Tuesday, August 28, 2012

A day before the engagement day - Nazdri & Norasikin

Akhirnya, bau nasi minyak dah semakin "kuat" kat rumah nie. Weeee....

Pada 7 Syawal yang lalu, adik I telah selamat bertunang dengan cik adik manis; Norasikin. Kebetulan, abang Sikin buat majlis kahwin pada hari yang sama. Maka, si adik menumpang sekali nak bagi lebih meriah.

Tahun ni I beraya satu hari je kat Seremban. Hari Khamis dah sibuk mencari barang untuk hantaran. Bertunang je. Barang hantaran pun lebih kepada makanan. Cari hiasan dulang sikit-sikit. Malam tu start buat. Sempat buat 3 dulang je. Lagi 2 dulang sambung keesokan harinya.

Esoknya tu, cuaca cantek. Tak sangka berlaku disaster di petang hari. Cake disaster kekdahnya. Kami ordered engagement cake di salah satu kedai kek di Taipan Senawang. Tempat I order kek kahwin dulu. Awal-awal dah tempah. Awal-awal juga bagi tau nak camne. Owner pun bersetuju. Ok set.

Sepatutnya ambil pukul 8 malam tapi Allah lebih mengetahui. Kami minta ambil pukul 6 petang sebab kami pun nak ke Taipan petang tu. Sampai sana, my mother and I terkejut dan terkilan. Cake tak cantik, krim tepi melekat kat transparent casing. Tulisan herot berot. Pendek kata, IT WAS A CAKE DISASTER. Sentap! Kami tak puas hati. Worker dia taknak mengalah. Giler hape nak suruh I ambil kek yang hancur gitu. I terus minta dia telefon owner. Selepas berbagai alasan diberi, kami minta dia refund. Tak sanggup nak hadiahkan kek yang sebegitu kat Sikin.

Dapat duit, terus pergi Secret Recipe. Lagi cantik. Tulisan pun lawa. Tapi sudahnya kena la bagi kotak SR. Tak cantik la sebab tak sesuai bagi kotak camtu untuk hantaran. So sudahnya, kek tu jadi hadiah. Tak letak kat dulang hantaran pun.

Chocolate Moist Cake

Hehehehe, panjang bercerita pasal benda nie. Bayangkan kalau kami ambil kek tu pukul 8 malam.

Malam tu, sambung buat hantaran. Cerita kek tu memang buat kami mengomel sepanjang malam. Hahaha.. Pukul 12.30 pagi kot baru siap. Hasilnya? Boleh la kot untuk orang tangan keras macam I. Kalau nak suruh gubah, I tak reti. Ni namanya menghias hantaran ye. Kalau gubah, confirm tak menjadi.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.