Friday, September 21, 2012

Yeay, Batrisyia disahkan masuk ke tadika itu

"Congratulation! Your child is selected to enroll in our kindergarden for 2013 session"

Sangat happy bila dapat sms dari pengetua tadika. I buat online registration pada tahun lepas sebab risau ramai yang akan mendaftar kemudian. Tu pun pengetua yang sarankan. Katanya, tadika ini menjadi pilihan ramai ibu bapa di kawasan sekitar kerana menggunakan TLCP.

Alhamdulillah sangat bila nama Batrisyia tersenarai untuk kemasukan tahun 2013. Cuma tak sangka kelas Batrisyia akan diadakan pada sesi petang. Pengetua telah berbincang dengan founders TLCP dan dia disarankan membuka sesi petang agar dapat memberi perhatian lebih untuk pelajar yang baru memulakan sesi di sana untuk tahun hadapan. Katanya, pelajar 4 tahun yang masuk sesi tahun ni semuanya telah pandai membaca. Jadi, kelas tidak boleh dicampurkan.

Mula-mula, I ragu-ragu juga nak confirm kan tempat Batrisyia di sana. Petang? Urm, budak tak mengantuk ke? Nanti hilang konsentrasi belajar. So I called Pengetua untuk dapatkan explanation dari dia. Lepas dapatkan explanation, barulah rasa lega.

I have to put my trust on my own child instead of worrying that Batrisyia will lost her concentration in the class. Tak patut rasanya I set limit untuk diri dia. Itu tak boleh, ini tak sesuai. As a mother, kita kena percaya pada kebolehan anak kita sendiri.

Ok, maybe ada yang tertanya-tanya apa itu TLCP. TLCP or known as The Little Caliph Programme is an Islamic-English-Creative pre-school program that helps pre-school children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential. Ayat sebijik-sebijik dari website mereka. Hehehe.

I mula mengenal TLCP dengan lebih lanjut melalui satu program di TV3. Rasanya Majalah 3 kot. Selama ni dengar tentang The Little Caliph je tapi bila dah tengok program tu, rasa tertarik sangat dengan kaedah pembelajaran yang mereka gunakan. Batrisyia pun suka sangat tengok program tu masa tu sampaikan dia sendiri minta pergi tadika macam tu.

Why not?I cuma minta  tadika yang Batrisyia masuk tu gunakan English sebagai salah satu bahasa dalam pembelajaran dan tadika tu mesti tadika Islam. For me, English is important. Bukan tak mendaulatkan Bahasa Melayu tetapi kita perlu sedar betapa pentingnya bahasa Inggeris di zaman sekarang. Silibus pulak mesti ada Islamic module sebab Islam tu perlu diterapkan dari kecil.

Memang itu tanggungjawab ibu bapa tetapi I sedar, I pun tak la sehebat mana. Siang dah kerja, malam sambung buat kerja rumah. Bila nak ajar anak tentang Islam? Yups, kami ajar dia berdoa, ajar dia solat, ajar dia apa yang boleh apa yang tak boleh buat tapi semua tu yang surface je. Untuk betul-betul mengajar tentang Islam, kami belum sampai ke tahap tu. That's why we choose Islamic kindy. That's why we choose TLCP. I pun dengar banyak positive feedback dari parents yang pernah hantar anak ke tadika di bawah TLCP.

Kalau korang perasan la, kanak-kanak ni lebih dengar cakap teacher dari cakap parents. Betul tak? Bila parents cakap, kadang-kadang dia bolayan je. Tapi kalau teacher cakap, bulat-bulat dia ikut! I tertarik nak berkongsi satu cerita tentang sepupu Batrisyia.

Nama dia Muhammad Danish Hazim dan dia berumur 5 tahun. Belajar di tadika PASTI. Ramadhan baru-baru ni, mak dia sedikit pun tak minta anak dia berpuasa sebab memikirkan dia baru berumur 5 tahun. Macam kecil lagi ke kan? Kita puasa hari Sabtu kan? So Sabtu, Ahad.. Danish tak berpuasa. Isnin dia pergi tadika. Petang tu pergi bazaar Ramadhan, mak dia belikan air untuk anak. Anak dia minum je la. Nama pun budak 5 tahun. Lurus je akalnya.

Esoknya tu barulah mak dia tahu yang Danish berpuasa pada hari Isnin tu. Sebab tadika Islam memang ajar budak berpuasa. Tiada makanan disediakan.Kitorang yang dengar ni rasa kagum  sebab Danish berpuasa "penuh". Abaikan 3 hari mak dia tak suruh dia puasa dan 1 hari yang Danish kata dia memang lapar. For me, that's a big achievement for a 5 years old boy!

Registration fees? Lebih RM1k la juga tapi I anggap ni pengorbanan kami untuk Batrisyia. Awal-awal I dah kumpul duit fees ni. Melepas tengok concert Maroon 5 malam tadi pun sebab memikirkan fees ni la. Rasa macam sayang je nak guna beli tiket. Ahaks, ni dah terpesong cerita pulak kekdahnya.

Takpe la... anak pun sorang!

2 scribble(s):

FaZahra said...

Hi Liz, lama i xkomen kt sini..byk update dah terlepas..sorry3..

Congrats Batrisyia!..

me belum decide nak htr my 1st g kindergarten mana..tgh research lagi ni..huhu..susahnye nak pilih

Liz said...

FaZahra> hi awak. hehehe, saya pun dah lama tak komen kat blog awak.

pening kan nak pilih tadika? takpe, cari perlahan-lahan. lama2 dpt la yang dicari

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.