Monday, November 05, 2012

Makcik kaya RM250!

I menunggu 1 kiriman pos laju dan 1 kiriman pos express hari ni. Tapi bila sampai office pagi tadi, nampaknya posmen dah hantar satu kiriman hari Sabtu lepas.

Alhamdulillah rezeki seciput dari blog ni. Nak buat apa? Nak buat pekasam dulu sebab vouchers ni takde expiry date. So bila rasa nak shopping, kita guna je la. Rasa macam rembat baju sehelai dua juga nie.

RM 250 =) 

Last weekend, ingatkan nak date dengan Skyfall tapi cik adik manis masih demam. Actually, dia dapat complete set. Demam, batuk dan selesema sejak Isnin. Demam on off. Pagi Sabtu tu, masih tak kebah. So tak jadi tengok wayang. Nak bagi dia betul-betul sihat. Takpe la, minggu depan kita layan Finding Nemo in 3D ye. Minah ni excited setiap kali tengok iklan padahal rasanya dia dah hafal jalan cerita Finding Nemo tu.

Demam-deman pun, nak main boling!

Kek di bawah ditempah oleh jiran depan rumah. Akak ni buat suspen je. A few days ago, abang depan rumah called. Dia kata, "orang rumah nak bertemu orang rumah". Ingatkan apa la. Memang aritu dia ada cakap nak tempah kek tapi kalau setakat nak tempah, boleh je bagi tau on the phone.

I suspen je. Bila mereka datang rumah, mereka kata nak order kek. Hihihihi. Akak tu nak Carrot Cake tapi dia taknak cream cheese banyak. Dia suruh lepa nipis-nipis je tapi dia nak letak buah strawberry kat atas kek. Wah, ni dah lain macam ni.

Carrot Cake with Strawberries

Kek ni untuk hari lahir anak mereka yang masuk umur 2 tahun. Dia taknak tulis apa-apa kat atas. Tapi I belikan juga candles dan wording Happy Birthday untuk mereka cucuk atas kek tu.

Now nak tunggu kiriman pos yang lagi satu. Tu pun agak ternanti-nanti juga :)

2 scribble(s):

eyndayusoff said...

Fuiyo banyak tu gift voucher rm250 :-)

Liz said...

eyndayusoff> alhamdulillah, rezeki sekali sekala

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.