Monday, September 10, 2012

Gambar-gambar raya

Orang lain share gambar raya, I pun nak share juga. Gambar kami ada yang serious, ada yang spontan. Jom tengok.

First, gambar kanak-kanak masa Hari Raya Pertama. Tema semuanya kena berjubah. Girl jubah warna hitam. Boy jubah warna putih. Muka masing-masing serious mungkin sebab kena paksa berdiri luar waktu matahari betul-betul atas kepala. Nasib la. Janji lighting ok. Jubah Batrisyia beli yang murah je. Brand JBaby. Bayar RM5 je lepas gunakan voucher RM50. Amacam, ada ala-ala Extreme Couponing tak? Hahaha.

Ni pulak gambar masa on the way beraya ke Rembau. Kami tumpang kereta adik sebab senang hangkut kanak-kanak riang ni. Sudahnya, suasana ter-over meriah di sepanjang perjalanan. Ni baru 3 orang. Pening kepala melayan. Especially kanak-kanak yang nampak paling pemalu kat dalam gambar tu.(Hint: dia paling belakang). Jangan ingat dia pemalu. Dia la paling lasak. Masa ni kereta berhenti di tanah perkuburan. Sebab tu diorang boleh berdiri. Kalau tak, jangan haraplah! Kami akan jerit suruh duduk diam-diam.

Tema "Shades of purple" ni gambar masa hari adik I bertunang. Still kira raya la kan. Adik bongsu I nak jadi lain dari yang lain. Dia pakai baju warna hitam. Lepas tu kitorang paksa tukar sebab kononnya nak bergambar 5 beradik. Sudahnya tak bergambar sebab lagi 3 orang menghilangkan diri masa kat rumah perempuan. Lepas tu dia ungkit-ungkit pasal paksa dia tukar baju. So hamek ko, ni gambar yang sempat snap. Gambar ni pun ambil sebelum bertolak ke rumah perempuan. Kira ok la tu. Dia kata, dia senyum macam tu sebab nak ada kelainan. Isk..

Gambar paling menyelerakan sebab ada Mc Chicken, Spicy Chicken, GCB, fries.. hahaha. Adik no. 3 belanja lepas dia selamat bertunang. Malam tu semua orang malas nak masak. Dia belanja McD sebab semua orang nak McD.

Wow, ni gambar apa? Haaa, ni 3kg bawang merah yang I kena kupas untuk masak rendang ayam masa I buat open house untuk keluarga dan jiran. Kalau orang lain guna bawang merah sikit je. I pula guna banyak. Kawan mama yang ajar. Seekor ayam perlu guna 1kg bawang merah. Kalau 3 ekor ayam? 3 kg bawang merah la jawabnya. Takpe la, sedap! Kalau guna resipi ni, memang gerenti dapat pujian sebab rendang sedap. Cuma nangis nak kupas T_T

Alang-alang jemput keluarga datang, kami sambut hari lahir Batrisyia yang jatuh pada 2 Syawal. 4 tahun sudah! Tahun depan masuk tadika, ye nak.

Gambar terakhir, gambar paling I suka ialah gambar spontan sebelum beraya ke rumah jiran. Semuanya elok sedondon berbaju warna orange. Nice! Suka gambar ni sebab macam ceria je.

5 scribble(s):

Maria Menado~ said...

kite pon suke gambar paling last tu... hehe.. ceria je family Sis nampak. =)

Syigim said...

kak pun suka gamba yg last tu... comel sgt si ustazah kecik tu.. :)

suka jgk tgk gamba mcd berlambak tu. teringat bila kat rumah abah kak syigim masa blk msia ari tu pun..pizza ke, kfc ke.. mcd ke....suma kena beli byk bila weeknd n suma berkumpul. :)

Liz said...

maria> gambar macam tu susah nak dapat. kalau suruh posing, mmg tak dpt. kena spontan.

kak syigim> mood dia tgh nak bergambar kak.

family akak lagi ramai kan? kalau beli fast food, saya dpt bayangkan penuh satu meja. meriah!

BugBahrain said...

family aku tiap tahun ade amik gambar family. nasib baik, semua mentua dekat2..so on 1st raya tu kitorg set time utk sume kna ade...

tapi tahun nie special, since on 1st raya, gambar2 agak menghambarkan. so kitorg set raya ke 7 utk amik gamba semula..hehehehe

Liz said...

Bug> dekat2 takpe la juga. macam family aku kat seremban, 2 tahun sekali ambil gambar kat studio. bila dah besar camni, boleh tgk perubahan setiap org. suka!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.