Tuesday, November 20, 2012

Serious sombong

Sudah hampir 5 tahun I bekerja di office ni. Sudah hampir 5 tahun juga I "berjumpa" dengan salah seorang tenant di unit tingkat bawah office kami. Sekali pandang, muka dia memang nampak serious sepanjang masa. Dua kali pandang, macam sombong sangat la sampai I rasa susah nak tegur. Mana la tau bila ditegur, dia buat derk je kan.

But tadi, I nampak dia dari jauh. Masih serious. I terfikir juga. Entah-entah dia ni macam aku. Muka sentiasa nampak serious sampai orang salah faham dan ingat kita sombong.  Hati terdetik nak menegur tapi malu. Eh, entah-entah dia pun rasa macam tu.

Entah kenapa, kali ni dia pandang I. Dan spontan je I terus senyum kat dia. Terukir senyuman di bibirnya juga. Terus hilang muka serious dan sombong tu. I tanya kenapa dia selalu nampak busy. Dia menjawab dengan ramahnya. Bayangkan, selepas hampir 5 tahun baru nak berbual.. Rugi sungguh!

Tu la... kita jangan cepat judge orang. Betul tak? Yang sentiasa senyum tak bermakna hidupnya sentiasa ceria. Yang nampak sombong tak bermakna tak sudi berkawan. Kita kena cuba dekati orang lain. Baru kita tau dia ngam dengan kita ke tak.

So lepas ni boleh la I tegur dia selalu :)

2 scribble(s):

Syigim said...

(susah betul nak dpt baca posting ni! haha)

nice story to share, liz. kak punya neighbour depan ni org russia. tau la muka russian kan mcm nk makan org je. tapi skali senyum, terus nmpak seri dia. :)

Liz said...

kak syigim> kak, thanks for helping me! nasib baik akak tau.

hehehe, saya pernah jumpa russian. sekali je la. tu pun dia datang malaysia jalan2. tapi peramah pulak.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.