Wednesday, August 15, 2012

Jubah disaster

Minggu terakhir berpuasa ni, mood nak raya je kan? Cerita kat blog pun cerita pasal raya je.

Kalau tahun lepas, ada kisah baju kurung disaster, tahun ni ada kisah jubah disaster. Kisahnya, I beli jubah sebab tahun ni, kena pakai jubah masa hari pertama. Kemudian, pergi hantar kedai. Minta pendekkan sedikit agar jubah tu tak menyapu lantai. Dipendekkan cerita (sebab I taknak rasa geram lama-lama), dia salah potong kot. Jubah tu jadi senteng dan senget. Senget ok!

Sayangnya. 3 hari lagi nak raya. Sayangnya sebab kain jubah tu sedap juga dipakai. Tak panas :(

 I don’t want to buy a new one because I rarely wear jubah. Tak boleh pakai ke office. Kalau nak pakai pun, bila ada kenduri tahlil waktu malam. So kalau nak beli lagi sehelai tu, rasa satu pembaziran di situ. Jubah yang memang ada dalam almari tu jarang sangat I pakai. Takde cacat cela pun. Tak lusuh. Elok lagi. Cuma bukan jubah baru.

I don’t mind, really. I dah ada 4 pasang baju kurung baru. Bersyukur kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak mampu langsung nak beraya serba baru. What do you think?

11 scribble(s):

Faizah said...

ratakan yg senget tu, pastu pakai dgn palazzo atau seluar slack, atau skirt

hehe. selamat hari raya

Irfa said...

kalau aku pun stress ;)

CHeeSYaNa said...

what I do is pakai skirt kat dalam.. nak lagik cantik skirt yg macam kembang payung tu.. yg pleated tu..

ska said...

ko potong lg bg lg senteng, then pakai dgn seluar mcm palazzo ke or pakai je dgn kain plain yg colour contra or yg matching. Jadi la double layer jubah gittew.

selamat hari raya pd ko n family. maaf zahir batin..

Liz said...

faizah> hubby aku pun suggest benda yang sama tapi satu hal pulak nak gi cari palazzo/skirt. tapi ok juga kan? tapi takde la senteng mana. atas buku lali je.

Irfa> I stress sampai tak boleh tidur malam. Seriously! Pukul 3 pagi baru tertidur.

Yana> kalau nak bagi nampak skirt kembang payung, kena la saya sentengkan lagi jubah tu. Jubah tu senteng atas buku lali je.

Kd> tu la. kalau nak pakai palazzo/kain plain, aku kena bagi baju tu lagi senteng. alamak,sempat ke?

CHeeSYaNa said...

If pagi tadik, sempat gaks order kat thepoplook.. esok dapat :P actually, tak payah sentengkan jubah tu.. haritu my jubah pon senteng sikit... takde skirt, i just wear kain baju kurung warna hitam plain.. so, tak perasan sgt sbb same kaler dgn jubah tu

Star Anise said...

i think same thing like u think ;-P

Syigim said...

agree dgn faizah. pakai dgn pants. slacks pun xpe. xyah beli. korek2 je lemari tu sure ade :) still cantik liz pakai :)

betul, alhamdulillah kita ade jgk baju baru 3-4 helai. kak dah siap2 tmpah since last yr. so this yr xyah beli baru hihi..harap2 ukuran xberubah smpai ketat ke..adoi!

Liz said...

yana> hihihi. kena cari kain plain kaler hitam la camni.

Star Anise> yang mana satu? pakai je yang lama?

kak syigim> mmg tak rasa nak beli baru pun. cuma samada pakai yang lama atau pakai yang senteng ni. ala, akak kan comel. ok punye, mesti baju-baju tu muat lagi

Faizah said...

la, atas buku lali jek, ko pakai ngn seluar jek senang. org pn tak perasan sgt mende tu senteng kekeke

Liz said...

faizah> atas buku lali la, babe. mmg tergantung. tapi mmg tak nampak sgt la

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.