Wednesday, November 28, 2012

Life of Pi - Original and Adventurous

Last night, kami berpeluang menonton Life of Pi di Tropicana City Mall. Alhamdulillah, ada rezeki nak tengok in 3D apabila menang 4 CinePasses melalui contest di Red RM.

Dapat 4 keping tiket. It's in 3D so hanya 4 orang sahaja yang boleh masuk. So we brought along our niece. Bawa yang paling tua sebab cerita ni quite heavy. Nanti kanak-kanak kecil tak faham pula. Batrisyia lain sebab memang wajib bawa dia.

Duduk kat row depan la juga. Free seating tapi kami masuk tepat-tepat jam 9 malam gara-gara "Ayam siap lagi 12 minit kak" kata waiter kat KRR. Belanja niece yang telah mendapat keputusan UPSR dia baru-baru ni. So lepas hidangan sampai, makan cepat-cepat. Suruh hubby bawa semua orang masuk dulu sementara I belikan popcorn. Masuk je, filem dah bermula. Orang tengak gelak-gelak. Alaaa...... kenapa diorang gelak-gelak?

"Original and Adventurous". Memang ngam betul ulasan tu dengan filem ni.

Kisah ni mengenai seorang lelaki (Piscine) yang diberi nama jolokan "Pi". Dari kecil, dia suka mempersoalkan sesuatu. Dia sangat curious dengan kehidupan. Dia membesar menjadi seorang remaja yang biasa-biasa sahaja hinggalah pada satu hari, bapanya membuat keputusan untuk berhijrah ke Kanada dengan menaiki sebuah kapal kargo. Bapanya membawa bersama beberapa haiwan peliharaan di zoo milik mereka untuk dijual di Amerika Utara bagi menampung kos perbelanjaan kehidupan baru di Kanada.

Nasib tidak menyebelahi apabila kapal itu karam. Pi sempat menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah bot kecemasan. Bot ni rupanya macam sampan. Bersama-samanya ialah seekor harimau bengal bernama Richard Parker.

Macam mana Pi nak survive dengan seekor karnivor? Haaa... tu kena tengok sendiri movie ni!

I recommend tengok movie ni in 3D sebab kesannya lebih terasa real. Sangat cantik.

For me, jalan cerita ni quite heavy untuk kanak-kanak tapi dengan dialog yang bersahaja dan scene yang sedikit menghiburkan, kita tak disajikan dengan jalan cerita yang 100% serious. Ada masa kita akan tergelak, terdiam, sedih, menjerit dan rasa lonely macam Pi kerana stranded sorang-sorang kat lautan.

Ending part bakal merungkai segala-galanya dan filem ni membuatkan kita menyoal diri sendiri. "Which story we prefer?"

A big applause to Yann Martel (the writer), Ang Lee (the director) and David Magee ( the screenwriter).

2 scribble(s):

Syigim said...

geramnya! i LOVE the book! baca byk kali sbb best. kak tak baca pun review liz ni sbb nk tgk movie ni dulu! hihi terus scroll ke bwh nak komen.

after i watch the movie, i'll read ur review again!

Liz said...

kak syigim> huwaaaa... saya lagi rasa rugi sebab tak pernah tau buku ni wujud. tgk trailer dulu, lps tu baru tau rupanya filem ni based on a book. memang nak kena cari buku nie.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.