Monday, August 06, 2012

Lee Chong Wei tidak perlu meminta maaf

Sedihnya tengok perlawanan akhir Badminton Olimpik 2012 malam tadi. Bukan sedih sebab Lee Chong Wei kalah tapi sedih bila tengok dia menangis kat court selepas perlawanan. It breaks our hearts to see him cry. Kita tau dia berjuang bermati-matian. Dia bangun balik selepas kecederaan baru-baru ini. Dia hanya sempat berlatih 2 minggu sebelum Olimpik. Dia berjaya ke final dan merangkul pingat perak buat kali kedua. Dia tidak diberi mandat membawa Jalur Gemilang tetapi dia telah berjaya membawa pulang pingat ke Malaysia.

Bukankan kita patut berbangga?

Dia kongsikan gambar ni di Twitter nya. Tiada lagi riak sedih di wajahnya. Urm, compare dengan rupa dia masa nak ambil pingat, memang sedih sangat rasanya.

Tapi perlawanan malam tadi memang sengit. Rasa nak sakit jantung sebab jantung berdegup laju. For me, Chong Wei tidak kalah. Dia telah berjaya meletakkan dirinya sama tinggi dengan Lin Dan. Dalam beberapa perlawanan akhir-akhir ini, dia kalah dengan perbezaan 2 mata sahaja. Itu semua nasib. At the end, pemain yang mempunyai mental yang kuat boleh mencatur langkah terakhir untuk menang.

Lee Chong Wei, you're still our national hero!

2 scribble(s):

Syigim said...

yes, mcm yg kak tulis kat status fb....china got lucky! tu psl lin dan tergolek dok lepas menang tu sbb lega sgt dpt jgk emas. chong wei gave him a good fight n he knows bukan senang nk kalahkan msia!

Liz Rohaizat said...

syigim> betul tu kak. lin dah tergolek sebab lega sgt kot. susah sgt nak kalahkan chong wei. dia bukan menang mudah dan chong wei bukan kalah muda.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.