Monday, October 29, 2012

Hadiah hari lahir yang ke 30

Lemau rasanya lepas cuti selama 4 hari. Apa-apa pun, blog kena update.

Thanks to my family atas kek di bawah.

Chocolate Indulgence Cake 

Tak tau la siapa yang belanja kek dan satay, terima kasih. Birthday I dan adik ipar dekat-dekat (21 dan 23 Oktober), jadi celebrate sekali. Tahun depan, akan bertambah lagi sorang ahli keluarga yang sambut hari lahir pada bulan October. Total ada 4 orang so boleh celebrate ramai-ramai. Kasi gegar!! :p

Satay Tulang Jelebu! 

Satay ni pula kejadian malam sebelumnya. I rasa I dah kena "mandrem" tauke satay ni. Setiap kali balik Seremban, wajib beli. At least, kena makan 2 cucuk. This time, adik I tambah satay ayam dan daging pula. Not bad juga satay biasa dia. Lagi sedap dari kedai satay terkenal yang berdekatan. Cakap pasal satay, tak banyak kedai satay yang best kat sini. So tak boleh nak samakan dengan Satay Station kat KL ni. So far, Satay Station is the best tapi kalau satay tulang, Satay Tulang Jelebu tetap di hari.


My first Chiffon Chic from Pearl Haya

Hadiah hari lahir dari my sis dan bakal SIL. First time dapat beli tudung mahal. Selalunya tengok Dwi Chic je. Nampaknya semua orang dah minat PH. Dalam diam, my mom dah ada 15 helai PH. Sabar je la. I baru nak masuk 5 helai. Jangan ingat kami ni kaya nak beli tudung mahal-mahal. Kalau tak sebab bakal adik ipar kerja kat PH, tak merasa nak pakai. Tapi PH memang best la sebab awning tudung boleh dilipat. Senang nak simpan. Tak perlu gantung lagi. Paling best, tak panas dan selesa dipakai. Sesuai dengan motto mereka.. Wear It, Feel It, Love It. Yang tak best nya, saiz muka M cepat habis. So I banyak tak merasa nak beli yang lawa-lawa sebab ramai orang rembat saiz M. Kalau ada orang  nak belikan, boleh carikan I saiz SP2M. Hehehe... Dan PH, please la banyakkan saiz M tu. Selalu berputih mata.

Semalam adalah hari paling busy kot. Keluar rumah pukul 11 pagi. Nak dekat pukul 5 petang baru sampai rumah. Tujuannya? Setelkan bab bridal untuk majlis perkahwinan adik I. Alhamdulillah, setelah menerjah 6 bridal house sekitar Senawang, dapat juga yang berkenan di hati. Bab majlis ni, tak boleh cerita lebih sebab bukan I yang kahwin :)

4 scribble(s):

fiza said...

Happy belated birthday liz. Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan smoga kekal bahagia selamanya. Sedapnya kek tu.

syida said...

Happy Birthday Lisz...

Syigim said...

yummy cake! kak syigim dah lama xdpt bday cake sebulat besa mcm tu. slalu beli pakai slice je :) lucky u!

Liz said...

fiza> Thank you! Kek memang sedap.

syida> thanks syida.

kak syigim> hehe, yups.. lucky me. maybe family perasan kot saya sedih-sedih. ye la, selalu buatkan kek utk orang lain tapi bila sampai birthday sendiri, suami sendiri pun tak ingat. hmmm...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.