Friday, December 28, 2012

6 hari dan 61 hari

Itu dia.. countdown untuk Batrisyia mula bersekolah.

6 hari lagi tapi tak rasa apa-apa pun. Mana tak nye. Tak perlu nak sediakan kelengkapan persekolahan dia pun. Cuma nak kena pendekkan seluar dia je. Tu pun jahit jelujur je. Kalau potong, sayang pulak sebab dia cepat meninggi. Nanti sekejap je dah senteng seluar. Kasut tak perlu beli. Beg tak perlu beli. Teacher kata tak perlu bawa beg sebab hanya buku yang ada homework akan dibawa balik dan ia akan diletakkan dalam box folder yang disediakan. Peralatan sekolah macam pencil, pemadam, warna pensil dan sebagainya tidak perlu dibeli kerana semuanya telah dimasukkan dalam yuran dan akan dibekalkan oleh pihak tadika. Cool huh?

Tapi kalau nak bawa beg, bawa la. Tidaklah sampai dilarang langsung. Kot-kot nak standby baju spare. Boleh je.

Batrisyia? Yang dia tau, kitorang kena hantar dan tunggu dia sampai sesi tamat. Yang dia tak tau? Ibu bapa pelajar dilarang untuk stay di situ sampai sesi tamat. Kami hanya boleh hantar je. Kalau teacher tak cakap macam tu pun, memang itu yang I nak buat. Hehehe, taknak bagi muka.

Yes, hari ni mau pulang ke kampung halaman. Dah 61 hari tak balik Seremban. Macam jauh sangat je kan? Jangan ingat I lupa diri. Ada reason di sebaliknya yang I tak boleh kongsi di sini. Jadi cuti sampai New Year dan I nak habiskan masa ni dengan berehat di rumah sepuas-puasnya.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.