Tuesday, October 30, 2012

Once Upon A Time

Siapa tak pernah dengar kisah dongeng? Selalunya kita dah biasa dengar. Kalau tak tengok cartoon sangat pun, kita tau jalan cerita Cinderella, Snow White, Rapunzel, Pinnochio, Beauty and the Beast... betul tak?

And they lived happily ever after! Wajib ada ending macam tu.

Jadi bila I tengok iklan Once Upon a Time, memang tak terasa nak tengok. Ala, dah tau sangat jalan cerita Snow White. So buat apa nak tengok lagi.

Not sure samada siri ni ada keluar di Astro atau tak. I tengok Pilot episode di NTV7 minggu lepas. Kalau tak disebabkan watak utamanya, mungkin I tak tengok. Siapa watak utamanya?

Jennifer Morrison

Siapa kenal muka si cantik manis ini? Yes, dia pelakon siri House. Memang suka tengok dia berlakon. So I bagi chance la kat Once Upon a Time. Pilot baru keluar minggu lepas. Tersuka pulak! Hehehe...Ok la, jalan cerita memang la pasal Snow White and her Prince Charming... seven dwarves... tapi ada kelainan dalam siri ni.

Kisah ni masih berkisar tentang mak tiri Snow White yang super jahat. Cuma kali ni, dia masih hidup setelah Snow White berkahwin dengan Prince Charming. Queen bersumpah akan berbuat jahat dan kenakan sumpah ke atas seluruh kerajaan. Snow White yang ketakutan telah berjumpa Rumplestiltskin dan minta ramalannya. Rumplestiltskin memberitahu bahawa anak yang dikandung oleh Snow White boleh menyelamatkan mereka tatkala ia berumur 28 tahun.

Di hari Queen mengenakan sumpahan itu, Snow White selamat melahirkan anaknya. Mereka sempat "melarikan" bayi tu ke Our World (Dunia kita sekarang) melalui Enchanted Box. Queen yang marah telah meneruskan sumpahan dan membawa seluruh penduduk ke Our World dan hidup seperti manusia biasa. Tetapi memori mereka telah dipadamkan. Hiduplah mereka di Storybrooke, Maine.

28 tahun kemudian, baby tu membesar menjadi seorang wanita cantik bernama Emma Swan. Di hari lahirnya yang ke 28, dia buat wish agar dia tak perlu keseorangan lagi. Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak lelaki bernama Henry di muka pintu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai anak Emma. Emma membawa pulang kanak-kanak tu ke Storybrooke ( I know, I kat rumah dah rasa macam "Oh my.... ")

Dalam perjalanan, Henry menceritakan tentang kisah yang berlaku dahulu kala dan katanya, hanya Emma yang boleh memecahkan sumpahan tersebut. Emma tak percaya langsung. Henry minta Emma tinggal di Storybrooke selama seminggu. Kalau lepas tu Emma tak percaya, dia boleh balik ke tempat asal. So Emma tinggal di satu motel.

Malam tu, jarum jam di Clock Tower berdetik buat pertama kalinya dalam tempoh 28 tahun.. menandakan peperangan antara Emma dan Queen telah bermula.

Kalau korang rasa nak tengok, boleh tengok di NTV7, pada jam 9.30 malam, setiap hari Ahad.


8 scribble(s):

CHeeSYaNa said...

Citer ni sgt best!! Dah keluar astro HBO awal tahun.. pastu dlm 2 bulan lepas die ulang balik kat astro Starworld.. tak sabar nak tunggu 2nd season :)

Liz said...

yana> best ke? aku tgk pilot episode pun dah rasa best. macam lain dari yang lain. oo, kiranya dah keluar astro la eh. aku je yang ketinggalan. kalau astro tu, aku rajin layan Fox channel. huhuhu

CHeeSYaNa said...

mmg best.. my hubby pon layan citer nie.. yg best tu sebab die pandai relate kan semua fairy tales in 1 story.. bukan takat snow white n Rumplestiltskin jerk..

weed said...

Ni la cter yg aku ckp kat ko hr tu..heehe

Liz said...

weed> hahahah... giler dah lama ko cakap pasal benda ni kan?

zurainah said...

bes cite ni kak..sy tgk kt astro star world..tp sy tgk dh tgh2..tak paham..;(

Liz said...

zurainah > takpe. boleh start layan kat ntv7. sana baru masuk episod 2.

Sharizat said...

Sekarang nak tengok cerita OUAT kat tv mana ya ?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.