Wednesday, October 03, 2012

Tidak layak menjadi pemimpin

Ingat tak masa kita kecil, kita senang berkawan dengan kanak-kanak lain. Baru berjumpa 5-10 minit, lepas tu terus geng. Kalau gaduh pun, sekejap je. Ayat klise, "Kita jangan kawan dengan dia". Tapi lepas tu, kawan balik. Semuanya nampak simple di mata kanak-kanak.

Kenapa kita tak boleh bawa sikap yang sama semasa kita dewasa?

Bila umur makin meningkat, semakin banyak pengalaman, kita semakin berhati-hati dengan kehidupan, dengan orang yang kita kawan, dengan rakan yang kita bergaul. Sesekali, kita tersilap laku. Jika diizinkan Allah, kita akan kembali ke pangkal jalan dan menjadi seorang yang lebih baik dan lebih hebat dari sebelumnya.

Tidak kurang juga ada yang masih bersikap seperti kanak-kanak yang I sebutkan tadi. Senang berkawan. Tetapi ada di antaranya bila sampai ke saat "Kita jangan kawan dengan dia", dia bertindak lebih dari. Malah lebih teruk, memulaukan orang. Menabur fitnah. Bergosip. Menikam dari belakang. Membuat kekecohan terancang. Melabel orang dengan nama yang kurang enak.

Malah ada sesetengah lelaki mulut macam longkang. Ada sesetengah perempuan, tak malu menjerit seperti orang diserang histeria. Tiada rasa hormat sesama manusia. Mereka yang I sebutkan ini bukan baru nak menginjak ke umur 20 tahun. Kebanyakannya dalam lingkungan 30-an, ada 3-4 orang tersesat dalam kategori umur 40-an. Semuanya sudah berakal.

I hilang respect terhadap mereka. Kamu mahu menjadi pemimpin tetapi berperangai sebegini?

5 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

kat tempat keje ayu ada gak spesis cam ni

Maria Menado~ said...

betol. kesian.

Liz said...

kak ayu> rasanya ada di mana2. cuma samada kita jumpa orang mcm tu ke tak je la.

maria> mmg kesian tgk orang mcm ni

Irfa said...

kanak2 hatinya tulus tiada dendam

Liz said...

Irfa> betul tu. semuanya mudah di mata mereka

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.