Wednesday, August 01, 2012

Derma wakaf Al-Quran Braille

Pernah satu tika dulu, satu program TV3 menunjukkan kesungguhan sesetengah pihak yang cuba menerbitkan Al-Quran Braille untuk orang buta. Dengan adanya Al-Quran Braille, orang buta pun sudah boleh membaca Al-Quran seperti kita yang normal ini.

Walau bagaimanapun, kos untuk mencetak Al-Quran Braille ini memakan kos yang tinggi dan tidak mampu dilakukan oleh mereka. Jadi, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia telah mengambil inisiatif melancarkan program "Wakaf Al-Quran Braille" agar dapat mengumpul dana untuk mengagihkan Al-Quran Braille ini kepada warga buta yang memerlukan.

Click to enlarge

Setiap senaskah Al-Quran Braille yang mengandungi 30 juzuk berharga RM450. Jika ada pihak yang berminat untuk mewakafkan Al-Quran Braille, anda boleh mewakafkan sekurang-kurangnya satu Al-Quran Braille. Bermakna, jumlah wakaf paling rendah ialah sebanyak RM450.
Click to enlarge

PPOBM ini merupakan pertubuhan yang berdaftar. Jadi jangan takut tertipu. Biasa la. Benda-benda macam ni, kadang-kadang kita takut duit tu tersalur ke arah lain. Pejabat mereka di Brickfields je. Boleh ke sana untuk dapatkan maklumat lanjut atau boleh juga berhubung dengan Encik Izat di no. telefon 019-3269836.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.