Thursday, September 27, 2012

When the drugs kick in

Note : Entry ni khas untuk rujukan I di masa akan datang. Mana la tau lepas ni selalu pulak kena. Senang nak explain kat doctor. Feel free to comment if you have anything to share.

2 hours after I posted up this post, my allergy appears =(

Macam aritu juga. Mula-mula kaki gatal. I tengok tiada pun red mark ke ape. So garu sikit.Lepas tu terasa lagi. I biarkan je. Ada la dalam setengah jam kemudian kot, bahagian lain pulak rasa merenyam. Alamak, lain macam je ni. Bila tengok balik, kedua-dua belah kaki dah kena “serang”. Kat tangan pun dah mula naik. I left my medication at home. Nasib baik I kena tu sekitar jam 3 petang. So menahan diri daripada menggaru. Seksa sebab badan gatal tapi tak boleh buat apa.

Balik kerja, terus mandi dengan air panas. Letak ubat sapu. Pil dah habis. Masa solat Isyak’, memang tak dapat nak khusyuk sebab satu badan rasa pedih. Berdoa pun mengalir air mata, minta Allah sembuhkan penyakit ni cepat. Lepas dinner, terus ke klinik. Doktor tengok reaksi allergy tu. I cakap, alergi 2 minggu lepas hanya betul-betul baik selepas 4 hari. Dia terkejut. Ye la, dulu dia ingat sehari dah surut. Tu pun I yang paksa dia bagi MC. Simply because I know this disease better. Wah wah, syabas la eh sebab dah 6 kali kena benda yang sama sejak 9 tahun yang lalu!

Terus serahkan lengan untuk anti-histamine injection. Sejam selepas tu, I “berperang” dengan kegatalan dan bengkak di kawasan yang terlibat. Malam tu, ada juga call boss. Bagitau yang allergy tu datang balik tapi I akan tetap datang office. Kalau teruk sangat, I nak balik awal. Dia macam tak percaya. I jarang ambil MC. So maybe ada sedikit rasa tak percaya kot. Normal la kan. Nama pun bos. Somehow, I rasa mamai sangat. Terus masuk tidur.

 Pagi Rabu, bengkak surut. Badan tak gatal. Alhamdulillah. But I know second wave is coming. Dan ia datang seperti yang diduga. Rasa pedih mengatasi rasa gatal menyebabkan I rasa tak tahan sangat. Elok pulak tengah hari kena jumpa bos. Terus sinsing lengan baju, bagi dia tengok tangan yang dah membengkak dan merah. Terus dia diam. Lepas tu terlebih concern. Dia pulak yang risau. See, ingat I tipu ke?

I tak tau la sebab ubat-ubat yang I ambil ke ape. Cuma minda berasa macam di awang-awangan. Anggota badan buat kerja tapi otak ni macam taknak berfungsi sangat. Susah nak explain. Something is definitely wrong with me.

Balik kerja, terus pergi Emergency Room. Cukuplah pergi clinic kan? Kalau boleh, taknak pergi Emergency Room sebab lebih ramai orang yang lagi parah. Tapi tak tahan sangat dengan gatal ni. Doktor pun ada cakap, kalau bengkak naik semula, terus ke hospital.


Tekanan darah sedikit rendah. Doktor checked sikit je. Lepas tu minta jururawat bagi 2 jenis injections. Nama ubat-ubat tu panjang sangat. Dah lupa pulak. Yang pasti, satu tu dia bagi 9ml (syringe besar betul). Satu lagi hanya 1.5ml tapi ubat tu mengantuk. Tangan jadi sejuk dan keras lepas tu. First time rasa macam tu. Then, bagi 2 jenis pil dos tinggi untuk I makan selama 3 hari. Kalau still tak baik, kena datang ke hospital semula. Kalau tiba-tiba sesak nafas atau tak boleh menelan dengan baik, kena terus pergi Emergency Room.
Then, I asked her about the allergy test.

"Oh, kita takde test tu kat sini". Senang je doktor jawab. I think doktor sepatutnya beri penerangan yang betul. Bukan just simply bagi jawapan yang akan membuatkan pesakit senyap. Takkan la hospital kerajaan yang  mempunyai klinik doktor pakar di bangunan yang sama tidak langsung menawarkan test sebegini. Mustahil kan?

Sebenarnya, dah jadi prosedur hospital kerajaan untuk merawat pesakit. Mula-mula bagi ubat. Kalau ubat tak berkesan, baru pergi next step. Bagi dos tinggi pulak. Kalau tak jalan juga,baru buat test untuk mengetahui punca allergy. Sebenarnya, tu prosedur untuk kebanyakan penyakit biasa. Prosedur pernah diterangkan kepada I oleh seorang doktor satu tika dulu.

So doctors, tolong jangan beri alasan mudah. Kalau dapat orang macam I yang boleh berfikir, takpe la juga. Kalau orang yang main terima je alasan tu, mesti dia rasa hospital kerajaan ni serba serbi kurang sedangkan hospital kerajaan pun sebenarnya setanding hospital swasta.


Bangun pagi tadi, bengkak dah hilang tapi merah-merah tu masih ada. Sangat gatal. Ambil pil kali kedua. Lepas tu baru ok. Hopefully I boleh sihat menjelang esok sebab I nak berehat kat rumah. Kerja kat rumah semuanya terpaksa diketepikan buat seketika. Tengok kain menggunung, siap kau.. malam ni aku lipat!

2 scribble(s):

Irfa said...

alergik ubat kot

Liz said...

Irfa> tak kot sebab takde ambil apa2 ubat sebelum tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.