Wednesday, October 17, 2012

Bercuti di Al-Sakinah Eco Resort

Note: Sorry for the broken link. Re-publish this entry.

Tarikh family holiday tahun ni diawalkan bagi memberi laluan kepada adik bongsu untuk menduduki SPM. Kali pertama dulu, kami pilih tinggal di Tok Senik Resort. Kedua, Colmar Tropicale. Ketiga, Sungkai Hot Spring. Keempat?

Welcome to Villa Rayhan.

Actually, ni gambar sebelum balik. Hentam sajalah! 

Villa Rayhan ni terletak di Al-Sakinah Eco Resort. Ia didirikan di kawasan yang menghijau di Janda Baik, Pahang. Amboi, sebut Pahang macam la jauh sangat. Padahal, dekat je. Ada la dalam sejam perjalanan dari KL. Al-Sakinah Eco Resort bukan setakat ada villa. Kat sini juga ada River Lodge. River Lodge ni ala-ala hotel room. Macam kami, kami pilih villa je sebab senang duduk bawah satu bumbung.

Masa buat keputusan nak ke Janda Baik, pening kepala juga mencari tempat penginapan. Kebanyakannya menawarkan chalet yang sesuai untuk lepak-lepak masa berpiknik. Kalau ada yang sesuai untuk bermalam pun, harganya agak mahal. Kalau kami pergi bercuti, sekurang-kurangnya kena tempah 4 bilik. Darab 4, then darab 2 hari, memang mahal sudahnya. Villa Rayhan sangat sesuai dengan kami.

Kawasan ni memang mendamaikan kerana ia dikelilingi pohon menghijau dan bunga-bunga cantik berwarna warni. Dengar cerita, owner tempat ni memang suka menanam bunga. Janda Baik amat sesuai dijadikan lokasi bercuti jika korang pilih untuk berehat dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Aktiviti yang boleh dibuat di sini ialah berkelah di air terjun dan jeram, hiking dan memancing. Once dah buat tempahan, eloklah bertanya kepada mereka apa yang disediakan di sana. Kalau menginap di private property sebegini, tidak semuanya disediakan macam hotel 5 bintang. Jadi kalau kita bertanya, kita tau la apa yang perlu dibawa. Ahaks, macam I, memang macam-macam soalan I tanya. Sampaikan berapa helai selimut pun I tanya. Sorry En. Arifin. Saya sekadar bertanya sebab kalau tak cukup, boleh bawa dari rumah.

Gambar diambil dari gazebo

Untuk ke Al-Sakinah Eco Resort, kereta perlu diletak di tepi jalan. Kemudian, kena melalui jambatan gantung untuk ke seberang jeram. So kalau bawa banyak barang, kena la ulang alik beberapa kali. Takpe, exercise sikit! :)


Kemudian, akan jumpa River Lodge dulu. Nampak simple dari luar. Di dalamnya, korang boleh pilih samada nak bilik yang ada 1 Queen Sized Bed + 1 Single Sized Bed atau 3 Single Sized Beds. Basic amenities ada disediakan. Di hadapan River Lodge, ada bunga-bunga kecil yang cantik. Geram tengok warnanya! Di sepanjang laluan ke Villa Rayhan, ada pelbagai pokok bunga, sayur dan pokok buah markisa.

Jalan masuk ke Villa Rayhan


Villa Rayhan terletak di sebelah kolam ikan. Villa ini mempunyai 3 bilik tidur. Master Bedroom ada queen sized bed. Bilik pertama ada 1 queen sized bed dan 1 single sized bed. Bilik kedua ada 2 single sized beds tapi boleh dicantumkan. Semuanya di tingkat bawah. Tingkat atas pula merupakan hall panjang yang memuatkan 5 Single Sized Bed. Ada 2 bilik air di tingkat bawah dan 1 bilik air di tingkat atas.

Villa ini juga ada ruang tamu yang luas (tidak ada banyak perabot), TV with Astro channel, dapur, BBQ pit di luar dan gazebo untuk berehat. Basic amenities macam tuala dan sabun ada disediakan tapi toiletries kami bawa sendiri dari rumah.

Gazebo tempat melepak sambil memancing 

Nasib baik bawa toto dari rumah. Lantai sangat sejuk!
Satu hari kami melayan drama series Missing dari Episod 1 
sampai final episode  yang keluar pukul 8 malam.
Lepas tu, emo bila ending berakhir macam tu.

Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, seronok juga stay kat sini sebab terasa suasana kampung. Lebih-lebih lagi bila cuacanya memang sejuk! Mungkin sebab hujan kot. Siang pun sejuk dan berselimut kat ruang tamu. Bayangkan waktu malam! Jadi eloklah bawa extra selimut dan stokin. Hehehe.. Kopi O panas memang sangat laris! Sekejap bancuh, sekejap juga habis. Kalau nak duduk sini, boleh request mereka sediakan makanan tapi tu harga lain. Kami buat keputusan untuk masak sendiri je. Ala, masak simple-simple tapi tetap licin. Sejuk-sejuk ni, cepat lapar. Telur mata kerbau buat masak kicap dan sambal sardin pun boleh jadi berebut. Hahaha…


Lebih-lebih lagi bila meja makan diletak di luar rumah. Perghh, memang feeling habis. Pagi-pagi layan Kopi O Panas, jemput-jemput kentang cicah sambal sardin, roti telur. Dapat pulak tiba-tiba menerima kunjungan mengejut dari Tan Sri Dato’ Syed Hamid Albar. Rasa segan ajak dia breakfast jemput-jemput je.

Aktiviti lain yang boleh dibuat ialah memancing di kolam ikan yang disediakan. En. Arifin ada berpesan. Kalau ikan tu kecil lagi, lepaskan. Kalau besar, boleh ambil. Hanya perlu bayar RM10 untuk sekilo. Katanya, bawa la pancing kalau teringin nak memancing. Rupanya, kat situ pun dah disediakan pancing kayu dengan mata kail. Ko tinggal bawa roti Gardenia je. Haha, dapat juga ikan. Mana yang kecil kami lepaskan. Yang besar, selamat buat ikan bakar. Sedap!

Kalau korang berminat untuk ke sana, boleh call En. Arifin di 016-682 9423. Now, jom layan gambar.

Ikan pertama yang Batrisyia pancing. 
Dia pancing sendiri tau.

Jeram di sebelah Al-Sakinah. Tak payah berkelah jauh-jauh

1368 

Our main sponsor : Mama dan Papa 

The biggest catch of the day. 

Papa tolong siang ikan sebab semua orang tak berani siang ikan yang masih hidup.

Tauhu sumbat terbaik sepanjang zaman! 

BBQ

Sempat mandi manda sebelum hujan turun 

Gambar wajib!

Nota: Semua maklumat tentang Al-Sakinah Eco Resort yang dipaparkan di sini adalah valid untuk tarikh ini. Diminta menghubungi En. Arifin bagi mengetahui sebarang perubahan.

7 scribble(s):

Maria Menado~ said...

waa.. bestnya.

Syigim said...

bawak toto mcm rumah sendiri! best! kak pun suka bwk toto/comforter bila travel esp for the kids. :)

mama & papa tu nmpak muda & sihat belaka, alhamdulillah :)

Liz said...

maria> memang best! cubalah ajak family ke sana.

kak syigim> ahaks, memang dari awal dah bercadang nak bawa toto. senang semua org nak baring-baring depan tv.

mama umur 52, papa umur 53. alhamdulillah, masih sihat.

JANDA BAIK said...

terima kasih.
karangan yang sangat bagus. berbaloi kami mungusehakan resort ini untuk jadi cantik.
arifin&rusma.

Liz said...

En Arifin dan Puan Rusma> terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi tempat ini dengan orang lain

yaNa MaLeK said...

As Salam,

Nak tanya brapa semalam? boleh x nak cater untuk 40 lebih orang dalam satu villa tu rasa2 nya?

TQ

Liz said...

Salam Yana,

Better awak call En. Arifin di 016-682 9423 untuk pertanyaan lanjut sebab harga mungkin berubah-ubah jika saya paparkan di sini. Saya taknak in future, ramai ikut harga yang saya paparkan :)

Dalam satu villa tak muat untuk 40 orang. Maybe awak boleh sewa villa dan lodge. Bila ada aktiviti utama, boleh ramai2 berkumpul di vila. Kalau semua nak tidur di vila, tak sesuai rasanya.

Diharap membantu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.