Tuesday, August 07, 2012

Where is your manner?

Ini kisah benar semasa I menghubungi Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Dipendekkan cerita, seorang staff KDN ada hubungi I satu hari tu. Dia minta I check sesuatu dan call dia semula. Petang tu, I cuba call tapi tak berangkat. Banyak kali juga I cuba call 2 nombor yang diberikan.Ringing tapi tak berangkat langsung. 

Esoknya I cuba call lagi. Setelah beberapa kali cuba, baru ada orang angkat. Conversation lebih kurang macam ni la.

LR : Selamat pagi. Nam saya Liz. Boleh saya bercakap dengan Cik XXX?
Staff : Cik XXX takde.
LR : Dia tak masuk kerja atau dia tiada di meja dia?
Staff : Dia cuti hari ni. Kenapa?
LR : Semalam Cik XXX ada telefon saya. Dia minta saya check tentang _______. Saya cuba telefon semalam banyak kali tapi takde orang angkat langsung.
Staff : Memang ada bunyi telefon tapi sebab kami ni bukan receptionist, kami tak angkat la. Tu kerja receptionist tapi kat sini memang takde receptionist. Kalau rajin, baru saya angkat.
Liz :  Boleh saya tau siapa yang bercakap ni? Saya telefon ni sebab nak inform Cik XXX tentang sesuatu. Mungkin Cik boleh tolong.
Staff : Eh, awak siapa nak sibuk-sibuk tanya siapa saya?
LR : Nama saya Liz. Nama cik?
Staff : Tak payah la nak tau nama orang. Sekarang ni awak nak beritahu Cik XXX apa?
LR : Oh, saya nak beritahu yang  (.... I pun ceritakan).
Staff : Kalau macam tu, awak telefon je minggu depan. Cakap dengan dia.
LR : Ok.

Dan staff tu terus letak telefon. Hmmmmmmm.....

I bukan kepochi sangat nak tau nama dia tapi dah menjadi kebiasaan I tanya siapa di talian sebab I akan ucapkan terima kasih di akhir perbualan. Daripada cakap "Terima kasih", I akan cakap "Terima kasih, Cik AAA". Itu cara I appreciate orang di talian. Orang pun akan suka sebab kita lebih specific dan betul-betul ingat nama dia.

Kenapa pemalas sangat nak angkat telefon? Dah la memang takde receptionist. So yang dengar tu, tolong la angkat telefon. Ni scene dah sebiji macam iklan kat tv tu. Masa Cik XXX tu bagi nombor telefon, I sendiri mengadu pada dia yang susah sikit nak call pejabat kerajaan sebab kadang-kadang, tak berangkat langsung. Dia kata, takpe.. ada orang angkat. Jangan risau.

Iyer la tu.

12 scribble(s):

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Liz, cool nye you, kalau I bila staff yg angkat tu jwb mcm tu, siaplah dia I bahasakan....sgt biadap dan tak pandai nak berkomunikasi dgn org yg berurusan...
Mcm ni punya org pun ada ye..
kesian je KDN, menggajikan staff yg ber'attitude' mcm ni...mmg tak semena-mena nama baik KDN boleh terjejas...

fiza said...

Eeeee...kurang ajar nya staff tu. Geram plak aku baca.

Ely Hasrul said...

kalu aku kompom siap kronologi time perbualan ape etc aku email komplen kat jabatan tuh. sila twit perdana menteri hahaha.. aku paling xsuka org xdek phone manners nih. lelaghik yg kol kite tnya kite siapa tanpa perkenalkn diri.. haihhh

Maria Menado~ said...

kelakar je perangai dia, mesti dia malu kalau dia baca entry ni...~

AyuArjuna BiGoshh said...

liz klu akak komplen jer...kerja kat kementeria attitude macam tu..mmg takde adab...ramai lagi org lebih layak duduk dekat kerusi die tu...hmmm

maisy said...

PEriod gamaknye org tu...mmg susahla nak call opis government..serius said...tp tu phone hotline ke...personal unit? :)

Anonymous said...

Liz, u can always lodge a comment direct to KDN or via BPA :)

Liz Rohaizat said...

Erin> Maybe sebab saya dah prepare sbb banyak kali call tapi tak berangkat. So dapat rasa apa yang bakal terjadi. Geram la juga sbb mmg kasar betul bahasa dia.

Fiza> Bayangkan aku pulak. Rasa nak marah balik tapi tenangkan diri

Ely> Maybe mereka tak pergi kursus untuk phone etiquette. Sebab tu jadi macam tu.

Maria Menado> Confirm dia x baca blog ni. Hahaha

Kak Ayu> Betul kak. Pandai lagi operator TM jawab panggilan.

Maisya> Susah kan? Ni bukan kali pertama aku call opis government. Diorg macam malas nak angkat phone. Aku call both numbers (personal and hotline). Tapi masa dia jawab tu, nombor tu hotline number. Macam tak baguslah kan? Kalau personal number, aku faham la dia malas nak angkat phone org lain. Tapi kalau dah namanya hotline, tolonglah angkat telefon. Jangan buat orang HOT.

Anonymous> I can't lodge a complaint because I don't know her name :)

Syigim said...

sigh...n yet these ppl are getting a raise n raya bonus... ;)

agree sgt psl tanya nama tu. kak pun akan tanya so that perbualan tu lebih dihargai sikit sbb kita address by name. dah gabra la tu kot, ingat liz mmg nk komplen! ;)

Liz Rohaizat said...

kak syigim> bila kita jumpa kakitangan kerajaan yang kurang adab ni, geram juga kan?

heheh, tips nama tu pun saya belajar dari buku How to Win Friends and Influence People :)

afzan sky said...

As one of gomen's staff, malu juga saya bila dengar situasi macam tu. disebabkan segelintir orang yg sebegitu, habis semuanya terpalit.

Liz Rohaizat said...

afzan> i'm not saying semua gomen staffs tu rude. cuma mmg ada yg sebegitu kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.