Thursday, August 23, 2012

Reviews : Dear John

Wow, raya pun raya juga. Tapi I sempat layan novel dan dua filem dari Nicholas Sparks : Dear John dan The Lucky One. Tapi hari ni, I nak buat review tentang Dear John.

Dear John merupakan naskah dari Nicholas Sparks yang telah diadaptasikan ke filem. Let's start with the book.
One of my favourite from Nicholas Sparks. I masih ingat kali pertama I baca buku ni. Memang baca sampai habis. Tak berhenti langsung. Terus melekat di hati.

Dear John mengisahkan kisah cinta antara John dan Savannah yang bertemu di musim panas. Mereka hanya berkenalan selama beberapa minggu tetapi akhirnya jatuh cinta dalam masa yang singkat.

Kisah ni mula berkembang ketika kejadian 9/11. John ditugaskan ke Iraq. Bermulalah kisah cinta mereka yang penuh dengan dugaan. Diduga kerana berjauhan walaupun sebenarnya, tiada masalah yang terlalu besar menimpa. Bila berjauhan, benda kecil pun boleh jadi besar. Savannah kesunyian dan akhirnya Savannah buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan John. John rasa dikhianati dan mula menjauhkan diri.

Tetapi takdir membawa John kembali ke US. Takdir menemukan mereka semula dan dari situ, John dapat tahu kisah hidup Savannah setelah John tiada di sisi. John yang terlalu sayangkan Savannah sanggup berkorban dan hanya melihat Savannah dari jauh yang gembira dengan hidupnya.

 It's a love story, definitely.. but why I read it?

First, novel ni bukan setakat kisah cinta tetapi ada juga diselitkan kisah peperangan di Iraq, hubungan antara anak dan ayah dan info tentang autistic condition yang dialami oleh 2 watak dalam novel nie. Pendek kata, I bukan baca kisah cinta semata-mata. Tapi paling best, ending part la kot. Nak tau apa jadi, kena la baca buku nie. Let's move on to the movie.
First of all, I never thought Channing Tatum is HOT! Ahaks, ampunnnn! Selalu dengar nama dia tapi tak ambil port.

Amanda Seyfriend is okay. Channing Tatum is HOT (again!). Jalan cerita pun lebih kurang macam buku walaupun ada yang ditukar sikit-sikit. Contohnya dalam buku, Alan si pesakit yang menghidap autisme tu merupakan adik beradik Tim tapi dalam movie, Alan ni anak Tim. Sikit beza je. Yang pasti, reason Savannah tu tinggalkan John agak berbeza antara buku dan movie.

Nicholas Sparks buat new ending untuk filem. Mungkin sebab dia taknak kecewakan sesetengah pembaca buku yang mengharapkan John dan Savannah kembali bersama. The truth is ending dalam filem pun agak tergantung. Terpulang kepada kita untuk decide nak ending yang macam mana.

This movie is okay.. I love the book more. I tak rasa apa sangat tengok movie tapi I rasa sangat 'dekat' dengan buku. Watak dikembangkan dengan baik. Biasa la kan. Lagi banyak boleh diceritakan melalui buku. I just hope buku tu dapat diadaptasikan dengan baik. Hmm, rasanya biasa-biasa je. Tak rasa sedih sangat. Bila baca buku, memang rasa sedih dan kesian sangat kat John.

I recommend this book to you!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.