Wednesday, July 25, 2012

Syurga bagi warga Palestin yang terpilih

Malam ketiga berterawih, masjid ada siarkan video di Palestin ketika slot tazkirah. Di awal video, jelas terpapar peringatan untuk penonton. Katanya, video yang bakal ditayangkan agak mengerikan.

Video tu bukan setakat mengerikan tetapi sangat memilukan hati penonton terutamanya ibu-ibu kot. Selama ni kita tengok berita, video Palestin biasa-biasa sahaja. Paling teruk, kita nampak orang yang cedera parah dibawa keluar dari ambulans. Tapi video yang I tengok tu, jelas nampak kanak-kanak kena tembak tepat ke jantung.

Bila tengok kanak-kanak ini memegang senjata, kita mungkin kurang faham. Kenapa mereka sekecil ni berani melawan tentera Israel? Dalam video tu, mereka ada interview seorang kanak-kanak Palestin yang masih kecil. Rumahnya ranap dibom tentera Israel. Ayahnya seorang petani, ibunya dan abangnya mati terkena bom tersebut. Dia mempersoalkan kenapa keluarganya dibunuh sedangkan ayahnya sama sekali tidak terlibat dengan keganasan. Kanak-kanak ini bercakap tentang kerelaannya berjuang untuk Islam, berjuang untuk membela nasib ahli keluarganya yang telah dibunuh Israel, bercakap tentang keberanian dirinya untuk mati syahid!

Si kecil yang mempunyai semangat juang yang tinggi!

Mungkin kerana tu tentera Israel takut si kecil bakal menjadi pejuang hebat lantas membunuh kanak-kanak dengan cara menembak dari jauh dan tepat ke jantung. Kalau tengok mayat kanak-kanak, semua peluru terbenam ke jantung. Tembakan tepat! Ada satu mayat, kepalanya pecah akibat tembakan tepat ke kepala. Masya Allah, besar sungguh dugaan mereka di sana. Suasana tu tak sama macam kita kat sini yang aman damai.

Dalam video juga ada memaparkan tentera Israel menggunakan fosforus yang diharamkan penggunaannya dalam peperangan oleh PBB. Israel tak mengaku pun mereka ada menggunakan fosforus. Fosforus ni kalau kena badan kita, daging tu akan tercerai dari tulang. Video ada menunjukkan seorang bayi berumur 1 tahun kena fosforus. Badannya hitam dan kedua-dua daging pehanya tertanggal dari tulang. Ngeri sangat!
Video tu buat ramai muslimat bergenang air mata. Mmmm, kitorang sensitive sikit sebab kebetulan bawa anak ke terawih kot. Yang bawa anak, semuanya peluk anak erat-erat.

Warga Palestin menjadi insan terpilih untuk menerima dugaan kuat ni. Insya Allah, syurga untuk mereka yang syahid. Amin…

7 scribble(s):

Maria Menado~ said...

Amin. :)

AyuArjuna BiGoshh said...

tempat ayu keej biasa juga ditayang video2 dari Palestin sbb kat sini ada student dr sana..mmg sedey :(

Liz Rohaizat said...

kak ayu> sedih kan? sampai mcm tu sekali israel buat diorg. kejam betul.

maria menado> amin

deena awanis said...

ssedihnya..

Liz Rohaizat said...

deena> mmg sedih. kitorang yang tengok video tu, lagi la berair mata. bukan still image tapi video bergerak yang menunjukkan kanak-kanak tu kena tembak.

semut-terbersin said...

tak tengok, baca ur entry pon i boleh bayangkan sambil meleleh air mata! sedehh kan budak2/orang yg tak berdosa dizalimi!

Liz Rohaizat said...

Ila> tu la. budak kecil umur 3-4 tahun kena tembakan tepat ke jantung. kejam betul askar israel

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.