Wednesday, September 19, 2012

My first Kleenex® Ultra Soft Fresh Scented Experience

I am a big fan of Kleenex®. Why?
-Tisu nya lembut tetapi kuat dan menyerap dengan lebih baik berbanding jenama tisu lain.
-Didatangkan dalam kotak dan packaging yang cantik.
-So many variety. Nak tisu apa? Tisu muka, tisu tangan, tisu basah, tisu kereta? Semua ada.

Tisu kat ruang tamu 

Tisu kat dapur. 
Vintage edition ni memang menjadi kesukaan sebab kotak cantik!

Moist Wipes dalam handbag.
Berguna masa hujan lebat sebab boleh guna untuk lap kaki yang kotor.

Separuh daripada stok Kleenex kat rumah

Bak kata my bestfriend, “Kau kan duta Kleenex®!”.

 Jadi bila I diajak untuk mencuba produk terbaru Kleenex®, I hairan juga. Produk apa lagi ni? Bukan semuanya Kleenex® dah ada ke? Tuesday morning, I dikejutkan dengan kehadiran sebuah kotak. Bukan I sahaja yang terkejut. Orang lain juga. Kenapa? Kerana ini.

Sniff Before You Open!

Wah, tak pernah dapat kotak yang menyuruh I sniff dulu sebelum buka. It turned out that the box was so… mmm, wangi! First time dapat kotak berbau wangi. Oleh kerana I terima kotak ni di office, I tak buka dahulu. Bau wangi tu menerawang ke seluruh office sampaikan ada yang tegur, “Bau apa yang wangi ni ye? Sedap bau!” Apakah kandungan dalam kotak tu sampai mengeluarkan bau semerbak harumnya?

Balik rumah baru buka kotak ni. It can’t be the candles that come together with the Kleenex® tissues. Wait a second, takkan bau tisu ni kot?!

Rupanya memang bau tisu ni la. Ok, this is something new. I never expected this! Memperkenalkan Kleenex® Ultra Soft Fresh yang baru! Ini ialah tisu tandas berbau wangi yang pertama di Malaysia. Sniff sniff!

Kalau sebut jenama Kleenex®, rata-rata dah tau yang Kleenex® mengeluarkan pelbagai variasi tisu yang berkualiti untuk digunakan seisi rumah. Tisu Kleenex® sangat lembut tetapi kuat dan lebih menyerap. Rumusan 3 helai yang digunakan dalam pembuatannya menjadikan tisu Kleenex® kekal kuat walaupun basah!

Dalam kajian yang dilakukan oleh pihak Kleenex®, mereka mendapati bahawa sedikit kesegaran tambahan dapat memberi kesan positif yang mendalam kepada rutin seharian seseorang. Kerana itu mereka memberi inovasi terbaru dalam tisu yang mereka keluarkan iaitu dengan mengeluarkan Kleenex® Ultra Soft Fresh tissues which have a Natural Fresh Scent.
Untuk pengetahuan, Kleenex® Ultra Soft Fresh  didatangkan dalam pek 10 rolls dan pek 20 rolls dengan harga RM 17.95 dan RM 33.10 sahaja.



Mesti ada yang rasa tisu yang berbau wangi tidak mendatangkan apa-apa kesan pun. Akhirnya, tisu tu kotor juga kan? Betul juga tapi kalaulah tisu sewangi ni diletak dalam bilik air, bilik air pun boleh jadi wangi. Kalau untuk orang macam I yang membasuh baju guna mode “cucian tangan”, dengan bau Kleenex® ni “menyambut” I di bilik air, rasa tenang dan rileks.


Lama-lama memerap dalam bilik air pun I rela :)

Bau wangi tapi bilik air tak lawa pun tak best juga!”. Ada yang kata begitu? Teringin nak menang hadiah berupa pengubahsuaian bilik mandi bernilai lebih dari RM40,000?

 Nak bilik air secantik ni?

Apa kata korang sertai Peraduan “Kleenex® Refresh Your Bathroom” pada bulan September ini di laman Facebook Kleenex Malaysia.
Apa yang anda perlu buat hanyalah beritahu kenapa anda perlukan bilik mandi anda “disegarkan” oleh Kleenex®? Senang? Haa, kalau senang, sila join contest ni dengan memberi jawapan yang paling kreatif! Mereka mencari 3 pemenang Grand Prize yang bakal memenangi:

1. Bathroom Makeover bernilai RM10,000 (termasuk accessories dan child-friendly items)
2. Bekalan Kleenex® Ultra Soft Fresh tissue selama setahun
3. 2 muka surat coverage dalam majalah Parenthood

Untuk maklumat lanjut tentang produk baru ini, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-toll) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

Sebab bau tissue ni wangi, I terfikir juga kat mana lagi I boleh gunakan Kleenex® Ultra Soft Fresh .

Bagi satu kat hubby sebab dia tengah selesema teruk. Lepas sebelah katil. Harapnya dengan bau tisu yang wangi tu, kuranglah "penderitaan" dia menghadapi selesema.

Well, maybe I can be a little romantic this time by writing a lovely note on Kleenex® Ultra Soft Fresh tissue and put in my hubby’s pocket!

Surprise!

2 scribble(s):

BugBahrain said...

boy band habis notes utk cik abang.. hahahah

Liz said...

Bug> tau takpe. hahahaha... ala, bukan dia tau pun lagu apa. dia tak layan boyband

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.