Monday, September 03, 2012

Bersyukurlah

Malam tadi, kami sempat beraya di rumah jiran terdekat. Depan dan sebelah rumah je. Jarang dapat berkumpul macam ni sebab selalunya masing-masing memerap kat rumah lepas balik kerja. Weekend pun kadang-kadang tak berjumpa sebab masing-masing ada hal. Kami bertiga (isteri-isteri) pula bukan jenis suka duduk luar rumah dan bergosip.

Percaya tak kalau I cakap, sampai sekarang I tak tau nama mereka? Malu! Takpe, nanti I tanya. Sebab mereka lebih tua, I selalu panggil "akak" je. Yang sebelah rumah, ada 2 orang anak perempuan yang dah bersekolah menengah. Mereka kira family paling veteren la sebab keluarga lain, anak semuanya kecil-kecil lagi.

Yang depan rumah, ada dua orang anak. Jarak anak pertama dan anak kedua memang nampak jauh berbeza sebab si kakak dah bersekolah dan si adik belum reti bercakap lagi. Mak mereka pula mengandung lagi. Ni kira "sindrom rumah baru". Hehehe..

Masa berbual tentang anak malam tadi, akak depan rumah beritahu yang anak yang dikandungkan ini merupakan anak kelima mereka. I memang tahu ada seorang anak mereka meninggal. Tapi sepatutnya ada 4 orang anak je la kan? So masa tu I tanya siapa lagi seorang? Dan akak tu bercerita dengan tenang sambil didengar oleh 3 jiran yang lain.

Setelah habis bercerita, I rasa kagum dengan mereka sekeluarga. Siapa sangka 2 anak mereka telah meninggal dunia. Dugaan yang mereka dapat tu lebih hebat daripada apa yang I dapat selama ni sebab salah seorang anak tu meninggal dunia di umur 7 tahun. Terasa kerdil sebab mereka berjaya menanganinya dengan baik.

Kalau kita diduga oleh Allah, bersyukurlah kerana diuji sedikit kerana ada orang yang mendapat ujian lebih berat daripada kita. Peringatan untuk diri sendiri juga.

2 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

bersyukur dengan segala nikmat kurniaannya

Liz said...

kak ayu> betul tu kak.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.