Thursday, July 05, 2012

Rezeki rak buku mahal tapi murah harganya

Kalau dah suka membaca dan membeli buku, mesti ada simpan angan-angan nak ada sebuah rak buku yang besar kat rumah. Betul tak? I suka pergi library sebab ni la. Suka tengok rak kayu besar-besar yang penuh dengan buku. Menyimpan angan-angan nak beli rak buku Billy tapi tak beli-beli juga. Hehehe..

Sudahnya dapat rezeki untuk memiliki rak buku. Officer kat hubby's office dah balik ke South Africa. So selalunya, office akan jual  perabot kat rumah officer yang dah balik tu. Bukan semua. Mana yang ok je. Benda camni memang nasib la. Dah namanya bid. Bid pulak bukan macam jenis lelong. So pekerja lain letak harga masing-masing kat dalam borang yang disediakan. Lepas semua borang dihantar dan mereka check, barulah tau sapa put the highest bidding. So orang tu dapat la perabot tu. 2 rak buku kayu yang besar ini menjadi milik kami. Alhamdulillah!!!

Besar! Setiap papan boleh laras ke ketinggian yang dikehendaki

Ok la sebab kayu ni kayu mahal tapi kami dapat dengan harga yang murah sangat. Rak buku ni memang berat. Tapi tengah fikir nak letak kat mana. Rumah pun bukannya besar mana. Takpe, kita bagi settle minggu nie.

Tak menyabar nak letak buku dan tak sabar nak beli buku baru

 
Sabar ye. Tunggu "kawan-kawanmu" datang dari Seremban

Sesiapa yang nak hadiahkan buku, sangatlah dialu-alukan :)

2 scribble(s):

-makcik anon..keh..keh...- said...

pehh... jual satu kat i... ;p

Liz Rohaizat said...

makcik anon> hehe, tidak dijual. nak bagi penuh dengan buku

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.