Wednesday, November 21, 2012

Batrisyia dan lelaki kacak

What will you say when your 4 y.o. little daughter says... "Ni abang Tisya. Umi, dia handsome kan?"

Henry Golding

I would say (dalam hati) "Wow!".

Ni semua gara-gara I kenalkan rancangan Without Boundaries kat Batrisyia. Lepas tu, dia layan Welcome To The Rail World dan baru-baru ni Batrisyia mula layan Without Boundaries - Islands and Beaches. Ok la, sebenarnya I yang suka layan tapi Batrisyia pun tengok sekali.

I suka tengok program macam ni sebab masa tu la kita boleh tengok tempat-tempat yang kita mungkin tak pergi. Lebih-lebih lagi pengacaranya santai dan tak plastik. Semua dia buat sendiri. Semua dia cuba. Even keluarkan rupa dia tak mandi pagi pun dia tak kesah. Who says pengacara perlu sentiasa smart dan cantik kan?

Cakap pasal Batrisyia, dia semakin emo bila tengok drama TV, baik drama Melayu mahupun drama luar. She will request to change the channel everytime drama tu mula sedih atau ada adegan suami mengamuk atau mak marah anak atau sesapa je la yang buat jahat. Bila drama seram, mulalah tutup mata dan jerit. Bila scene sedih, dia pun sedih sama. Masa dia tengok drama Ku Hijrahkan Doa semasa Maal Hijrah baru-baru ni, I tangkap dia sedang kesat air mata. Ye la, drama tu memang sedih kan? I pun hampir-hampir nak bergenang air mata. Mula-mula ingatkan dia gosok mata tapi sumpah nampak air mata dia mengalir.

"Tisya!! Tisya nangis ke?"
"Tak la. Ada habuk masuk mata" sambil sorokkan muka.

I tak percaya dia boleh cover macam tu. Hahahaha.  Memang puas kena kacau dengan I hari tu. Kat abi dia, I ulang kisah yang sama. Nak tau Batrisyia jawab apa?

"Tisya tak nangis la. Ada air mata je. Bukan nangis!"

2 scribble(s):

Irfa said...

IGT LAGI ADIK SAYA MASA UMUR LEBIH KURANG TU JUGAK..DIA MINAT ZAMANI
ASAL ADA MUKA ZAMANI-SLAM DLM MAJALAH,KECIK MCM MANA PUN GAMBAR TU..DIA BOLEH KENAL ZAMANI ;)

ANAK SAYA PUN 2THUN 10 BULAN DAH PANDAI CAKAP 'SIAN MAK DIA..NANGES'BILA TGK CITER SEDIH

Liz said...

kak Irfa> saya tak tau la masa saya kecik2 ada minat artis ke tak. hehehe...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.