. Tapi tips ni sesuai untuk waktu malam sahaja.

4. Bawa troli, small bag or luggage bag. You'll never know... sanggup ke ko nak usung kotak ke sana sini? Penat!

5. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam hall. Tapi bawa la air dalam botol. Kalau haus, minum dengan berhati-hati. Jangan sampai tertumpah kat buku pula.

6. Kalau ada plan untuk naik komuter, kemudian menapak ke MIECC, lupakan saja hasrat tu. Jauh beb! Bukan dekat kat berjalan tu. Lain la kalau naik taxi kat stesen komuter.

Harga novel ialah RM8. Harga children book pulak boleh dapat antara RM3 - RM 15. Cookbook boleh dapat antara RM15 - RM30. Oh, total damage for these 41 items is only RM313. Berbaloi-baloi!!!

8 scribble(s):

*∽ IZAN ∽* said...

Wah.. tahun lepas ada pergi kat tapak MAHA serdang tu *tak ingat nama*.. tahun ni buat kat MINES plak rupanya.. termisss suda.... uhuk

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Bestnya...

I ada dpt info jugak pasal Big Bad Wolf ni...
tapi belum berkesempatan utk pegi...padahal dekat je dari rumah...

best nya dia shopping mcm2 buku!
:D

Penat tapi berbaloi kan!

Fiza Rahman said...

Nak pergi gak. Gaji dpt awal ☺☺

-makcik anon..keh..keh...- said...

Rasa nak pergi lagi... Tgk u punya gambar macam ada je buku buku yg tak dijumpai hari tu... maybe masa tu dah letih kot, berpinar dah mata nak tgk title & sinopsis...

Anyway, boleh suggest tajuk2 buku yg u dah beli tu dan u rasa worth it utk beli... x kisah laa novel atau motivational book atau cooking books..

hehe..

azwin_82 said...

like..

maisy said...

My review:

Aku pergi weekend ahad 11.45 am:
1) parking nak masuk agak bersusun,tp manage to get parking ,taklah susah dpt parking
2)Terkejut sebab tak ramai gila pon org,even weekend..or semua org dah set in mind,tkmo dtg weekend takut crowded..
3)Siap bwk 2 kids..and dlm nye pon lengang lah jugak...same scenario,org bwk trolly ngan beg balik kg
4)Queue ok je..taklah panjang sgt,dlm 15 mins kot...pakai cash..tu pon 2 cash register rosak..
5)yups bukunya from 3 hinggit n above..tp tak byk buke exercise/activity utk budak
6)Dani abahnye bawak kluar sebab asyik nk berdukung..pusing ngan dina,kesian die penat..tp still org taklah ramai sampai berlanggar punggung...2 hours je dlm tu
7)Books sale just nice sebab tak crowded gila..sy suke..

Ker mmg tak crowded sebab tempat besar?tp aku suke camni...lengang..

Sebab nak saving ujung tahun..tahan nafsu..belanja RM77 hinggit ajer...2 motivational books,1 novel..the rest 15 adalah buku2 Dina & Dani...ke ke ke...

maisy said...

My review:

Aku pergi weekend ahad 11.45 am:
1) parking nak masuk agak bersusun,tp manage to get parking ,taklah susah dpt parking
2)Terkejut sebab tak ramai gila pon org,even weekend..or semua org dah set in mind,tkmo dtg weekend takut crowded..
3)Siap bwk 2 kids..and dlm nye pon lengang lah jugak...same scenario,org bwk trolly ngan beg balik kg
4)Queue ok je..taklah panjang sgt,dlm 15 mins kot...pakai cash..tu pon 2 cash register rosak..
5)yups bukunya from 3 hinggit n above..tp tak byk buke exercise/activity utk budak
6)Dani abahnye bawak kluar sebab asyik nk berdukung..pusing ngan dina,kesian die penat..tp still org taklah ramai sampai berlanggar punggung...2 hours je dlm tu
7)Books sale just nice sebab tak crowded gila..sy suke..

Ker mmg tak crowded sebab tempat besar?tp aku suke camni...lengang..

Sebab nak saving ujung tahun..tahan nafsu..belanja RM77 hinggit ajer...2 motivational books,1 novel..the rest 15 adalah buku2 Dina & Dani...ke ke ke...

Liz said...

kak Izan> apa yang ter miss kak? event ni sampai 23 december. sempat lagi nak pergi.

Erin> eh, cepat pegi. hehee.. kalau dah dekat dengan rumah, apa tunggu lagi. memang penat tapi berbaloi sebab murah. kalau sebuah english novel selalunya harga rm30-rm70 sebuah, ni boleh dapat rm8 je. sape taknak. children book pun murah.

fiza> silalah!

makcik anon> ahaks, saya beli pun main ambil je. tgk synopsis. kalau ok, beli. so far x baca lagi so tak dpt recommend apa2. tapi saya boleh recommend author yang saya "ngam" macam John Grisham dan Kristin Hannah. Cookbook pula, saya suka Jamie Oliver

azwin> like je ke? tak pergi? :)

maisya> aku rasa sebab ko pegi ahad. tu yang lengang. kan dia buat 63 jam straight. so orang dah berpusu2 pergi sejak jumaat pagi. aku rasa la kot. lepas tu orang elak pergi during weekend. takut ramai orang. ok la ko beratur 15 minit je. hari jumaat tu seksa sikit. so ramai orang complaint. dengar ceritanya,lepas tu diorang tambah counter.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.