Monday, August 13, 2012

Kisah tahun 2000 - 2004

I had so much fun memindahkan barang dari Seremban ke rumah I. Fuh, dah nak masuk 6 tahun berkahwin, baru sekarang nak pindahkan barang-barang. Pindah masa bulan puasa pulak tu. Sampai sekarang tak habis kemas lagi. Rumah tengah tunggang langgang. Tak lama lagi nak raya nie. Siapa nak tolong?

Seronok sebab baru sibuk nak buka balance wedding gift. Siapa yang bagi set cawan, teko dengan bekas tu mmg sayang ko la. Elok pulak nak raya ni kan? I guna la eh. Senang I angkat.

Lepas tu, "bertemu" semula dengan koleksi ni. Kesian korang sebab I simpan dalam kotak je. Nak buat macam mana. Sekarang zaman MP3 je. Tahun 2000 boleh la dengar kaset.

Ni pun ada 2 kaset tak masuk dalam susunan. I was born in the 80s. Jadi, nak buat macam mana. Zaman boybands!! So mmg banyak kaset boyband je la jawabnya. Ni belum CD BSB, Westlife.. erk, jiwang betul dulu-dulu. 3 kaset rock yang tersesat tu pun sebab masa tu I dah melewati zaman jiwang. Masa tu tengah patah hati. So layan rock pulak. Sampai la sekarang minat lagu rock.

Ni pulak buku yang orang hadiahkan sempena hari lahir yang ke 20. Sayang buku ni sebab cover lawa, boleh? I can remember I happy sangat dapat buku ni sebab cover tu cantik. Cantik bagi I la sebab macam kena je dengan ayat tu.  It's not a novel. Actually, ni buku kosong. Maybe ada yang rasa macam ntahapehapentah bagi hadiah buku kosong. But I guess orang yang memberi tu memahami dan tahu I suka menulis dan I suka memendam rasa. Therefore, this is a perfect gift for me on that year. It's a thick book dan masa tu I rasa macam tak tau nak tulis apa. Somehow, I tulis sampai hujung. Ada tinggal beberapa helai je yang kosong.

"Life is like a novel. Several chapters represents several changes and shifting in our life, from one plot to another plot of life which later can conclude as a history to ourselves" ~ Sender

Now, I don't know what to do with this book sebab sayang nak buang. This book has a story of my life from year 2002 to 2004. Throwing it away samalah macam I buang semua memori tu. Kalau sekarang I boleh tak berapa nak ingat apa yang I tulis, lepas ni mestilah lagi tak berapa nak ingat. Tersenyum-senyum baca.. berkerut-kerut cuba mengingati apa yang berlaku. Sad.. happy.. exciting and overwhelming at the same time. I should keep it, tak ke?

Now back to today. Siapa nak kemaskan rumah nie? I am serious!

7 scribble(s):

Maria Menado~ said...

Jangan buang.. sayang. hehe~

Liz Rohaizat said...

maria menado> jangan ye? hehehe. mcm nak simpan juga

-makcik anon..keh..keh...- said...

wOw.!.. taste kita sama...
I pun minat Westlife....ada beli kaset2 dia... hehe...
Tapi Britney idok lerr....

Liz said...

makcik anon> hehe, britney tu suka tgk dia menari je. suara tak la hebat mana pun. minat westlife juga eh? best kan?

Irfa said...

masa pindah umah sendiri,en suami bawak banyak sgt kaset..masih ada lagi dalam kotak.w,pun dah 12tahun kawen sy x buang..entahlah..sayang ke sbb tak sampai nak buang.hehe

-makcik anon..keh..keh...- said...

bestest... tak bosan didengar ...
:)

Liz said...

Irfa> hehe, sayang nak buang kot. saya pun sayang nak buang, kak. walaupun dah tak dengar, tetap nak simpan

makcik anon> ni mesti dulu jiwang karat nie? hehehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.