Monday, August 27, 2012

Duit raya beli patung Barbie

Dah menjadi amalan I sejak dulu, I takkan buka semua sampul duit raya sebelum lepas seminggu kita beraya. Tujuannya ialah agar I tak tau orang tu bagi berapa, orang ni bagi berapa. Biarlah jumlah duit raya tu hanya diketahui oleh pemberi.

So lepas seminggu raya, I buka semua sampul yang Batrisyia dapat. Mana yang I agak-agak tau siapa pemberi tu, I minta adik I bukakan dan terus campurkan dengan duit raya yang lain. Tapi yang paklang bagi dah ter tau pulak sebab tok wan ter beritahu satu rumah. Isk....

Bila Batrisyia nampak duit tu, punya la dia suka.

Batrisyia : Umi, banyak duit Tisya kan?
Umi : Aaaa
Batrisyia : Ni boleh beli patung Barbie kan? Boleh dapat 3-4
Umi : Eh, tak boleh. Ni simpan kat bank.
Batrisyia : Ala, Umi ni! Tisya dah ada duit banyak. Dulu Tisya takde duit. Tisya tak boleh beli patung Barbie sebab patung Barbie mahal (Ni alasan umi dia setiap kali dia sibuk nak beli patung Barbie). Tisya dah ada duit ni!
Umi : Duit ni, Tisya simpan dalam bank. Dah besar, boleh guna.
Batrisyia : Taknak kawan Umi!

Sentap anak aku rupanya!

3 scribble(s):

fiza said...

Hehehe...tisya pon pandai sentap yer.

AyuArjuna BiGoshh said...

adoihai....tisya..tisya...

Liz said...

fiza> sejak dah besar ni kan, ada je dia nak komen.

kak ayu> bukan taknak beli tapi penah dulu mak ngah dia belikan, sekejap je patung tu dah kudung tangannya sebelah

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.