Wednesday, November 07, 2012

Main doktor-doktor dengan doktor

Sehingga sekarang, Batrisyia cuak jumpa doktor. Cuak nampak nurse. Ni semua gara-gara melalui pelbagai pengalaman di hospital sejak umur sebulan. Bukanlah selalu masuk ward tapi ada la beberapa kali kena pergi emergency room tu. Masa kecil-kecil dulu, memang meraung bila jumpa doktor. Still remember satu scene nie. Doktor nak ambil darah kat tangan dia. Jadi doktor suruh kami duduk sementara dia dan Batrisyia di sebalik tabir. Dengar Batrisyia menangis. Doktor perempuan tu baik, dia tenangkan Batrisyia. Then, dia tanya, "Kenapa nangis?". Batrisyia dengan nada sedih menjawab, "Takuuuttt".

She was 2 years old!

Since that, kami cuba tanamkan idea dalam kepala dia yang tak perlu takut dengan doktor. Tak perlu takut makan ubat. Tak perlu takut jarum. I belikan dia mainan doktor-doktor. Siap stetoskop. Siap picagari. Ala, yang murah je.Masa I kena alergi baru-baru ni, I bawa dia masuk tengok doktor cucuk ubat kat tangan I. Biar dia tengok umi dia tak takut jarum pun.

Memandangkan batuk dan selesema dia tak baik sejak seminggu lepas, kami bawa dia jumpa doktor semalam. I determine nak pastikan Batrisyia tak merengek lagi. I want her to be brave. Jadi kat luar lagi I dah jadi "doktor". I pura-pura check her lungs. Suruh dia tarik nafas, lepas nafas. Hehehe... dia seronok. Tergelak-gelak main.

Sampai masa nama dia dipanggil, muka dah cuak. Aiyoooo! Tapi dia tak merengek. Ok je duduk sebelah doktor. Doktor check temperature, dia kaku macam patung. Bila doktor check her lungs, ok la sikit. Dia senyum-senyum. Doktor suruh buka mulut luas-luas,dia jadi patung balik Ok, I lupa nak main macam tu. Haha... tapi lepas tu dia buka juga mulut luas-luas.

Keluar dari bilik doktor, dia senyum dan beritahu I, "Tisya tak nangis pun. Tisya dah besar. Dah tak takut doktor". Bangga ke nak?

Umi lagi bangga!

7 scribble(s):

Maria Menado~ said...

comel. da tak takut dah dia.. hehe.

Liz said...

maria> alhamdulillah. kalau tak tu, confirm nak berdukung sebab takut doktor pegang dia

sya said...

comel!!!

Liz said...

sya> nak kena guna psikologi sikit

Masherna Mustafa said...

salam liz...

seronok baca ur tisya tak takut Dr. anak i masih menjerit wpun baru je masuk pintu bilik Dr. (and he's 2++ years). kena praktikkan cara liz la. beli brg mainan Dr and main ngan dia. very good idea... TQ...

www.shakeezmom.blogspot.com

Liz said...

Masherna> Salam Masherna. ur son baru 2++ years kan? dulu Batrisyia pun macam tu juga. Bukan baru nampak pintu, kat luar klinik dah nangis. Kalau jumpa doktor tu, mmg takde dia nak duduk kat kerusi. Memang melekat kat kitorang macam koala. Cuma baru-baru ni je dia berani sikit. Maybe sebab dia dah jarang jumpa doktor. Sebaliknya umi yang kerap jumpa doktor. So dia rasa berani sikit kot

Masherna Mustafa said...

ye la tu kot. sejak anak tak duk taska, jarang sangat dah sakit2. hehehe... semoga sihat je la anak sorang ni. and semoga adik dia pun sihat aje... amin...

www.shakeezmom.blogspot.com

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.