Tuesday, September 25, 2012

Sakit itu satu kifarah

Bulan ni memang menguji kesabaranku. I mengaku, kadang-kala kesabaran memang teruji lebih-lebih lagi bila penat. Kerja pulak macam tak putus-putus. Masa tu rasa nak masuk tidur je. Kadang-kadang dah macam melepek kat sofa.

Kira dalam sejarah la kot, bulan ni paling banyak telan ubat. Macam-macam jenis ubat I ambil. Ubat batuk pun dos kuat sampaikan lepas setengah jam telan, terus masuk ke alam mimpi.

Banyak dosaku nampaknya =(

Pergi Cameron Highlands, beli carrot banyak sikit sebab ada orang order Carrot Cake. Lepas siapkan tempahan, ada lagi carrot berlebih. Cream cheese pun ada lebih. Bakal berlaku pembaziran di situ. So I whipped up another batch (half the recipe, of course). Lepas dah siap, rasa takde selera sebab tekak rasa macam pasir.

Potong, hantar ke JMB meeting yang kebetulan dijadualkan pada hari tu. Sekejap licin. Alhamdulillah.

Dibuka untuk tempahan

Carrot Cake sesuai untuk mereka yang inginkan manis semulajadi. Penggunaan carrot dan golden raisins membuatkan kek ni manis. Nak tau macam mana kek ni boleh terhasil? Pada zaman dahulu, orang susah nak dapatkan gula sebab harganya tinggi. Jadi mereka gunakan carrot sebagai agen pemanis dalam kek.

Doakan I cepat sembuh kerana I ada project nak kejar!

3 scribble(s):

FaZahra said...

aii..sakit2 pun sempat ber carrot cake..hebat..sungguh menggiurkan cake itu..hahaha..Semoga cepat sembuh Liz!

Farr said...

get well soon liza!

Liz said...

FaZahra> terpaksa menyempat diri sebab customer dah bg confirmation seminggu sebelum tu. repeat customer pula tu. kesian pulak kalau cancel last minute sebab dia nak jamu untuk jamuan. thanks awak! hmm, a few hours lepas post ni keluar, my allergy is back and it feel sucks!

Farr> thanks farr!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.