Tuesday, September 04, 2012

Satay Tulang Jelebu

I mula teringin nak makan satay tulang sejak tengok Best In The World. Selama ni I memang nampak gerai ni setiap kali I pergi Satay Hj. Samuri. Berasap-asap dari tepi jalan tapi tak pernah cuba.

Tapi penangan Razif yang suka makan tu membuatkan I teringin nak mencuba. Masa balik bulan puasa tempoh hari, I minta hubby bawa ke gerai ni dulu.

Satay Tulang Jelebu terletak di Taipan Senawang atau lebih dikenali sebagai Dataran Senawang di kalangan warga Seremban. Lokasinya senang je. Tau Ice Room? Di seberang jalan ada Restoran Bundo Kanduang kan? Haa, gerai tu di luar restoran tersebut.

Price tag agak straight forward. Gerai ni hanya jual satay tulang, satay ayam dan satay daging. That's it! Harga agak berpatutan sebab satay yang disediakan sedap dan dibakar dengan baik. Baik bagi I bermakna masak sepenuhnya dan ala-ala ada kesan terbakar sikit eh. Lepas tu mesti panas.

Amboii... senyum akak ni bila minta bergambar. Nampak tak orang kat belakang tu. Haa, semuanya tunggu satay! Korang boleh makan di meja yang disediakan dan order minuman dan makanan lain dari Restoran Bundo Kanduang.Takde hal la. I rasa dah macam satu usaha sama pulak sebab bila restoran ni buka lagi satu cawangan di belakang Giant, gerai satay ni pun buka lagi satu cawangan di tempat yang sama.

Jom tengok satay tulang.

Bila I sebut "satay tulang", ramai yang tak dpt imagine rupa satay nie. Macam mana pula kita nak makan tulang? I pun fikirkan benda yang sama juga. Untuk pengetahuan, satay tulang ni bukanlah tulang semata-mata. Satay tulang ni diperbuat daripada lebihan ayam yang digunakan untuk buat satay ayam.

Bila dia gunakan ayam untuk buat satay ayam, kan ada lebihan daging-daging ayam yang terlekat di tulang. So tulang tu la yang mereka gunakan untuk dicucuk di lidi satay, dibakar dan jadilah SATAY TULANG YANG SANGAT SEDAP!

Ok, tekak masing-masing tapi bagi I, sedaplah juga! Bak kata Razif, sekali makan.. lepas ni tak pandang satay biasa dah. Hmmm, agak terkena dengan diri I juga la sebab asal nak makan satay, I terbayang satay tulang.

Besar punya! Satay ni bukan tulang semata-mata. Ada banyak daging ayam juga. Dan makannya perlu gunakan tangan untuk mendapatkan kenikmatan sebenar. Makan pun kena ambil masa... pelan-pelan kunyah. Ada pula yang tercekik tulang nanti!

Lihatlah muka mereka yang menikmatinya. Muahahaha. 

Nak tengok gambar lain yang lebih hebat? Boleh check website Best In The World.

Untuk mereka yang datang dari luar Negeri Sembilan, korang boleh cuba datang ke sini juga. Ikut North South PLUS Highway. Keluar ke exit Senawang. Lepas tu jalan terus dan terus dan terus sampai jumpa Giant Hypermarket di sebelah kanan. Belok kanan ke Giant Hypermarket. Di sebelah Giant ada kawasan deretan kedai. Itulah Taipan Senawang. Lepas tu tanya la orang kat mana gerai nie. Hehehe. Tapi gerai ni buka waktu malam sahaja.

Selamat mencuba!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.