Thursday, August 30, 2012

Engagement Day -Nazdri & Norasikin

Kita bagi habis cerita nie cepat =)

Pagi Sabtu, rombongan kami bergerak dari Taman Tuanku Jaafar. Rombongan terdiri daripada sanak saudara dari Rembau (2 keluarga) dan Senawang (2 keluarga). Total 7 kereta. Tak la ramai mana.

My cousin (berbaju putih) menjadi ketua rombongan.


Tanpa disangka, dia menjalankan tugasnya dengan sangat cemerlang. Ni first time okay dia jadi ketua rombongan. Tapi mungkin sebab dia sendiri mempunyai sifat humor dalam diri sejak dulu lagi, perbincangan tidak terlalu serious dan diselang selikan dengan jenaka ringan.

Antara saudara kami yang ikut. Pakcik berbaju merah itu bukan. Hehe

Cincin diletak di sireh junjung.

Tambahan pula, beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama. Maka, beliau juga diberi amanah oleh tuan rumah untuk membacakan doa. Alhamdulillah.

Alamatnya, lepas ni ramai la saudara kami akan mencari dia untuk menjadi ketua rombongan. Hahahaha... ok per! Lepas selesai menyarung cincin, kami bergambar.

Lepas bergambar, kami dijamu dengan lauk pauk yang sangat sedap. Fuh, memang terangkat! Lauk kampung tu. Ada ikan sembilang goreng yang digaul sambal, tempoyak daun kayu, sambal udang, cendawan masak lemak cili api, rendang ayam.. isk, meleleh air liur! Tambah sedap, ada tapai!!! Fuyooo... memang la menjadi kegemaran. Sedap pulak tapai tu.

Kepada adik I; Nazdri dan bakal maklang Batrisyia; Norasikin.. semoga hubungan ini berjaya dibawa ke jinjang pelamin dan berkekalanlah hendaknya.

5 scribble(s):

Maria Menado~ said...

Amin.. kecik aje adik akak. hehe~

Ely Hasrul said...

canteknye bakal maklang! pipi tinggi

Emy Tak Kecik said...

Salam Liz...

kawan kd kan?ingat tak dulu kd, liz n sy beli hp motorola v3i sama2 hehehe

lompat2 blog tetibe singgah sini n tgk2 liz..

cantiknye deco kek...suka tgk :)

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah ya utk adik liz :)

Liz said...

Maria> hehehe.. memang kurus tapi lagi tinggi dari akak.

ely> kan? make up pun cantik.

emy> rasanya macam ingat lagi awak yang mana satu. hehe.. hi!

ayu> thanks kak



 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.