Wednesday, November 14, 2012

Nama anak kedua kami

A few weeks ago, I dapat soalan cepu emas dari cikgu Batrisyia di taska.

"Akak pregnant ke?"
"Eh, sape cakap???"
"Batrisyia cakap. Dia kata umi ada baby."
"Erk, pandai-pandai je. Dia tak tau lemak je yang banyak". Hehehe..

Tak tau la dari mana Batrisyia dapat idea tu.

Sejak beberapa hari lepas, Batrisyia sibuk cakap pasal adik. Dia tanya kenapa dia takde kakak, takde abang, takde adik. I jawab lump sum je, "Tisya la jadi kakak. Tisya jadi adik". Dan dia marah giler-giler kat I. Marah yang sampai dia membebel dan nangis sebab dia taknak jadi kakak, taknak jadi adik. Nak jadi Tisya je.

Ok, fine!

Perangai ni menjadi-jadi 2 hari lepas. Maybe sebab abi takde. So dia mengendeng I je. Dia tanya pasal adik lagi. Asal tengok baby kat TV, wajib cakap.. "Tisya nak adik" atau "Eii, comel la baby tu. Umi, Tisya takde pun adik". Dah tak bunyi macam request lagi dah. Dah macam bagi arahan kat kami... cepat-cepat la produce adik untuk dia. Kesian tengok dia nangis sebab takde adik. Serious masa tu I rasa bersalah giler.

Stress makcik dengan anak sorang nie. Paling sentap bila dia boleh selamba cakap, "Umi pergi la buat adik!". Apa kamu ingat buat adik tu macam pergi buat kek ke?

Dan dia tanya siapa nama adik dia kalau boy dan girl. Dia paksa bagi tau. So I bagitau. Kalau boy, nama dia Mikhail. Kalau girl, nama dia Zara. See, nama anak dah lama I "siapkan". Tapi rezeki tu takde lagi. Kena la simpan nama-nama ni buat pekasam.

Then, dia nak sangat ada baby girl. So dia buat derk dengan nama Mikhail dan jaja nama Zara sebagai adik dia. So far, tak dengar lagi dia sebut nama ni kat orang lain. Kalau la korang terdengar dia bawa propaganda yang adik dia nama Zara.. bla bla bla... janganlah terkejut dan ingat I rahsiakan apa-apa. Ahaks, tu semuanya angan-angan Batrisyia.

Korang yang ada anak tunggal nie, pernah tak hadapi benda-benda macam ni? It's not cute anymore bila dia dah mula menangis sebab takde adik :(

7 scribble(s):

nieda said...

alahai Tisya...
I doakan moga harapan tisya jadi kenyataan..selebihnya kita berserah dan tawakal

Masherna Mustafa said...

liz... sori ye sibuk lagi. tapi sonok ngat baca your entries. maklumlah dah tua2 ni baru nak start berblog. anyway back to the point. bijak dah tisya duk ask for babies. just nak kongsi sikit, akak ni pun kahwin dah lama. tapi rezeki anak dapat 6 years after that. and anak sulung tu, precious baby, as in he's the IVF baby. but alhamdulillah, the second one, born when his abang is only 2 and 3 months old.

ramai kawan2 akak pun mcm liz, ramai yg beranak tunggal sementara. nak dapat yg seterusnya lambat sikit. saja Allah nak uji. suh main lama2 sikit ngan yg sulung. Dia lebih tahu sama ada kita ready ke tak wpun pd kita, kita dah rasa ready more than 100%...

sori la... baru2 kenal dah banyak pulak celoteh. anyway take care and doa banyak2 kat Dia. mana tau rezeki tahun baru...

www.shakeezmom.blogspot.com

Ely Hasrul said...

it's not cute oso when sami, mami sami nk 2 baby (smbil tunjuk jari dua), sami suka baby, sami nk baby lagik, cpt la perut mami ade baby..

tisya insyaallah dpt adik, dpt zara, dpt jugak mikhail

good luck! haha

Liz said...

nieda> thanks nieda. insya Allah. we all dah macam rileks je tapi dia pulak yang push us to try harder! isk...

kak Masherna> thanks kak. Precious baby eh? Tu la, sebab tak dpt2 anak kedua, kitorang pun dah rasa Batrisyia tu macam precious baby! Hehehe. Betul, kdg2 kita rasa kita dah ready tapi sebenarnya Allah tu lagi tau apa yang terbaik untuk kita. Cuma bila nak terangkan hal tu kat anak, susah sikit la. Dia mana la faham. Skrg ni pulak dok layan dia yang suruh pergi "ambil balik" kakak/abang dgn adik dia kat syurga tu. Layan je la.

Ely> hehehe... sami suka babies!!! Nak dua tu. Dia tak puas main dengan Suci sorang la tu. Vavava... ko nak aku dpt sekali 2 ke? Yang no 2 pun tak lepas2. Hahhaa

AyuArjuna BiGoshh said...

heheh, cute Tisya, insyaAllah ada rezeki nanti Tisya dapat adik :)

Liz said...

kak ayu> insya Allah kak

Masherna Mustafa said...

hehehe... budak2 mana la nak faham. takpe mana tau kata2 dia tu Allah makbulkan. dapat twin terus. In Syaa Allah...
:P

p/s: very cute ayat amik balik kakak ngan abang kat syurga. clever girl.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.