Thursday, November 22, 2012

You still have a long way to go

Masih hangat dengan cerita pasal UPSR. Kat newspaper semalam ada share tentang seorang pelajar yang menghilangkan diri selama 2 jam gara-gara kecewa tak dapat straight A untuk UPSR dia. Puas cikgu dan mak cari. Akhirnya, mak dia jumpa budak tu kat sebuah dewan, 1 kilometer dari sekolah. Anak dia duduk sorang-sorang kat tepi dewan sambil menangis sebab tak dapat straight A. Tapi kemudian dia kembali ke sekolah kerana rupa-rupanya dia dapat straight A. Cuma namanya tidak tersenarai dalam list pelajar yang dapat straight A! Kesian pelajar tu. Tapi best ape. Mula-mula kecewa, lepas tu gembira. Alhamdulillah.

Hubby and I talked about SBP(Sekolah Berasrama Penuh), Sekolah Berprestasi Tinggi and Sekolah Menengah Asrama Harian. I beritahu hubby, untuk melayakkan diri ke sekolah sebegini, pelajar tu perlu excel kerana sekolah macam ni akan menerima pelajar yang bagus dari segi akademik dan ko kurikulum.
Hubby cakap ia tidak adil kerana setiap pelajar perlu diberikan hak yang sama.

Pendapat hubby ada betulnya tapi sistem pendidikan kita tidak begitu. Setiap sekolah yang bagus itu sangat menjaga mutu dan prestasi murid-murid. Kalau boleh, setiap kali ada peperiksaan besar, sekolah tu nak mencapai tahap 100% lulus. Untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai, mesti mereka akan memilih pelajar yang sesuai dan boleh membawa sekolah mencapai visi dan misi tersebut. Ok, I dah cakap formal sangat dah ni. Macam nak bersyarah pulak.

Dapat masuk SBP tidaklah glamour mana. Ok la, rasa macam terpilih tapi hidup di SBP memang jauh berbeza dengan hidup pelajar di luar. Kenangan betul.. kira susah senang, pahit manis, semua ada. Walaupun dah 12 tahun keluar dari asrama, rasa rindu betul kat sekolah. Pelajar di luar lebih rileks daripada pelajar di SBP. Anyway, did you know di awal penubuhan SBP, ia dibuka khas untuk pelajar-pelajar dari keluarga yang susah? Tu my mom yang cakap.

Ada seorang profesor pernah berkata, tidak semua pelajar sesuai dengan sekolah berasrama. Jika pelajar tu mampu hidup berdikari, seeloknya dia cuba masuk ke sekolah berasrama. Jika serba serbi mengharapkan ibu bapa, dia perlu berfikir 2-3 kali. Entah la. I rasa kalau pelajar tu jenis tak reti berdikari, lagi elok masuk sekolah asrama. Bagi dia belajar berdikari sikit. Dia kena gosok baju sendiri, basuh baju sendiri, lipat kain sendiri, jaga kebersihan kelas dan dorm, terlibat dengan aktiviti asrama.

Bila kat asrama, ko dah takde kerja lain melainkan belajar. Kalau nak rehat pun, petang boleh bersukan. TV pun boleh tengok di hujung minggu je. Tu pun ada waktu yang ditetapkan. Radio tidak dibenarkan (tu masa zaman I). Majalah tak boleh ada dalam simpanan. Apa lagi? Macam-macam peraturan kena ikut. So tinggal ape je? Study la.. ape lagi.



Bila dah 13 tahun keluar sekolah, korang akan terasa rindu hidup di asrama.

Hidup tak berakhir kalau tak terpilih masuk SBP. You can still try pulun habis-habisan untuk PMR. Lepas tu cuba masuk ke Tingkatan 4. Eh, tapi dengar cerita lepas ni takde PMR lagi. Betul ke?

3 scribble(s):

nieda said...

hostel byk mengajar hidup berdikari. Ada jadual yg dah ditetapkn. Ingat dulu bila masuk U, mcm terkejut skit. Pandai2lah nk manage hidup sendiri. Kalau kt hostel dulu warden akan guide. Semua tu kenangan. Rindu zaman sek, hostel dan u. Tinggal kenangan aje

Oya said...

Rindunya zaman sekolah asrama dulu...walaupun aku sempat merasa 2 tahun jer kat SBP, tp kenangan tu memang tak dpt dilupakan..tak sangka dah 13 tahun berlalu..kalau difikirkan balik memang agak stressful kehidupan di SBP ni..macam mana la kita boleh hadapi semua tuh eh dulu-dulu?

Aku terfikir gak, nanti bila anak2 dah besar, nak suruh depa masuk SBP and rasa ke apa yg kita pernah rasa dulu or let them choose their own way? ehehe

Liz said...

Nieda> Betul tu. Hidup sendiri kat hostel dan kat U ada banyak sgt beza. Kat hostel, kita ada warden untuk guide kita. kat U, pandai-pandai sendiri la.

Oya> Oya, maybe sebab kita dikelilingi rakan-rakan. So tak rasa stress sebab semua orang lalui benda yang sama. Kalau time exam pun, patutnya stress tapi kurang stress sebab kita study dgn kawan2.

Hehe, kalau anak aku.. aku nak paksa dia masuk hostel. Tak dapat SBP pun, cari hostel lain. Biar dia rasa hidup kat hostel tu macam mana

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.