Wednesday, August 08, 2012

Sampul duit raya exclusive dari Standard Chartered

Dah tukar duit raya? Rata-rata semua bank dah boleh tukar duit baru. So cepat tukar. Nanti kehabisan pulak.

Setiap tahun, I akan pastikan I dapat 3 sampul duit raya dari 3 bank berlainan. Kalau dapat warna lain-lain, lagi bagus. Setiap sampul akan mengandungi jumlah duit raya yang berlainan. Senang nak ingat macam tu. Kali ni, I bagi tahu hubby yang I taknak sampul duit raya dari Standard Chartered sebab design mereka kurang cantik. Dah la memanjang je. Hehehe, condemn bank dia. Tapi hubby ambil juga tahun ni. Mungkin sebab....

Tadaa! Lawa pulak sampul duit raya Standard Chartered tahun ni. Selalunya tak lawa pun. Nampak exclusive sangat! Sampul diletakkan dalam kotak bercorak sama. Mmm... cantek.. cantek! Sayang nak guna. Terima kasih hubby kerana tidak mendengar kata isterimu tahun ni :p

Preparation raya tahun ni sederhana saja. Hubby tak rasa nak beraya. Mungkin sebab arwah abah baru meninggal dunia. So dia taknak beli baju raya. I puas pujuk sampai buat muka mencuka lagi. At least, beli la satu baju untuk dipakai masa hari raya pertama kan? Last-last, dia beli juga. Untuk hari-hari lain, dia nak pakai apa yang ada je. Ok la. Takpe.

My baju raya di sponsor oleh mama. Thank you, mama!!! Tak tau nak cakap apa dah. Dah umur 29 tahun pun mama sponsor lagi. Mama belikan baju gown kembang untuk Batrisyia juga. Suka sangat minah tu sebab dapat twirl macam princess. Sebagai tanda terima kasih, I buatkan 5 jenis kuih raya untuk mama. Sempat buat 5 jenis je. Maybe I akan bagi lagi kemudian.

So that's it! Kita masih ada kurang 2 minggu untuk berpuasa. Gunakan hati-hari terakhir ni dengan sebaiknya.

8 scribble(s):

Maria Menado~ said...

Wah Kak Liz suka mengumpul jugak rupanya.. hikhik~

Liz Rohaizat said...

maria menado> tak la suka kumpul pun. hehe, 3 jenis setahun. tapi mmg simpan. senang nak guna kalau2 nak hulur time kenduri kendara. tapi yang ni sayang nak bagi orang.

CIK NANA said...

Cantik! ;)
Tahun nie i punya kurang cantik. huhu...

Liz Rohaizat said...

nana> oh, maybank punya kurang cantik ke tahun nie? diorg ni boleh bermusim pulak.

wawa said...

mohon share gambar nie Puan Liza

Liz Rohaizat said...

wawa>ok

Abuya Haji Nasir Daud said...

boleh saya dapatkan sekeping sampul duit raya yang puan terima bagi tahun 2012. hj mohd nasir, putrajaya.

Liz said...

encik boleh dapatkannya di Standard Chartered bank

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.