Wednesday, December 12, 2012

Afternoon Tea Party & Bathroom Makeover

Last week telah berlangsung afternoon tea party di rumah. Tetamu yang datang ingatkan I buat sendiri juadah petang tu. Sebenarnya tea party ini ditaja sepenuhnya oleh Coway atas penyertaan I mencuba Coway Bidet melalui program yang dianjurkan oleh Real Women Real Voices.

Hujan lebat petang tu. Mungkin sebab tu ada tetamu yang tidak hadir. Ada juga yang kata on the way tapi tak sampai-sampai. Takpe.... bak kata James, "We just proceed and enjoy all the foods!". That's the spirit. Foods sedap dan sesuai untuk tea party.

Table deco 

Macaron. 
I tak minat tapi yang ni memang sedang-sedang je manisnya. 
Just nice with the peanut butter and vanilla filling.

Mini Fruit Tartlets

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting 

Breadsticks with dip

Chocolate Brownies yang sedap! 

Petang tu juga, tetamu sempat dapatkan info mengenai Coway Bidet melalui Cody (Coway Lady) yang hadir iaitu kak Wan dan kak Mas.

Demo di dalam bilik air

Actually, pagi-pagi lagi kami dah get ready untuk bathroom makeover. A few days before, I kena hantar gambar-gambar bathroom kepada mereka. Bathroom I kecil je. Lepas tu memang takde apa-apa sebab baru pindah pun kan. Lepas tu memang takde apa nak di makeover kan kerana dinding pun dah siap-siap tiled wall. So kira memang kosong.. kosong.. kosong. Yang ada pun cuma wall cabinet yang memang dah ada kat rumah sewa dulu. Tu pun hubby pasang ikut ketinggian dia. I yang tak berapa tinggi ni tengok cermin pun tak puas. Dia kata, kalau nak puas kena panjat bangku. Cis!

So bila dapat free bathroom makeover ni, semestinya happy. I beritahu mereka yang bathroom tu kecil so pandai-pandai la buat. Hehehe.. tak membantu betul. Jadi pagi tu Keith dan Fatma dah sampai depan pintu. Wah, macam-macam barang mereka bawa. I tak dapat ambil gambar sebab katanya suprise. I cuma dengar bunyi grill, bau wangi.. wah wah!

Presenting you my bathroom makeover.

OMG! Bila Keith suruh masuk bathroom, ternganga sekejap. Ternganga je sebab awal-awal Keith dah pesan, "Don't shout!" sambil sengih-sengih. Bilik air nampak besar dengan penggunaan cermin besar tu. Memang puas tengok cermin. Lepas tu deco memang cun la. Bau wangi sampai ke luar.

Overall, I had a great weekend!

11 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Ok...aku jeles. Aku ingat memang bilik air ko mcm tu. Rupa² dah di makeover.

sya firwan said...

wah..santik :)

maisy said...

Boleh die make overkan toilet aku sekali tak?? langsung tk menarik toilet aku ni

Liz said...

Fiza> tak la. tu cantik lepas makeover

sya> thanks sya.

maisya> boleh je tapi kena la ada upahnya. hehehe... kalau ko nak contact no org tu, boleh je aku bagi

CHeeSYaNa said...

One word - JEALOUS!

Liz said...

Yana> Ala,cuba la register masuk program tu. kot2 terpilih

Masherna Mustafa said...

wah liz... dapat bathroom makeover. bestnya. cantik...
tapi tak boleh nak JEALOUS sangat sbb tak masuk umah baru lagi, skrg duk quarters lagi...
tp mmg JEALOUS dpt free makeover.

www.shakeezmom.blogspot.com

semut-terbersin said...

bidet dapat free? bezznye!

Liz said...

kak masherna> rezeki tu kak. sebab masa terima assignment tu, tak tau pun dpt free makeover

ila> eh, bidet tu tak free. hehe.. free 30 days trial je.yang free tu bathroom makeover je

semut-terbersin said...

oh laa ingatkan dapat bidet free..tp dapat bathroom makeover pon dah puas ati dah!!
bezz tak bidet? dulu masa beli petit, org coway tuh kate bidet hasilkan air sebersih air tapis hi-o? ayat dia bezz je: "org kita minum air hi-o, org korea buat basuh berak je"

Liz said...

Ila> fuh, kalau dapat bidet free, lagi la best. hahaha... bidet tu ok je. dia tak sama mcm kat shopping mall tu. ni lagi best. air yang digunakan untuk bidet tu mmg ditapis dengan filter. mereka letak filter sebab mereka tgk, kebanyakan rumah di malaysia ni (rumah teres), air yang datang ke rumah tu ada 2 jenis. yang ditapis akan disalur ke dapur. yang tak ditapis akan disalur ke bilik air. so diorang pun letak filter.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.