Tuesday, August 28, 2012

Hantaran for the engagement day - Nazdri & Norasikin

Secara umumnya, jumlah dulang hantaran yang diberi oleh kedua-dua belah pihak adalah dalam bentuk nombor ganjil dan keluarga pihak perempuan akan memberi lebih 2 dulang daripada pihak lelaki. Katakanlah pihak lelaki memberi 7 dulang, pihak perempuan akan membalas dengan 9 dulang. Jumlah dulang yang diberi dan dibalas akan ditentukan oleh kedua-dua belah pihak.

Untuk pertunangan adik, kami memberi 5 dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan 7 dulang hantaran.

Eh, tapi ni dah macam 6 pulak. Belum masuk kek lagi. Seperti yang I cakap sebelum ni, kek tu kami beri sebagai hadiah je sebab tak cantik pulak letak kotak SR tu. Gambar di atas mengandungi "ketua dulang". Ahaks.

Bagi yang tak kenal apa bendanya ni, ni dipanggil tepak sireh. Tepak sireh akan dibawa oleh keluarga pihak lelaki. Ada yang bawa masa merisik. Ada yang bawa masa bertunang. Mungkin sebab zaman sekarang ni lelaki dan perempuan sudah saling mengenali, tepak sireh ni selalunya menjalankan tugasnya ketika majlis pertunangan. Buat syarat je ni sebab orang zaman sekarang dah tak makan sireh. Kalau dulu-dulu, sambil berbincang, mereka akan makan sireh. Gitu la ceritanya. Oh, pihak lelaki akan membawa tepak sireh dan pihak perempuan akan "menjawab" dengan ibu sireh. Macam mana rupa ibu sireh? Sila google. Hehehe.. Benda ni takde pun takpe tapi dah namanya adat. Kita ikut je la mana yang okay!

Kain pasang dan set wangian ni pula memang kami beli untuk Sikin. Kalau semua dulang makanan, takde pulak apa-apa yang dia boleh simpan dan gunakan. So we decided to give her these. I rasa nak hias kain pasang tu makan masa sikit. I taknak gubah sebab taknak rosakkan kain dengan jarum peniti banyak-banyak. Kain ni licin. Ada pulak yang berlubang nanti.

Hasil mengilatkannya dengan minyak masak, makcik I ingat I bagi buah palsu. Buah semuanya dalam rona yang hampir sama sebab nak nampak seragam dan cantik.

Coklat itu manis dan coklat tu mempunyai kisah di sebaliknya. Adik I cakap ada kisah di sebalik Choclairs. Kemudian, dia tunjukkan pembalut Choclairs yang dia simpan dalam wallet dia. Bila cuba korek cerita dari si lelaki dan si perempuan, dua-dua kunci mulut. Amboi amboi amboiiiii....

Nampaknya entry akan bersambung esok :)

5 scribble(s):

Maria Menado~ said...

wah.. nak tahu jugak. hehe. :)

Ely Hasrul said...

ahhh cinta choclairs la nihhh hahahahhahaa

Liz said...

Maria> ala, kitorang pun tak tau sampai sekarang. Diorg taknak cerita pun.

Ely> Iye la kot. Hahaha

chenta hatie said...

hihi , nak simpan cerita tu untuk anak cucu lah kak . :P

*coklat yang tisya suka tu masih ada kat umh . sayang mau makan . hihi

Liz said...

sikin> silalah simpan. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.